Anda di halaman 1dari 2

NOVEL SILIR DAKSINA - WATAK DAN PERWATAKAN

Perwatakan Haiqal

1. Seorang yang berani –


Contohnya:
Haiqal berani memberitahu kepada uminya tentang rancangannya ke Johor untuk
menjejaki sejarah hidup ayah kandungnya selepas tamat peperiksaan STPM.
Haiqal juga berani menaiki bas ekspres seorang diri untuk ke Kampung Seri Purnama di
Batu Pahat walaupun Haiqal berasa terkilan kerana uminya tidak merestui
keputusannya itu. Semua ini dilakukan oleh Haiqal untuk menjejaki kisah silam ayah
kandungnya Abdullah bin Kayan di Johor.

2. Seorang yang peramah –


Contohnya:
Haiqal mudah mencapai keserasiannya dengan penduduk kampung disebabkan
keramahannya dalam bergaul dengan orang kampung seperti Taukeh Ong, Pak cik
Bakar, Lazim dan Ong See Hwa.

3. Seorang yang menghormati yang tua –


Contohnya:
Walaupun Haiqal telah melukai hati uminya, dia tetap memberitahu pergerakannya dan
aktivitinya di Johor sebagai tanda hormatnya kepada ibunya.

4. Seorang yang berdikari –


Contohnya:
Haiqal bertindak sendiri dan  berseorangan menaiki bas ekspres dari Terengganu ke
Kampung Seri Purnama di Batu Pahat Johor.

5.  Seorang yang taat perintah agama


Contohnya:
Apabila tiba di Batu Pahat , Haiqal menunaikan solat Subuh terlebih dahulu sebelum
menaiki sebuah teksi ke Kampung Seri Purnama.

6.  Seorang yang penyayang


Contohnya:
Haiqal menyayangi uminya, walid, ayah kandungnya Abdullah bin Kayan dan adik
tirinya Nurul Asiyah.
Haiqal menyayangi uminya dan dia tidak lagi bertanya kepada uminya tentang ayah
kandungnya kerana tidak mahu melukai hati uminya.
Haiqal sangat menyayangi ayahnya sehingga sanggup ke Batu Pahat seorang diri untuk
menjejaki sejarah hidup ayah kandungnya Abdullah bin Kayan di Kampung Seri
Purnama.
 7.  Seorang yang prihatin
Contohnya:
Haiqal sangat prihatin  memujuk Ratna yang menangis kerana mendapat keputusan
SPM yang kurang cemerlang. Haiqal cuba untuk menenangkan hati Ratna yang sedih

8.  Seorang yang gigih


Contohnya:
Haiqal gigih belajar tarian zapin jincat daripada Pak cik Bakar.  Haiqal juga gigih belajar
daripada Lazim di balai raya.

9.  Seorang yang bijak dalam pelajaran


Contohnya:
Haiqal bijak dalam pelajaran sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah
universiti di Bumi Kenyalang selepas tamat tingkatan 6.

  Watak Utama berperanan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji,
huraikan perwatakan watak utama yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan kita. ( KBAT )

Novel yang saya kaji di tingkatan lima ialah Novel Salir Daksina karya Nizar Parman.  Watak
utama novel ini ialah Haiqal Hakimi.  Haiqal ialah anak kepada Abdullah Kayan dan Rafiqah . Novel ini
telah menonjolkan perwatakan watak utama iaitu Haiqal Hakimi yang boleh dijadikan contoh dalam
kehidupan.

    Antara perwatakan Haiqal Hakimi yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan
ialah Haiqal seorang yang berani. Contohnya, Haiqal berani memberitahu kepada uminya tentang
rancangannya ke Johor untuk menjejaki sejarah hidup ayah kandungnya selepas tamat peperiksaan
STPM.  Haiqal juga berani menaiki bas ekspres seorang diri untuk ke kampung Seri Purnama di Batu
Pahat   untuk menjejaki kisah silam ayah kandungnya Abdullah bin Kayan di Johor.  Sifat Haiqal ini
harus dicontohi supaya kita bersikap berani menempuh cabaran dalam kehidupan demi mencapai
hasrat dan cita-cita.
     Selain itu, seorang yang penyayang. Contohnya, Haiqal sangat sayang akan ayah dan ibunya
kandungnya. Haiqal sanggup menjejaki ayah kandungnya yang telah meninggal atas perasaan sayang
yang mendalam akan ayahnya. Situasi ini mengajar saya untuk sentiasa memberikan perasaan sayang
yang mendalam terhadap keluarga supaya hubungan kekeluargaan menjadi lebih utuh.
Haiqal juga seorang yang gigih. Contohnya, Haiqal gigih belajar tarian zapin jincat daripada Pak
Cik Bakar.  Haiqal juga gigih belajar daripada Lazim di balai raya.  Kegigihan Haiqal ini memberi
mengajar saya untuk sentiasa gigih berusaha untuk memastikan kejayaan dapat dicapai dalam sesuatu
yang saya usahakan.

Akhir sekali, seorang yang prihatin. Contohnya, Haiqal Hakimi memujuk Ratna yang bersedih
kerana mendapat tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan SPM. Haiqal cuba
untuk menenangkan hati Ratna yang sedih. Situasi ini juga harus dicontohi dalam kehidupan iaitu kita
mesti  sentiasa prihatin terhadap hal sekeliling dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh
orang lain.

Anda mungkin juga menyukai