Anda di halaman 1dari 8

PERKEMBANGAN PENANAMAN KELAPA DI NEGERI-NEGERI MELAYU

BERSEKUTU
PENGENALAN
Sebelum industri tanaman kelapa bermula tanaman ini hanya berfungsi sebagai

sumber makanan dan bahan dalam masakan yang sering digunakan masyarakat Melayu

khususnya. Hal ini menyebabkan berlakunya pertumbuhan tanaman kelapa pada kadar yang

sangat perlahan.1 Semasa British menguasai Tanah Melayu pada 1896 mereka melihat

perusahaan kelapa ini sebagai satu perusahaan yang berpotensi untuk berkembang maju. Di

samping itu, kejatuhan harga kopi menjadi satu titik tolak kepada perkembangan industri

kelapa yang menjadikan pihak British mengatur strategi untuk menggalakkan penanaman

kelapa di NNMB. Oleh hal yang demikian harga kelapa pada ketika itu adalah yang tertinggi

di peringkat antarabangsa. Kejatuhan harga kopi serta peningkatan harga kelapa menjadikan

pengusaha-pengusaha tanaman kopi telah beralih arah untuk mengusahakan tanaman kelapa. 2

Pihak British juga telah memainkan peranan penting untuk memperbanyakkan lagi pengusaha

bagi tanaman kelapa ini serta dapat menyumbang kepada keuntungan yang berlipat ganda

serta mengukuhkan ekonomi pihak British.

Bermula pada tahun 1902, pihak British telah menubuhkan satu jabatan khas yang

berkaitan dengan kelapa, iaitu ‘The Department Of Coconut, Federated Malay States’, pada

bulan Oktober 1902 yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Tugas utama jabatan ini adalah

menangani masalah serangan binatang seperti tupai, kumbang, belalang dan anai-anai. Selain

itu, jabatan ini turut berperanan memantau keadaan ladang ladang di negeri Perak, Selangor,

Negeri Sembilan dan Pahang. Setiap kawasan disarankan untuk menghantar laporan kepada

jabatan seterusnya akan dihantar terus ke Residen Jeneral tentang perkembangan dan masalah

yang berlaku di setiap negeri. Pihak British merasakan bahawa dengan penubuhan jabatan ini,

1
Brown, C.C. (ed, trans). (1970). Sejarah Melayu or Malay Annals. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Hlm 271
2
Wong, D. S. Y. (1977). Tenure and land dealings in Malay states. Singapore: Singapore University Press. Hlm
259.
penanaman kelapa dapat dieksport secara besar-besaran dan membawa kepada keuntungan

yang tinggi kepada mereka3

PERKEMBANGAN PENANAMAN KELAPA

Sejak tahun 1910, tanaman kelapa di negeri Perak khususnya di daerah Hilir Perak

telah berpotensi sebagai tanaman yang mampu dibangunkan dan dikomersialkan. Pembukaan

kilang dan perusahaan besar di Singapura pada tahun 1890 telah mempengaruhi perladangan

kelapa di Perak. Pada tahun 1896, tanah seluas 3,280 ekar telah diperuntukkan khusus untuk

perladangan kelapa oleh syarikat konsesi British di Hilir Perak. Sehingga tahun 1913, daerah

Hilir Perak telah menyumbang sebanyak 30 peratus daripada jumlah tanaman kelapa di

NNMB. Peratusan ini agak besar pada tahun 1910 kerana tanaman kelapa telah diberi

penekanan oleh kolonial disebabkan potensi tanamannya. Perladangan kelapa yang diuruskan

oleh konsesi British di Hilir Perak telah menyebabkan pengeluarannya lebih tinggi

berbanding dengan tanaman kelapa di Ceylon. Pada tahun 1911, tanaman kelapa telah

dicatatkan sebagai tanaman kedua terpenting selepas getah dan merupakan industri ketiga

terpenting di Perak.4

Industri kelapa ini didapati lebih bersifat agresif bermula tahun 1902 sehingga tahun

