Anda di halaman 1dari 23

PENGENALAN KAJIAN LAPANGAN DI PERAK

Selain daripada merupakan negeri keempat terbesar di Malaysia, Perak juga


mempunyai pelbagai tempat-tempat sejarah yang menarik untuk dilawati oleh pengunjung
atau pelancong ke negeri Perak.Antara tempat-tempat yang kami kaji adalah daerah Kampar,
Taiping Ipoh dan Pasir Salak.Antaranya adalah Kilang Peluru, Muzium Bijih Timah, Port
Weld Railway Station, Kubur Captain William Innes dan Taiping War Cementery dan
banyak lagi. Tempat-tempat ini sangat mempunyai sejarah kerana ia berkait dengan
kedatangan orang asing ke bumi Perak. Tempat-tempat ini juga mempunyai seni bina yang
unik kerana kebanyakkan bangunan-bangunan ini dibina oleh tentera-tentera asing.Antara
bangunan-bangunan ini ada yang masih digunakan sampai ke hari ini dan ada juga yang tidak
digunakan dan dibiatkan begitu sahaja.

Penemuan lapisan timah yang terkaya di dunia pada 1824 menarik pemasukan
pendatang secara besar-besaran, terutamanya orang Cina Tionghoa.Dikaitkan dengan
peraturan yang merumitkan tentang pewarisan serta orang bangsawan yang ama tberkuasa,
kerusuhan sosial dan politik yang dialami tidak dapat dielakkan.Campur tangan pihak British
pada 1874 menyebabkan penyelesaian yang sekurang-kurangnya memperlihatkan tolak
ansur, iaitu Sultan dipujuk turun takhta dengan pembayaran pencen supaya waris yang sah
boleh dimahkotakan.Disebabkan ini lah campur tangan British mula bermula dan terus sebati
dalam pentadbiran tanah Melayu.
DAERAH TANJUNG TUALANG KAMPAR

Peta 1

SEJARAH BIJIH TIMAH DI PERAK

Perlombongan bijih timah di Tanah Melayu bermula sejak awal abad ke-19 lagi. Long
Jaafar merupakan penemu pertama bijih timah di Tanah Melayu. Penemuan ini didorong oleh
sebuah kisah iaitu tentang gajah kepunyaan Long Jaafar telah melarikan diri ke hutan.
Apabila ditemui, kaki gajah tersebut melekat pada tanah yang mengeras. Apabila diperiksa,
tanah tersebut merupakan lumpur timah. Oleh itu, kawasan tersebut dinamakan Larut
bersempena dengan nama gajah Long Jaafar itu.

Masyarakat mula giat dalam aktiviti melombong namun hanya pada skala yang kecil.
Kaedah tradisional seperti mendulang dan melampan digunakan oleh masyarakat awal di
Perak ketika itu. Sehinggalah pembaharuan mula dilakukan apabila Long Jaafar membawa
masuk buruh dan pemodal dari China. Ini bertujuan untuk membuka tapak-tapak
perlombongan lebih banyak dan luas. Dato’ Long Jaafar mengusahakan bijih timah ini pada
awalnya adalah dengan menggunakan modal miliknya sendiri untuk membuka lombong bijih
timah di Kelian Pauh. Beliau telah mengupah 20 orang cina dari puak Cheng Seng Hakka.

Perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan kemasukan kaum cina dari
tanah besar China sendiri untuk merebut peluang pekerjaan malah untuk melaburkan modal
di Tanah Melayu. Banyak lombong-lombong bijih timah telah dibuka terutama di daerah
Larut bagi memenuhi permintaan dari dalam dan luar negeri sejak tahun 1848. Banyak juga
pemodal-pemodal cina menggunakan modal mereka sendiri untuk berlombong di Tanah
Melayu seperti di Lembah Kinta, Larut, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Sistem Tiket
Kredit diperkenalkan untuk mengimport lebih ramai buruh dari China bagi memenuhi
permintaan terhadap sumber manusia di perlombongan bijih timah Kemunting.

Kehadiran buruh-buruh dan pemodal dari China ini juga telah membawa kepada
kaedah perlombongan yang lebih baik iaitu melalui kaedah lombong dedah dan lombong
pam. Kaedah lombong dedah dan pam merupakan teknik perlombongan yang mengeluarkan
semua batuan dan galian dari bumi. Kaedah ini lebih selamat dan murah serta menggunakan
peralatan seperti pam kerikil, kapal wap dan sebagainya. Bagaimanapun kaedah ini
memerlukan tenaga buruh yang ramai yang mendorong peningkatan dalam jumlah pendatang
Cina yang dibawa masuk untuk bekerja dilombong sebegini. Jesteru, kedatangan orang Cina
dan penglibatan mereka dalam perlombongan bijih timah telah memperkembangkan
perusahaan ini hingga Tanah Melayu menjadi pengeluar dan pengeksport bijih timah terbesar
di dunia pada waktu itu.

Seterusnya, penglibatan British dalam pengeluaran dan perlombongan bijih timah di


Tanah Melayu juga telah menyebabkan banyak perubahan dan perkembangan bijih timah.
British mula campur tangan di Tanah Melayu setelah termetrainya Perjanjian Pangkor 1874.
Perjanjian ini juga berkait rapat dengan perlombongan bijih timah melalui peristiwa
pergaduhan antara dua puak kongsi gelap iaitu Ghe Hin dan Hai San. Campur tangan British
ini telah mendorong kepada dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh mereka baik dari segi
ekonomi (perolombongan bijih timah) mahupun politik. Aktiviti perlombongan bijih timah
agak terjejas pada awalnya ekoran daripada masalah perebutan takhta oleh pembesar-
pembesar Melayu, pergaduhan kongsi gelap dan juga masalah lanun yang berleluasa. Melalui
sistem Residen British inilah yang sedikit sebanyak membantu dalam mengatasi masalah-
masalah dan pertumbuhan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.

