Anda di halaman 1dari 24

Takrifan Kegiatan Ekonomi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia
yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di
kawasan kajian saya iaitu Telok Panglima Garang, Antaranya adalah perniagaan, pertanian dan
perindustrian.
http://www.cekgunorazimah.com/2015/06/pt3-takrifan-kegiatan-ekonomi.html

Kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan


di kawasan kajian anda dan alasannya.

1. Homestay
: Homestay adalah kemudahan tempat tinggal yang berorientasikan pelancongan
desa amat berpotensi dijalankan di Telok Panglima Garang kerana kawasan ini
mempunyai kampung tersusun. Pelancong berpeluang untuk mempelajari cara hidup
seharian penduduk kampung disamping menambah pendapatan sampingan kepada
keluarga yang terlibat.
2. Tanaman Fertigasi
: Tanaman fertigasi merupakan satu kaedah penanaman pokok di dalam bekas atau
polibeg yang dapat meningkatkan hasil pendapatan. Contoh pokok yang sesuai
untuk

kaedah

ini

seperti

pokok

cili

dan

timun

jepun.

Kaedah

ini

amat

menguntungkan dan tidak memerlukan kawasan pertanian yang luas. Hal ini juga
dapat membantu pendapatan kepada penduduk di Telok Panglima Garang.

http://www.cekgunorazimah.com/2015/06/pt3-kegiatan-ekonomi-yangberpotensi.html

CADANGAN

Mempelbagaikan promosi pemasaran untuk perniagaan.


Menggunakan kemudahan IT bagi memastikan perniagaan boleh
bersaing di era globalisasi dan di dunia tanpa sempadan.
Contohnya, mengiklankan pakej restoran melalui Yellow pages,
internet banking dan mewujudkan laman web sendiri. Selain itu, kita
juga boleh menyebarkan maklumat melalui media - media sosial
yang terdapat di era moden ini seperti Facebook, Instagram, Twitter
dan lain - lain.

https://www.facebook.com/BizGlobe.Perfume?
ref=ts&fref=ts

memberi peluang pekerjaan yang di sektor perindustrian bagi suri


rumah sebagai kerja sambilan ketika berada di rumah. Antaranya
ialah industri ringan iaitu pembuatan pakaian. Suri - suri rumah
dapat menggunakan kemahiran jahitan dan kreativiti mereka untuk
menghasilkan pakaian yang berkualiti di samping dapat
meningkatkan pendapatan mereka sebagai suri rumah.
Meningkatkan dan memperbanyakkan rumah - rumah kedai.

Menubuhkan beberapa bank bagi memudahkan urusan kewangan


setiap penduduk di kawasan tempat tinggal. Ini dapat memberikan
peluang pekerjaan sebagai pengawal bank di samping
meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tempat tinggal.
Mengiklankan produk barangan atau perkhidmatan mereka kepada
umum melalui media bercetak atau media massa seperti majalah,
surat khabar,risalah dan televisyen.

http://homemadenursbintualias.blogspot.com/2012/
06/risalah-promosi.html
http://duniaherbahpa.com/2006/12/hpa-dalamakhbar/

Memajukan ekonomi di sekitar kawasan.


Meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk seperti dalam
sektor perniagaan.
Penduduk boleh buat jualan dari rumah ke rumah . Cara ini
memerlukan kesabaran dan tenaga yang banyak demi memperoleh
keuntungan. Walaubagaimanapun, bak kata pepatah ' Usaha Tangga
Kejayaan '.
membina restoran yang menjual pelbagai jenis makanan dengan
harga yang berpatutan agar ramai penduduk yang akan datang
berkunjung.

KEGIATAN EKONOMI YANG DAPAT DIMAJUKAN

Perkhidmatan pengangkutan kerana kepadatan penduduk


memerlukan sistem pengangkutan awam yang lebih efisien untuk
mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Perniagaan berlandaskan kepada perkhidmatan IT kerana
perkhidmatannya yang mempunyai pasaran yang luas.
Bangunan yang berada berdekatan dengan Giant Bandar Kinrara.
Bangunan - bangunan tersebut boleh membangun jika terdapat
perniagaan atau perkhidmatan.
Giant Bandar Kinrara kerana orang ramai akan berkunjung untuk
membeli - belah.
Pasar malam atau pasar tani pada setiap hari Selasa. Hal ini
demikian kerana terdapat ramai orang untuk membeli barangan
atau makanan.
Perdagangan. Hal ini supaya dapat menambahkan peluang
pekerjaan yang lebih banyak dan efektif.
Perkhidmatan perhotelan. Ini disebabkan kawasan Kinrara yang
pesat membangun dengan bilangan penduduk yang padat. Kawasan
ini juga mempunyai kawasan riadah yang menarik seperti padang
golf yang dapat menjadi tarikan orang ramai untuk berkunjung di
sini.
http://loosecannonskl.blogspot.com/2014/04/next-game-kinrara-golfclub-22nd-april.html

Perniagaan makanan pasar malam Antara perkara paling laris tak menang
tangan di pasar malam ada perniagaan makanan. Lihat gerai jual mee, mihun,
nasi goreng dan seumpamanya, mesti ada lebih dari satu taukeh. Siapa buat
sedap dan pantas servisnya dia akan dikerumuni orang ramai. Fikirkan apa saja
makanan rutin, jual di pasar malam insyaallah ada jalan.

