Anda di halaman 1dari 16

Tahap-tahap pensejarahan Malaysia

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penulisan sejarah atau pensejarahan amat dipengaruhi
oleh suasana politik dan sosial yang wujud apabila sesebuah karya itu dikarang serta persepsi dan
pendirian penulis turut dicorakkan oleh keadaan persekitarannya atau pemikirannya. Penulisan
merupakan satu cara yang paling berkesan untuk menyampaikan idea, pemikiran, kritikan,
maklumat dan pendapat terhadap sesuatu perkara yang mencakupi pelbagai bidang samada
berkaitan masyarakat, agama, politik, bangsa dan negara. Hakikatnya penulisan merupakan satu
perjuangan, peperangan atau satu cara jihad 1[1] untuk menegakkan kebenaran .
Pendidikan merupakan elemen yang paling penting dan sering mempengaruhi
penghasilan penulisan. Begitu juga dengan disiplin sejarah, dengan adanya tahap pendidikan
sekurang-kurangnya ia memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya sikap gemar
mencatat, merekod dan menghasilkan sesebuah karya sejarah. Malah lebih tinggi tahap
pendidikan yang diterima akan melahirkan satu sikap yang lebih kritis dalam sesebuah penulisan
sejarah itu samada sejarah politik, sejarah ekonomi mahupun sejarah sosial.
Demikianlah juga dengan pensejarahan Malaysia. Karya-karya sejarah yang dihasilkan
pada tempoh-tempoh tertentu memaparkan ciri-ciri tersendiri dari segi tumpuan, kaedah dan
pendekatannya. Dalam kajian ini penulis membahagikan tahap-tahap pensejarahan di
Malaysia2[2] dapat dibahagikan kepada dua tahap berdasarkan ciri-ciri penulisan yang dihasilkan
pada zaman tersebut:
a.

Pensejarahan Tahap Tradisional (Pensejarahan Pribumi)

b.

Pensejarahan Tahap Kolonial manakala pada tahap kolonial, penulis membahagikan kepada
dua iaitu
i. Sebelum Perang Dunia Ke-2 (Sebelum 1941)
ii. Selepas Perang Dunia ke-2 (Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu)

1
2

Kajian tentang perkembangan penulisan sejarah ini menuntut kita meninjau pula tentang
beberapa persoalan yang berkaitan dengan perkembangan persejarahan Melayu di Malaysia.
Misalnya bilakah pensejarahan Melayu tradisi itu berakhir dan bilakah penulisan bentuk moden
itu bermula? Apakah ciri-ciri pensejarahan Melayu pada setiap tahap. Bagaimanakah tahap
perkembangannya dari tahap tradisi kepada pensejarahan bentuk moden? Tetapi bukanlah tujuan
utama untuk penulis menghuraikan segalanya dalam kajian ini. Dalam bab ini penulis lebih
menjelaskan kepada perkembangan pensejarahan tradisi kepada pensejarahan moden dalam
bentuk makro dengan mengemukakan beberapa ciri yang boleh dijadikan panduan.

1.2.1

Tahap Pensejarahan Tradisional3[3]


R.O. Winstedt pernah menyatakan bahawa Semenanjung Tanah Melayu kaya dalam bidang
penulisan sejarah. Kenyataan Winstedt ini adalah merujuk kepada pensejarahan tradisional.4[4]
Pensejarahan tradisional atau dikenali juga sebagai pensejarahan istana merupakan pensejarahan
Melayu paling awal. Ianya telah wujud sebelum kedatangan imperialis Barat lagi. Pensejarahan
Melayu di antara abad ke-16 dengan abad ke-19 memperlihatkan beberapa ciri tertentu dari segi
isi dan pemikiran. Bagi zaman pra-kolonial ini berbagai sumber pribumi boleh ditemui dan
digunakan. Satu daripadanya ialah penghasilan bertulis yang bercorak sejarah, lahir dalam
bentuk tradisi sejarah, salasilah, hikayat dan tawarikh yang merupakan historical text5[5] atau
genre yang sekelas dengannya tetapi lebih umum coraknya, historical literature or referential
literature tetapi..has been largely neglected6[6] Sebagaimana biasa dinyatakan, ia lebih
merupakan sejarah istana dan memang ditulis untuk mengharumkan pemerintahan seseorang raja
atau pemerintah. Tumpuan secara menyeluruh diberikan kepada golongan atasan sebaliknya
gambaran tentang kehidupan dan keadaan rakyat jelata jarang dipaparkan.
Pensejarahan tradisional ini dilakukan atau ditulis kerana menjunjung titah pemerintah raja
atau pemerintah. Raja adalah unsur yang paling asas adanya raja bermakna adanya kerajaan.
Raja adalah punca segala kewibawaan7[7]. Orang Melayu pantang durhaka kepada raja dan
dalam sejarah negeri-negeri Melayu kedudukan raja tidak pernah dicabar oleh orang
3
4
5
6