British mula membuka jalan kereta api dan jalan raya untuk memudahkan kerja-kerja
mengangkut bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport. Stesen kereta api pertama di Tanah
Melayu iaitu “Port Weld Railway Station” telah dibina bagi melancarkan penghantaran hasil
bijih timah dari Taiping ke pelabuhan. Kemajuan pengangkutan ini telah menyumbang
kepada pembukaan lebih banyak lombong baru dan seterusnya meningkatkan pengeluaran
bijih timah. Malah, British turut membawa masuk lebih ramai imegrasi buruh cina melalui
dasar-dasar mereka untuk mengatasi masalah kekurangan buruh. British telah
memperkenalkan kerja ukur tanah lombong bagi menentukan sempadan dengan tepat dan
menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu malah meningkatkan
produktiviti perlombongannya. Dengan ini, sistem ekonomi sara diri (tradisional) pada
awalnya tadi menjadi sistem ekonomi komersial setelah campur tangan British yang semakin
dominan di Tanah Melayu.

Antara faktor lain yang mempengaruhi perkembangan perlombongan bijih timah di


Tanah Melayu adalah tercetusnya revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah terutama di
Britain. Bijih timah sangat mendapat permintaan yang tinggi kerana kepentingannya dalam
industri pengetinnan makanan. Selari dengan era peperangan yang memerlukan bekalan
makanan kepada asakar-askar dalam bentuk pengetinnan. Hal ini trelah mengakibatkan harga
bijih timah melambung tinggi iaitu mencapai £140 setan. Revolusi Perindustrian ini telah
mendorong pembukaan lebih banyak kawasan perlombongan bijih timah seperti di Rasah,
Larut, dan juga Kuala Lumpur.

Pada 1912, British telah memperkenalkan jentera baru mereka iaitu kapal korek oleh
syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak. Dengan menggunakan teknologi
canggih ini, pengeluaran bijih timah lebih efisyen dengan kualiti dan kuantiti yang sangat
baik. Kapal Korek ini berfungsi dengan selamat di kawasan paya dan tanah lembab serta
mampu memisahkan bijih timah dari tanah dengan cepat. Menjelang tahun 1929, dua pertiga
daripada jumlah pengeluaran bijih timah adalah dihasilkan oleh pengusaha Eropah yang
menggunakan kapal korek dalam perlombongan.

Kesimpulannya, perlombongan bijih timah pada awalnya diusahakan oleh orang


melayu sendiri. Kemudian imegrasi dari China yang mempunyai kemahiran yang lebih dalam
bidang melombong. Sehinggalah campur tangan British di tanah melayu yang
memperlihatkan industri perlombongan ini dimonopoli oleh mereka dengan
memperkenalakan pelbagai teknologi baru. Tanah Melayu menjadi sebuah negara pengeluar
bijih timah yang paling utama di dunia terutama di Perak. Sehinggalah perak digelar “Perak,
the state that tin built”
DAERAH MALIM NAWAR KAMPAR

Peta 2

KILANG PELURU PENINGGALAN JEPUN

PerangDunia ke-2 atau pendudukanJepun di Tanah Melayuadalahbermulapadatahun


1942disebabkanolehperkembanganperindustriandanketenteraan di
Jepunsertaakibatdaripadapemodenan Meiji.
PerkembanganinitelahmemaksaJepunmeluaskankuasa di negara-negara yang kaya
denganbahanmentah. PendudukanJepun di Tanah
Melayuadalahsingkattetapisangatmemberikesankepadapenduduk di Tanah Melayu. Olehitu,
dasarimperialismetelahdilakukanbagimenampungkeperluanbahanmentah yang terhad di
Jepundisebabkanolehpertambahanpenduduk.

PendudukanJepun di Tanah
MelayuadalahdisebabkanolehbeberapafaktorsepertiJepunmempunyaimasalahekonomikeranat
anahpertaniansemakinberkurangan. Selaindaripadamasalahekonomi,
masalahpasaranberlakudanmemerlukanpasaranuntukmemasarkanbarangperindustriannyadani
asangatpentingbaginegaraJepun.Bahanmentahjugadiperlukanuntukmenghasilkankeperluanper
industrianmerekasepertibijihtimah, arangbatu,
bauksitdansebagainyauntukmenghasilkansenjatadalampeperangan.

EkorandaripadafaktorJepunke Tanah Melayu,


Jepuntelahmengambillangkahawaldenganmelakukan propaganda kepadapenduduk di Tanah
Melayu. Propaganda inibertujuanuntukmempengaruhipenduduktempatandengan slogan “Asia
Untuk Orang Asia” dan “Semangat Asia”. Slogan yang
dilakukandisebarmelaluiakhbarJepundaniaberunsurkan anti-
baratsupayamemudahkanJepunmenguasai Tanah Melayu. KemaraanJepun di Tanah
Melayuadalahbermuladi kawasanutara di Thailand iaitu di Pattani,
seterusnyakekawasanpantaitimuriaitu Kota Bharu, Kelantan danakhirsekali di kawasan
Sarawak dan Sabah.