Perniagaan jual air minuman pasar malam Ini satu lagi gerai yang sentiasa
laris. Kecuali di hari hujan, gerai jual air ini sering sibik. Cara persembahan airnya
amat menarik sekarang berbanding cara dulu. Orang suka kalau ada berbagai
jenis air pilihan. Lagi banyak lagi meriah. Saya kenal ramai usahawan berjaya
dengan menjadi taukeh besar restoran sekarang ini bermula dengan hanya
menjual air di pasar malam atau tapak keramaian.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Puchong
Puchong ialah satu kawasan pinggir bandar yang berada di dalam lingkungan
metropolitan Kuala Lumpur-Lembah Klang. Pada asasnya kawasan Puchong merujuk kepada
kawasan yang sejajar dengan Jalan Puchong, iaitu sebatang jalan raya yang menghubungkan
Kuala Lumpur-Jalan Klang Lama di utara dengan Daerah Sepang di selatan. Dari segi
pentadbiran, Puchong adalah di bawah lingkungan Daerah Petaling, dan ditadbir oleh Majlis
Perbandaran Subang Jaya dan Puchong Selatan di bawah lingkungan Daerah Sepang dan
ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang. Puchong dihubungkan dengan bahagian lain Lembah
Klang melalui Lebuhraya Damansara-Puchong dan Lebuhraya Sungai Besi.
Puchong terbahagi kepada 2 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Puchong yang
mengandungi 2 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Kawasan Kinrara dan Seri Serdang dan
Parlimen Sepang yang merangkumi Puchong Selatan yang diletakkan dalam Dewan Undangan
Negeri kawasan Dengkil.

Sejarah Puchong[sunting | sunting sumber]


Puchong telah wujud sekurang-kurangnya 120 tahun dahulu. Contohnya dikatakan Kuil Hindu di
Puchong Batu 12 mempunyai sejarah selama 120 tahun. Manakala bagi SRK(C) Han Ming di
Puchong Batu 14, ia telah disahkan mula beroperasi sejak tahun 1921 manakala SRJK (C) Sin
Ming di Puchong Batu 17 mula beroperasi pada tahun 1934. Terdapat juga Sekolah Melayu yang
awal dibina di Puchong iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti yang mula dibuka pada tahun
1946.
Sejarah awal Puchong adalah tidak jelas. Tetapi sejarah Puchong sehingga tahun 1980-an
masih boleh dikesan melalui sumber lisan.

Puchong pada 1980-an[sunting | sunting sumber]


Ekonomi Puchong pada era ini adalah sangat bergantung kepada industri perlombongan (timah
& pasir), penorehan getah dan juga pemprosesan serbuk kari. Pada zaman ini pola penempatan
Puchong adalah berbentuk sejajar dengan Jalan Puchong. Penempatan ini ditandai dengan
"Batu". Penempatan di kawasan Puchong pada zaman itu adalah seperti berikut:

Batu 6
Sekarang kawasan ini merujuk kepada kawasan di sebelah jambatan yang
melintasi Lebuhraya Shah Alam, sebelah Kuala Lumpur.

Batu 8
Sekitar kawasan Kinrara dan Taman Pak Siong.

Batu 9
Merupakan kawasan pusat bagi Puchong, dikenali juga sebagai Bandar Puchong Jaya.
Puchong Jaya merupakan salah satu susur keluar ke Lebuhraya Puchong-Sungai Besi ,
Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Batu 11
Kini masih wujud, merujuk kepada Kampung Melayu berhampiran "Lurah Besar" Puchong,
dekat dengan Bandar Puchong Jaya.Di tahun 60an hingga 70an terdapat sebuah kawasan
penternakan buaya di Batu 11 Puchong dan pada tahun 70an juga terdapat satu banjir besar
telah melanda Puchong.Akibat dari peristiwa banjir tersebut,kebanyakkan buaya buaya yang
berada di kawasan Batu 11 Puchong telah terlepas dan mendiami kebanyakkan
sungai,lombong dan juga tasik di sekitar Puchong. Ini termasuk juga 'Buaya Puchong' yang
mendiami tasik di Kampung Sri Aman. Ramai warga setempat mengatakan yang buaya
tersebut terlepas semasa banjir besar pada tahun 70an dan telah mendiami tasik berkenaan.

Batu 12
Pada masa dulu ia adalah pusat bagi penduduk Puchong. Balai polis Puchong asal terletak
di sini tetapi sekarang telah dipindahkan ke Bandar Puchong Jaya. Terdapat juga beberapa
buah rumah kedai namun telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan
Lebuhraya Damansara Puchong. Kawasan ini sekarang lebih dikenali sebagai Bandar Puteri
Puchong. Tepat pada selekoh besar LDP, terdapat kilang traktor. Sekarang pekan Puchong
Batu 12 cuma tinggal sebuah Masjid, dan juga rumah JKR.

Batu 13
Merujuk kepada penempatan di tepi Sungai Kelang. Di sini juga ada sebuah kilang kari iaitu
kilang Kari Cap Burung.Terdapat 6 buah kampung di Batu 13 Puchong Kampung Baru Sri
Puchong, Kampung Sri Langkas, Kampung Sri Langkas Tambahan,Kampung Sri Aman,
Kampung Tengah dan Kampung Kenangan. Diakhir tahun 80an terdapat satu peristiwa

buruk dimana sebuah kapal korek dikawasan perlombongan dipuchong telah terbalik,ia
berlaku di Batu 13 yang mana sekarang dipanggil sebagai Puchong Permai. 'Buaya
Puchong' yang dahulunya menjadi tajuk besar didalam surat khabar juga berasal dari
sebuah tasik semulajadi di Kampung Sri Aman Batu 13 Puchong.

Batu 14
Merupakan penempatan tradisi di kawasan Puchong yang dipelihara dengan lengkap.
Terkenal dengan hubungan kaum yang baik antara kaum Melayu-Cina-India-Orang Asli
(Puak Rasau). Selain itu tempat ini juga terkenal dengan masakan Hakka Yong Tau Fu.

Batu 16
Sebuah penempatan estet yang telah dibangunkan menjadi kawasan perumahan baru iaitu
Bandar Bukit Puchong 1 dan Bandar Puchong Utama.

