Anda di halaman 1dari 5

SASTERAWAN NEGARA

Standard Pembelajaran
2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian gariskan ciri-ciri pemilihan Sasterawan Negara.

Para sasterawan yang merasakan dirinya berkelayakan untuk dinobatkan sebagai Sasterawan Negara (SN) ke-15,
kini menunggu penuh debaran. Seperti pemilihan yang lepas, kriteria pemilihan kali ini masih mengikut garis panduan
format lama. Antaranya, seseorang calon perlulah menghasilkan karya sastera yang bermutu tinggi, selain memberikan
sumbangan signifikan kepada kesusasteraan negara. Di samping itu, seseorang calon SN juga dinilai berdasarkan
pembabitannya yang aktif dalam berpersatuan. Hal ini bermakna, seseorang calon SN mestilah telah menghasilkan
sejumlah karya sastera, sama ada ada novel, cerpen, puisi dan drama yang telah terbukti bermutu, diminati dan dikagumi
dan karyanya telah digunakan dengan meluas oleh khalayak. Karya tersebut perlulah karya yang dominan dan serasi dengan
cita rasa majoriti masyarakat, terutama audiens sastera.
Seseorang SN pada masa akan datang ialah seorang yang berketerampilan dan mempunyai identiti tersendiri.
Seseorang sasterawan sejati juga tidak boleh digugat pendirian dan integritinya. Contohnya, Promoedya Ananta Toer
sanggup dikurung dan dibekukan mindanya berbelan-belas tahun di Pulau Biru, tetapi masa berharga itu dipenuhi dengan
penghasilan novel Anak Semua Bangsa, Bumi Manusia, Jejak Langkah, Nyanyi Sunyi Seorang Bisu dan rumah kaca yang
mengharumkan namanya di mata dunia.
Dipetik dan diubah suai
daripada ‘Pemilihan Sasterawan Negara ke-15 perlu
format baharu’
oleh Osman Ayob,
Dewan Sastera, Bil. 3/2022

Anda bercita-cita untuk menjadi seorang sasterawan kerana minat dalam bidang penulisan sejak sekolah rendah. Isikan peta
cabang di bawah dengan persediaan-persediaan anda untuk menjadi sasterawan.

_
_
_

PERSEDIAAN
_ ANDA UNTUK MENJADI SASTERAWAN _
_ _
_ _

_ _
_ _
_ _

_
_
_
1
LATIHAN
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Bahan 1
Seseorang Sasterawan Negara (SN) tidak seharusnya hanya diberikan penghormatan semata-mata. Seorang SN juga bukan sekadar di
Fungsi SN bukan sekadar bercakap tentang selok-belok negara, tetapi secara langsung adalah untuk menyuarakan persoalan bahasa, pe

Bahan 2

Sasterawan Negara semestinya sasterawan dan pujangga negara, iaitu bijak pandai dan cendekiawan serta pemikir pada
zamannya. Siapakah lagi sasterawan? Mereka ialah barisan sarjana dan intektual dalam disiplin ilmu sastera, yang pasti
sudah membina teori-teori dan gagasan penting dalam sastera, individu yang dinobatkan penerima Anugerah Sastera Asia
Tenggara (SEA Write); tokoh sastera peringkat negeri, serta mereka yang membentuk haluan pemikiran tersendiri sehingga
wujudnya pengikut, peminat dan peneliti secara umum melalui karya-karyanya. Misalnya, Dr Abd Rahman Napiah atau Mana
Sikana yang hingga kini aktif menulis dan mengkritik karya sastera, juga berhasil membina sebuah teori dalam sastera,
iaitu Teori Taabudiyah. Malah, esei dan kritikan sastera beliau ada yang mendapat tempat dalam Hadiah Sastera Perdana
Malaysia. Bedasarkan penerangan ini, di manakah kedudukan anda sebagai seorang penulis? Adakah sekadar menjadi
penulis di lorong-lorong kecil, atau berkeinginan untuk menjadi penulis berjiwa besar dalam membentuk kecerdikan bangsa
dan negaranya.
Dipetik dan diubah suai
daripada ‘Beza penulis, pengarang dan
sasterawan’ oleh Nur Muhammad
Fansuri,
Berita Harian, 15 April 2022

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mengubah persepsi. [2 markah]

(ii) Dengan merujuk semua bahan, kemukakan beberapa peranan sasterawan dalam pembangunan negara. [4 markah]

(iii) Para sasterawan perlulah diberikan penghormatan atas jasanya kepada bidang penulisan dan ketamadunan bangsa.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara penghormatan kepada para sasterawan agar karyanya terus dihargai?
[3 markah]

(iv) Anda telah menyertai sayembara penulisan cerpen yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun begitu,
apabila keputusan diumumkan, anda tidak berjaya untuk memperoleh sebarang kemenangan. Dalam reaksi juri yang
mengadili karya yang dihantar, ketua juri ada mengatakan karya yang dinilai masih kurang menarik.
Sekiranya ingin menyertai sayembara penulisan cerpen lain kali, cadangkan ciri-ciri penulisan karya yang menarik
perhatian pihak juri. [4 markah]

2
Cikgu Roslan Daud

SASTERAWAN NEGARA

Standard Pembelajaran
2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian gariskan ciri-ciri pemilihan Sasterawan Negara.