kebanyakan8[8]. Pensejarahan yang dihasilkan pada tahap ini atas beberapa tujuan seperti
melaksanakan titah perintah raja , penulisan dibuat untuk menyukakan hati raja yang bertujuan
untuk memihak, menyanjung sesuatu golongan khasnya golongan pemerintah atau raja yang
sedang berkuasa atau bertakhta. Sebagai contoh Raja Chulan , Misa Melayu adapun baginda itu
(Sultan Iskandar, TM 1756-1770) terlalu arif bijaksana dan manis barang titahnya, makin
bertambah kebesaran baginda itu . 9[9]
Jika dikaji semula bahawa pensejarahan istana, pensejarahan Islam dan pensejarahan
China10[10] pada zaman pemerintahan maharaja karya-karya sejarah dihasilkan atau ditulis atas
arahan golongan pemerintah. Pendapat ini telah dinyatakan oleh Rosenthal dalam bukunya A
History of Muslim Histriography yang dipetik oleh Muhd. Yusof Ibrahim; menyatakan bahawa
kebanyakan monograf yang dihasilkan mengenai sejarah sezaman adalah terdiri daripada
penulisan yang dilakukan atas perintah raja yang ingin jasanya ( dan kerap juga wangsanya) atau
peristiwa yang penting dalam zaman pemerintahannya diabadikan dalam penulisan.
Pensejarahan atau histriografi tradisonal bertujuan untuk menunjuk ajar, pensejarahan pada tahap
tradisional ini ditulis atas tujuan motif generasi menimbulkan kegemaran untuk moralising
dalam pensejarahan iaitu bertujuan mengingatkan ataupun mengajar generasinya ataupun
generasi akan datang tentang contoh teladan yang boleh didapati daripada sesuatu peristiwa
sejarah itu. Motif generasi bertujuan untuk menunjuk ajar masyarakat dan generasi yang akan
datang, itulah fungsi pensejarahan pada tahap tradisional ini. Motif generasi (moralising) ini
juga dapat dilihat dalam pensejarahan tradisi China. Contoh Ssu Ma Chien memuatkan penilaian
moralnya di akhir setiap bab penulisannya iaitu penilaian ke atas peristiwa atau perkara yang
telah dicatatkan11[11]
Justeru itu, cara penyampaiannya kerap berasaskan konsep pengajaran yang disampaikan secara
berkhutbah dan diselang-selikan pula dengan perbualan yang bertujuan untuk menimbulkan
kesan yang mendalam serta keyakinan terhadap iktibar yang akan diperoleh. Secara amnya,
7
8
9
10
11

iktibar yang dimaksudkan ialah sesuatu pengajaran ataupun tauladan daripada sesuatu peristiwa
sejarah yang ditulis itu. Matlamatnya pula di samping bertujuan untuk menyedarkan masyarakat
tentang budaya dan warisannya, adalah untuk memperbaiki, mengekalkan dan mengukuhkan
malah mewariskan unsur budaya dan warisan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyedarkan
masyarakat tentang perkembangan yang berlaku di sekeliling mereka sama ada yang berbentuk
sosial, politik, ekonomi mahupun agama dengan harapan anggota masyarakatnya sentiasa
bersedia dan berwaspada menghadapi cabaran yang dibawanya.12[12]
Pensejarahan atau histriografi tradisonal bertujuan untuk menghiburkan para pendengar
dan pembesarnya serta pembacanya melalui penggunaan bahasa yang baik dan pemilihan
peristiwa yang suka didengar seperti peristiwa peperangan, kisah pahlawan yang meninggikan
semangat keperwiraan. Unsur lagenda atau dongengan bukan sahaja bertujuan untuk berhibur
tetapi elemen ini dimasukkan untuk dijadikan sindiran atau kiasan terhadap perbuatan mahupun
peribadi tokoh-tokoh tertentu dalam pensejarahan berkenaan.13[13]
Hasil karya pensejarahan Melayu tradisional agak unik kerana wujudnya banyak cerita
atau tradisi lisan tempatan. Juga dimuatkan unsur-unsur sastera seperti pantun, syair, puisi, katakata perbualan di kalangan tokoh-tokoh yang dimuatkan dalam sesuatu pensejarahan itu. 14[14]
Dengan adanya unsur-unsur sastera inilah menyebabkan pengkaji sastera mendakwa hasil
pensejarahan itu merupakan hasil sastera yang bercorak sejarah lantas diistilahkan sebagai
sastera sejarah. Elemen sastera seperti dialog, pantun, syair ini bukan sahaja terdapat dalam
karya pensejarahan Melayu malah terdapat juga dalam karya-karya pensejarahan bangsa lain
khususnya kata-kata bual / dialog. Herodotus, Thucydides dan Ssu ma Chien juga memasukkan
kata-kata dialog dalam karya masing-masing. Bukan sahaja sebagai rencah tetapi juga untuk
mengukuhkan kesejarahan tokoh-tokoh berkenaan. Ssu Ma Chien dalam karyanya sangat
bergantung kepada ucapan-ucapan yang panjang yang mungkin sengaja diada-adakan yang
disogokkan kepada tokoh-tokohnya untuk menerangkan dan menonjolkan tindakan dan juga
12
13
14