CorakpemerintahanJepundi Tanah Melayudapatdilihatdalamaspekpolitik. Di Tanah Melayu,


sultan menjadiketua agama danadatdantidaklagimenjadipemerintah. Hal
inikeranaJepunmenjadikan Tanah Melayusebagaitanahjajahannya. Pihakjepuntelahmemaksa
sultan untukmengikutarahannya, jikaenggan sultan akantidakdiiktirafsebagai sultan
danperludiletakkanjawatan CorakpemerintahanJepun di Tanah
Melayuinibersifatketenteraankesandaripadapemodenan Meiji. Di sampingitu,
Jepuntelahmembinamahkamahtenterabagimengawalkeamanan di Tanah Melayu. Namun,
undang-
undangdanhukumanuntukdijatuhkankepadapesalahadalahberdasarkandarinegaraasalmereka.

Dari segiekonomi,Jepunmengamalkandasarekonomikawalaniaitusistemdasartutuppintu.
Hal inikeranasegalakeuntungan yang diperolehtidakakandikongsidenganpihakluar. Selainitu,
ekonomisaradiritelahdilaksanakanpadapemerintahanJepuniaitukegiatanpertanian yang
merupakankegiatanharianpenduduk.
Kegiatanpertanianinidilaksanakanbagimengatasimasalahkekuranganbekalanmakananterutama
nyapenanamanpadi yang merupakanmakananruji.
Walaupunkegiatanpertaniantetapdijalankan,
masalahkebuluranjugaberlakuakibattindakanJepun yang melakukansekatanmakanan. Hal
inikeranaJepunmengutamakanmakanankepadatentera-tenteranya.
Dari segisosial pula, orang melayudiberikeistimewaanberbanding orang
cinadilayantanpaberperikemanusiaandisebabkanolehdaripadaPerang China-Jepun yang
menjadimusuholeh orang Jepun.DendamtersebutmembuatkanJepunbertindakkejamkeatas
orang cina.Akibatdaripadalayananoleh orang Jepun, masalahperkaumanmulaberlakuantara
orang melayudancina. Selaindaripadaitu, sekolah-
sekolahbaratdancinaditutupsupayapenduduk di Tanah Melayu di dipengaruhioleh orang
baratdan China. Di sekolah pula, budayaJepuntelahdiserap yang
manamerekaperlumenyanyilagukebangsaanJepuniaitukimigayo. BahasaJepuniaitu Nippon Go
pula menjadibahasapengantar di sekolah.

Kilang Peluru Jepun

Di Perak, pihakJepuntelahmembinasatukilangpeluruterletak di
KampungTanjongBangkong, MalimNawar. KilangpeluruinitelahdibinaolehJepunpadatahun
1943 iaitusemasaperangdunia ke-2 denganpihak British.
Kilanginidibinaadalahbertujuanuntukmembekalkanbahanletupankepadatenterajepun.
Pendudukmelayu di sekitarkawasantersebuttelahdikerahuntukmembinakilangtersebut.
Menurutsalahseorangpendudukkampung, Halimah, 80, berkata,
Jikamerekagagalmengikutarahan, merekaakandihukumoleh orang Jepun. Di kilangini,
arangbatutelahdigunakanuntukmenghasilkankarbaitdenganmembakarbatukapur yangterdapat
di bukitberdekatan. Selainitu, kilangpelurudibinaadalahsebagaipersiapanpertahanan di
PerakuntukmelawanpihakbritishtetapikilanginitidaksempatdibinasepenuhnyakeranapihakJepu
nmenyerahkalahdalamperangdunia ke-2 akibatpengeboman di Hiroshima dan Nagasaki

Sisa Arang Kilang

PenjajahanJepuntelahmemberikesankepadapenduduk di Tanah
Melayuiaitutersebarnyafahamankomunis. FahamankomunisinidisebarolehPartiKomunis
Malaya selepaspengunduranJepundari Tanah Melayu yang terdirioleh orang-orang cina. Hal
inikeranapadazamanpenjajahanJepun, Jepuntelahbertindakzalimterhadap orang
cinaekorangdaripadaperang China-Jepun.
Fahamankomunisiniberlakuketikaterdapatkekosongandaripadacampurtangan orang luar di
Tanah Melayu. Olehitu, PartiKomunis Malaya menggunakankekosongantersebutselama 14
haridenganmelakukankekejamanterhadap orang melayu. Malayan People Anti Japanese
Army (MPAJA) pula bertindaksebagai orang kananPartiKomunis Malaya.

Kesan yang
seterusnyaadalahkemusnahaninfrastrukturdisebabkanolehpertempuranantaraJepundengan
British. Olehitu, penduduktempatantidakdapatmenggunakankemudahan yang sediaada. Di
sampingitu,
berlakunyacatuanmakanandanpendudukterpaksamenanamtanamansepertiubikayu,
keledekdansebagainyabagimenampungkeperluanmakanansertaberlakuinflasiakibatdaripadape
ngedaranwangkertas yang tidakterkawalolehpihakJepun.

