Anda di halaman 1dari 50

PENGENALAN

PENSEJARAHAN MALAYSIA
mismas2019
PENGERTIAN PENSEJARAHAN
MALAYSIA
KONSEP PENULISAN BAHAN SEJARAH DALAM
PENSEJARAHAN MALAYSIA
 Penghasilan penulisan yang terdiri dari pelbagai sudut-
sudut tertentu oleh manusia dari peradapan besar
seperti Islam, China, dan Eropah dikira sebagai
pensejarahan samada mengenai peristiwa atau
masyarakatnya yang telah berlaku sebelumnya.
 Mereka ini yang dipanggil sebagai sejarawan.
 Hubungan antara sejarawan dan pensejarahan
mengatasi ruang dan waktu, peristiwa dan
pengalaman.
 Mereka diperlukan oleh masyarakat samada dalam keadaan
yang menyenangkan ataupun tidak tetapi sejarawan tetap
menghasilkan bentuk-bentuk pensejarahan yang disukainya
atau yang ditugaskan kepadanya.
 Sejaarawan akan terus menyelidik dan mempersembahkan
kepada umum atau kepada sesiapa yang telah
mengarahkannya.
 Sejarawan mempunyai tujuan yang tertentu dalam usahanya
untuk melaksanakan pensejarahannya.
APA ITU
PENSEJARAHAN
 Pensejarahan (historiography) berasal dari perkataan
sejarah (history). Sejarah secara umumnya diertikan
sebagai “the record of events or the events
themselves.” Dalam pengertian ini, “record of event”
(catatan peristiwa-peristiwa) dan “the event
themselves” (peristwa-peristiwa itu sendiri), saling
mempunyai pertalian yang relatif. Sesuatu peristiwa
yang terjadi itu dicatatkan maka jadilah ia sejarah.
 Tetapi dalam pengertian yang lebih kompleks,
Encyclopedia Britannica telah memberikan kenyataan
berikut:

“…it was only in comparatively modern times that the


meaning of the word (history) was extended to include
the phenomena that form their subject.”
 Dalam konteks ini, ‘peristiwa’ dan ‘catatan mengenai peristiwa’
akan mengembang dan membentuk perkara-perkara yang
selanjutnya.
Contohnya di dalam ‘peristiwa’ sejarah lazimnya dicatatkan
perkara- perkara seperti
(i) benar / sahih ataupun tidak peristiwa itu;
(ii) bagaimana, sebab-musabab, perkembangan dan kesan
daripada peristiwa berkenaan;
(iii) tokoh / watak yang menjadi pelaku dalam sesuatu peristiwa;
(iv) bila peristiwa tersebut terjadi dan lain-lain.
 Menurut pandangan Muhd. Yusof Ibrahim, pensejarahan dapat
ditakrifkan sebagai hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli
sejarah atau sejarawan. Sejarawan akan mengkaji dan menyelidik
tentang zaman, masyarakat, peristiwa yang telah berlaku dan
akan menghasilkan penulisan pensejarahannya. Sejarawan akan
melakukan kajian dalam bidang atau mengikut kepakaran
masing-masing seperti bidang politik, ekonomi, ketenteraan dan
sosial. Pendapat ini adalah selari dengan Khoo Kay Kim yang
menyatakan pensejarahan merujuk kepada penulisan sejarah
atau karya sejarah, yang dihasilkan oleh sejarawan.
 Walaupun pada zaman sekarang memang menjadi tugas ahli sejarah untuk
menulis seberapa yang boleh berhampiran dengan kebenaran, tetapi
pensejarahan merupakan tafsiran seseorang ahli sejarah tentang masa yang
lepas, maka sejarah keseluruhan masa yang telah berlalu adalah bersifat
objektif, manakala pensejarahan pula bersifat subjektif.
 Justeru apabila dikatakan sejarah ditulis kembali bukanlah bermakna sejarah
itu diubah, yang diubah ialah pensejarahan iaitu tafsiran ahli sejarah tentang
satu-satu peristiwa atau perkembangan yang berlaku dahulu.
