Anda di halaman 1dari 6

NOVEL SILIR DAKSINA

Sinopsis Keseluruhan Novel Silir Daksina

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja


bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama
ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal
didatangi sebuah manuskrip lama yang
didalamnya terdapat hasil penulisan ayah
kandungnya.
Teruja dengan kandungan manuskrip itu,
Haiqal bertekad untuk mencari jejak
kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah
kampung di Batu Pahat, Johor.
Keputusannya untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat tentangan daripada uminya.
Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu. Hubungan umi dan ayah
kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal
tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal
kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya
melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup
seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan
untuk ke sana. Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh
penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang
yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai
arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.Terdapat
sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat
mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya.
Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting
untuk memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan
zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi,
walid, dan adik tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap
Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal menari.
Sinopsis Bab
BAB SINOPSIS
1 Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-belek olehnya manuskrip itu.
Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Dia hampir-hampir kemalangan akibat
sentiasa memikirkan manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya itu berkaitan dengan seorang lelaki
yang bernama Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat kembali semasa kecilnya iaitu sewaktu ibunya
memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah hanyalah bapanya tirinya.
Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan. Sejak hari itu, dia bertekad untuk mencari ayahnya
apabila sudah dewasa.

2 Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu Buruk kerana ingin
berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi pantai sambil
bercerita tentang ayah kandungnya yang berpisah dengan ibunya. Dia tidak sanggup bertanya kepada
ibu sebab berlakunya perpisahan itu kerana takut menyinggung perasaan ibunya. Haiqal memberitahu
bahawa manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin dapat merungkaikan persoalan tentang
ayahnya. Namun begitu, orang yang mengirim manuskrip itu ialah seorang berbangsa cina yang
bernama Ong Swee Hwa yang tidak dikenalinya.

3 i. Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan menyaksikan rakan-
rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih menari zapin. Dia tertarik hati dengan anak Tauke
Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta dalam aktiviti itu. Setelah selesai berlatih,
Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim itu mengingatkannya kepada Aiman
(Haiqal). Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil memandang rumah Tauke Lim.
Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula datang ke kampungnya. Asalnya dia
seorang yang susah dan datang berjumpa dengan arwah ayahnya untuk mengambil upah menoreh
kebun getah milik ayah yang terbiar selama ini. Sejak hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim
bertambah baik. Dia seorang yang rajin sehingga mampu mengumpul duit untuk membeli tanah
kebun ayah. sudah 18 tahun dia menetap di kampung itu dan amat disenangi oleh penduduk
kampung. Semasa arwah ayahnya masih hidup, dia menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan
Ai Ling seperti cucunya. Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk menumpangkan
anaknya ke sekolah kerana bateri keretanya tidak berfungsi. Amirulnizam mencadangkan Ai Ling
menumpang dia sahaja ke sekolah setiap hari. Semasa di sekolah, Amirulnizam diberitahu cikgu
Latifah yang Ai Ling seperti berminat dengan kelas Pendidikan Islam. Dia rasa dia mungkin ada
peluang untuk rapat dengan Ai Ling.

ii. Setelah membantu Tauke Lim menggantikan bateri kereta, Amirulnizam dipelawa oleh Tauke Lim
ke pekan untuk belanjanya minum. Semasa berbual-bual, Tauke Lim menyatakan persetujuannya
untuk membenarkan Ai Ling menumpangnya ke sekolah setiap hari. Amirul berterus-terang dengan
Tauke Lim yang dia kesunyian semenjak ayahnya meninggal dunia dan dia terpisah dengan anaknya
Aiman.

iii. Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam iaitu Ketua Kumpulan Zapin Purnama meminta
Amirulnizam dan beberapa orang untuk berkumpul. Dia menjelaskan bahawa YB Samsuri akan
datang ke kampung itu dua minggu lagi dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri juga ingin datang
kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat. Amirul diminta untuk menyiapkan atur
cara persembahan nanti agar ramai yang hadir. Tauke Lim pula berjanji untuk menanggung kos
jamuan untuk tetamu nanti. Abang Bakir mencadangkan agar majlis itu diselitkan dengan acara
deklamasi puisi dan Amirulnizam dapat memilih peserta melalui murid sekolahnya. Amirulnizam
teringat kembali zaman kegemilangannya dalam bidang tersebut.

iv. Amirul berasa gembira kerana Ai Ling merupakan salah seorang peserta yang menyertai
pertandingan deklamasi puisi yang dirancangnya di sekolah. Ai Ling meminta agar Amirulnizam
mengajarnya cara mendeklamasikan sajak. Amirulnizam bersetuju dan setelah berjanji, petang itu Ai
Ling ditemani Ai Ching datang ke rumahnya. Ai Ling memberitahu bahawa ibu bapanya
membenarkannya mendeklamasikan sajak di rumah Amirulnizam. Amirulnizam mengajak Ai Ling
dengan bersungguh-sungguh sehinggakan dia dapat mendeklamasikan sajak dengan baik. Setelah Ai
Ling dan Ai Ching pulang, tiba-tiba sahaja Amirulnizam teringatkan Aiman.