Kesimpulannya, pendudukanJepun di Tanah Melayutelahmembawakesengsaraan yang


manapenduduk Tanah MelayuterpaksabekerjadenganpihakJepun demi
kepentinganJepunsehinggapenduduk Tanah Melayudiseksajikatidakmengikutarahannya.
PendudukanJepun di Tanah Melayuberakhirapabila Hiroshima dan Nagasaki dibomolehpihak
British danseterusnyapentadbiran di Tanah Melayudigantikanolehpihak British

DAERAH KAMPUNG GAJAH PASIR SALAK

Peta 3

KAPTEN WILLIAM INNES

Perang Perak 1875

Kapten William Innes, merupakan salah seorang tentera Inggeris pertama yang gugur
dalam perang Perak. Perang yang dikenali sebagai Perang Perak itu meninggalkan kesan
yang besar keatas negeri Perak dan menyaksikan seramai hampir 500 orang Melayu
terkorban dan berpuluh-puluh kampung dibakar. Serangan pertama yang dilakukan oleh
Inggeris keatas kubu pejuang Melayu di Bandar Tua yang berhampiran dengan Pasir Salak
telah gagal.Tentera British yang tiba di Pasir Salak telah memulakan kepungan ke atas kubu
Pasir Salak pada 15 November 1875. Mereka melakukan kepungan dan menghalang sebarang
pergerakan keluar masuk ke kawasan kubu Pasir Salak namun tidak memulakan serangan
keatas kubu tersebut. Kubu ini dipertahankan oleh hampir 800 orang pahlawan Melayu dan
mempunyai beberapa laras meriam rentaka serta senapang.

Kapal perang yang membawa 300 tentera British dari Rejimen ke-80 yang
berpengkalan di Hong Kong tiba di Singapura untuk mengisi muatan pada 16 November
1875 dan memulakan kembali perlayaran ke Perak pada keesokan harinya. Kemudian
seramai hampir 1400 tentera British dari India yang terdiri daripada Rejimen ke-3, 1st
Gurkhas dan The Madras Sappers tiba di Pulau Pinang daripada India pada 26 November
1875. Pasukan ini dipimpin oleh Brigadier General J. Ross turut memiliki beberapa laras
meriam dan pelancar roket.

Rejimen ke-80 Tentera British dari Hong Kong tiba di Perak pada awal Disember
1885 dan bergabung dengan tentera British dari India serta yang telah mengepung kubu Pasir
Salak. Tentera British memulakan serangan ke atas kubu Pasir Salak dengan kekuatan hampir
2000 orang tentera. Serangan pertama oleh pihak British berjaya digagalkan oleh orang-orang
Melayu dan menyebabkan Kapten Innes dan beberapa orang tentera British dari rejimen ke-
10 terbunuh.Setelah beberapa kali serangan ke atas kubu Pasir Salak gagal, akhirnya tentera
British berjaya mengalahkan hampir 800 pejuang Melayu yang bertahan di kubu tersebut
pada 12 Disember 1875. Kubu Pasir Salak, masjid dan beberapa kampung sekitar kubu
tersebut dibakar oleh tentera British melalui arahan William Jervois. Datuk Maharaja Lela
dan beberapa orang pengikutnya terpaksa berundur ke Sayong.

Kisah Hidup Kapten William Innes

Menyentuh mengenai kisah hidup Kapten Innes, beliau seorang pegawai tentera
British dari Royal Engineers yang merupakan tentera Inggeris pertama yang terkorban dalam
peristiwa Perang Perak.Kapten William Innes telah dilahirkan pada tahun 1841 dan beliau
merupakan anak sulong kepada Kolonel Thomas Innes yang merupakan pegawai pemerintah
Royal Aberdeenshire Highlanders Milita di Learney, Aberdeenshire.Kapten William Innes,
Tentera Inggeris Pertama Yang Gugur dalam Perang Perak.
Foto Kapten Wlliam Innes

Pada 1853 sewaktu berumur 12 tahun, beliau telah ditempatkan di Sekolah


Persenjataan di Carshalton. Beliau kemudian berjaya melanjutkan pelajaran di Akademi
Tentera Diraja Britain setelah lulus ujian kemasukan. Selepas tiga tahun belajar, beliau keluar
dari Akademi Tentera dengan berjaya dinobatkan sebagai Kadet Pertama bagi tahun
berkenaan dan terpilih untuk menyertai Royal Engineers dalam Tentera British.Beliau
kemudiannya memperoleh pangkat Leftenan pada 22 Jun 1958. Sejak dari awal lagi beliau
telah menunjukkan prestasi yang memberansangkan sepanjang di Akademi Tentera British,
ini telah menyebabkan beliau sentiasa terpilih dalam pelbagai aktiviti dan seterusnya
membentuk watak beliau sewaktu berada dalam angkatan tentera.

Pada tahun 1859 beliau telah dipilih untuk membuat kerja-kerja untuk mengukuhkan
benteng pertahanan di Dover terutamanya Kubu Burgoyne dibawah arahan Kolonel Du
Cane.Beliau berada disana sehingga Januari 1862, apabila amaran perang keatas Amerika
Syarikat kedengaran selepas berlakunya peristiwa ‘Trent’ yang menyaksikan tentera Amerika
Syarikat dihantar ke Kanada.