 Mentafsir peristiwa sejarah bukanlah mudah dan kemuktama dan sukar
dicapai. Para sejarawan akan cuba menghampiri kebenaran sedekat mungkin.
 Bagi sejarawan Malaysia, soal kekurangan sumber, jurang masa, penguasaan
bahasa, perbezaan kebudayaan, soal psikologi dan lain-lain lagi menjadi
hambatan.
 Hakikat yang tidak dapat dinafikan samada
pensejarahan itu dalam bentuk tradisi atau moden,
pensejarahan itu dihasilkan untuk mencari kebenaran
yang paling hampir terhadap peristiwa-peristiwa yang
dikaji. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan dari
segi tanggapan terhadap kebenaran ataupun
kenyataan sejarah dan juga kaedah untuk
menentukannya
 Mohd. Taib Osman pula mentakrifkan pensejarahan
sebagai “kisah tentang peristiwa –peristiwa bersejarah
yang telah disusun dalam bentuk sastera yang agak
baik juga dan fungsinya adalah untuk pengajaran dan
kemegahan generasi semasa pengarang dan
keturunan-keturunan mereka.”
 Manakala di dalam ‘catatan mengenai peristiwa’ pula, di dalamnya
terkandung perkara-perkara seperti;
(a) siapakah yang mencatatkan peristiwa itu;
(b) bagaimana peristiwa tersebut dicatatkan – tetap atau tidak, bias atau
sebaliknya, obejktif atau subjektif, emosional atau rasional, apa dan
bagaimanakah sudut pandangan pencatat berdasarkan peristiwa dan
latar belakang yang mengaitkannya;
(c) apakah cara dan kaedah (metodologi), pendekatan dan teori, falsafah
dan pemikiran yang digunakan dan diambil oleh pencatat berkenaan;
(d) sekiranya dalam konteks pengertian pencatatan peristiwa pada masa
ini, di mana nilai-nilai ilmiah atau saintifik terterap ke dalam pencatatan
tersebut dengan menggunakan sumber kedua (secondary) dan
bagaimanakah sumber-sumber ini dikendalikan dan dipersepsikan.
 Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1988), penulisan bahan
sejarah dalam tradisi pensejarahan tradisional di alam Melayu
muncul dalam pelbagai bentuk.
 Antara bentuk penulisan bahan sejarah termasuklah:
i. Ditulis atas kertas
ii. Dipahatkan di atas batu seperti batu bersurat dan prasasti
iii. Diukir pada bahan ukiran seperti kayu, buluh, belulang dll
iv. Diukir pada kepingan logam seperti di atas wang syiling, cap
mohor, meriam, pedang, perisai dll.
 Semua bahan-bahan ini di mana tulisan-tulisan tadi diperturunkan
dapat memberi butiran dan menjadi sumber sejarah.
 Walaubagaimanapun, bukan semua fakta dan data sejarah telah sedia
ada pada sumber-sumber sejarah tadi kerana hanya sebahagian
daripadanya sahaja yang membekalkan data dan pengetahuan sejarah
secara langsung manakala sebahagiannya diperturunkan secara tidak
langsung.
 Dengan kemunculan kaedah pensejarahan moden, persoalan
keobjektifan dan keabsahan sumber pensejarahan tradisional kadangkala
dipertikai dan mendesak kepada satu kajian ke atas sumber-sumber
tersebut.
 Kedatangan pengaruh Barat ke Tanah Melayu
misalnya telah mewujudkan satu bentuk pensejarahan
baharu terhadap Malaysia pada ketika itu, namun
para sejarawan melihat wujudnya ketidakseimbangan
dari segi sumber sejarah apabila pensejarahan Barat di
Tanah Melayu dilihat bersifat Euro-centric.
 Oleh itu, wujud ketidakseimbangan dalam sudut
pandangan dalam penulisan sejarah mereka.
 Sejak zaman kolonial British lagi, sumber pensejarahan
Melayu tradisional telah mula dijadikan sebagai satu
disiplin kajian dalam mempelbagaikan lagi sumber
pensejarahan di Malaysia terutamanya bagi periode
pra-kolonial di Tanah Melayu.
