Anda di halaman 1dari 18

K o m p o n e n S a s t e r a ( KO M S A S ) T i n g ka t a n L i m a

Silir Daksina
Karya Nizar Parman
Sinopsis
Haiqal Haqimi tinggal bersama ibunya (ami), bapa tirinya (walid) dan Nurul Asiyah,
adik tirinya hidup dengan bahagia. Walau bagaimanapun, Haiqal sering dihantui
persoalan berkaitan dengan ayah kandungnya. Dia sering bertanya kepada ibunya
tetapi tidak mendapat jawapan yang memuaskan. Haiqal mendapat petunjuk apabila dia
mendapat satu manuskrip setebal lima puluh lapan muka surat surat Ong See Hwa yang
beralamat Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Berdasarkan
manuskrip tersebutlah, Haiqal menjejaki perjalanan kehidupan ayah kandungnya,
seorang pejuang sastera yang sangat dihormati di Batu Pahat, iaitu Cikgu Abdullah bin
Kayan. Dalam amanat terakhir ayahnya, dia berharap agar Haiqal akan mencari
legasinya untuk menubuhkan Aksara (Akademi Sastera Rakyat). Rentetan peristinwa
yang dicatatkan dalam manuskrip tersebut, perasaan Haiqal membuak-buak untuk
mengenali dunia realiti ayahnya walaupun ditentang hebat ibunya yang beranggapan
bahawa dunia sastera tidak memerlukan masa depan. Ibunya tidak mahu Haiqal
mengikut jejak langkah ayahnya itu sebaliknya mengambil alih perniagaan batiknya di
Kuala Terengganu pada masa akan datang. Walau bagaimanapun Haiqal tetap juga ke
tempat arwah ayahnya. Di situ, dia mengenali mereka yang kenal rapat dengan
ayahnya, akhirnya dia menjadi penari zapin yang berwibawa. Akhirnya, ibunya
menerima hakikat bahawa Haiqal mewarisi jejak langkah ayahnya.
Tema
Hubungan kasih sayang antara seorang
anak dengan ayahnya tidak dapat
diputuskan walaupun pelbagai
rintangan mendatang
Persoalan
• Persoalan kasih sayang seorang ayah terhadap anak kandungnya
Walau 7 tahun berpisah, Abdullah bin Kayan sering merindui anaknya kerana
berpisah
• Persoalan keruntuhan rumah tangga memberi kesan terhadap emosi
anak
Emosi Haiqal tidak tenteram kerana persoalan di dalam mindanya mengapa ibu
bapanya berpisah
• Persoalan mengenai sikap mementingkan diri sendiri
Rafiqah menyekat Haiqal daripada mengenali ayahnya
• Persoalan mengenai perpaduan kaum
Tauke Ong dilayan sama rata ketika tinggal di kampung yang majoritinya
penduduk Melayu
• Persoalan tentang keburukan judi kepada masyarakat
Tauke Lim terpaksa berpindah kerana harta peninggalan ayahnya habis dijual
oleh abangnya untuk membayar pinjaman ceti haram
• Persoalan cinta akan budaya bangsa
Abdullah bin Kayan berusaha untuk menghidupkan kembali budaya Melayu di
kampung itu
Watak dan
Perwatakan
WATAK UTAMA

Haiqal Haqimi

1. Haiqal Haqimi watak utama dalam novel ini.


2. Dia anak tunggal Abdullah bin Kayan dan Rafiqah. Ayah dan ibuny
berpisah kompilasi dia selama tiga tahun. Dia tinggal bersama ibunya.
3. Dia mempunyai bapa bapa, yang bernama Abdul Fatah yang
memanggilnya "walid dan seorang adik perempuan yang bernama
Nurul Asiyah.
4. Dia berumur 19 tahun dan sedang menunggu keputusan keputusan
STPM.
5. Haiqal penyayang. Dia sangat menyayangi ayah kandungnya. Dia
menangis ketika membaca manuskrip ayahnya yang merinduinya dan
sangat terkilan kerana tidak dapat melihat jenazah ayahnya .
6. Haiqal prihatin terhadap nasib kawannya. Dia memujuk Ratna yang
menduduki SPM. Dia juga menasihati Ratna agar terus berusaha.
7. Haiqal berbakat dalam bidang seni sastera dan budaya bangsa. Bakat
tersebut diwarisinya dari ayahnya.
WATAK SAMPINGAN

Abdullah bin Kayan

1. Ayah kandung Haiqal Haqimi dan bekas suami Rafiqah.


2. Dia bertugas sebagai guru bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Pendidikan Jasmani di SK Seri Purnama, Batu Pahat, Johor.
3. Meninggal dunia kerana sakit ketika Haiqal 12 tahun.
4. Dia amat meminati sastera dan berbakat dalam bidang tersebut.
5. Dia amat menyayangi anak tunggalnya, Haiqal Haqimi dan selalu
merindui anak itu yang telah beberapa tahun sejak dia bercerai dengan
ibu Haiqal.
6. Abdullah suka membantu orang lain. Dia menumpangkan anak Tauke
Lim, Ai Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana kereta Tauke Lim tidak
dapat dihidupkan.
WATAK SAMPINGAN