William Innes kemudian dihantar untuk berkhidmat di Halifax dan kemudiannya


Portland. Apabila Sir William Gordon dilantik sebagai “Inspector General of Engineers”,
beliau telah melantik Leftenan Innes sebagai pembantu peribadi beliau, melengkapkan
impian beliau untuk mempunyai seorang pegawai yang berkebolehan terutama dalam
keadaan genting dalam kor Royal Engineers.Perkhidmatan beliau sebagai pembantu peribadi
Sir William Gordon tamat setelah kematian Sir William. Beliau kemudian ditempatkan di
Shoeburyness dan sepanjang berada disana, beliau mendapati ketiadaan kerja yang boleh
mengembangkan mindanya dan tiada prospek yang lebih baik.Disebabkan itu beliau
kemudian menerima tawaran sebagai Penolong Jurutera Kolonial (Assistan Colonial
Engineers) di Negeri-Negeri Selat.Tawaran tersebut datang dari Gabenor Negeri-Negeri
Selat, Sir William Jervois yang terdengar mengenai kebolehan beliau sewaktu bertugas dalam
kerja-kerja memperkukuhkan benteng pertahanan di England, membuatkan Sir William
Jervois beranggapan William Innes merupakan orang yang sesuai untuk bertugasdi koloni
meskipun disini lebih kepada tugas-tugas awam berbanding tugas tentera.Selepas berita
pengakhiran J.W.W. Birch sampai ke Pulau Pinang, Kapten Innes serta 60 orang askar dari
10th Foot Regiment telah dihantar ke Bandar Baharu untuk mempertahankan Residensi
Inggeris disitu yang dikatakan telah dikepung oleh pejuang Melayu.

Kubur Kapten William Innes

Pada hari Ahad, kontingen yang dipimpin oleh Kapten Innes telah bergerak ke arah Pasir
Salak untuk menjejaki siapa yang bertanggungjawab. Ketika sampai di Bandar Tua, mereka
telah menemui satu kubu yang lengkap bersenjata, dan tentera Inggeris terus menyerang kubu
tersebut dengan sengit.Serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh pejuang Melayu dan
akibatnya Kapten William Innes terkorban peluru mengenai dada dan hati beliau. Leftenan
Booth, Elliot dan 8 askar dari 10th Foot Regiment telah cedera.Penunjuk arah bernama
Nakhoda Orlong turut terkorban dalam pertempuran ini. Mayat Kapten William Innes
kemudiannya telah dibawa ke Bandar Baharu dan mendiang kemudian dikebumikan
disebelah kubu J.W.W. Birch dengan penuh istiadat tentera.
DAERAH KUALA SEPETANG TAIPING

Peta 4

SEJARAH KERETAPI DI TANAH MELAYU

Pengangkutan keretapi diperkenalkan di Tanah Melayu pada lewat kurun ke-19.


Tujuannya adalah untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan
perlombongan ke pelabuhan-pelabuhan di sepanjang pantai. British telah meperkenalkan
pengangkutan ini untuk kepentingan ekonomi mereka.Tokoh yang bertanggungjawab ke atas
pembinaan jalan kereta api yang pertama ialah Sir Hugh Low, residen Perak yang
kedua.Landasan keretapi pertama dibina di negara kita adalah dari Taiping ke Port Weld .Di
Selangor, Frank Swenttenham membina sebuah landasan kereta api dari Kuala Lumpur ke
Port Swettenham(Kuala Klang) dan Seremban ke Port Dickson.Stesen keretapi yang pertama
dibina di Kuala Lumpur pada tahun1892.Landasan keretapi juga dibina bagi membolehkan
kawasan-kawasan baharu dibuka untuk kegiatan ekonomi seperti pelombongan dan
penanaman getah.Sebelum 1908, landasan kereta api dari Seremban ke Port Dickson
dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta.Kemudiannya, landasan itu menjadi milik kerajaan
negeri-negeri Melayu apabila membeli daripada syarikat tersebut.Pembinaan jalan keretapi
antara negeri-negeri hanya dimulakan selepas pembentukan Persekutuan pada tahun 1896.
Sebelum British meluaskan kuasanya di Tanah Melayu, sistem pengangkutan sedia
ada sangat mundur berbanding dengan keadaan selepas campur tangan British yang
membawa perubahan sistem pengangkutan yang ketara. Hal ini dikatakan demikian kerana
British telah memperkenalkan cara membina jalan raya dan kereta api, seperti yang telah
dilakukan di Barat.Pada abad ke-19, Semenanjung Tanah Melayu merupakan kawasan
pengeluar bijih timah yang utama. Perusahaan bijih timah terus berkembang pesat semasa
pemerintahan British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jika dilihat aspek pengeluaran,
usaha British menyediakan perkhidmatan bantuan, termasuklah pengangkutan dan
perhubungan, telah menambahkan pengeluaran. Perkembangan ekonomi di kawasan
pedalaman menyebabkan cara pengangkutan tradisi tidak lagi memainkan peranan yang
penting, yang mampu memberikan kepuasan kepada penduduk tempatan, sebaliknya hanya
menjaga kepentingan ekonomi British.

Menjelang 1941, satu sistem jalan keretapi yang lengkap dibina di Tanah Melayu.
Hanya Terengganu sahaja yang tidak mempunyai sistem perkhidmatan kereta api.Tambak
Johor dibina pada tahun1923 merentasi selat Tebrau untuk menghubungkan Tanah Melayu
dengan Singapura.Di Sarawak,landasan keretapi dibina dari Kuching ke Batu 10 .Manakala
di Sabah, dari Weston ke Jesselton.Landasan ini dibina untuk membolehkan kawasan-
kawasan baharu disepanjang landasan keretapi itu dibuka untuk pertanian.Pembinaan
landasan keretapi dinegara kita hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai kepentingan
ekonomi sahaja.. Dikawasan lain, alat perhubungan yang utama ialah sungai dan
laut.Perkembangan perhubungan landasan kereta api membawa kepada pengenalan sistem
perhubungan seperti telegraf, telefon,pos,dan radio.
SEJARAH STESEN KERETAPI PORT WELD

Stesen Port Weld

Kuala Sepetang dahulunya dikenali sebagai Port Weld dinamakan sempena nama
seorang Governor, Frederick Weld (Kuala Sepetang adalah nama asal sebelum dinamakan
semula). Terletak berhampiran kuala sungai dan berada dalam daerah Taiping di Perak , ia
bermula sebagai tempat perkampungan nelayan.Tujuan utama landasan dibina adalah untuk
menghubungkan antara kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port
Weld. Landasan keretapi juga telah memudahkan perjalanan keluar masuk buruh dan
pelombong ke tempat bekerja.Ia menjadikan Stesen Taiping sebagai stesen keretapi pertama
di negara ini.