1928. Berdasarkan tempoh waktu tersebut industri kelapa telah mendapat perhatian ramai

daripada masyarakat tempatan mahupun masyarakat luar. Unjuran daripada itu, harga kelapa

kopra adalah tinggi diperingkat dunia yang dapat mencuri perhatian para pemodal dari luar

negara untuk membuka ladang ladang dan kilang di NNMB khususnya pemodal-pemodal

Barat. Pihak British juga memberikan galakan kepada pemodal-pemodal besar dengan

memberikan pelbagai insentif seperti pengurangan modal, pinjaman kewangan, pembukaan

ladang baru dan sebagainya. Tindakan pihak British yang menggalakan pemodal pemodal

3
Ibid hlm 258
4
Khoo Kay Kim, (1999), Developments Relevant To Malayan Agriculture In The Post-Rubber Crisis Era,
Journal Of Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society. Vol 72(2), hlm. 25
besar dalam meluluskan pinjaman dengan jumlah yang besar ini telah mengguntungkan pihak

British. Pada permulaanya, pihak British perlu memberikan modal yang besar kepada

pengusaha-pengusaha Barat ini, sebaliknya tindakan bijak ini semestinya memberikan

keuntungan kepada pihak kerajaan yang akan memberikan pulangan keuntungan yang lebih

tinggi daripada jumlah modal yang diberikan. Tambahan pula, pihak kerajaan British telah

menambahluaskan ladang Sapintas Estet. Pada tahun 1921, ladang ini telah ditanam dengan

pokok kelapa seluas 757 ekar.5

Perkembangan sektor perladangan kelapa menyebabkan ramai tenaga buruh

diperlukan terutama bagi perladangan yang mempunyai kawasan yang luas seperti

perladangan kelapa. Buruh tempatan sahaja tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti

perladangan. Oleh hal yang demikian, banyak golongan imigran diserap untuk menjadi buruh

di kawasan perladangan kelapa. Tugas mereka adalah untuk mengutip hasil daripada pokok

kelapa seperti mengait buah kelapa, mengupas buah kelapa dan menjemur kelapa.

Kebanyakan golongan imigran ini adalah daripada India, kepulauan Sumatera, dan Jawa6.

Kedatangan orang-orang Jawa di NNMB adalah kesan daripada perkembangan pertanian

khususnya penanaman kelapa, misalnya di Selangor, kedatangan orang-orang Jawa jelas

diperlihatkan apabila tanaman ini diperluaskan Golongan ini bekerja sebagai buruh di

kawasan estet kelapa yang dimiliki oleh syarikat-syarikat besar. Bagi pekebun-pekebun kecil

kelapa, terutama masyarakat Melayu seperti di Mukim Sabak Bernam, Jeram, daerah Klang

apa yang didapati bahawa kebanyakkan buruh yang digunakan hanyalah melibatkan ahli-ahli

keluarga.7

KESAN PERKEMBANGAN PERUSAHAAN INDUSTRI KELAPA

5
Lim Teck Ghee (1967) Peasants and Their Agricultural Economy In Colonial Malaya, 1874-1941, Kuala
Lumpur: Oxford University Press hlm 18
6
Khazin Mohd. Tamrin (1987) Orang Jawa Di Selangor: Penghijrahan dan Penempatan 1880-1940. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka hlm 13
7
A. Mills. (1970). British rule in British Asia. New York: Russel and Russel. Hlm 273.
Industri penanaman kelapa ini telah memberikan kesan kepada pertambahan ladang

milik pihak British. Pada tahun 1909, keluasan penanaman kelapa di Perak dan Selangor

telah mencatatkan pertambahan yang memberangsangkan. Sebagai contoh negeri Perak telah