untuk mengasingkan tokoh-tokoh.15[15]Sejarawan moden kerap menganggap bahawa sejarah


tradisi tidak menggunakan kaedah penyelidikan yang konsisten ataupun bersifat subjektif serta
tidak menentu kebenarannya atau apa yang disifatkan oleh R.G. Collingwood tidak ada nilai
sains16[16] ini tidak bermakna bahawa hasil pensejarahan tradisional tidak mempunyai
kebenaran atau kenyataan / realiti sejarah.
Umpamanya J.C. Bottom pernah menyatakan tentang pola penulisan sejarah orang Melayu
secara umum:
History to the Malays has not until recently been either a science or and art but an entertaiment.
Accuracy, completeness, organized exposition are not the vital principles; what the best pleased
were legend, fantasy and a pleasant hotchpotch of court and port-gossipThis fairly describes
for instance, the Sejarah Melayu.

Kata-kata Bottom ini ada benarnya akan tetapi kebenaran itu tidak setepat mana yang
didakwa oleh J.C. Bottom pada keseluruhannya terutama apabila beliau menyatakan bahawa
Sejarah Melayu adalah sebagai seni hiburan. Di sini seolah-olah J.C. Bottom menyamakan hasil
karya sejarah tradisional itu seakan-akan cerita penglipurlara atau karya sastera yang lain.
Pandangan-pandangan sarjana terhadap pola pensejarahan tradisional Melayu ada berbagaibagai. Malah Professor Roolvink tentang karya sejarah tradisional bahawa kebanyakan
persejarahan Timur mempunyai dua bahagian dari segi isinya yang terdiri: Bahagian-bahagian
dongeng dan pengalaman-pengalaman sendiri yang terjadi dalam masa hidupnya.17[17]
Amat keterlaluan jika semua karya pensejarahan tradisi dianggap sedemikian kerana
motif penulis karya-karya tradisional adalah memuatkan perkara yang mereka anggap benar
sama ada kebenaran terbukti secara maujud mahupun secara sindiran atau kiasan. Para penulis
ingin mewujudkan kebenaran dengan bersandarkan kepada pertimbangan nilai budaya mereka
pada ketika itu. Tidak dapat dinafikan mungkin ada penyelidikan yang mereka lakukan mengikut
15
16
17

kaedah yang mereka ketahui pada ketika itu yang mereka rasakan cukup mantap untuk
menghasilkan karya-karya tersebut. Tun Seri Lanang amat berat hati ketika menerima
tanggungjawab memperbaiki Sulatus Salatin. Dalam penulisan tersebut beliau menulis setelah
fakir mendengar demikian, jadi beratlah atas anggota fakir allazimurakkabun ala jahili 18[18]
seterusnya Tun Seri Lanang mencatatkan . maka fakir perkejutlah diri fakir pada mengusahakan
dia, syahdan memohon taufik kehadrat Allah, Tuhan saniil alam dan minta huruf kepada nabi
sayyidil-anam, dan minta ampun kepada sahabat yang akram, maka fakir karanglah hikayat
ini..19[19]. Berdasarkan kenyataan itu menampakkan pengaruh daripada kaedah pensejarahan
Islam tetapi menggambarkan juga kesungguhan tekad pengarangnya untuk menghasilkan karya
pensejarahan yang baik mengikut ukuran atau tahap keilmuan pada ketika itu. Keberatan
perasaan itu adalah kerana menginsafi kelemahan dirinya dan kurangnya ilmu pengetahuan.
20

[20]
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ciri-ciri pensejarahan tradisional terdapat

kelemahan jika dibandingkan dengan karya-karya pensejarahan yang dihasilkan selepas zaman
itu. Menurut pandangan Khoo Kay Kim, karya-karya sejarah lama itu bukanlah bersifat
pensejarahan dalam pengertian zaman sekarang; ia merupakan dokumen rasmi. Ia dihasilkan
bukan untuk dibaca oleh orang ramai tetapi untuk disimpan di istana untuk rujukan keranan
kedudukan seseorang raja sentiasa dicabar oleh sanak-saudaranya dan oleh anak raja dari negerinegeri lain di dalam lingkungan Alam Melayu.21[21]
Bagaimanakah sejarawan moden dapat menerima sejarawan tradisi dan masyarakat
tradisi itu sebagai sejarawan dan hasil pensejarahan? Mangapa mereka perlu kita anggap sebagai

