Anda di halaman 1dari 2

Karangan Bahasa Melayu SPM Kertas

1 Bahagian A - usaha-usaha memupuk


semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia
 7 years ago   BM SPM Kertas 1 , Karangan SPM , Karangan SPM Bahagian A
Bahagian A

[Masa dicadangkan: 45 minit]
[30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda usaha-usaha memupuk


semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.   Panjang huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
PENDAHULUAN

- Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal


berhampiran antara satu dengan lain. 
- Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu
tatkala berada dalam kesusahan atau hendak mengadakan majlis
keramaian.
- Jiran yang baik ibarat “cubit peha kiri peha kanan pun terasa” amat
sukar ditemui.

ISI-ISI:

1.  Mengadakan program gotong royong


- bergotong royong mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
2. Mengadakan rumah terbuka
- rumah terbuka semasa perayaan mengikut kaum
- saling kunjung mengunjung mengeratkan silaturahim dan kenal mengenal sesama
ahli masyarakat
3. Mengadakan kempen kesedaran 
- peranan media massa untuk memberikan kesedaran dalam kalangan ahli
masyarakat mengenai kepentingan semangat kejiranan
- Peranan pihak sekolah menyedarkan pelajar-pelajar mengenai kepentingan
semangat kejiranan

4. Amalan ziarah menziarahi mengeratkan hubungan


- Boleh menziarahi ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit. 
- kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka
alami dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim.

KESIMPULAN

- Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat


kita agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni. 
- Sekiranya hal ini dapat dilakukan maka akan tercapailah cita-cita negara
untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang.

Anda mungkin juga menyukai