 Antara sumber pensejarahan Melayu tradisional yang penting
adalah karya kesusasteraan Melayu tradisional yang meliputi
pelbagai genre penulisan seperti sastera kitab (keagamaan),
undang-undang Melayu lama, epik, pelbagai bentuk puisi,
pelbagai cabang sastera rakyat (penglipur lara, cerita jenaka,
teladan dll) serta sastera istana.
 Kesemua sumber-sumber pensejarahan Melayu tradisional ini
penting dalam merekonstruksi semula pensejarahan di Malaysia
sejak zaman feudalisme di Tanah Melayu.
 Walaupun sumber pensejarahan Melayu tradisional
dilihat bercampur aduk di antara unsur sejarah, mitos
dan lagenda, namun berdasarkan disiplin kajian
sejarah, para sejarawan telah melakukan perbahasan
mereka untuk menerima atau menolak sesuatu fakta
sejarah dalam pensejarahan Melayu tradisional
termasuklah melalui kajian perbandingan dengan
sumber-sumber sezaman terutamanya melalui sumber
pensejarahan China dan pengkaedahan sejarah yang
lainnya.
 Oleh itu, kaedah penulisan sejarah di Malaysia telah
merangkumi pelbagai sumber pensejarahan
termasuklah:
i. Pensejarahan Melayu Tradisional (Zaman Feudalisme
Melayu)
ii. Pensejarahan Barat (Zaman Kolonial)
iii. Pensejarahan Tempatan (Sebelum dan Selepas
Merdeka
 Idea dalam Pensejarahan Melayu Tradisional
•Permulaan karya-karya memuatkan unsur
pensejarahan tetapi kebanyakan karya hanya
menulis sejarah secara umum, ketiadaan nama
pengarang pada karya untuk dipertanggungjawabkan
dan serta tidak mementingkan tahun (dari segi
kronologi dan tarikh berlakunya peristiwa sejarah).
•Karya yang dihasilkan dalam pensejarahan tradisional
memiliki ciri-ciri seperti motif, gaya penulisan, bahasa dan
jalan cerita yang klasik.
•Terdapat beberapa kelemahan dalam pensejarahan Melayu tradisional
termasuklah:
1. ada unsur dongeng (iaitu data-data yang kerap menimbulkan kesangsian).
2. ada unsur penglipuran (ucapan-ucapan tokoh)
3. kritikannya tidak mendalam atau tafsirannya lemah.
4. menulis tentang sesuatu sedangkan tokoh tidak arif tentangnya (lebih bercorak
seorang penyair atau pujangga kerana sebahagian ceritanya disampaikan
secara puisi).
5. memuatkan unsur telahan, mimpi, kuasa ghaib/ketuhanan (menjadikan
pensejarahannya tidak diterima ke dalam konsep pensejarahan moden yang
sekular).
6. Berunsur berat sebelah atau bais.
 Konsep dalam Pensejarahan Tradisional Melayu
• Menggalurkan salasilah raja yang memerintah negeri-negeri
• Menggalurkan asal-usul pembukaan negeri
• Menggalurkan kedatangan sesuatu suku atau kaum
(cth: kedatangan suku Bugis ke alam Melayu dlm Tuhfat al-Nafis)
• Melakukan pemerian terhadap peristiwa politik
• Mengangkat kehebatan dan keagungan raja yang memerintah
(cth Bustanus Salatin yang mengagungkan martabat Sultan Iskandar
Thani)
• Merekodkan istiadat dan peristiwa diraja (cth: Misa Melayu)
Pensejarahan Melayu Moden
ZAMAN TAWARIKH
 Pada awal abad ke-20, bidang sejarah muncul
sebagai salah satu daripada bidang ilmu dan zaman
tersebut turut dikenali sebagai “Zaman Tawarikh”.
 Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, "tawarikh"
menjadi terminologi untuk sejarah. Hal ini bagi
menunjukkan tawarikh sebagai satu bidang ilmu, selain
memisahkan sejarah daripada kesusasteraan (hikayat
& syair).
 Untuk itu, pada tahun 1918, sejarah (istilah "tawarikh")
diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di Maktab
Perguruan Melayu Melaka.