18
19
20
21

sejarawan dan karya-karya yang dihasilkan sebagai karya pensejarahan dan bukannya karya
kesusasteraan atau dongengan semata-mata.22[22]
Bagi Tariff Khalidi Islamic Histriography telah memberikan dua panduan / pentunjuk
yang boleh menjawab pertanyaan di atas. Sejarawan boleh dikaji secara bermakna dari dua
sudut. Mereka boleh dilihat sama ada dari sudut kebenarannya iaitu secara amnya sebagai
sumber-sumber ataupun

seperti yang dilakukan di dalam kajian ini, dari sudut pandangan

mereka terhadap sejarah dan asas-asas teorinya memikirkan kembali pemikiran-pemikiran


mereka sebagaimana yang dilakukan oleh R.G. Collingwood.23[23]
Justeru itu hasil kajian pensejarahan mereka boleh ditinjau atau dikaji dari sudut tertentu.
Jika ingin melihat kebenarannya maka kajian hendaklah dilihat dari sudut sejarah dan sumbersumber yang digunakan oleh para sejarawan. Manakala dari sudut pemikiran mereka tentang
sejarah yang dimuatkan dalam pensejarahan mereka sama ada secara jelas atau secara umum
sahaja iaitu bergantung kepada penggunaan kata-kata dan adanya istilah yang bersesuaian pada
ketika itu. Mereka sebenarnya sedar tentang fungsi dan kepentingan asas bagi sejarah sebagai
teladan atau contoh sebagai sempadan yang harus dilihat atau dijauhi.
Bagi Dionysius dari Halicarnassus (Sejarawan Yunani) abad pertama Masihi pernah
menyatakan bahawa sejarah adalah sesuatu bentuk falsafah yang mengajar dengan memberikan
contoh. Bagi mereka, sejarah itu ditakrifkan sebagi suatu laluan waktu yang terdiri daripada
pelbagai peristiwa yang berlaku berturut-turut. Lantas apa yang dilakukan oleh mereka ialah
menyusun karya pensejarahan masing-masing mengikut sesuatu urutan waktu ataupun tarikhtarikh yang munasabah. Kesedaran ini menggambarkan hasrat sebenar seseorang sejarawan
tradisi itu menghasilkan ataupun menyampaikan pensejarahannya berdasarkan suatu susunan
tarikh yang munasabah dari segi urutan waktu. Dengan demikian diharapkan apa yang
disampaikan atau dipersembahkan adalah benar ataupun sekurang-kurangnya dianggap benar
kepada mereka yang berpeluang membaca pensejarahannya pada zaman itu. Manakala bagi
William Dunning- beliau telah mengingatkan agar kita jujur mengiktiraf bahawa apa yang
22
23

dianggap benar oleh sesebuah masyarakat pada zaman itu, sesungguhnya benar bagi mereka dan
zamannya. Sejarah adalah sesuatu bentuk falsafah yang mengajar dengan memberikan contoh. 24
[24]
Gaya penyampaian atau kerangka penulisan adalah berbentuk penceritaan / naratif karya
zaman tradisi ini mengisahkan tentang asal-usul raja dan keturunan, kebangkitan, kemakmuran,
kebesaran, kegagahan, kepintaran tokoh, rakyat , kerajaan dan empayar, (seperti Melayu
Melaka), kesucian adat dan istiadat yang menjadi warisan masyarakat dan kerajaan di kepuluan
Nusantara, amnya.
Ini menunjukkan bahasa dan kebijaksanaan minda Melayu dalam tahap tradisional.
Dalam aspek gaya bahasa yang digunakan adalah gaya bahasa yang terbaik, tidak terlalu
panjang, berbelit-belit atau berulang, tidak terlalu ringkas tetapi cukup jelas dalam kebanyakan
karya tradisi. Walaupun kebanyakan berjudul hikayat, penceritaan dan gaya bahasanya adalah
jauh berbeza. Jelas di sini isi dan tujuan penulisan memberi pewarnaan kepada karya-karya
tersebut. Tiap-tiap genre memiliki cara berfikir dan nilai yang dipegang dalam perkembangan
intelektual masyarakat tersebut yang jelas karya-karya tahap tradisi ini membawa pelbagai isi
dan pemikiran.25[25]
Selain dari perananya mengekal, mengembang dan mengabdikan bahasa untuk faedah
kajian perkembangan bahasa Melayu, karya-karya pensejarahan zaman tradisi ini menurunkan
kepada kita unsur-unsur peradaban silam, nilai tinggi budaya masyarakat dan pemikiran yang
dimilikinya. Unsur inilah yang menjadikan manusia Melayu itu agak berbeza dan lain daripada
manusia-manusia lain. Cara pemikiran, tindakan-tindakan yang diambil, adat-istiadat yang
dipentingkan serta larangan-larangan tertentu menjadikan landasan perkembangan peradaban
tersebut.
Dengan demikian perlu ditegaskan bahawa, karya-karya Melayu zaman tradisi tetap
kekal sebagai bahan terpenting yang dapat memberi gambaran tentang kehidupan nenek moyang
24
25