Ong See Hwa

1. Anak bongsu Tauke Ong (Tauke Lim) dan Puan Khei (Mak Cik Kim).
2. Dalam manuskrip yang ditulis oleh Abdullah bin Kayan, nama watak
Ong See Hwa menulisnya sebagai Ai Ling.
3. Rambutnya lurus, lembut, dan keperang-perangan. Wajahnya comel
dan menarik lesung pipit di pipinya. Kulit mukanya putih dan bersih.
4. Umurnya 19 tahun dan sedang belajar di kolej di bandar Batu Pahat
Dalam manuskrip tulisan Abdullah bin Kayan, dia sedang belajar di SK
Kampung Seri Purnama.
5. Dia meminati seni tari dan sastera Melayu sejak kecil. Dia
berkebolehan menari zapin.
6. See Hwa minat pelajaran agama Islam. Dia suka membaca buku kisah
para nabi dan rasul serta tokoh-tokoh Islam, suka bertanya tentang
nabi-nabi.
7. See Hwa rajin dan ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Buktinya,
dia sukarela menguruskan bilik bacaan di dalam balai raya .
WATAK SAMPINGAN

Tauke Ong

1. Merupakan Tauke Lim di dalam manuskrip Abdullah bin Kayan.


2. Dia berbadan gempal dan gemar menggunakan seluar labuh separas
lutut dan memakai baju kemeja lusuh.
3. Tauke Ong sangat pandai menyesuaikan diri dalam masyarakat yang
rata-ratanya berbangsa Melayu.
4. dia rajin dan gigih bekerja. Dia menoreh getah pada sebelah pagi
bersama-sama isterinya dan meraih hasil-hasil kampung.
5. Dia mengenang budi orang lain. Dia mengingati pertolongan ayah
Abdullah bin Kayan terhadapnya waktu dia mula- mula datang ke
Kampung Seri Purnama.
6. Tauke Ong juga pemurah. Waktu ada majlis kenduri kahwin di
Kampung Seri Purnama, Dia menanggung kos jamuan majlis tarian
zapin diadakan di kampung tersebut.
Gaya
Bahasa
METAFORA SINKOPE
Contoh : Contoh :
Ditambah pula dengan udara bersih "Bagi akaklah, tak ada salahnya kalau Ai
yang terpinggir menggunakan ciuman Ling tu memang berminat nak belajar.
pencemaran. (halaman 148) Baguslah. Namun yang akak perasan, Ai
Ling ni lain sikit dekat kakakrya. Kalau akak
suruh murid-murid kelas tu baca doa
PERSONIFIKASI sebelum pelajaran, dia ikut berdoa juga”
Contoh : (halaman 38-39)
Aku damai melihat ombak yang
membelai pantai. Aku tenang
PERIBAHASA
menikmati angin yang.mengusap
pepohon kelapa. (halaman 82) Contoh :
Macam mana akak tak naik angin. Kerja
rumah dahlah tak siap, tulisannya pula
SIMILE macam cakar ayam. (halaman 35)
Contoh :
Ilham adakalanya datang seperti
hujan lebat yang turun menyirami
bumi. Namun, adakalanya ilham
seperti memerah kain kering. (halaman
23)
Nilai
NILAI KERJASAMA NILAI BERSATU PADU
Mereka menjalankan tugas yang Kampung Seri Purnama tanpa
telah diagihkan dengan baik semasa mengira bangsa dan agama
majlis tarian zapin yang di lakukan mengamalkan perpaduan sehingga
itu berjalan dengan baik dan lancar. mereka tetap dengan aman dan
sejahtera.

NILAI HORMAT- NILAI KERAJINAN


MENGHORMATI Tauke Ong (Tauke Lim)
Abdul Fatah, ayah tiri Haiqal sangat membersihkan kebun getah milik
menghormati pendirian Haiqal ayah Abdullah bin Kayan sehingga
untuk mengenali kehidupan ayah kebun getah itu jelas.
kandungnya di Kampung Seri
Purnama.
Pemgajaran
• Kita janganlah menghalang perhubungan antara seorang ayah
dengan anaknya meskipun masing-masing tinggal berasingan.
Rafiqah menghalang Haiqal untuk bertemu dengan ayahnya setelah bercerai.

• Kita haruslah reda akan ketentuan Tuhan.


Haiqal terima suratan takdirnya bahawa ibu bapanya telah bercerai.

• Kita mestilah menghormati ibu bapa kita.


Haiqal tetap hormat akan ibunya walaupun ibunya tidak membenarkannya
balik ke kampung.

• Kita janganlah kedekut akan ilmu yang dimiliki


Pak Haji Salim, Wak Arif, Pak Cik Bakar, dan beberapa orang ahli kumpulan
zapin D'Purnama bersungguh-sungguh mengajarkan zapin kepada generasi
muda.

Anda mungkin juga menyukai