Batu 17
Merujuk kepada kawasan lombong Ayer Hitam yang merupakan lombong terbesar di
Puchong. Dahulu di sini terdapat banyak penempatan penduduk. Namun pada pertengahan
1980-an, apabila lombong ditutup kawasan ini dikenali sebagai bandar hantu sehinggalah
kerajaan negeri membangunkan semula kawasan ini kepada pertumbuhan penempatan
baru yang dikenali sebagai Putra Perdana, Danau Putra, Aman Putra dan Nusaputra.

Batu 18
Merujuk kepada kawasan sekitar Kampung Pulau Meranti dan kawasan perumahan baru
seperti KiPark Puchong,Taman Meranti Indah dan Desaria Kondominium.

Demografi Puchong[sunting | sunting sumber]


Kawasan Puchong mempunyai penduduk dianggarkan menghampiri 380,000 orang. Namun
jumlah ini adalah jumlah yang telah dimasukkan sebahagian kawasan Sepang yang mempunyai
poskod yang sama iaitu dari 47100 sehingga 47190 di bawah nama Puchong dan ianya ditadbir
oleh Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Demografi Puchong
terbahagi kepada dua iaitu:-

Kawasan Daerah Petaling[sunting | sunting sumber]


Jumlah penduduk Puchong di kawasan Daerah Petaling adalah dianggarkan seramai 295,000
orang. Dari segi komposisi kaum, kaum Melayu menguasai 45% peratus dari jumlah penduduk
diikuti oleh kaum Cina 40%, India 14% dan kaum-kaum lain mewakili 1 peratus dari keseluruhan
penduduk. Kebanyakkan kaum Melayu mendiami kawasan kampung-kampung di sepanjang
Sungai Kelang dan taman-taman perumahan seperti di Puchong Permai, Puchong Perdana,
Puchong Prima, Puchong Indah, Puchong Utama, Bukit Puchong 1 dan Puchong Intan.
Manakala kaum Cina banyak tertumpu kepada kawasan-kawasan perumahan yang besar

seperti Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Bandar Puteri, Bandar Kinrara, sekitar Puchong
Batu 8, Taman Kinrara, Kampung Baru Cina di Batu 14 dan Mutiara Puchong. Bagi kaum India
pula penempatan mereka tertumpu kepada Kampung Bunga Melur di Batu 14, sekitar Sri
Puchong dan Kampung Tun Razak. Terdapat juga penempatan kaum asli di Puchong iaitu di
Puchong Batu 14 dikenali sebagai Kampung Sungai Rasau.

Kawasan daerah Sepang[sunting | sunting sumber]


Bagi jumlah penduduk Puchong di kawasan Daerah Sepang pula, jumlah penduduknya adalah
dianggarkan seramai 85,000 orang. Dari segi komposisi kaum, kaum Melayuadalah kaum
majoriti iaitu dianggarkan sebanyak 77%, diikuti kaum Cina 10% dan kaum India 13%.

Agama[sunting | sunting sumber]


Terdapat pelbagai agama anutan penduduk Puchong. Puchong merupakan kawasan yang
didiami oleh pelbagai kaum dan fahaman agama. Terdapat lebih 7 buah masjid, 6 kuil hindu, 4
kuil Buddha dan beberapa buah gereja kecil yang boleh didapati di Puchong. Antara yang
terdapat di Puchong ialah Masjid As-Salam Puchong Perdana, Masjid Al-Husna Pusat Bandar
Puchong, Masjid Bandar Bukit Puchong, Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara, sebuah Gereja Katolik
serta sebuah Kuil Buddha bernama Lumbini Garden telah dibuka di Bandar Puteri.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]


Puchong mempunyai perkhidmatan pengangkutan yang kurang baik dan kurang cekap. Ini
kerana perkhidmatan bas yang sedia ada amat kurang memuaskan oleh kerana masa
perjalanan yang tidak menentu. Di samping itu, perkhidmatan teksi juga tidak mengikut meter
dan ini boleh didapati disekitar IOI Mall dan Tesco. Oleh kerana itu RapidKLtelah menstrukturkan
semula perkhidmatan bas ini dengan menyediakan bas-bas transit yang selesa dan mengikut
waktu bagi menggantikan perkhidmatan bas yang sedia ada. Ini sedikit sebanyak mengurangkan
beban pengguna perkhidmatan awam di Puchong
Oleh kerana kawasan Puchong merupakan kawasan pertumbuhan ekonomi dan penduduk yang
pesat, kerajaan persekutuan telah meluluskan satu projek mega untuk memanjangkan
jaringan Star LRT ke Puchong dari stesen Sri Petaling bagi memenuhi keperluan penduduk
Puchong. Kertas cadangan ini telah pun dipersetujui oleh parlimen dan peruntukan sebanyak
RM 10 bilion telah diluluskan bagi memperbaiki pengangkutan awam di Lembah Klang.
Cadangan ini telah pun diluluskan dan kerja-kerja gunatanah sedang giat dijalankan. Puchong
akan menerima 13 stesen baru.
Di samping itu, Puchong mempunyai jaringan jalan raya yang amat baik dan sistematik. Selain
Jalan Puchong, Puchong mudah dihubungi melalui pelbagai lebuh raya seperti:

Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)

Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

Lebuhraya Puchong-Sungai Besi

Lebuhraya Persekutuan

Lebuhraya Pantai Baru (NPE)

Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

Lebuhraya Puchong-USJ (dalam perancangan)

Lebuhraya KL-Putrajaya-KLIA

Pendidikan[sunting | sunting sumber]


Puchong hanya mempunyai dua buah institusi pengajian swasta yang bertaraf kolej universiti
iaitu Binary University College yang terletak di IOI Business Centre di Puchong Jaya dan Rima
International University College yang terletak di Bandar Puteri serta 2 buah kolej swasta di
Puchong Prima iaitu KFCH International College (dahulunya dikenali sebagai Paramount
International College) dan Kolej MASA (Malaysian Academic & Skills Advancement). Di samping
itu Puchong juga mempunyai lebih daripada 10 sekolah menengah dan lebih 20 sekolah rendah.