kita dahulu disamping menerangkan jalan perkembangan yang diharungi pada masa kini.
Malangnya generasi hari ini tidak menyedari akan nilai bangsanya sendiri, jatidiri bangsanya,
pemikirannya dan pandangan hidup bangsanya. Hal ini menyebabkan mereka terpesona dengan
pengaruh dan pandangan bangsa lain. Mereka tidak membaca karya tradisonal seperti Sejarah
Melayu, Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al- Nafis, Hikayat Siak ataupun Hikayat Abdullah.Bangsa
yang tidak menyedari akan nilai bangsanya sendiri, jati diri bangsanya, pemikiran dan pandangan
hidup bangsanya menyebabkan mereka sering terpesona atau tertipu dengan pengaruh pandangan
bangsa lain.Oleh itu bangsa Melayu perlu membaca karya-karya persuratan Melayu tradisi
kerana hasil-hasil karya sebegini mencerminkan minda dan tamadun bangsa kita. Dalam seluruh
hasil karya Melayu tradisional, kita dapat melihat dan mengkaji minda peribumi atau minda asli
Melayu yang cuba menggambarkan identiti dan budaya bangsanya melalui proses pemikiran
kreatif, imaginatif dan rasional untuk membentuk pandangan hidup Melayu tentang alam, adat
dan budi pekerti, konsep kenegaraan, keadilan, bahasa, ilmu, konsep kewujudan , undangundang, hubungan diplomasi dengan negara dan raja asing dan wira bangsa Melayu.
Apabila orang Melayu membaca karya-karya tersebut, kita sebenarnya membaca tentang
diri bangsa kita, karya-karya yang dapat meninggalkan kesan identiti kemelayuannya yang kekal
dalam ingatan bersama bangsa Melayu sepanjang zaman. Jikalau terdapat unsur mitos, fantasi
atau khayalan dalam karya-karya tersebut, itu cara biasa manusia cuba menangani alamnya
melalui penulisan. Hal yang penting ialah mesej atau maksud yang hendak disampaikan di
sebalik mitos itu.

1.3.2 Tahap Pensejarahan Kolonial


Jika dibandingkan dengan karya-karya sejarah Malaysia dalam tempoh abad ke-16 hingga
Perang Dunia II lebih banyak didapati telah diselenggarakan oleh

penulis-penulis Barat

berbanding dengan penulis tempatan. Namun demikian bukanlah bermakna masyarakat Melayu
belum mempunyai tradisi persuratan. Tetapi menurut pendapat Khoo Kay Kim, kebanyakan
golongan penulis adalah terdiri dripada golongan agama yang lebih cenderung untuk

menghasilkan penulisan berbentuk kitab-kitab agama daripada menghasilkan karya-karya


sejarah.26[26]
Penulisan karya-karya sejarah Melayu pada tahap kolonial dapat dilihat dengan penghasilan
sebuah penulisan yang berjudul Adat Raja-raja Melayu. Meskipun terdapat beberapa versi
naskhah ini namun isi kandungan dan bahasanya menunjukkan ia mempunyai persamaan. Dalam
karya ini dimuatkan juga peraturan keturunan bagi golongan atau bangsa raja, gelaran menteri,
Asal-usul Nama Melayu dan fasal larangan. Muhd. Yusof Ibrahim mengklasifikasikan naskah
ini penting sebagai sumber sejarah.27[27]
Selepas karya ini, terdapat sebuah tulisan yang berjudul Bahawa Ini Cerita Kapal Asap28[28],
yang merupakan satu karya menceritakan ketibaan kapal asap yang pertama di Singapura. Karya
ini mengandungi unsur sejarah iaitu menceritakan sejarah asal dan kegunaan kapal asap.
Terdapat juga kritikan sosial yang dimuatkan dalam karya ini. Bentuk kritikan disampaikan
dalam bentuk pesanan, nasihat malah mahukan orang Melayu mengubah sikap dan jangan terlalu
mengikut telunjuk dan memuliakan orang Arab. Sungguhpun begitu, karya ini bukanlah sebuah
karya pensejarahan yang lengkap, namun catatan tentang kapal asap itu boleh dianggap sebagai
sejarah, manakala kritikan sosial yang terkandung dalam karya ini jelas memaparkan keadaan
atau minda masyarakat Melayu pada ketika itu.
Kisah Perlayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan29[29] merupakan karya atau catatan perjalanan
yang telah dihasilkan oleh Abdullah Munshi pada tahun 1852. Dalam perlayaran ke negeri-negeri
pantai timur itu, Abdullah Munshi telah menghasilkan sebuah catatan tentang tempat-tempat
yang telah disinggahinya. Meskipun ia bukanlah sebuah karya pensejarahan sebenar tetapi karya
ini merupakan catatan analisis semasa yang boleh dianggap sebagai sebagai sumber sejarah
meskipun tidak sebagai karya pensejarahan dalam erti kata sebenarnya.
26
27
28
29