v. Kemenangan Ai Ling dalam pertandingan deklamasi puisi murid-murid tahap satu telah menjadi
perbualan ramai. Tauke Lim sangat gembira. Dia mengucapkan terima kasih kepada Amirunizam
kerana mengajar anaknya sehingga menang. Tauke Lim, Abang Bakir, dan Roslan meminta supaya
Amirulnizam aktif semula dalam bidang penulisan sajak dan cerpen. Sebenarnya, sejak perpisahannya
dengan isteri dan anaknya, dia telah membuat keputusan untuk berhenti berkarya kerana kehilangan
semangat. Kehadiran Ai Ling mempengaruhi hidupnya. Ai Ling seolah-olah pengganti kepada
anaknya, Aiman sebagai tempat mencurahkan kasih sayang.

vi. Kehadiran YB Samsuri dan beberapa pegawai Yayasan Warisan disambut meriah. Ramai orang
kampung yang datang memenuhi majlis tersebut. Semasa Ai Ling membuat persembahan deklamasi
sajak, Amirulnizam terbayang-bayang Ai Ling dan Aiman berada di pentas itu. Lamunannya
dikejutkan oleh tepukan gemuruh orang ramai setelah persembahan selesai. Selepas itu, pelbagai
persembahan lain yang dipersembahkan. Majlis malam itu diakhiri dengan persembahan lagu
Gholiyabu yang dinyanyikan beramai-ramai oleh penduduk kampung. Sebelum pulang, YB Samsuri
berjumpa dengan Amirulnizam secara peribadi dan mengucapkan tahniah kepadanya. Beliau
berharap agar Amirulnizam dapat mengembangkan sastera dan bahasa di kampung itu dan
menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai perkampungan sastera.

vii. Ai Ling sudah berusia dua belas tahun dan Amirulnizam menganggapnya seperti anaknya sendiri.
Kesihatan yang kurang memuaskan telah membataskan aktivitinya. Suatu petang Amirulnizam
membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Amirulnizam berbual-bual dengan Ai Ling. Ai
Ling bertanya tentang anak Amirulnizam iaitu Aiman. Amirulnizam memberitahu bahawa Aiman
berada di Terengganu dan seusia dengan Ai Ling. Ai Ling teringin untuk berjumpa dengan Aiman dan
berkawan dengannya.

viii. Amirulnizam semakin sibuk dengan persiapan aktiviti untuk acara sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat mukim dan program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Tahap kesihatannya semakin merosot dan bergantung kepada ubat untuk mengurangkan kesakitan.
Petang itu Ai Ling datang ke rumah Amirulnizam. Dia bertanyakan helaian kertas kajang yang ditulis
oleh Amirulnizam. Amirulnizam berjanji akan menjadikan Ai Ling orang pertama yang membaca
hasil tulisan itu apabila siap nanti. Bagi Amirulnizam, Ai Ling merupakan orang yang menjadikan
hidupnya yang kesepian menjadi lebih bermakna. Ai Ling bertanyakan keadaan Amirulnizam yang
kelihatan pucat dan kurus. Namun dia menjelaskan bahawa dia penat dan banyak kerja. Ai Ling juga
turut bertanya tentang Aiman yang menyebabkan Amirulnizam sukar untuk menjawabnya.

ix. Dua hari sebelum majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi dilangsungkan, segala persiapan
majlis itu berjalan dengan rancak. Amirulnizam menggunakan masanya hingga larut malam untuk
menyiapkan puisi yang akan dideklamasikannya dan sempat menaip dan menyimpan manuskripnya.
Sakit kepalanya semakin kerap menyerang. Pada malam itu dia rasa aneh kerana kerinduan terhadap
Aiman begitu kuat . Dia hanya mampu menatap gambar anaknya sambil menangis teresak-esak.

4 Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa terharu dan
menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan Ratna. Dia meluahkan rasa bahawa
cerita yang terdapat dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang ayahnya. Haiqal sentiasa
berjumpa dengan Ratna untuk meluahkan masalah yang dihadapinya. Dia juga sentiasa mengusik-usik
Ratna dengan kata-kata dan bahasanya.

5 Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan dan pelbagai persoalan
kepadanya. Haiqal begitu kagum dengan ayahnya. Dia terkilan tidak dapat hidup lama dengan
ayahnya kerana terpaksa memenuhi kehendak ibunya menguruskan perniagaan butik dan kilang batik.
Dia teringat lagi sewaktu dia tidak dapat menziarahi ayahnya yang meninggal dunia tujuh tahun yang
lalu kerana terpaksa menduduki peperiksaan UPSR.
6 Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan
Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia
menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan
alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi.
Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan
oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara dam-diam.

7 Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan ditemani
oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya untuk
menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.

8 Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri Purnama.
Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung kampung tersebut.
Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong
yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia
diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah
arwah ayahnya.

9 Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman rumah.
Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah kerana dia
sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa
mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

10 Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk memudahkan
pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur ayahnya. Setelah berjaya
mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.
11 Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu. Dalam
tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong
berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang
kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan
ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara
menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua
orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua
yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna
dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja
kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya.
Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu
bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung
yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya
untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

12 Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai raya
yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus dan
terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak
buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-
buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah
hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang
menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui
bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang
bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

13 Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri
Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga
memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
14 Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama dengan
penduduk kampung membuat latihan zapin.
15 Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama masing-
masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
16 Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi Kenyalang.
Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama dengan walid serta
adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal
mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi tanpa
berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi rakan
kongsi dalam perniagaannya.

Anda mungkin juga menyukai