 Sejarah ditulis dalam bentuk prosa tetapi skop/bidang
kajian masih tertumpu kepada institusi perajaan dan
riwayat hidup raja dan pembesar (1920-an).
Contohnya, muncul penulis-penulis seperti:
 i. Muhammad Hassan bin Dato Kerani Muhammad Arshad
yang menulis Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah (1928);
 ii. Wan Abdul Karim bin Abdul Hamid yang menulis Tawarikh
Raja-raja dan Adat Istiadat Zaman Purbakala Negeri Perak
Darul Ridzuan (1934);
 iii. Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail yang menulis Ringkasan
Cetera Kelantan (1934);
 iv. Muhammad bin Haji Alias yang menulis Tawarih Dato
Bentara Luar (1928).
 Pada zaman ini juga munculnya pelbagai rencana mengenai
sejarah dalam majalah dan akhbar. Ini menunjukkan minat
masyarakat terpelajar tentang sejarah.
 Sejarah "kebangsaan" pertama ditulis oleh Abdul Hadi Hj. Hasan
yang berjudul Sejarah Alam Melayu (1920an), yang
mengandungi tiga jilid yang berbeza.
 Walaupun minat dalam bidang sejarah (tawarikh) meningkat
ketika ini tetapi tidak begitu berkembang menuju keilmiahan
sejarah sebagai matapelajaran. Skopnya masih kekal kepada
hal-hal perajaan, kerajaan dan tokoh-tokoh (masih ikut penulisan
tradisional.
2. ZAMAN NASIONALISME
 Seterusnya, kesan Perang Dunia Kedua dan
pendudukan Jepun di Asia Tenggara dan Tanah
Melayumenyemarakkan proses perjuangan untuk
merdeka.
 Pada zaman ini sejarah dan pahlawan-pahlawan
zaman penjajahan British digunakan sebagai
penggerak dan peransang semangat masyarakat
menentang pentadbiran British.
 Contohnya muncul penulis sejarah Melayu:
i. Ibrahim Haji Yaakob - Sedjarah dan Perjuangan Melayu (1948),
ii. Yahya Abdullah - Peperangan Tok Janggut atau Balasan
Derhaka (1955),
iii. Abdul Talib Haji Ahmad - Sejarah Dato Bahaman Orang Kaya
Semantan(1961)
iv. Mustafa Tam - Tawarikh Salasilah Kedah (1962).
 Secara umumnya, walaupun penulis masih memfokuskan
kajiannya kepada sejarah tempatan (kenegerian), dan golongan
atasan - raja dan orang besar, kaedah menulis sejarah adalah
untuk menimbulkan perasaan cinta tanahair, bangga terhadap
zaman kegemilangan Melayu.
 Para penulis sejarah tempatan telah memulakan dimensi baharu
dalam penulisan sejarah yang bercorak patriotisme termasuklah:
i. Ibrahim Yaakob yang menulis Sekitar Malaya Merdeka (1957);
ii. Zainal Abidin Daud yang menulis Sejarah Malaya Merdeka (1957).
Bentuk ini dikekalkan oleh sejarawan tahun 1960-an dan 1970an
(penulisan yang mementingkan skop sejarah politik & biografi
politik).
iii. Anwar Abdullah yang menulis Dato Onn (1971);
iv. Mohd. Yunus Hamidi yang menulis Sejarah Pergerakan Politik
Semananjung (tema sejarah bersifat kebangsaan)
 Zaman "Sejarah Kebangsaan" bagi sejarawan
tempatan bermula lebih kurang pada 1957 iaitu setelah
kemerdekaan, apabila sejarah kebangsaan ditekankan
dalam kurikulum sekolah.
 Pada zaman ini muncul perdebatan tentang
bagaimana sejarah Melayu/Malaya patut ditulis. Tema
perdebatan ialah sejarah Asia Tenggara (termasuk
Tanah Melayu) mestilah ditulis dari sudut pandangan
dan perkembangan Asia Tenggara [Asiacentric]
 Selain itu, muncul desakan penulisan semula sejarah
Malaysia dengan "Malaysian centric".