Abdullah Munshi telah menghasilkan sebuah lagi karya yang berjudul Kisah Pelayaran
Abdullah ke Jeddah, di mana dalam karya ini beliau telah merakamkan apa yang dilihat dan
menarik sepanjang pelayarannya ke Jeddah.
Tulisan Abdullah Munshi telah diikuti oleh anaknya iaitu Muhammad Ibrahim Munshi
yang berjudul Kisah Pelayaran Muhammd Ibrahim Munshi. Berbeza dengan bapanya Ibrahim
telah berjaya menghasilkan sebuah penulisan yang lebih objektif sifatnya. Ibrahim lebih adil dan
seimbang dalam menghasilkan karyanya di mana beliau tidak memihak kepada sesuatu pihak
apabila melakukan kritikan , jika beliau mengkritik orang Melayu, sifat kreatif juga
membolehkannya mengkritik orang Inggeris.30[30]
Selepas karya Muhammad Ibrahim ini, telah diterbitkan sebuah buku yang berjudul Kitab
Kumpulan Nama Melayu31[31] yang telah diusahakan oleh Ibrahim bin Dato Muda. Karya yang
diterbitkan pada tahun 1924 mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian pertama ialah
Pendahuluan yang memuatkan nama-nama Melayu dan gelaran-gelaran. Bahagian kedua pula
dimuatkan senarai nama dan gelaran orang Melayu yang dikutip oleh pengarangnya daripada
jadual peperiksaan murid-murid di sekolah-sekolah Melayu serta Negeri-negeri Selat dan
Negeri-negeri Persekutuan dan selebihnya dari negeri-negeri lain. Bahagian ketiga pula
dimuatkan terjemahan daripada tulisan R.J Wilkinson yang diberi judul Kehidupan dan Adatadat Melayu. Jika dilihat dari aspek pensejarahan bahagian satu dan tiga boleh dikategorikan
sebagai penulisan sejarah tetapi tidak pada bahagian kedua.
Kemudian kira-kira tujuh tahun selepas diterbitkan karya Ibrahim, Mejar Dato Haji Muhammad
Said bin Haji Sulaiman telah menghasilkan sebuah karya yang berjudul Pakai Patut Melayu pada
tahun 1931. Karya ini membicarakan tentang bentuk dan asal-usul pakaian Melayu terutamanya
bagi negeri Johor iaitu lelaki, perempuan dan kanak-kanak mengikut kesesuaian dan keadaan.

30
31

Karya ini telah diterbitkan di Johor Bahru oleh Matbaah al-Attas dalam tulisan jawi setebal 50
halaman.32[32]
Setahun selepas karya tersbut diterbitkan, Zainal Abidin Daud al- Sulaimani telah menghasilkan
sebuah karya yang diberi judul Taman Penghidupan. Karya ini merupakan sebuah karya
pensejarahan bukan sahaja menarik tetapi juga turut dimuatkan unsur-unsur nasihat, penerangan
dan seruan kepada orang Melayu supaya mengukuhkan iman, menambah ilmu pengetahuan,
mendidik anak dan menjadi pemimpin yang baik. Karya yang diterbitkan pada tahun 1931 dalam
tulisan jawi setebal 77 halaman itu telah dibahagikan kepada enam tajuk kecil seperti: (1) Tarikh
Dunia Diduduki Manusia; (2) Asal-usul Manusia (3) Keadaan Manusia (4) Sebab-sebab Manusia
Berpuak-puak; (5) Kedatangan Agama dan (6) Tamadun Dunia.
Selain karya di atas, Zainal Abidin juga telah menghasilkan sebuah lagi karya yang
berjudul Pelayaran Dahulu Kala. Zainal Abidin telah menulis karya setebal 68 halaman itu
dengan memerihalkan sejarah negara India, China dan Mesir purba serta meriwayatkan tentang
kejayaan kuasa-kuasa Eropah dalam pembinaan kapal. Apabila kuasa Barat berjaya membina
kapal membolehkan mereka menjelajah ke Timur untuk menguasai perdagangan rempah dan
meluaskan kuasa dengan menjalankan dasar imperialisme di Timur. Manakala dalam bahagian
kedua pula Zainal Abdin telah memaparkan kisah kegigihan dan kecekalan Haji Batu belayar ke
Makkah dengan tajuk Riwayat Pelayaran Haji Batu 33[33]. Kisah itu merupakan kisah teladan
untuk tatapan dan memberi semangat kepada bangsa Melayu. Ini jelas pada kenyataan
pengarang:
Sekarang renunglah oleh tuan-tuan pembaca bagaimana ketinggalan umat-umat Melayu
daripada bangsa yang maju di muka bumi ini tentang belayar dan membuka negeri dan
menjelajah tempat seperti orang lain..34[34]

