Anda di halaman 1dari 2

Tema

Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada perceraian ibu
bapanya menyebabkan dia dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandungnya iaitu Abdullah Kayan.
Persoalan

PERSOALAN CONTOH
1 Persoalan kegigihan seorang remaja untuk merungkaikan misteri kehidupan
sebenarnya ayahnya.
Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang
terpisah sejak kecil setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa.

2 Persoalan usaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin.


Abdullah Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama telah berusaha untuk
mengangkat kesenian tarian zapin di kampung tersebut.

3 Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.


Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya Haiqal yang dipisahkan oleh isterinya
sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan menghasilkan manuskrip cerita tentang
perasaan rindu kepada anaknya.

4 Persoalan sikap kerjasama penduduk kampung.


Penduduk Kampung Seri Purnama sentiasa bekerjasama menjayakan setiap aktiviti
dan acara yang dijalankan di kampung tersebut seperti majlis sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat mukim di situ

5 Persoalan hubungan baik antara dua bangsa walaupun berbeza kebudayaan.


Hubungan Tauke Lim dengan Amirulnizam dan penduduk kampung begitu baik
walaupun mereka berlainan bangsa.

Watak & Perwatakan

Haiqal
1. Berani - Sifat berani haiqal mendorong untuknya bertanya kepada uminya tentang rancangannya untuk ke Johor.
2. Peramah - Haiqal mudah mencapai keserasiannya dengan penduduk kampung disebabkan keramahannya dalam
bergaul dengan orang
3. Menghormati yang tua - Walaupun Haiqal telah melukai hati uminya, dia tetap memberutahu pergerakannya dan
aktivitinya di Johor sebagai tanda hormatnya kepada ibunya.
4. Berdikari - Haiqal berseorangan menaiki bas dan ke Kampung Seri Purnama.

Ong See Hwa


1. Amanah - See Hwa menghantar manuskrip yang yang dikarang oleh Cikgu Abdullah kepada Haiqal
2. Rajin - See Hwa mengemas rumah Cikgu Abdullah 3 kali seminggu
3. Bersungguh-sungguh - See Hwa bersungguh-sungguh berlatih untuk pertandingan sajak peringkat sekolah.
4. Pemalu - See Hwa akan berbual dengan orang yang dia rapat.

Tauke Ong
1. Amanah - Tauke Ong menyerahkan buku akaun dan segala benda yang telah arwah Abdullah bin Kayan amanahkan
kepadanya kepada Haiqal.
2. Bijak menyesuaikan diri - Tauke Ong berbaik dengan seluruh penduduk kampung ketika pertama kali dia bersama
keluarganya sampai di Kampung Seri Purnama
3. Bersungguh-sungguh - Tauke Ong bersungguh-sungguh untuk mengusahakan ladang kelapa sawit dan getah milik
keluarga Abdullah bin Kayan seterusnya menjadi orang yang berjaya di kampung.
4. Mengenang budi - Ketika Tauke Ong bercerita kepada Haiqal tentang kedatangannya di kampung itu, dia amat
berterima kasih kepada keluarga Haiqal kerana banyak membantunya.
Abdullah bin Kayan
1. Baik hati - Abdullah bin Kayan mahu See Hwa menumpangnya kerana mereka menuju ke sekolah yang sama.
2. Bertanggungjawab - Seorang guru yang bertanggungjawab terhadap muridnya dan jawatan yang disandangnya iaitu
ketua panitia bahasa Melayu.
3. Tolong-menolong - Cikgu Abdullah membantu See Hwa berlatih untuk pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat
sekolah.
4. Menyayangi ahli keluarga - Abdullah bi Kayan amat merindui anaknya yang berada di Kuala Terengganu bersama
bekas isterinya.

Nilai Murni Silir Daksina

1) kasih sayang - Haiqal amat menyayangi umi dan walidnya walaupun dia tahu bahawa walidnya bukan bapa
kandungnya .

2) keprihatinan - Ai Ling bertanya khabar gurunya apabila mendapati kesihatan gurunya tidak seperti dahulu

3) amanah - Tauke Ong menjaga amanah yang diberikan oleh arwah cikgu Abdullah sebelum Haiqal tiba di Kampung SerI
Purnama .

4) baik hati - See Hwa akan membantu Haiqal walau apa sahaja yang dia usahakan

5) ketabahan - Abdullah bin Kayan tabah apabila dia tidak berjaya membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kampung Seri
Purnama .

Pengajaran Silir Daksina

1) kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita terutamanya ibu dan ayah kerana mereka telah banyak berkorban untuk
kita
#Haiqal amat menyayangi ahli keluarganya meskipun dia mendapat tahu bahawa walidnya bukan bapa kandungnya dan
Nurul Asiyah hanyalah adik tirinya .

2) kita perlulah tabah dan cekal dengan ujian yang dihadapi dalam hidup
#ayah Haiqal sabar , cekal dan tabah apabila dia tidak berjaya membawa anaknya, Haiqal tinggal bersamanya di Kampung
Seri Purnama .

3) kita wajarlah prihatin tentang keadaan orang yang berada di sekeliling kita .
# Ai Ling bertanya tentang kesihatan gurunya apabila mendapati badan gurunya semakin kurus dan urat-urat di kepala
gurunya timbul

4) kita mestilah menghargai jasa yang diberikan oleh orang lain kepada kita
# See Hwa tidak mengharapkan kebaikan yang diberikan kepada Haiqal dibalas tetapi cukuplah sekadar Haiqal
menghargai kebaikannya

5) kita haruslah menghormati orang yang lebih tua walau dimanapun kita berada
#anak-anak muda di Kampung Seri Purnama akan bersalaman dengan semua yang berada di warung Wak Min sebelum
mereka duduk di meja lain.

Anda mungkin juga menyukai