 Selain itu juga, para sejarawan tempatan mendesak
agar pejuang-pejuang pada zaman penjajahan British
diangkat sebagai seorang pahlawan dan bukannya
penderhaka atau penentang. Hal ini akan meletakkan
mereka sebagai tokoh sejarah yang sama seperti para
pembesar dan raja-raja Melayu.
 Seterusnya, muncul juga desakan agar sejarah patut
ditulis mengikut disiplin ilmu sejarah dan bersifat ilmiah.
 Kesedaran tentang ‘sejarah sebagai ilmu pengetahuan’ manusia
di Malaysia lahir pada akhir tahun 1960an. [Keperluan sokongan
ilmiah dari bidang sains sosial terutama antropologi, sosiologi,
filologi - pengaruh perubahan ilmu sejarah yang berkembang di
Amerika Syarikat].
 Peristiwa 13 Mei 1969 menimbulkan keperluan penyatuan
kebangsaan (integrasi nasional) untuk menentukan keharmonian
dan kedamaian masyarakat. Ertinya keperluan untuk versi sejarah
Malaysia yang berdaya menanamkan kefahaman ras di antara
ras-ras di Malaysia.
 Hal ini juga bermakna, wujudnya desakan agar sejarah dijadikan
sebagai satu medium untuk menyatukan bangsa-bangsa di
Malaysia.
 Oleh itu tema-tema yang menonjol dalam tulisan
sejarah akademik ialah sejarah masyarakat berbilang
kaum, sejarah tempatan, sejarah pendidikan, riwayat
orang besar-besar, sejarah politik dan banyak lagi.
Tujuannya untuk meningkatkan kefahaman rakyat
terhadap dirinya dan ras-ras yang ada di Malaysia, dan
mencari tema yang sesuai kepada sejarah
kebangsaan.
 Dapat dikatakan penulisan sejarah sejak merdeka dan terutama setelah
1969 menonjolkan sifat "autonomous" jika dibandingkan dengan karya
sarjana (pegawai penjajahan sejak abad ke 19 - huraian peranan positif
pentadbirannya dan justifikasi keperluan "peradaban" kuasa penjajah
seperti tulisan Winstedt, Wilkinson, Swettenham, Low, dll.)
 Walaubagaimanapun kebanyakan karya yang ditulis pada zaman 1970-
an dan kemudian diterajui oleh sarjana luar (bukan Melayu). Justeru itu,
fokus kajiannya masih mengenai zaman penjajahan Barat.
Contohnya termasuklah C.M. Turnbull, The SS 1826-67: Indian Presidency
to Crown Colony (1972), E. Thio, British Policy in the Malay Peninsula 1880-
1910 (1969).
 Sejak tahun 1970an, muncul karya-karya bermutu
akademik (oleh sarjana luar dan tempatan) mengenai
sejarah Tanah Melayu yang membincang tentang
tema selain daripada "conventional/national history"
seperti aspek sosial, ekonomi, masyarakat bawahan,
falsafah/ideologi, budaya.
Contoh pensejarahan bersifat ilmiah di Malaysia:
i. A.C. Milner, Kerajaan: Malay Politic on the eve of colonial rule (1982),
ii. Shahril Talib, After Its Own Image: The Trengganu Experience 18811941 (1984),
iii. Shahrom Ahmat, Kedah: Traditional and Change in A Malay State - A study of the
economic and political development (1984),
iv. Carl A. Trocki, Prince of Pirates: the Temenggong and the Development of Johor
and Singapore 1784-1885,
v. R. Bonney, Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence (1974),
vi. Khoo Kay Kim, The Western Malay States 1850-1875: the effects of commercial
development on Malay Politics (1972)., vii. Lim Teck Ghee, Peasants and Their
Agricultural Economy in Colonial Day 1874-1941 (1977).
 Era awal pensejarahan bersifat ilmiah di Malaysia ternyata
dipelopori oleh penulisan yang menggunakan bahasa Inggeris
sehinggalah munculnya penulis sejarah ilmiah dalam bahasa
Melayu seperti Nik Safiah Karim, Muhammad Yusoff Hashim dan
lain-lain.