32
33
34

Seterusnya Zainal Abidin Daud al-Sulaimani telah berpesan kepada golongan muda seperti
berikut:
jangan lengah lagi, sementara kita ada harapan patut Melayu mesti berniaga sekarang di
tanah airnya supaya kekayaan itu lempah makmur kepada bangsa kita, demikian juga kita seru
patutlah orang kita mengarang-ngarang di dalam surat khabar eloklah banyakkan kisah-kisah
berniaga.35[35]

Pada tahun 1938, Mejar Dato Haji Muhammd Said bin Haji Sulaiman menghasilkan karya yang
berjudul Perihal Adat Melayu: Mengandungi Kanun Sultan Sulaiman Riau dan Ringkasan
Kanun Sultam Muhammad Syah Melaka. Di samping memberikan takrif terhadap adat resam dan
kanun Melayu yang pertama, kanun Sultan Mahmud Syah Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka
dan kanun Melayu yang kedua iaitu Kanun Riau yang digubal semasa Sultan Sulaiman Badrul
Alam Syah Ibnu Sultan Abdul Jalil IV menjadi pemerintah Johor-Riau pada tahun 1772.
Pada tahun yang sama, terdapat sebuah lagi karya yang berjudul Pusat Kekuasaan
Inggeris di dalam Laut Mediteranean36[36] yang dihasilkan oleh Abdullah Thani Bin Raja Kecil.
Berdasarkan kandungannya karya ini tidak begitu menonjol kepentingannya kerana hanya
membicarakan dengan ringkas bagaimana dan mengapa pihak British membina beberapa pusat
kekuasaannya di Laut Mediteranean seperti di Cyprus, Malta dan Jabal Tariq. Dari segi
penerbitan karya ini dianggap penting kerana ia adalah antara karya pensejarahan politik yang
awal. Abdullah Thani Bin Raja Kecil telah menyatakan bahawa beliau mengusahakan buku itu :
dengan harapan moga-moga pemuda-pemuda bangsa Melayu dapat mengaliri satu-satu dasar
siasat kerajaan Inggeris yang pintar , cerdik dan penaung kita yang maha adil itu adanya.

Sebagai karya pensejarahan pengarang telah menggunakan sumber-sumber seperti:

35
36

ingatan pelajaran..dibangku sekolah Inggeris dan kejadian baru ini saya petik daripada
beberapa majalah dan akhbar Inggeris bacaan saya.

Abdullah Thani kemudiannya menjadi seorang nasionalis dan pemimpin politik radikal
Tanah Melayu yang terkenal dalam perjuangan menentang penjajahan British, walaupun dalam
karyanya ini beliau masih menganggap British yang maha adil. Beliau kemudiannya dikenali
dengan nama samaran Ahmad Boestaman.
Menjelang awal tahun 1942, Muhammad Said bin Haji Sulaiman telah menghasilkan
sebuah lagi karya pensejarahan yang diberi judul Semangat Nippon yang sebenarnya diuraikan.
Karya ini bukanlah karya asli beliau tetapi ia merupakan karya A. Asahi dalam bahasa Inggeris
yang diterbitkan sebagai lampiran untuk akhbar Syonan Times (Ahad, 23 Ogos 2602 tahun Jimo
= 1942). Namun Muhammad Said telah menterjemahkannya secara bebas dan hasilnya seperti
sebuah karyanya sendiri. Dari segi kandungannya karya ini meriwayatkan falsafah dan konsep
keagamaan, kemasyarakatan malah ketenteraan Nippon (Jepun) yang telah membolehkan Jepun
mencapai kemajuan dalam masa yang singkat.
Dr. Burhanuddin al-Helmi pula seorang yang telah menghasilkan sebuah karya yang
berjudul Perjuangan Kita : 17 Oktober 1945 17 Oktober 1946. Walaupun pada asasnya karya
ini merupakan satu peringatan penubuhan penubuhan PKMM setahun sebelum itu, namun
kandungannya turut memuatkan perbincangan yang agak kritis dan analitikal tentang bentuk
sejarah dan geo-politik alam serta bangsa Melayu. Ini dapat dilihat daripada tajuk-tajuk kecil
yang dimuatkan untuk dibincang dan dianalisis seperti Usul Kebangsaan Melayu, Melayu dan
Bangsa Dagang, Pemerintahan di Gugusan Pulau-pulau Melayu dan Kebangsaan Melayu
dan Politik37[37] Sebuah lagi karya Dr. Burhanuddin al-Helmi berjudul Asas Falsafah
Kebangsaan Melayu yang telah diterbitkan pada tahun 1950. Malah Khoo Kay Kim mengatakan
bahawa melalui karya ini Dr. Burhanuddin menerangkan asas atau latar belakang sejarah bagi
falsafah politiknya. Pada tahun 1954, sebuah lagi karya beliau diterbitkan yang merupakan
perkembangan karya awalnya yang diberi judul Falsafah Kebangsaan Melayu.

