Anda di halaman 1dari 2

Koleksi Teka-teki Untuk Anda

1. Burung apakah yang dapat berdiri dan berbaring tetapi tidak dapat duduk?
2. Selepas gajah berlalu, titi patah. Selepas itu, kambing pun berlalu. Apa yang patah pula?
3. Lima pasang stoking direndam di dalam Laut merah. Setiap pasang stoking itu berwarna putih, hijau,
biru, kuning, dan hitam. Apakah yang akan terjadi pada semua stoking tersebut?
4. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang dimakan tepinya sahaja?
5. Apabila ditarik, yang di atas gembira tetapi yang di bawah merana.
6. Saya berjalan di atas pasir di tepi pantai tanpa mencecah air. Apabila saya menoleh ke belakang,
tiada kesan kaki saya. Kenapa?
7. Apabila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apakah yang akan turun dahulu?
8. Apabila kita berdiri, dia berbaring. Apabila kita berbaring, dia berdiri. Apabila kita berjalan, dia pun
ikut sama.
9. Manusia dapat melihat bukit kalau memanjat pokok. Apakah yang dilihat kura-kura kalau binatang
itu memanjat pokok?
10. Apakah yang berada di antara langit dan bumi?
11. Apakah benda bertali yang akan mati jika dipegang tetapi akan hidup apabila dilepaskan? Benda itu
akan mati apabila dibiarkan lama-lama.
12. Apabila suami dapat, isteri pun dapat. Apabila si isteri dapat, si suami pula tidak dapat.
13. Apabila sebatang pokok dipotong, pokok itu akan menjadi semakin rendah. Apakah benda yang
akan menjadi semakin tinggi apabila dipotong?
14. Pak Ali mempunyai sebuah ladang. Dia mahu menanam 2 jenis pokok, iaitu getah dan koko. Apa
yang tumbuh dulu?
15. Mula-mula aku membuka baju. Selepas itu, aku disapu bedak. Setelah badanku disapu bedak, aku
pun terjun ke dalam tasik. Aku pun mandi. Setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
16. Berkaki empat semasa kecil. Berkaki dua apabila besar. Berkaki tiga pula apabila tua.
17. Apakah yang dibaling apabila digunakan, dan ditarik apabila selesai digunakan.
18. Perkataan yang dieja salah dalam kamus.
19. Dia selalu mengejar bola tetapi tidak pernah mendapat bola.
20. Saya berada di atas, tetapi saya tidak boleh berenang atau bergerak.
21. Dia manusia, tetapi dia tidak tidur, makan atau mati.
22. Pada waktu siang, matanya rabun. Pada waktu malam, matanya terang.
23. Badannya keras tetapi kurus serta tidak mempunyai tangan. Berkepala hitam pula.

Jawapan Teka-teki
1. Penguin
2. Patah balik
3. Semua stoking basah
4. Kuih Donut
5. Pengail yang mendapat ikan
6. Saya berjalan secara mengundur
7. Speedometer bas
8. Tapak kaki
9. Nampak pembohong (kura-kura tidak dapat memanjat pokok)
10. Perkataan dan
11. Gasing
12. Gelaran Datuk
13. Seluar panjang
14. Kedua-dua jenis pokok tidak tumbuh (ditanam separuh sahaja)
15. Pisang goreng
16. Manusia
17. Sauh
18. Salah
19. Pengadil perlawanan
20. Jambatan
21. Raja
22. Burung hantu
23. Mancis

Anda mungkin juga menyukai