Para sasterawan yang merasakan dirinya berkelayakan untuk dinobatkan sebagai Sasterawan Negara (SN) ke-15,
kini menunggu penuh debaran. Seperti pemilihan yang lepas, kriteria pemilihan kali ini masih mengikut garis panduan format
lama. Antaranya, seseorang calon perlulah menghasilkan karya sastera yang bermutu tinggi, selain memberikan
sumbangan signifikan kepada kesusasteraan negara. Di samping itu, seseorang calon SN juga dinilai berdasarkan
pembabitannya yang aktif dalam berpersatuan. Hal ini bermakna, seseorang calon SN mestilah telah menghasilkan
sejumlah karya sastera, sama ada ada novel, cerpen, puisi dan drama yang telah terbukti bermutu, diminati dan dikagumi
dan karyanya telah digunakan dengan meluas oleh khalayak. Karya tersebut perlulah karya yang dominan dan serasi dengan
cita rasa majoriti masyarakat, terutama audiens sastera.
Seseorang SN pada masa akan datang ialah seorang yang berketerampilan dan mempunyai identiti tersendiri.
Seseorang sasterawan sejati juga tidak boleh digugat pendirian dan integritinya. Contohnya, Promoedya Ananta Toer
sanggup dikurung dan dibekukan mindanya berbelan-belas tahun di Pulau Biru, tetapi masa berharga itu dipenuhi dengan
penghasilan novel Anak Semua Bangsa, Bumi Manusia, Jejak Langkah, Nyanyi Sunyi Seorang Bisu dan rumah kaca yang
mengharumkan namanya di mata dunia.
Dipetik dan diubah suai
daripada ‘Pemilihan Sasterawan Negara ke-15 perlu
format baharu’
oleh Osman Ayob,
Dewan Sastera, Bil. 3/2022

Anda bercita-cita untuk menjadi seorang sasterawan kerana minat dalam bidang penulisan sejak sekolah rendah. Isikan peta
cabang di bawah dengan persediaan-persediaan anda untuk menjadi sasterawan.

Membaca karya sastera penulis terkenal

PERSEDIAAN ANDA UNTUK MENJADI SASTERAWAN


Menghadiri bengkel / seminar / klinik / kem penulisan Menyertai pertandingan / sayembara penulisan

Rajin bertanya kepada penulis lama / berpengalaman Menghantar karya di majalah untuk dikritik penu

Menghadiri majlis bedah karya / kritikan karya

3
Cikgu Roslan Daud

JAWAPAN SOALAN PEMAHAMAN

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mengubah persepsi. Markah


P1 menukar / merubah / mengganti pandangan / tanggapan / anggapan / gambaran 2m
P2 menukar / merubah / mengganti persepsi 1m
P3 mengubah pandangan / tanggapan / anggapan / gambaran 1m
Isi tepat : 2
markah Markah maksimum :
2 markah

(ii) Dengan merujuk semua bahan, kemukakan beberapa peranan sasterawan dalam pembangunan negara. Markah
P1 mengubah persepsi masyarakat, terutamanya generasi muda [B1] 1m
P2 bercakap tentang selok-belok negara [B1] 1m
P3 menyuarakan persoalan bahasa, persuratan dan kebudayaan [B1] 1m
P4 menjaga kepentingan dan kebajikan kaum penulis yang terus-menerus dipinggirkan [B1] 1m
P5 pujangga negara [B2] 1m
P6 bijak pandai dan cendekiawan serta pemikir pada zamannya [B2] 1m
P7 membina teori-teori dan gagasan penting dalam sastera [B2] 1m
P8 membentuk haluan pemikiran tersendiri [B2] 1m
P9 membentuk kecerdikan bangsa dan negaranya [B2] 1m
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 4
markah

(iii) Para sasterawan perlulah diberikan penghormatan atas jasanya kepada bidang penulisan dan ketamadunan Markah
bangsa.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara penghormatan kepada para sasterawan agar karyanya terus
dihargai?
P1 menggunakan karya sasterawan di sekolah / di pusat pengajian tinggi 1m
P2 mengundang saterawan untuk bual bicara / berkongsi karyanya 1m
P3 membeli karya sasterawan 1m
P4 memaparkan karya sasterawan di media massa 1m
P5 membedah / mengkaji karya sasterawan 1m
P6 meletakkan karya sasterawan di perpustakaan 1m
P7 mengadakan pertandingan menulis resensi karya sasterawan 1m
P8 menjual buku / karya sasterawan di pesta buku 1m
P9 mempromosikan karya sasterawan di media 1m
Isi cukup : 2
isi Markah maksimum : 3
markah

(iv) Anda telah menyertai sayembara penulisan cerpen yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun Markah
begitu, apabila keputusan diumumkan, anda tidak berjaya untuk memperoleh sebarang kemenangan. Dalam
reaksi juri yang mengadili karya yang dihantar, ketua juri ada mengatakan karya yang dinilai masih kurang
menarik.
Sekiranya ingin menyertai sayembara penulisan cerpen lain kali, cadangkan ciri-ciri penulisan karya yang
menarik perhatian pihak juri.
P1 plot / jalan cerita yang menarik / penuh konflik / tidak meleret-leret 1m
P2 sarat dengan nilai dan pengajaran 1m
P3 watak yang dapat menjadi contoh kepada pembaca 1m
P4 tema cerpen yang kuat / menepati tema yang ditetapkan 1m
P5 gaya bahasa yang indah 1m
P6 meninggalkan kesan yang mendalam 1m
P7 teknik plot yang pelbagai 1m
Isi cukup : 3
4
Cikgu Roslan Daud
isi Markah maksimum : 4
markah

Anda mungkin juga menyukai