37

Sebuah lagi karya yang boleh dianggap sebagai karya pensejarahan politik ialah Sejarah
Malaya Merdeka yang ditulis oleh Zainal Abidin bin Daud yang juga merupakan penulis
Riwayat Tanjung Malim. Berdasarkan pendahuluannya pengarang telah mengimbas kandungan
dan tujuan penulisannya iaitu:
meninjau sejarah masyarakat bangsa kita (Melayu) zaman berzamaniaitu dari riwayatriwayat, mulut menjelma ke buku-buku, majalah-majalah, suratkhabar-suratkhabar kemudian
difikirkan, dirundingkan oleh kumpulan-kumpulan daripada parti-parti persatuan, baik Melayu,
Cina, India mahupun orang Eropah yang ada hubungan dengan Tanah Melayu ini.38[38]

Sebuah lagi karya pensejarahan sosio-politik dikatakan bersifat objektif telah diterbit
pada tahun 1953 hasil karya Abdul Aziz bin Zakaria yang berjudul Sejarah kenaikan dan
Kejatuhan Kekuasaan Portugis di Melaka TM 1511-TM 1641. Karya ini dianggap sebagai antara
karya pensejarahan terbaik sepanjang dekad 1950-an. 39[39]
Terdapat juga beberapa buah karya pensejarahan yang lain dihasilkan oleh penulis-penulis lain
yang diterbitkan. Ibrahim Haji Yaacob umpamanya telah menghasilkan karya Melihat Tanah Air
yang merupakan catatan perjalanan jika dilihat dari segi zahirnya tetapi pada hakikatnya karya
tersebut merupakan karya politik yang telah menggunakan sejarah sebagai landasan penerangan
serta penghuraiannya. Ibrahim Haji Yaacob telah menerangkan sejarah sistem pemerintahan
British di Tanah Melayu secara terperinci sebagai latar belakang perjuangan politiknya. Selain itu
Ibrahim Haji Yaacob juga telah menghasilkan tiga buah yang lain dan dikenalpasti diterbitkan di
Jogjakarta, Indonesia. Karya-karya tersebut berjudul Sejarah Perjuangan di Malaya (Jogjakarta,
1948), Nusa dan Bangsa Melayu (1951) dan Sekitar Malaya Merdeka (1957).

38
39

1.3 Kesimpulan

Penulisan merupakan satu medium yang dapat mengemukakan idea, pemikiran, pandangan atau
pendapat kepada khalayak pembaca. Penghasilan karya-karya pensejarahan sebenarnya memberi
erti dan sumbangan yang besar kepada perkembangan sejarah dan pembangunan negara.
Meskipun hampir setengah abad negara mengecap nikmat kemerdekaan peranan serta
sumbangan tokoh-tokoh yang pernah berjuang membebaskan negara dari penjajah tidak harus
dilupakan, samada mereka yang berjaya dalam perjuangan atau mereka yang telah terkorban
dalam menegakkan maruah bangsa dan negara.
Dengan adanya karya-karya pensejarahan di Malaysia, fungsi dan manfaatnya harus
digunakan sebaik mungkin agar generasi yang baru dapat melihat kembali sejarah perjuangan
bangsa dan sentiasa menghargai nikmat sebuah kemerdekaan negara. Dengan membaca, meneliti
karya-karya pensejarahan ini membolehkan generasi baru memahami onak dan duri yang
terpaksa dilalui oleh pejuang-pejuang tanahair. Bukan sahaja menghayati perjuangan mereka
dalam gerakan penentangan bersenjata malah dapat mengikuti setiap gerak dan langkah pejuang
yang berjuang melalui siasah dan ketajaman mata pena mereka.
Dengan mengetahui, mengikuti dan memahami perjalanan sejarah negara memungkinkan
kita dapat melahirkan sebuah generasi yang sentiasa bersyukur dan menjaga maruah bangsa dan
agama di tanah air tercinta, agar tidak dijajah semula dalam gerakan neoimperialisme yang
dirancang oleh pihak Barat yang sentiasa mendukung minat menjajah negara-negara yang lemah.

Anda mungkin juga menyukai