mempunyai beberapa ladang besar seperti Gapis Estate, Bagan Datoh Estate dan Gula Estet,

misalnya pada tahun 1909 keluasan Gula Estet telah direkodkan mempunyai tanaman kelapa

seluas 900 ekar. Malahan pada tahun tersebut Bagan Datoh Estet telah mempunyai kilang

membuat minyak kelapa secara tunggal. Negeri Selangor pula telah merekodkan

pertambahan ladang Batu Unjur Estet di bahagian Klang telah memperluaskan tanamannya

berbanding tahun sebelumnya, manakala ladang yang dimiliki oleh orang-orang Eropah

adalah hampir 3800 ekar di Selangor sahaja. Antara kesemua NNMB Selangor telah

memperlihatkan bahawa negeri ini menjadi pilihan pemodal-pemodal dari luar kerana

Selangor sangat sesuai untuk dijadikan kawasan penanaman kelapa kerana faktor geografinya

yang mantap.8

Kesan yang seterusnya ialah perkembangan infrastruktur. Dalam usaha untuk

menambahkan pengeluaran penghasilan kelapa kemudahan prasarana telah dipekukuhkan

bagi memantapkan pengurusan perladangan kelapa. Sebuah jeti yang mempunyai saiz agak

kecil telah dibina berdekatan Bagan Datoh Estate yang dimiliki oleh Messrs. Aylesbury and

Garland.43 Walaupun jeti yang dibina pengurusan Syarikat Bagan Datoh Estate ini bersaiz

kecil, namun pembinaannya telah memudahkan urusan kapal wap untuk singgah di kawasan

perairan Bagan Datoh dan berlabuh di jeti tersebut bagi urusan pengambilan kelapa.

Perusahaan penanaman kelapa ini juga telah menjadi pencetus kepada kemudahan bagi

masyarakat tempatan. Kemudahan pengangkutan dilakukan untuk memudahkan hasil

tanaman dibawa ke pelabuhan dan tempat pengumpulan. Antara NNMB yang menerima

kemudahan ini ialah Pahang membuka tanah pertanian bagi tujuan penanaman kelapa pada

8
Zulkarnain Abdul Rahman. (2008). “Pemodal British dan Kelapa Sebagai Tanaman Dagang di Klang, 1900-
1930-an”. Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia: Bilangan 27 hlm 54
tahun 1913. Pahang kurang mempunyai kemudahan pengangkutan jalan raya disebabkan oleh

banyak ladang-ladang tidak dibuka. Beberapa tahun kemudian, negeri Pahang mengalami

pertambahan pembukaan tanah pertanian terutamanya dalam penanaman kelapa9

KEMEROSOTAN PERUSAHAAN KELAPA DI NEGERI NEGERI MELAYU

BERSEKUTU

Tanaman kelapa juga mengalami masalah dengan kejatuhan harga yang berlaku

sekitar tahun awal tahun 1930-an. Kejatuahan harga ini bukan sahaja memberi kesan kepada

syarikat besar. tetapi juga pekebun kecil yang berada di kawasan kampung-kampung.

Kebanyakan mereka terkesan dengan kejatuhan harga kelapa dalam pasaran. Terdapat surat

dan memorandum yang memohon kepada pihak atasan untuk mencari jalan agar harga kelapa

boleh dinaikkan demi menyelamatkan sektor perladangan kelapa. Pada 26.6.1930 harga buah

kelapa telah dinyatakan hanya la 2 bijik berharga sebanyak 3 sen sahaja, malahan harga yang

paling tinggi yang boleh dijual adalah pada harga 2 sen untuk sebijik. 10 Kejatuhan harga

kelapa ini memberi kesan kepada semua pengusaha kebun kelapa yang terdiri daripada orang

miskin mahupun orang kaya. Masalah harga ini juga menyebabkan tauke-tauke cina tidak

lagi berani untuk membeli buah kelapa pada harga yang lebih tinggi.