Sukan dan Rekreasi[sunting | sunting sumber]


Puchong mempunyai beberapa kompleks sukan antaranya Kompleks Sukan Rakan Muda di
Batu 12 Puchong, MBA iaitu sebuah pusat sukan khusus untuk sukan badminton dan sebuah
stadium mini di Bandar Kinrara. Di Bandar Kinrara juga terdapat sebuah kelab golf iaitu Kinrara
Golf Club (KGC). Serta terdapat Kelab Sukan Puchong United yang terletak di Bandar Puchong
Jaya. Bagi pusat reakreasi pula terdapat banyak tasik di Puchong yang telah bertukar menjadi
pusat rekreasi antaranya Tasik Sri Aman (tempat dahulunya terkenal dengan buaya puchong),
Tasik Wawasan, di Pusat Bandar Puchong (sebuah tasik buatan manusia seluas 25 ekar), Tasik
Puchong Perdana (Permandangan menghadap Masjid Puchong Perdana), Taman Tasik Prima
dan Pusat Rekreasi Bandar Puteri (bersebelahan Pusat Sukan MBA).

Kesihatan[sunting | sunting sumber]


Terdapat beberapa pusat kesihatan di Puchong, antaranya Pusat Rawatan Islam Puchong,
Pusat Perubatan KPMC[1], Pusat Kesihatan Kecil Puchong Batu 14, Klinik Desa Kampung Pulau
Sebok, Pusat Kesihatan Kecil Puchong Batu 13. Terbaru sebuah hospital swasta dengan 78 katil

dibina di Bandar Puteri yang dikenali sebagai Columbia Asia Medical Center. Hospital swasta ini
sudah pun memulakan operasi akhir tahun 2007.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]


Puchong mempunyai banyak kilang-kilang multinasional dan tempatan. Antaranya ialah DHL,
George Kent, Tractor Malaysia, dan beberapa kilang-kilang besar yang lain. Puchong juga
merupakan pusat bagi perindustrian kecil dan sederhana (IKS). Terdapat banyak kawasan kilang
di Puchong. Dari kilang yang besar sehinggalah kepada perusahaan kampung seperti keropok
dan kuih muih seperti yang terdapat di Kampung Sri Aman dan Sri Langkas. Kewujudan
kawasan-kawasan perindustrian di Puchong ini telah mewujudkan banyak peluang ekonomi dan
pekerjaan kepada penduduk dan menjadikannya sebuah bandar yang penting di Malaysia.
Terdapat juga pusat perdagangan baru seperti Bandar Puteri yang menyediakan kawasan
perdagangan seperti Puchong Financial City Centre, Bandar Puchong Jaya menyediakan
Puchong Boulevard, Puchong Gateway, Setia Walk dan Pusat Perdagangan Puchong Prima.
Kawasan-kawasan ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan sekitarnya.

https://commons.wikimedia.org/wiki/File:STAR_LRT_train_car.jpg

STAR LRT
https://firdausrosli.wordpress.com/tag/rapidkl/

http://rumahminimalisterbaru.ga/blog/sronoknya-bila-jahit-baju-sendiri..

http://bisnesbajukurung.blogspot.com/

http://www.maybank2u.com.ph/mbb_info/philippines/public/personalDetail
04.do?channelId=&cntTypeId=1&cntKey=HL01.13.14b&programId=HIHighlights&newsCatId=/mbb/Highlights/2014/1&bp=1&chCatId=/mbb/Per
sonal#.VYLEzPmqqko

http://www.choosewhat.com/how-to/select-the-best-small-businesscomputer

Perniagaan baju kurung Orang perempuan ramai yang boleh buat baju
kurung. Tapi tak ramai yang ada ilmu pemasaran dan tak ada strategi untuk
kembangkan kemahiran itu jadi satu perniagaan. Biasanya mereka hanya
sibuk pada musim raya sampai tak menang tangan dan banyak potensi
jualan terbuang begitu saja. Jika anda kreatif, cuba mula tempa baju kurung
sedikit demi sedikit dan cuba fikirkan design yang bakal mendapat
sambutan dengan buat sample dan pasarkan dalam internet. Mana yang
laku itu bakal jadi top produk anda.
1.

Perniagaan pakaian kanak-kanak Tak payah pandai buat pakaian kanakkanak sendiri, cari saja dari negara China. Utamakan keselesaan dan
kemudiannya baru gaya. Ada banyak design pakaian kanak-kanak hanya canggih
dari segi penampilan gaya sedangkan kanak-kanak terseksa memakainya sebab
gatal atau menyukarkan pergerakan. Ibu bapa perlu beli pakaian kanak-kanak ini
lebih kerap kerana proses pembesaran mereka yang cepat. Pakaian kanak-kanak
bukanlah satu perniagaan bermusim.

2.

Perniagaan pakaian perempuan Pakaian perempuan lebih umum berbanding


pakaian baju kurung. Ada banyak rekaan pakaian sekarang dan antara yang
tengah hot adalah jubah dan pakaian muslimah berkain cotton. Orang perempuan
lebih kerap membeli berbanding orang lelaki, jadi berniaga saja barangan untuk
orang perempuan memang ada potensi besar.

3.

Perniagaan pakaian dalam perempuan Ini satu lagi perniagaan ang cukup
besar pasarannya. Ada berbagai jenis pakaian dalam perempuan jika kita selidiki.
Ada berbagai pasaran untuk berbagai kumpulan sasaran yang berbeza. Jual online
pakaian dalam seksi untuk para isteri melelehkan airliur suami tentu salah satu
idea yang menarik untuk dicuba.

4.