 Perbezaan antara sarjana akademik yang berpengaruh ke atas
perkembangan pensejarahan Malaysia ialah falsafah sejarahnya
(kaedah dan pendekatan serta skop).
 Secara kasar, sarjana yang dipelajari di institusi luar negeri
berkecenderungan kepada konsep moden Barat. Manakala
sarjana yang dilatih dalam negeri masih melihat pentingnya
"conventional history" - ianya detail tetapi masih berfokus kepada
sejarah politik.
 Secara umumnya tujuan sesuatu pensejarahan
dihasilkan adalah untuk memaparkan kebenaran
sesuatu peristiwa sejarah
 Menurut Lepold von Rank Sesuatu peristiwa sejarah
seharusnya dikaji seperti sebenarnya ia berlaku. Ini
bergantung kepada kaedah dan sumber-sumber yang
digunakan
 Walaubagaimanapun, suntingan tersebut mestilah diperbetulkan
dengan bentuk yang paling dekat dengan teks aslinya. Untuk itu, ahli
filolog telah memperkenalkan beberapa kaedah dalam mengkaji teks
termasuklah fenomenologis, paleografi, etimologi dan etnolinguistik.
Fenomenologis
• Secara fenomenologis, setiap teks memiliki tiga ciri khas iaitu:
i. Teks selalu menggunakan bahasa sebagai menyimpan dan
mengkomunikasikan isi teks
ii. Teks menyimpan pelbagai ilmu pengetahuan
iii. Teks sebagai artifak memperoleh perlakuan tertentu yang dilakukan
oleh masyarakatnya.
• Disebabkan ketiga-tiga ciri yang ada pada setiap teks,
seseorang filolog haruslah memahami nilai-nilai budaya yang
terdapat dalam setiap teks tersebut.
• Dalam naskhah pensejarahan Melayu tradisional misalnya, para
filolog harus faham akan bahasa yang digunakan dalam teks
berkenaan terutamanya penggunaan aksara lama seperti
Pallava, Jawi dsb.
• Selain itu, ahli filologi juga perlu memahami dan mendalami
sastera Melayu yang menjadi medium penting kepada
pensejarahan tradisional yang kebanyakannya berbentuk sastera
seperti syair, gurindam, perumpamaan dsb
 • Selain itu, antara ciri penting dalam fenomenologi ini
termasuklah memahami budaya setempat sebelum
mengkaji sesuatu teks tersebut. Di Jambi
misalnya, membuka sesebuah manuskrip sejarah, satu
pesta rakyat perlu diadakan terlebih dahulu manakala
di Jawa, ritual tertentu perlu dijalankan sebelum
meneliti manuskrip termasuklah dengan berpuasa
terlebih dahulu.
Paleografi
 • Paleografi merujuk kepada ilmu yang mempelajari
bermacam-macam jenis tulisan dan aksara kuno.
 • Hal ini kerana, aksara kuno adalah sangat sukar
untuk dibaca dan difahami tanpa kemahiran yang ada
oleh seseorang pengkaji. Dalam manuskrip
pensejarahan di alam Melayu itu sendiri, terdapat
beberapa tulisan kuno yang digunakan oleh penulis
termasuklah Brahmi, Kiwi, Pallava dan aksara Arab
(Jawi).
Etimologi
 • Etimologi adalah ilmu yang menyelidik mengenai
asal-usul kata serta perubahan-perubahannya.
 • Hal ini kerana, setiap penggunaan kata perlu
diterjemah secara tepat mengikut konteks waktu teks
tersebut ditulis.
 • Dalam teks pensejarahan Melayu tradisional misalnya,
kata “penerangan” telah digunakan pada abad ke-16
hingga abad ke-18 sebelum ditukar menjadi
“pendengaran”.
 • Selain itu, bagi merujuk kepada ulama, pada abad ke-16, para
penulis cenderung menulisnya sebagai “cerdik pandai”
sedangkan dalam abad ke-19, perkataan “ahli dalam bidang
agama” mula digunakan.