Industri penanaman kelapa juga mengalami masalah lebihan pengeluaran. Punca

masalah dalam industri tanaman kelapa ini adalah disebabkan tekanan ekonomi yang

menyebabkan kejatuhan harga kelapa di samping berlaku lebihan pengeluaran produk kelapa.

Bilangan petani yang mengamalkan monocultivation terjejas meningkat. Pada tahun 1933,

kemiskinan dalam kalangan petani di Hilir Perak telah dicatatkan pada bilangan yang agak

tinggi. Segelitir golongan petani hanya mampu meraih pendapatan sebanyak $5.00 sebulan

9
Kay Kim & Jazamuddin Baharuddin(1979) Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan: Kuala Lumpur:
Persatuan Sejarah Malaysia hlm 174
10
Mohd Shazwan Mokhtar (2020) Dasar Perdagangan antara Empayar British di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, 1921-1925 Vol. 2, No. 2 hlm 44
hasil jualan tanaman kelapa. Para pekebun kecil kelapa juga mengalami masalah kekurangan

hasil pendapatan berbanding dengan jumlah perbelanjaan mereka, dan hasilnya mewujudkan

hutang bagi menampung kos kehidupan mereka.11

Walau bagaimanapun, harga pasaran kelapa kembali meningkat pada tahun 1947

sehingga 10 sen bagi setiap sebiji kelapa. Kewujudan perladangan komersial tanaman kelapa

bukan sahaja menguntungkan para pemilik ladang malah turut membantu membangunkan

industri lain yang bergantung kepada penghasilan tanaman kelapa12

RUJUKAN

11
Zalikha Bahari&Arbaiyah Mohd Noor (2018) Industri Kelapa di Negeri Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
1902-1940: Kuala Lumpur: Jurnal Persatuan Muzium Malaysia: Bilangan 37 hlm 31
12
Khairi Ariffin, Ramli Saadon & Tuan Waheeda Tuan Chik (2019) Perladangan Komersial Di Daerah Hilir
Perak Pada Era Kolonial British 1900-1957: Vol. 46 (1) hlm 66
A. Mills. (1970). British rule in British Asia. New York: Russel and Russel

Brown, C.C. (ed, trans) (1970). Sejarah Melayu or Malay Annals. Kuala Lumpur: Oxford

University Press

Kay Kim & Jazamuddin Baharuddin(1979) Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan:

Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia

Khairi Ariffin, Ramli Saadon & Tuan Waheeda Tuan Chik (2019) Perladangan Komersial Di

Daerah Hilir Perak Pada Era Kolonial British 1900-1957: Vol. 46 (1)

Khazin Mohd. Tamrin (1987) Orang Jawa Di Selangor: Penghijrahan dan Penempatan 1880-

1940. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Khoo Kay Kim, (1999), Developments Relevant To Malayan Agriculture In The Post-Rubber

Crisis Era, Journal Of Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society. Vol 72(2)

Lim Teck Ghee (1967) Peasants and Their Agricultural Economy In Colonial Malaya, 1874-

1941, Kuala Lumpur: Oxford University Press

Mohd Shazwan Mokhtar (2020) Dasar Perdagangan antara Empayar British di Negeri-Negeri

Melayu Bersekutu, 1921-1925 Vol. 2, No. 2

Wong, D. S. Y. (1977). Tenure and land dealings in Malay states. Singapore: Singapore

University Press

Zulkarnain Abdul Rahman. (2008). “Pemodal British dan Kelapa Sebagai Tanaman Dagang

di Klang, 1900-1930-an”. Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia: Bilangan 27

Zalikha Bahari&Arbaiyah Mohd Noor (2018) Industri Kelapa di Negeri Negeri Melayu

Bersekutu (NNMB) 1902-1940: Kuala Lumpur: Jurnal Persatuan Muzium Malaysia:

Bilangan 37

Anda mungkin juga menyukai