Sejarah awal kereta api Taiping ke Port Weld bermula pada tahun 1870-an di mana
Taiping telah muncul sebagai sebuah bandar yang sibuk dengan aktiviti yang kebanyakan
penduduknya terdiri daripada orang Cina. Taiping menjadi bandar urusan pentadbiran oleh
pentadbiran British dengan menyediakan pelbagai bangunan untuk pejabat kewangan,
pasukan polis, rumah sakit, gudang senjata, stor, penjara dan banglo sebagai kediaman para
pegawai British.Jumlah penduduk pada peringkat awal di Taiping pada ketika itu dalam
anggaran 6000 orang dengan sebahagian besarnya adalah orang Cina dan orang India. Pada
12 Februari 1885 perkhidmatan pengangkutan kereta api Taiping ke Port Weld telah
membawa penumpang pertamanya.Pengangkutan ini selain amat penting kepada kawasan
Taiping ia juga penting bagi kawasan-kawasan lain termasuk kawasan Hulu Perak dan
Kinta.Pada tahun 1888, perkhidmatan kereta api ini menjadi penting dengan kesibukan
Pelabuhan Port Weld kerana peningkatan jumlah eksport dan import dan pada 1891 pula,
Pelabuhan Port Weld diperluaskan dengan pembinaan sebuah lagi dermaga terapung bagi
menampung peningkatan jumlah eksport dan import. Dan aspek lokasi, Port Weld terletak di
pantai negeri Perak, 98 kilometer di selatan pelabuhan Georgetown (di Pulau Penang) dan
jarak yang hampir sama dengan Pulau Pangkor, iaitu 92 kilometer, serta ia terletak di muara
Sungai Dinding.Hutan bakau dapat tumbuh dengan banyak di sepanjang daerah pesisir ini
dipengaruhi oleh keadaan kecetekan air dengan cepat dan kedudukan yang terlindung.

Walau bagaimanapun, Port Weld telah menjadi pelabuhan yang sangat penting pada
penghujung kurun ke 19 berikutan dengan pengenalan laluan kereta api menghubungkan
Taiping ke pelabuhan ini bagi tujuan eksport dan import pada ketika itu. Kepentingan laluan
kereta api lama ini dikaitkan dengan kemunculan bandar Taiping,kepesatan aktiviti bijih
timah dan peningkatan kegiatan eksport dan import melalui Pelabuhan Port Weld. Kepesatan
pembandaran di Taiping pula sebagai bandar penting dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu
peranannya sebagai tempat perlombongan dan pentadbiran, kawasan yang dianggap pelopor
terawal yang menyediakan perkhidmatan kereta api di Tanah Melayu, dan ianya menjadi
tempat tumpuan peluang pekerjaan bagi orang asing untuk bekerja dengan perkhidmatan
kereta api seperti orang India, Ceylon dan Eropah. Penggunaan laluan kereta api dan Taiping
ke Port Weld menyokong keperluan kepada permulaan perkembangan perusahaan bijih timah
dan kemudiannya perusahaan getah di Perak dan Malaysia. Ini turut dikaitkan dengan
kawasan-kawasan lain yang penting sebagai pengeluar hasil bijih timah seperti Larut, Selama
dan Kamunting yang menyumbang kepada kepesatan industri bijih timah yang memerlukan
menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama.

Akhirnya landasan kereta api dari Port Weld ke Taiping dibina dengan persetujuan
kerajaan British dan Perak serta sokongan dan kerjasama pengusaha lombong bijih timah.
Pembinaan landasan ini turut dipengaruhi oleh fungsi Taiping yang sangat penting sebagai
pusat pentadbiran negeri Perak ketika itu. Pelabuhan Port Weld mencapai kedudukan di
antara pelabuhan terkemuka di Tanah Melayu. Pembangunan landasan kereta api Taiping-
Port Weld yang melibatkan pembinaan dan kerja-kerja membuat landasan telah mula
dilaksanakan pada tahun 1882 dengan menggunakan tenaga kerja dari India dan Sri Langka
dengan kos pembinaan adalah berjumlah 7000 pound Sterling bagi jarak 1.6 kilometer.
Jarak laluan kereta api dari Taiping ke Port Weld adalah sejauh 13 kilometer dan
jumlah keseluruhan perbelanjaan berjumlah 56,875 Pound Sterling. Pembinaan jalan
landasan kereta api ini sangat dipengaruhi oleh keperluan yang dikehendaki saudagar-
saudagar pelombong Cina di negeri Perak pada ketika itu dan menjadi sistem pengangkutan
amat penting bag industri getah pada tahun 1920. Laba dan keuntungan basil daripada
perkhidmatan kereta api dapat dinikmati oleh kerajaan negeri Perak.Laluan kereta api
Taiping-Port Weld ini hanya bermanfaat semasa kegemilangan perusahaan bijih timah sahaja
tetapi telah diberhentikan operasinya bermula pada tahun 1943 dengan penguasaan Jepun ke
atas Tanah Melayu. Laluan kereta api ini wajar menjadi aset sejarah yang penting kerana
usianya mencapai 125 tahun, dan telah beroperasi untuk pengangkutan utama industri bijih
timah selama 58 tahun. Kereta api ini menggunakan enjin berkuasa wap dan pada bulan 12
Februari 1885 ianya telah dirasmikan oleh Sir Cecil Clementi Smith dan Frank Swettenham
yang merupakan pentadbir kolonial pada masa itu, dan kini kereta api tersebut menjadi aset di
Muzium sahaja. Keunikan laluan ini tidak menjadi aset laluan yang dipelihara. Tanah rizab
seluas 20 kaki (6.6 meter) di kedua-dua belah rel adalah milik Keretapi Tanah Melayu
Berhad (KTMB) namun terbiar dan menjadi tempat penghunian serta wujud kegiatan
ekonomi yang membentuk persekitaran baru.