Perniagaan tudung Siapa sangka perniagaan tudung wanita muslimah boleh


cecah jutaan ringgit sebulan. Tapi tudung Fareeda telah buktikannya. Mereka ada
strategi tersendiri untuk modelkan semula perniagaan tudung dengan suntikan idea

dunia fesyen ke dalamnya. Perniagaan tudung ini amat menarik dan boleh
dimulakan dengan segera secara kecil-kecilan dan boleh dijual secara online.
Selami dunia model dan fikirkan semua model perniagaan tudung yang ada dan
bina satu model yang anda rasa sesuai dan menarik.
5.

Perniagaan pakaian muslimah Pakaian Muslimah ada pasarannya yang


tersendiri. Dalam bahasa business kita panggil Niche market, sebab hanya khas
untuk para muslimah yang bertudung. Untuk pastikan perniagaan niche
membuatkan anda jadi kaya raya, pastikan perniagaan anda menjadi leader dalam
niche tersebut. Boleh dimulakan dengan kecil-kecilan secara trading dan tetapkan
satu konsep yang anda rasa ada permintaan yang mencukupi. Perniagaan ini juga
boleh dimulakan secara online yang membuatkan kos permulaan tidak berapa
tinggi.

6. Perniagaan ajar orang beli saham atau melabur Ini dah ramai yang
anjurkan. Ada banyak kelas yang mengajar orang ramai macam mana nak main
saham dan jadi kaya. Jika anda jadikan kaya sebagai daya tarikan, pastikan anda
sendiri kaya dengan main saham. Jika tidak, cukup sekadar berikan ilmu penting
asas bagaimana nak mula dan main saham. Tentu ramai yang mahu belajar.
7. Perniagaan jual buku online Anda tentu tahu tentang Amazon.com yang
bermula hanya dengan idea untuk menjadikan internet sebagai platform menjual
buku. Memang susah kalau nak lawan amazon yang dah bertukar menjadi
raksaksa besar dalam dunia jualan berbagai produk. Tapi masih ada ruang
sebenarnya jika anda minat pada buku. Apatah lagi jika anda mampu menulis
buku atau ada keupayaan kumpulkan buku lama dan pasarkannya di internet.
8. Perniagaan jual ebook online Ini satu lagi peluang perniagaan yang masuk
dalam kategori buku juga, tapi bukan secara cetakan. Ada usahawan yang
jadikan perniagaan e-book ini sebagai perniagaan dengan memasarkan tajuktajuk penulisan menarik dalam bahasa melayu. Saya dengar pendapatannya
mencecah RM20 ribu sebulan hasil daripada jualan ebook sahaja. Jika anda ada
masa belajarlah buat ebook dan jual sendiri secara online.
9. Untuk memulakan perniagaan, jangan tunggu sempurna. Jangan tunggu produk
anda sempurna. Sebaik sahaja produk atau khidmat dapat dilaksanakan dan
boleh diterima, anda boleh terus memulakan idea perniagaan kecil anda tersebut.
10. Urusan membaiki idea perniagaan atau produk anda hanya perlu dilakukan
sepanjang mengharungi perjalanan perniagaan anda selepas itu.

http://hidupringkas.com/keusahawanan/100-idea-perniagaan-kecil-yangboleh-jadi-perniagaan-besar/

PEKERJAAN

BILANGAN

Jurutera
Pegawai Bank
Doktor
Guru
Pensyarah
Peniaga

2
2
1
3
1
3
12

JUMLAH

3.1 Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 halaman 471 kegiatan ialah perihal atau keadaan giat,
kecergasan ataupun aktiviti.
Manakala ekonomi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007: 379, ekonomi bermaksud ilmu
berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan; sistem
pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan) sesebuah negara; keadaan
kekayaan atau kebendaan; urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang) dalam
rumah tangga.
Oleh itu, kegiatan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang melibatkan pengeluaran,
pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan dalam bidang pertanian, kewangan,
perindustrian, perdagangan sesebuah negera. Kegiatan ekonomi juga merupakan sumber
pendapatan untuk memperoleh keuntungan.

Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi

Pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan dan
kemajuan negara.
Kegiatan ekonomi di Malaysia boleh dibahagikan kepada kegiatan ekonomi primer, kegiatan
ekonomi sekunder dan kegiatan ekonomi tertier. Pembahagian ini berdasarkan bentuk kegiatan yang
terlibat.

Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan termasuk dalam kategori
kegiatan ekonomi primer kerana melibatkan pengeluaran secara langsung daripada sumber alam
semula jadi tanpa mengubahsuai bentuk barang.
Contoh Pekerjaan : petani, nelayan, penternak, pelombong, pekebun, peladang, pembalak dan
sebagainya.

Kegiatan ekonomi sekunder ialah kegiatan ekonomi yang kebanyakannya merupakan lanjutan
daripada kegiatan ekonomi primer yang memerlukan pemerosesan. Bahan mentah diproses menjadi
barang siap atau barang separuh siap. Dua kegiatan ekonomi sekunder ialah kegiatan pembuatan
(perkilangan) dan pembinaan.
Contoh Pekerjaan : pekerja kilang, operator pengeluaran, buruh binaan, jurutera dan sebagainya.
Kegiatan ekonomi tertier ialah sektor perkhidmatan, seperti pendidikan, perniagaan, perbankan,
kewangan, pelancongan dan sebagainya.
Contoh Pekerjaan : guru, doktor, jururawat, polis, tentera, peguam, peniaga, penjaja, pekedai, kerani
dan sebagainya.
http://babab.net/out/pt3-geografi-konsep-dan-takrifan-kegiatan-ekonomi.html
Sumber: Bumi Gemilang

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kinrara
Bandar Kinrara adalah bandar terancang di Puchong , Selangor , Malaysia . Hutan Simpan Ayer
Hitam terletak di selatan.
Pemaju hartanah Island & Peninsular Berhad memulakan pembangunan bandar di bawah
syarikat Perumahan Kinrara Berhad pada tahun 1991. Ketika itu laluan utama ialah Jalan
Puchong sebelum memasuki Kem Tentera Kinrara. BK1 telah membina rumah teres kos rendah
sebelum BK2 membina rumah teres dua tingkat .Pembinaan Lebuh raya Sungai BesiPuchong (laluan Persekutuan 217) merancakkan pembangunan Bandar Kinrara di kiri kanan
jalan.

