Anda di halaman 1dari 1

Pentafsiran adalah satu konsep pensejarahan yang telah lama digunakan tetapi diiktirafkan

kewujudan serta fungsinya setelah munculnya pensejarahan moden di barat.Dengan bersandarkan


konsep ini maka sejarawan bebas memilih peristiwa,bidang kajian,bebas menganalisis serta
mentafsir sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan sumber-sumber atau bahan-bahan bukti mahupun
fakta-fakta yang diterima.

Sejarawan bebas member tafsirannya sendiri terhadap sesuatu peristiwa asalkan tafsirannya
mempunyai sumber-sumber kajian yang mecukupi bagi megukuhkan dan membenarkan
pentafsirannya. Jika ada di kalangan sejarawan yang tidak mempersetujuinya,maka satu kajian lain
perlu dilakukan berdasarkan sumber-sumber yang boleh membenarkan pandangannya pula.Contoh
dapat dilihat apabila Sejarah Melayu telah cuba mentafsir tentang kesultanan Melayu Melaka
dengan mengisahkan pengalaman-pengalaman sejarah yang dialami oleh raja-raja Melayu yang
memerintah Melaka dari awal abad ke-15 hingga awal abad ke-17.

Keadaan ini menunjukkan bahawa sejarawan tradisi bebas membuat tafsiran tentang sesuatu
peristiwa itu berdasarkan beberapa faktor.Antaranya mereka tidak tertakluk kepada kaedah
penyelidikan yang kritis,sistematik,jitu dan teratur sebagaimana yang terdapat pada masa
ini.Mereka juga tidak tertakluk pada tuntutan pencarian dan kegunaan sumber-sumber yang
mencukupi. Ahli sejarah juga merasakan bahawa mereka tidak perlu bersikap kritis terhadap
sumber-sumber ataupun dalam penulisan mereka,kerana bagi mereka perkara itu bukanlah suatu
tuntutan yang wajib dipenuhi atau dilakukan.

Kerajaan Johor adalah antara kerajaan yang tertua dalam sejarah kerajaan melayu,namun kajian
dan penyelidikan yang mendalam masih banyak lagi perlu dilakukan oleh para serjana
sejarah.Sejarah bermula dengan kerajaan awal Johor yang terletak di selatan semenanjung Tanah
Melayu yang masih kabur tentang asal usulnya kemudian telah membentuk kerajaan Johor-Pahang-
Riau dan Lingga setelah kehancuran

 Pentafsiran membawa maksud menerangkan sesuatu peristiwa sejarah dengan berdasarkan sumber-
sumber yang berkaitan dengannya. Pentafsiran fakta dalam kalangan sejarawan adalah berbeza kerana
sejarawan yang pakar dalam bidang sejarah cuba sebaik mungkin memilih untuk tidak bersikap berat
sebelah, tetapi pegangan dan sikap prejudis mereka tetap juga mempengaruhi pentafsiran mereka.
Contohnya, sejarawan sosial, ekonomi dan agama amat bergantung pada aspek-aspek ini dalam
membuat penilaian dan pentafsiran sehingga aspek-aspek tersebut banyak mempengaruhi pemikiran
dan pentafsiran mereka. Hal ini telah menimbulkan prasangka terhadap sesuatu peristiwa yang dikaji
dan menyebabkan berlakunya perdebatan dalam kalangan sejarawan yang berkaitan dengan
kebenaran sejarah.

Anda mungkin juga menyukai