Papan tanda dikatakan sudah dialih dari kedudukan asal selepas tiangnya patah.
Penduduk tempatan mengambil inisiatif membina semula tiang konkrit baru setinggi kira-kira
dua meter dan diletakkan di depan Kedai Kopi Guang Ming, kira-kira 20 tahun lalu.Asalnya,
kedai itu adalah Stesen Kereta api Port Weld menempatkan bilik pejabat, kaunter tiket tetapi
kini dijadikan kedai kopi. Bagaimanapun, struktur asal bangunan itu masih dikekalkan
termasuk tiang kayu utama yang dicat semula.Sehingga kini, semua rel landasan sudah
dibongkah, saki baki yang ada sudah tenggelam di dalam simen bangunan, gudang dan
deretan rumah kedai di pecan kecil Kuala Sepetang.
PETA DAERAH TAIPING

Peta 5

CASUARINA INN

Casuarina inn merupakan sebuah hotel budget yang pernah gah pada suatu ketika
dahulu dan terletak di Taman Tasik Taiping, Perak.Reka bentuk yang amat menarik dan
mempunyai seni bina bangunan British melakarkan sejarahnya yang tersendiri dan kekal
disana usang dan tanpa penghuni.Ianya ditinggalkan tidak bertuan setelah sekian lama dan
menyumbang kearah kisah-kisah misteri kepada kisah hotel yang tiada pengunjung.Pada awal
pembinaannya, Casuarina Inn digunakan oleh pegawai british iaitu berfungsi sebagai rumah
rehat sewaktu mereka menjajah Tanah Melayu pada satu ketika dahulu sebelum kita
menyambut kemerdekaan.Selain itu ia juga pernah digunakan sebagai kem dan dorm untuk
tentera British merehatkan diri dan tempat tinggal mereka buat sementara waktu. Kemudian
bangunan asal Casuarina Inn ditinggalkan kosong bertahun lamanya.

Pada 12 September 1972, kerajaan negeri Perak telah mengambil alih setelah ianya
ditinggalkan pihak British dan dijadikan sebagai sebuah hotel budget untuk kegunaan dan
kemudahan orang awam serta pelancong.Namanya kemudian ditukar kepada Casuarina Inn
Taiping seperti mana ianya dipanggil hari ini dandirasmikan oleh Mantan Menteri Besar
Perak, Tajol Roslipada 20 Mei 2000.Pelbagaicerita yang kurang enak, seram dan misteri dari
pengalaman pengunjung sendiri yang pernah bermalam di hotel ini tersebar melalui
penceritaan lisan mungkin kerana keadaan bangunan tersebut sangat seram dan ianya adalah
bangunan lama.Disebabkan khabar angin berkenaan dengan cerita seram dan misteri semakin
tersebar, hotel itu pun ditutup pada sekitar bulan Disember 2010 kerana dikatakan pihak
pengurusan tidak menampung lagi kos pengurusan.Lalu Casuarina inn ini pun terbiar hingga
sekarang.

TAIPING WAR CEMENTERY

Taiping merupakan lokasi pengunduran British sewaktu pencerobohan Jepun di


Tanah Melayu di sepanjang Pantai Barat Semenanjung.Selain itu, ia juga digunakan sebagai
tempat untuk berehat dan pemulihan untuk Indian Infantry Brigade yang ke 6 dan ke 15
sewaktu peperangan sedang berlaku di utara Tanah Melayu dengan banyak unit perubatan
telah ditempatkan di sana sebelum mereka berundur ke Singapura.

Taiping War Cementery didirikan sebagai tanah perkuburan yang terletak di Bukit
Larut, Taiping. Tanah perkuburan ini telah di didirikan dan diselanggarakan oleh
Commonwelth War Graves Commission yang mana merupakan sebuah organisasi di antara
6 kerajaan negara komanwel yang berfungsi sebagai menandakan, merekodkan dan juga
mengekalkan kuburserta tempat untuk memperingati tentera negara-negara komanwel yang
telah meninggal dunia dalam perang dunia.