Sejarah pembinaan[sunting | sunting sumber]


Pembinaan Bandar Kinrara bermula pada tahun 1991 dan telah dibangunkan oleh syarikat
Perumahan Kinrara Berhad (PKB). Tanah seluas 1,904 ekar dibahagikan kepada BK 1-9. BK1-3
terletak di sebelah kanan Lebuh Raya Bukit Jalil menuju ke arah Puchong manakala BK4-9
terletak di sebelah kiri lebuh raya.

Pada tahun 2008, kompleks membeli-belah Giant dibuka kepada orang ramai. Kompleks ini
memberikan lebih banyak kemudahan kepada penduduk di kawasan itu. Terdapat banyak
kemudahan di sekitar bandar ini. Padang kriket antarabangsa , pusat belia yang terdiri daripada
arena futsal, gelanggang badminton dan zon penampan semula jadi dalam bentuk hutan di
selatan dipanggil Hutan Simpanan Ayer Hitam.
Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang beroperasi sepenuhnya dan terletak di Bandar Kinrara 5.
Berdekatan ibu pejabat polis ada padang golf Kinrara 18 lubang.
Bandar Kinrara mempunyai sekolah seperti Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yak Chee, Sekolah
Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara, Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara,SMK
Seksyen 1 Bandar Kinrara, SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara dan SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]


Bandar ini boleh diakses dari Damansara-Puchong Expressway (LDP), Kuala Lumpur Middle
Ring Road 2 (MRR2), Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE). Ia hanya
19km ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan 7-15 km ke Subang Jaya dan Petaling
Jaya .Lebuhraya Kinrara-Damansara dan Putrajaya melalui Lebuhraya Serdang-KinraraPutrajaya sedang dalam pembinaan dan perancangan.

Contoh Lengkap Konsep Dan Takrifan


Kegiatan Ekonomi (5 Markah)
Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh
mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam
erti kata lain, Kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan
manusia yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan (1 Markah).
Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga
sektor antaranya adalah sektor Primer, Sekunder dan Sektor Tertier (1
Markah). Contoh Sektor sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan,
perhutanan/ pembalakan dan perlombongan (1 Markah). Manakala
sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran
atau pengilangan (1 Markah). Sektor tertier pula merangkumi

Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan kewangan (1


Markah).
http://www.cekgunorazimah.com/2015/06/pt3-cadangan-usaha-usahauntuk.html
1. Bekerja sambilan
- Tujuan bekerja sambilan adalah untuk meningkatkan pendapatan keluarga
- Contoh : tukang urut, penukang rumah, pemandu teksi
2. Mengikuti kursus kemahiran
- Pelbagai agensi kerajaan banyak menganjurkan kursus kemahiran untuk meningkatkan kemahiran
penduduk dalam pelbagai bidang
-Contoh : Kursus penternakan ikan air tawar, kursus membuat kek,
3. Berniaga kecil-kecilan
- Untuk menambah pendapatan
-Contoh : perniagaan online, menjual burger, berniaga di pasar malam
http://www.bumigemilang.com/menceburi-industri-kecil-dan-sederhana-iks/

Menceburi Industri Kecil dan


Sederhana (IKS)
Filed under INFORMASI / SHARING
0

Menceburi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)


Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat meningkatkan pendapatan penduduk.
(1) Industri kecil dan sederhana banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras
dengan konsep Satu Kampung Satu Produk.
Contohnya, kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf
tangan, perusahaan batik, kilang memproses makanan dan sebagainya.
Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran kepada penduduk kampung serta
pengunjung-pengunjung luar.

Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil keluaran Industri kecil dan
sederhana di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan.
Jelasnya, industri kecil dan sederhana dapat meningkatkan pendapatan penduduk
kampung.
(2) Industri kecil dan sederhana juga dapat membuka dan menawarkan peluang
pekerjaan kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung.
Untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha Industri kecil
dan sederhana memerlukan pekerja yang banyak.
Sebagai contoh, kilang memproses makanan memerlukan pekerja untuk
menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka.
Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah
tentu pengusaha industri kecil dan sederhana akan mengupah pekerja dalam
kalangan masyarakat setempat.
Langkah ini akan menawarkan peluang pekerjaan kepada suri rumah, ibu tunggal
atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja.
Dengan ini industri kecil dan sederhana bukan sahaja dapat meningkatkan
pendapatan penduduk malah dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam
kalangan masyarakat setempat.

http://www.bumigemilang.com/takrifan-dan-jenis-jenis-kegiatan-ekonomi/
Takrifan Kegiatan Ekonomi
Menurut BusinessDictionary.com, kegiatan ekonomi ditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti yang
melibatkan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan, dan perkhidmatan di semua
peringkat dalam masyarakat.
Rujukan : http://www.businessdictionary.com/

Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi


Pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan
dan kemajuan negara.

