Anda di halaman 1dari 10

KOLEKSI SOALAN BONUS

MODUL CEMERLANG AMAN JAYA GEMILANG SPM NEGERI PERAK

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


TAHUN 2017
PENDIDIKAN SENI VISUAL 2611/2
SENI HALUS
Kertas 2
3 jam

1. Kertas soalan ini mengandungi enam soalan.

2. Jawab satu soalan sahaja.

3. Kertas soalan ini diberikan kepada calon seminggu sebelum tarikh peperiksaan.
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

Arahan kepada calon.

a. Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang ditetapkan.
Tuliskan dengan terang No. Kad Pengenalan , Nama, Tingkatan, Kod Mata
Pelajaran, No. Soalan dan Ruang markah mengikut susunan yang ditetapkan disudut
kanan sebelah atas,ruang belakang lukisan anda (Lihat gambar rajah di bawah)

Sudut Kanan Sebelah Atas Belakang kertas Lukisan

NO. KAD PENGENALAN :

NAMA :

TINGKATAN :

5 CM KOD MATA PELAJARAN : ...

NO. SOALAN :

MARKAH : ..

8 CM
8 CM
b. Hasil kerja anda hendaklah asli.

c. Hasil kerja anda itu hendaklah memenuhi kertas lukisan itu kecuali ruang 5 cm x 8 cm
yang ditetapkan.

d. Anda tidak dibenarkan membawa masuk sebarang lakaran ke dalam bilik peperiksaan.

e. Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan hasil kerja
yang telah siap.

f. Keseluruhan hasil kerja hendaklah diwarnakan.

g. Anda bebas menggunakan apa jua teknik menggambar kecuali teknik semburan atau
assemblaj. Jika teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas
berwarna bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah dan perca kain yang dibawa
sendiri.

h. Hasil kerja anda itu hendaklah dalam bentuk 2D sahaja.


Jawab satu soalan sahaja.

1. Pada suatu pagi di pinggiran sebuah kampung, kelihatan seorang pemuda sedang
mengembala beberapa ekor lembu untuk diberi makan di padang ragut.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur ruang, suasana dan
bentuk.

2. Di atas meja kerja seorang pelukis, beberapa alatan mewarna berselerakkan, kelihatan
bekas warna, segulung kertas lukisan, bekas air dan beberapa alatan melukis yang lain.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan dari segi bentuk,
komposisi dan ruang.

3. Melalui imaginasi anda, gambarkan beberapa ekor kura-kura beraksi seperti manusia
sedang bermain bola sepak. Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan
kepada aksi , bentuk dan ruang.

4. Di sebuah kebun pisang, seorang petani keletihan. Dia sedang berehat sambil bersandar di
sebatang pokok, disisinya kelihatan beberapa tandan pisang yang dilonggokkan.
Gambarkan dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan
jalinan.

5. Di suatu kawasan jeram, air mengalir dengan tenang. Kelihatan di tepinya terdapat sebuah
pondok yang telah usang. Di sekelilingnya tumbuh pelbagai pohon-pohon yang hidup
subur merimbun. Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang,
bentuk dan jalinan.

6. Di tepi tunggul kayu terdapat sebuah sarang burung. Sarang burung tersebut dibina dari
pelbagai daun dan ranting kayu. Kelihatan ibu burung sedang memberi makan anak-
anaknya. Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk
dan aksi.
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2

SOALAN 1

Pada suatu pagi di pinggiran sebuah kampung, kelihatan seorang pemuda sedang
mengembala beberapa ekor lembu untuk diberi makan di padang ragut. Gambarkan situasi
tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur ruang, suasana dan bentuk.

Tips:

Soalan ini boleh dijawap dalam bentuk berwarna atau hitam putih sebab soalan tidak
menyatakan secara jelas
Pilih sudut yang menarik
Subjek utama perlu dilukis dengan jarak dekat iaitu samada di latar hadapan atau paling
kurang di latar tengah. Elakkan subjek utama dilukis di latar belakang.
2 pekara penting yang mesti ada ialah pengembala dan lembu berlatar belakangkan
pinggir kampung
Beri penekanan terhadap unsur bentuk, ruang dan jalinan
Penuhi semua ruang kertas dengan warna. Jangan biarkan putih tanpa warna
Elak menggunakan warna terus dari tiub. Cuba buat campuran warna
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2

SOALAN 2

Di atas meja kerja seorang pelukis, beberapa alatan mewarna berselerakkan, kelihatan bekas
warna, segulung kertas lukisan, bekas air dan beberapa alatan melukis yang lain.

Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan dari segi bentuk,
komposisi dan ruang

Tips:

Soalan ini boleh dijawap dalam bentuk berwarna atau hitam putih sebab soalan tidak
menyatakan secara jelas
Gambarkan dari jarak dekat
Pilih sudut yang menarik
Ikut kehendak soalan.
Beri penekanan terhadap unsur bentuk, komposis(susun atur) dan ruang dekat
Perlu dielak dari melukis keseluruhan bentuk meja. Lukis hanya sebahagian meja sahaja.
Meja bukan subjek utama
Tentukan satu arah cahaya terhadap objek-objek ( dari kiri atau kanan)
Fokus terhadap susunan ton dan bayang-bayang berdasarkan arah cahaya
Penuhi semua ruang kertas dengan warna. Jangan biarkan putih tanpa warna
Elak menggunakan warna terus dari tiub. Cuba buat campuran warna
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2

SOALAN 3

Melalui imaginasi anda, gambarkan beberapa ekor kura-kura beraksi seperti manusia sedang
bermain bola sepak.

Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada aksi , bentuk dan ruang.

Tips:

Soalan ini boleh dijawap dalam bentuk berwarna atau hitam putih sebab soalan tidak
menyatakan secara jelas
Pilih sudut yang menarik
Sekurang-kurangnya 2 ekor kura-kura perlu dilukis. Lebih tidak mengapa
Bentuk kura-kura dan aksi mereka perlulah di lukis dengan menarik
Penekanan pada bentuk, ruang terbuka dan aksi
Penuhi semua ruang kertas dengan warna. Jangan biarkan putih tanpa warna
Elak menggunakan warna terus dari tiub. Cuba buat campuran warna
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2

SOALAN 4

Di sebuah kebun pisang, seorang petani keletihan. Dia sedang berehat sambil bersandar di
sebatang pokok, disisinya kelihatan beberapa tandan pisang yang dilonggokkan.

Gambarkan dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan jalinan

Tips:

Soalan ini boleh dijawap dalam bentuk berwarna atau hitam putih sebab soalan tidak
menyatakan secara jelas
Pilih sudut yang menarik
Penuhi kehendak soalan
Fokus utama ialah petani yang keletihan sedang bersandar dan longgokan tandan pisang
Penekanan kepada unsur bentuk terutama figura petani dan tandan pisang
Kebun pisang sebagai latar belakang sahaja
Penuhi semua ruang kertas dengan warna. Jangan biarkan putih tanpa warna
Elak menggunakan warna terus dari tiub. Cuba buat campuran warna
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2

SOALAN 5

Di suatu kawasan jeram, air mengalir dengan tenang. Kelihatan di tepinya terdapat sebuah
pondok yang telah usang. Di sekelilingnya tumbuh pelbagai pohon-pohon yang hidup subur
merimbun.

Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk dan jalinan.

Tips:

Soalan ini boleh dijawap dalam bentuk berwarna atau hitam putih sebab soalan tidak
menyatakan secara jelas
Pilih sudut yang menarik
Olahan komposisi (susun atur) perlu menitikberatkan nilai pergerakan (Prinsip Rekaan)
Gunakan warna-warna yg pelbagai. Elakkan dari menggunakan warna-warna monokrom
( warna yg menggunakan campuran putih dan hitam)
Subjek utama (rumah Usang) boleh disusun di latar hadapan atau latar tengah. Elakan
dari latar belakang
Pelbagaikan jenis-jenis pokok, elakkan dari jenis yang sama.
Pastikan susun atur tidak terlalu padat. Pastikan ada ruang yg lapang
Penuhi semua ruang kertas dengan warna. Jangan biarkan putih tanpa warna
Elak menggunakan warna terus dari tiub. Cuba buat campuran warna
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2

SOALAN 6

Di tepi tunggul kayu terdapat sebuah sarang burung. Sarang burung tersebut dibina dari
pelbagai daun dan ranting kayu. Kelihatan ibu burung sedang memberi makan anak-anaknya.

Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk dan aksi

Tips:

Soalan ini boleh dijawap dalam bentuk berwarna atau hitam putih sebab soalan tidak
menyatakan secara jelas
Subjek utama perlu dilukis dengan jarak dekat
Penekanan pada unsur bentuk (burung), jalinan (sarang) dan ruang cetek
Penekanan juga perlu dititikberatkan tentang aksi ibu burung memberi makan dan aksi
anak yang sedang menerima makanan.
Pastikan anda mahir menghasilkan ton jika menggunakan media pensil agar objek dapat
ditimbulkan dengan jelas mengikut kehendak soalan.
Penuhi semua ruang kertas dengan warna. Jangan biarkan putih tanpa warna
Olahan subjek utama dengan lebih detail berbanding latar belakang
Corak pada alas meja jangan terlalu menonjol sehingga menengelamkan subjek utama
Elak menggunakan warna terus dari tiub. Cuba buat campuran warna
Skema pemarkahan umum

Bil Perkara Markah Penuh


INTEPRESTASI
KARYA MENGIKUT KEHENDAK SOALAN.
1 LUKIS SEMUA OBJEK YANG DIMINTA. 10 MARKAH
GUBAHAN
PECAHAN RUANG YANG SEIMBANG DAN
MEMENUHI KESELURUHAN KERTAS.
PERSPEKTIF.
LUKIS BENTUK YANG TEPAT.
APLIKASI UNSUR/ ASAS SENI DAN PRINSIP
2 REKAAN. 15 MARKAH
WARNA
PERSPEKTIF WARNA
MEDIA KERING/MEDIA BASAH
-OLAHAN DAN TEKNIK MEWARNA
3 -MENIMBULKAN KESAN MOOD DAN RUANG 15 MARKAH
NILAI
KESESUAIAN MEDIA DAN TEKNIK
KEKEMASAN HASIL KERJA
4 KEASLIAN 10 MARKAH

Anda mungkin juga menyukai