Organisasi ini juga bertanggungjawab untuk memperingati orang awam yang


meninggal dunia akibat daripada tindakan musuh semasa perang dunia ke 2.Organisasi ini
diasaskan oleh Fabian Ware dan dibentuk melalui Royal Charter pada tahun 1917 yang
dinamakan sebagai Imperial War Graves Commission dan telah diubah kepada
Commonwelth War Graves Commision pada tahun 1960.
Peta Taiping War Cemetery

Kubur ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kuburan orang Islam dan kuburan bagi
orang Kristian.Bagi kuburan Muslim, ia ditanam seperti ditanah perkuburan Islam biasa dan
menghadap kiblat manakala kubur Kristian ditanam dikawasan berlainan yang terdapat tiang
salib.Tanah perkuburan ini ialah merupakan kawasan perkuburan askar-askar yang terkorban
semasa dalam perang dunia ke 2.Seramai lebih kurang 850 korban telah disemadikan disini
termasuk 500 korban yang tidak dapat dikenal pasti hingga kehari ini.Askar-askar yang
disemadikan di sini termasuk askar Britain, india dan juga askar Melayu.
KESIMPULAN

Malaysia khususnya negeri Perak mempunyai banyak peninggalan sejarah berkaitan


pendudukan penjajah asing ketanah Melayu.Tapak peninggalan ini menjadi satu tarikan
kepada pelancong dan mampu memberi pengajaran kepada orang ramai tentang kesan yang
ditinggalkan dan penting untuk setiap orang untuk memperingati dan belajar tentang sejarah
supaya hal yang sama tidak akan berulang kembali.Tempat-tempat bersejarah ini juga perlu
dijaga dan dibangunkan dengan sebaik mungkin agar generasi akan datang dapat melihat
sendiri sejarah Tanah Melayu dalam usaha mendapatkan kemerdekaan yang dikecapi hari
ini.Oleh itu kajian yang dilakukan ini sekaligus mampu membuka minda kami semua bahawa
terdapat banyak lagi warisan sejarah belum diteroka dan dikaji dengan sepenuhnya dan
menjadi tugas kepada semua yang belajar mengenai sejarah untuk mempromosikan warisan-
warisan ini kepada orang ramai.
RUJUKAN

Azmi Arifin. Perak Disturbances 1871-75: British Colonialism, The Chinese Secret Societies
And The Malay Rulers. USM. July 2012. Diambil daripada:
http://journalarticle.ukm.my/5364/1/Azmi%2520Arifin
%2520%252039%2520%281%29%2520%28July%25202012%29.pdf

Ariffin, Khairi and Ibrahim, Mohd Hairy and Kamaruddin, Mohamad Kamal (2014) Kajian


perubahan dan status alam sekitar kawasan sekitar laluan kereta api lama dari stesen
Taiping ke Port Weld, Perak, 1885-2010. Jurnal Perspektif, 6 (2). pp. 82-91. ISSN 1985 -
496X

Amarjit, K. (1985). Se Abad Keretapi di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium


Malaysia,

Amarjit, K. (1980),The Impact of Railroads on the Malayan Economy 1874-1941, Journal of


Asian Studies, Vol. 39, No. 4, August

“Bijih Timah Di Negeri Perak”, 2014, diperoleh dari http://ruby.my/2014/07/bijih-timah-di-


negeri-perak/

F.M.S.R – ‘Taiping - Port Weld Railway Line Kuala Sepetang Heritage Trail’, 2012.diperoleh
dari http://www.kualasepetang.com/2012/04/kuala-sepetang-dahulunya-dikenali.html

Freddie Aziz Jasbindar, “Orang Pertama Temui Bijih Timah di Larut”, 2019, diperoleh dari
http://www.orangperak.com/orang-pertama-temui-bijih-timah-di-larut.html

Freddie Aziz Jasbindar, “Kilang Peluru Di Malim NawarPeninggalanJepun”, diperoleh pada


3 Mei 2019:http://www.suaraperak.com/tanjung-bangkong/

Nor Hisham Bin Zulkiflee, “Bandar Dan Pekan Perlombongan bijih Timah Di Perak 1874-
1940”,2017, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jaime Egit, “Dasar dan Kesan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu”, diperoleh pada 3 Mei
2019:https://www.academia.edu/22840571/DASAR_DAN_KESAN_PENDUDUKAN_JEP
UN_DI_TANAH_MELAYU

Lizawati Bte Ramli. Konflik Dan Campurtangan Asing: RajaAbdullah Dan Ngah Ibrahim
1860-1875. USM. 2015. Diambil daripada
:http://eprints.usm.my/30412/1/LIZAWATI_BINTI_RAMLI_(M.A).pdf
Mohamed Ali, AyuNorAzilah, “Impak Penjajahan British Dan
JepunTerhadapHubunganMelayu-Cina Di Tanah Melayu”, Jurnal Sultan AlauddinSulaiman
Shah, vol 4, bil.2 (2017) 94-96

NurAdibah, “CorakPemerintahanJepun Di Tanah MelayuDengan Sabah Dan Sarawak”,


diperoleh pada 29 April
2019https://www.academia.edu/28482462/Perbezaan_corak_pemerintahan_Jepun_di_Tanah_
Melayu_Sabah_dan_Sarawak

Perpustakaan Negara Malaysia ‘Malayan Railways 100 years 1885 – 1995’ 2001

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak , "Putera Charles Adakan Lawatan Ke Negeri Perak : 4
November 2017 " diperoleh dari https://www.perak.gov.my/index.php/lain-lain-artikel/894-
putera-charles-adakan-lawatan-ke-negeri-perak-4-november-2017.

Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia , " Kota Long Jaafar " diperoleh
dari http://www.arkib.gov.my/web/guest/kota-long-jaafar-perak.

Shukri bin Musa ‘SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SENIBINA KERETAPI TANAH:


MELAYU’1989 Universiti Teknologi Mara

Yazid Saleh, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Nasir Nayan & Mohmadisa Hashim , "
Peranan Kerajaan Tempatan dalam Pemuliharaan Bandar: Kajian Kes Majlis Perbandaran
Taiping" diperoleh dari http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/30510/7.PDF.

Anda mungkin juga menyukai