Etnolinguistik
 • Kebiasaannya digunakan untuk penelitian teks lisan terutamanya
yang bergenre mitos, lagenda dan dongeng.
 • Biasa digunakan untuk melihat hubungan antara bahasa
dengan masyarakat pedalaman atau masyarakat yang masih
belum mempunyai tulisan. Permasalahan Filolog dalam Naskhah
Pensejarahan Tradisional Melayu
1. Sejarah Melayu:
 Kajian dan pengumpulan teks Sejarah Melayu oleh para pengkaji
sejarah mendapati terdapat sekurang-kurangnya 29 buah
naskhah Sejarah Melayu.
 Setiap satu naskhah Sejarah Melayu pula adalah berbeza dengn
naskhah-naskhah yang lainnya dari segi versi, resensi dan
salinannya. Antara yang paling ketara, terdapat dua buah versi
Sejarah Melayu yang berbeza iaitu versi pendek dan versi panjang.
 Dalam Sejarah Melayu versi pendek, seperti yang diselenggara
oleh Munsyi Abdullah, T.D. Situmorang dan A.E Teeuw serta Dato’
Madjoindo, penceritaan Sejarah Melayu ini berakhir setakat
kematian Tun Ali Hati di Johor.
 Bagi Sejarah Melayu versi panjang pula, naratif penceritaan dibuat
sehingga kepada pemerian tentang episod serangan Jambi
terhadap Johor pada tahun 1673.
 Antara versi Sejarah Melayu yang paling popular adalah Sejarah
Melayu yang diselenggara oleh W.G Shellabear. Namun begitu,
para sejarawan tempatan seperti Muhammad Yusoff Hashim
(1988) mengkritik sikap Shellabear yang tidak menjelaskan dalam
hasil kerjanya mengenai tindakannya yang telah menggabungkan
Sejarah Melayu versi pendek dan versi panjang secara bersekali.
2. Hikayat Raja-raja Pasai:
 Berbanding Sejarah Melayu, Hikayat Raja-raja Pasai hanya
mempunyai satu naskhah sahaja.
 Naskah ini dimiliki oleh Kyai Suradimanggala, Adipati Demak yang
disalin untuk Stamford Raffles pada 1814.
 Disebabkan naskhahnya yang tunggal, tidak begitu banyak
permasalahan filolog yang timbul, namun masih terdapat
beberapa kekeliruan yang timbul.
 Antaranya, berlaku percanggahan dalam pengejaan perkataan
yang serupa dalam teks tersebut seperti “pada”, “tegak” dan
“muka”.
3. Tuhfat al-Nafis:
 Terdapat empat naskhah Tuhfat al-Nafis yang diketemui iaitu milik
Syamsuddin bin Imam Musa di Kelang serta Tengku Fatimah binti
Sultan Abu Bakar di Johor.
 Selain itu, teks Sejarah Raja-raja Melayu dan Bugis serta Sejarah
Raja-raja Riau juga merupakan teks asal Tuhfat al-Nafis
berdasarkan kajian yang telah dilakukan.
 Terdapat dua versi Tuhfat al-Nafis di mana tiga naskhah
merupakan versi panjang manakala sebuah naskhah merupakan
versi pendek.
 Teks Tuhfat al-Nafis versi pendek dianggap sebagai teks asas
kepada naskhah Tuhfat al-Nafis versi panjang.
 Hal ini kerana, teks Tuhfat al-Nafis versi panjang berlaku
pemanjangannya disebabkan dua perkara.
 Pertama, proses pembung-bungaan ke atas versi pendek dengan
keberangkalian bertujuan untuk memperindahkan bahasanya.
 Antaranya termasuklah penggunaan kalimah Arab, penggunaan
pepatah, perbilangan, bahasa-bahasa kiasan dll.
 Selain itu juga, terdapat amat banyak dimasukkan kata tambah dan
imbuhan, kata kias, ulangan, gelaran-gelaran tokoh, klise dsb.
 Kedua, Tuhfat al-Nafis versi panjang juga menyaksikan kemasukan dan
penokok tambahan isu-isu, isi serta perkara baru.

Anda mungkin juga menyukai