Kegiatan ekonomi di Malaysia boleh dibahagikan kepada kegiatan ekonomi primer, kegiatan
ekonomi sekunder dan kegiatan ekonomi tertier. Pembahagian ini berdasarkan bentuk kegiatan
yang terlibat.
Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan termasuk dalam
kategori kegiatan ekonomi primer kerana melibatkan pengeluaran secara langsung daripada
sumber alam semula jadi tanpa mengubahsuai bentuk barang.
Contoh Pekerjaan : petani, nelayan, penternak, pelombong, pekebun, peladang, pembalak dan
sebagainya.
Kegiatan ekonomi sekunder ialah kegiatan ekonomi yang kebanyakannya merupakan lanjutan
daripada kegiatan ekonomi primer yang memerlukan pemerosesan. Bahan mentah diproses
menjadi barang siap atau barang separuh siap. Dua kegiatan ekonomi sekunder ialah kegiatan
pembuatan (perkilangan) dan pembinaan.
Contoh Pekerjaan : pekerja kilang, operator pengeluaran, buruh binaan, jurutera dan sebagainya.
Kegiatan ekonomi tertier ialah sektor perkhidmatan, seperti pendidikan, perniagaan, perbankan,
kewangan, pelancongan dan sebagainya.
Contoh Pekerjaan : guru, doktor, jururawat, polis, tentera, peguam, peniaga, penjaja, pekedai,
kerani dan sebagainya.
http://www.melvister.com/2015/06/contoh-panduan-tugasan-geografi-pt3-2015-kegiatanekonomi.html

.1 Contoh Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk

Berniaga secara kecil-kecilan (Contoh: Restoran, Kedai Runcit)

Bercucuk tanam pokok tambahan selain dari Kelapa Sawit (Contoh: Sayuran boleh
dijual)

Membuat Perniagaan Online (Contoh: Jual tudung atau Baju)


http://www.melvister.com/2015/06/cadangan-usaha-meningkatkan-pendapatanpenduduk-pt3-2015.html

Contoh Skema Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk Di Felda Jengka Pahang


Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk di sekitar
kawasan kajian di Felda Jengka Pahang. Antaranya adalah menyarankan penduduk
menyertai program keusahawanan atau perniagaan, menjana pendapatan secara atas talian
atau online, melabur dalam Amanah Saham Berhad (ABS) dan mempelbagaikan jenis
tanaman selain kelapa sawit di Felda Jengka Pahang.

Penyertaan penduduk dalam program keusahawanan boleh meningkatkan pendapatan


keluarga (1 Markah). Contohnya dengan membuka gerai atau kedai runcit secara kecilkecilan (1 Markah). Ini kerana Kedai Runcit adalah lebih relavan untuk dibuka
memandangkan penempatan ini berada jauh daripada kawasan bandar (1 Markah). Selain
itu, penduduk boleh juga membuka gerai jualan makanan atau minuman secara kecilkecilan. Bagi masyarakat penduduk Felda Jengka, ada antaranya pekerja bujang malas
untuk memasak. Jadi gerai atau warung makanan dan minuman seperti ini dapat menjadi
destinasi pilihan golongan tersebut (1 Markah). Selain itu, bagi penduduk yang
berkemahiran tinggi seperti berkeupayaan membaiki kereta dan motor, membuka bengkel
juga boleh meningkatkan atau menjana pendapatan sampingan (1 Markah).
Selain itu, penduduk di kawasan kajian juga boleh menjana pendapatan sampingan secara
atas talian (Online) (1 Markah). Seiring dengan kecanggihan teknologi maklumat, laman
sosial kini menjadi tumpuan semua golongan tanpa mengira muda mahupun yang tua (1
Markah). Boleh dilihat penduduk sekitar Felda Jengka Pahang lebih banyak meluangkan
masa dengan telefon pintar untuk mengakses laman sosial. Untuk info, laman sosial seperti
Facebook, Instragram mahupun applikasi Whatsapp boleh dijadikan platform untuk
penduduk berniaga secara atas talian dan mendapatkan pelanggan (1 Markah). Contohnya
dengan membuka kedai e-Shop menerusi blogspot atau di instagram untuk menjual
pelbagai jenis barangan atau perkhidmatan seperti tudung atau baju kurung (1 Markah).
Disamping itu, penduduk juga boleh menggunakan sepenuhnya manfaat applikasi laman
sosial Whatsapp sebagai hubungan untuk berkomunikasi secara interaktif ketika
menjalankan perniagaan (1 Markah).
Membuat pelaburan dalam Amanah Saham Berhad juga boleh meningkatan pendapatan
penduduk (1 Markah). Dengan pelaburan juga, dapat membina aset untuk pendapatan
pada jangka masa panjang (1 Markah). Penduduk juga boleh menyimpan duit ke dalam
ASB atau membuat pinjaman menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) (1 Markah) Dengan
pelaburan tersebut, penduduk juga boleh mendapat pulangan pada setiap tahun dalam
bentuk dividen (1 Markah). Selain daripada ASB, terdapat pelbagai bentuk pelaburan yang
boleh disertai antaranya adalah saham Felda Global Venture (FGV), Tabung Haji dan
sewaktu dengannya (1 Markah).
Mempelbagaikan jenis tanaman juga adalah penting bagi penduduk di sekitar Felda Jengka
Pahang (1 Markah). Seperti sedia maklum, semua peneroka FELDA diberikan tanah secara
percuma oleh kerajaan Malaysia untuk penduduk menanam hasil kelapa sawit (1 Markah).
Selain daripada Kelapa Sawit, penduduk juga boleh mengambil inisiatif atau peluang untuk
menanam tanaman selain daripada kelapa sawit (1 Markah). Contohnya adalah seperti
sayuran, buah-buahan dan sebagainya (1 Markah). Selain daripada menunggu hasil
daripada Kelapa Sawit, penduduk juga boleh menjual sayuran yang ditanam untuk menjana
pendapatan sampingan (1 Markah).

http://www.bintangsukan.com/2015/06/cadangan-usaha-untuk-meningkatkanpendapatan-penduduk-geografi-pt3-2015.html
3.
Menjalankan
Perniagaan
Online
(Atas
Talian)
Pada zaman ini, perniagaan online semakin hari semakin popular.

Perniagaan online boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk


meningkatkan pendapatan. Anda tidak perlu membuat produk sendiri,
sebalik menjual produk orang lain atau produk yang berjenama.
Perniagaan ini boleh bermula dengan perniagaan dengan modal rendah
atau perniagaan secara kecil-kecilan. Selain itu, boleh juga melibatkan diri
dalam perniagaan online yang berisiko rendah. Tetapi, sentiasa berhatihati semasa mencari pembekal produk dan mesti pandai membandingkan
harga produk. Anda mesti belajar dan tahu cara pembungkusan dan cara
pengeposan barang jualan. Akaun bank diperlukan untuk pembayaran
dalam perniagaan online. Contohnya akaun bank di CIMB atau Maybank.
Selain itu, perniagaan ini mesti mempunyai medium jualan untuk
mempromosikan barang jualan. Contohnya instagram, facebook, blog,
wechat dan media-media sosial yang lain. Kalau bermodal besar boleh
menggunakan promosi melalui iklan blog atau iklan facebook.
http://www.musadun.com/2015/06/usaha-meningkatkan-pendapatanpenduduk.html

Antara satu usaha yang penting adalah pada kerajaan itu sendiri.
Kerajaan haruslah memeprkenalkan dasar yang dapat memberi
kemudahan kepada penduduk untuk terus berjaya di dalam
kegiatan
ekonomi
yang
mereka
jalankan.
Sebagai contoh, peruntukan subsidi baja kepada para petani,
peruntukan pinjaman kewangan kepada para peniaga dan
sebagainya.
Usaha lain yang boleh dilakukan adalah dalam diri penduduk itu
sendiri. Penduduk haruslah mempunyai semangat daya saing dan
berkerja keras di dalam kegiatan ekonomi yang mereka jalankan.
Manakala usaha lain pula adalah dengan mempertingkat teknologi.
Teknologi dapat membantu para penduduk setempat di dalam
kegiatan ekonomi yang mereka jalankan. Sebagai contoh, kini
terdapat teknologi yang membolehkah tanaman dituai lebih kerap
berbanding
cara
manual
yang
dijalankan.
Kesimpulannya, usaha meningkatkan kegiatan ekonomi dalam diri
semua pendudk adalah perlu untuk mempertingkatkan lagi taraf
hidup.

penduduk sedang berniaga di sebuah gerai


http://www.alirantunai.com/peluang-perniagaan-yang-boleh-dilakukan--perniagaanrestoran
PERNIAGAAN RESTORAN
Satu-satunya bisnes yang yang tidak lapuk ditelan zaman adalah bisnes restoran. Perniagaan

Restoran adalah salah satu bidang perniagaan yang amat popular. Ia mendatang hasil
yang cepat dan lumayan SEKIRANYA diusahakan dengan penuh dedikasi dan disiplin.
Seperti bidang perniagaan yang lain, jatuh bangun sesebuah perniagaan restoran
bergantung kepada cara restoran itu diusahakan. Kaedah perniagaan ini tidak lari
daripada perkara-perkara utama yang saya selalu sebutkan iaitu,
pelan perancangan, rekod, analisa persaingan,focus, kreativiti, perkhidmatan yang
terbaik, konsistensi dan pengorbanan.
Sila lah rujuk posting saya yang terdahulu tantang topic-topik ini. Walaubagaimanapun,
secara khususnya, perniagaan restoran ini mempunyai kaedah-kaedah tertentu
bagaimana ia berkembang dan di sukai pelanggan;
Menurut majalah The Economist, 60% perniagaan restoran di Amerika adalah gagal.
Ini jelas menunjukkan bahawa perniagaan ini tidaklah semanis yang disangkakan.
Pada kali ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa Rahsia di sebalik kejayaan
sesebuah Restoran.

RAHSIA DISEBALIK KEJAYAAN SEBENAR SESEBUAH RESTORAN.


RAHSIA NO. 1: PEKERJA

Pekerja adalah factor terpenting dalam kejayaan sesebuah restoran. Dapatkah anda
bayangkan bagaimana jenis pekerja yang saya maksudkan?
Ok, bagaimana dengan Chef Masakan?
Tahukah anda, pelanggan yang menggemari sesuatu hidangan akan sanggup memandu
berkali ganda jauh semata-mata menikmati hidangan yang lazat berbanding pergi
kedai disebelah rumah?
Jadi disini jelaslah bahawa factor pekerja yang menjadi nadi kepada hidangan
sesebuah restoran menjadi penentu kepada kejayaan perniagaan ini. Peniaga yang
bijak akan memastikan mereka mendapat seorang chef yang mempunyai kelebihan
bakat sesuai dengan konsep perniagaan restoran yang di usahakan.
RAHSIA NO. 2: KONSEP RESTORAN
Di Malaysia kita dapati berbagai bagai konsep Restoran sesuai dengan penduduknya
yang berbilang kaum. Sebagai peniaga anda sudah tentu tahu bagamana memilih
konsep yang dikehendaki kerana ini banyak bergantung kepada minat anda dan juga
lokasi restoran.
Konsep perniagaan secara Francais seperti KFC dan McDonald , konsep makanan
halal, konsep restoran terbuka dan sebagainya masing-masing mempunyai pelanggan
masing-masing.
Disamping itu, pastikan restoran anda mempunyai keunikan tersendiri. Penciptaan
suasana, cahaya dan haruman akan menarik pelanggan yang suka kan ketenangan.
Sistem udara yang baik termasuk system pengawal asap akan memastikan bau dapur
tidak melekat pada baju pengunjung.
Kebersihan dan pemilihan meja juga mempengaruhi pengunjung. Meja yang sesuai
dengan konsep dan tidak terlalu sempit akan menjamin keselesaan pengunjung.

RAHSIA NO. 3: PENGURUSAN


Pengurusan yang lemah, tidak cekap dan tidak ada kreativiti akan membantutkan
operasi perniagaan restoran. Pengurusan yang utama ialah mengurus sumber manusia
termasuk chef , cashier, promoter, cleaner dan sebagainya. Pengurusan sumber
manusia yang baik sudah tentu akan mengekalkan pekerja dalam tempoh masa yang
panjang. Pengekalan pekerja amat penting kerana jika sekiranya seorang chef misalnya

sering bertukar ganti, pelanggan akan keliru dan tidak akan mengingati hifangan di
restoran anda.

Anda mungkin juga menyukai