Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan. Penulisan sejarah merupakan suatu bidang yang sangat bernilai.

Penulisan sejarah bukan sekadar ditulis atau dikarang hanya untuk tujuan peribadi, tetapi merangkumi semua aspek masa, nilai dan peradaban sesebuah bangsa. 1 Setiap karya yang dihasilkan mempunyai matlamat tersendiri yang mana untuk menyampaikan sesuatu mesej atau pesanan kepada khalayak. Sejak dari dulu lagi penulisan karya telah banyak dibuat sama ada oleh sarjana tempatan mahupun sarjana luar.2 Sejarawan dari pelbagai corok dunia yang mendomenasi penulisan sejarah seperti Islam, Eropah dan China telah menghasilkan pelbagai jenis karya penulisan yang mengfokuskan aspek aspek tertentu dapat dikira sebagai persejarahan sama ada mengenai peristiwa peristiwa yang telah berlaku ataupun mengenai masyarakat dan zamannya. 3 Secara tidak langsung, kita boleh menyifatkan bahawa sesuatu penulisan sejarah akan bermula dan tercipta apabila sesuatu sejarah itu berlaku. Lebih tepat lagi dikatakan bahawa penulisan sejarah bermula setelah Kesusasteraan Melayu atau Sejarah Melayu mula dicatat. Antara karya tempatan yang menonjolkan ciri ciri penulisan sejarah ialah Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, dan Tuhfat Al-Nafis. Ketiga tiga karya ini hanya dibezakan oleh corak atau cara penulisan yang dibataskan oleh perbezaan zaman. Walau bagaimanapun, fokus utama perbincangan kita adalah untuk melihat perbezaan dan perbandingan dalam isu kepengarangan, penaungan, dan penerapan ideologi ketiga tiga karya tersebut dan bukan tertumpu kepada zaman ciptaannya.

1 2

Muhd Yusuff Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan:Ketokohan dan Karya , hal 1. Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, hal xxiii. 3 Muhd Yusuff Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan:Ketokohan dan Karya , hal 1.

Perbezaan dan perbandingan Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, dan Tuhfat Al-Nafis dari sudut kepengarangan, penaungan dan penerapan ideologi. Sudut Kepengarangan. Penghasilan sesebuah karya sejarah amat menitikberatkan soal kepengarangan. Hal ini kerana seringkali menimbulkan perdebatan antara para sejarawan sehingga ke hari ini mengenai soal kepengarangan sesebuah karya sejarah. Permasalahan ini dapat dilihat tentang siapakah penulis atau pengarang sebenar teks Sejarah Melayu. Sesetengah sejarawan gemar mempersoalkan adakah Tun Sri Lanang merupakan pengarang sebenar Sejarah Melayu ataupun tidak.4 Namun, kebanyakan sejarawan berpendapat bahawa Sejarah Melayu ditulis atau disalin oleh Tun Sri Lanang. Hal ini kerana pengarangnya yang asal iaitu yang menghasilkan versi yang pertama Sejarah Melayu tidak diketahui. Pada asasnya, Tun Sri Lanang adalah penyalin bagi naskhah yang lama itu, namun beliau bukanlah semata mata meyalin sahaja tetapi telah dititahkan untuk memperbaiki naskhah yang lama itu dan mengarang sebuah hikayat baru yang dinamakan Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. 5 Dikatakan bahawa Sejarah Melayu mula dikarang oleh Tun Sri Lanang pada Februari 1614 dan tamat atau siap pada Januari 1615. Pengarangan teks Sejarah Melayu ini lebih tertumpu kepada sejarah asal usul Kesultanan Melayu Melaka hingga zaman kejatuhannya iaitu dari zaman Iskandar Zulkarnain sehingga zaman Sultan Mahmud.6 Jalan cerita yang digambarkan jelas memperlihatkan pengarang cuba mengangkat martabat raja dan bendahara. Hal ini jelas dibuktikan yang mana menurut Ali Ahmad dalam bukunya yang bertajuk Karya Karya Sastera Bercorak Sejarah yang menyatakan satu keistimewaan Sejarah Melayu adalah di dalamnya memperlihatkan kedudukan

4 5

Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan:Ketokohan dan Karya, hal.227. Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan:Ketokohan dan Karya , hal.228-229. 6 Ali Ahmad, Karya Karya Sastera Bercorak Sejarah, hal 56-57.

istimewa bendahara di kalangan raja raja Melayu. Pada asasnya, raja Melayu dan bendaharanya merupakan sekumpulan kelurga yang mempunyai hubungan persaudaraan darah dan kepentingan yang sama sama menentuka turun naiknya kerajaan Melayu Melaka.7 Skop pengarangan Sejarah Melayu merangkumi masa hampir 103 tahun selepas Portugis menakluki Melaka pada 1511. Semasa penulisan teks Sejarah Melayu, Tun Sri Lanang berada dalam tawanan Acheh dan meninggal dunia di Acheh. 8 Jadi, tidak mustahil jika berlakunya tokok tambah dalam penulisan Sejarah Melayu mengikut kehendak Sultan Acheh. Di antara penghasilan karya karya sejarah ciptaan penulis tempatan, Hikayat Merong Mahawangsa kurang sekali diperkatakan. Hal ini disebabkan karya ini meriwayatkan salasilah negeri Kedah yang lebih cenderong ke arah dongeng, kerana pada jalan ceritanya penuh dengan kisah kisah di luar kehidupan manusia jika dibandingkan dengan Sejarah Melayu yang terkemuka itu. 9 Mungkin juga karya bercorak sejarah ini adalah mengenai satu pemerintahan kecil yang tidak setinggi jika dibandingkan dengan kedudukan Melaka yang mempunyai peninggalan sejarah yang lebih berkesan. Hikayat Merong Mahawangsa merupakan hasil daripada salinan yang ditulis oleh Siti Hawa Haji Salleh yang menyatakan dalam bukunya iaitu Hkayat Merong Mahawangsa diterbitkan berdasarkan tiga versi hikayat tersebut.10 Penghasilan karya ini tidak diketahui dan menimbulkan kekeliruan dalam tarikh penulisan kerana kebiasannya tarikh penulisan bukanlah tarikh karya itu disalin. Namun, dipercayai karya ini mula ditulis atau disalin pada abad ke-17 atau akhir abad ke-16. Menurut pandangan sejarawan Barat iaitu R.O Winsted, beliau berpendapat dan menyusulkan tahun 1602 sebagai tahun asal hikayat ini dikarang. Namun, beberapa sejarawan tempatan khususnya sejarawan Kedah meragui
7 8

Ali Ahmad, Karya Karya Sastera Bercorak Sejarah, hal 56. Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan:Ketokohan dan Karya, hal 230. 9 Ali Ahmad, Karya Karya Sastera Bercorak Sejarah, hal 89. 10 Siti Hawa Haji Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa, hal xiii

anggapan ini kerana Sastera Melayu belum wujud dan berkembang pada masa itu. Hikayat Merong Mahawangsa terlalu jauh berbeza daripada bentuk roman dan tidak pula serupa dengan Sejarah Melayu dan Tuhfat Al-Nafis. 11 Sekiranya Sejarah Melayu memperihalkan salasilah pembukaan negeri Melaka dan Tuhfah Al-Nafis menceritakan salasilah negeri Johor, Hikayat Merong Mahawangsa pula memperihalkan sejarah pembukaan negeri Kedah yang menjadi perantaraan utama sebagai topik yang menggerakkan jalan cerita. Jalan ceritanya kita dapat lihat yang mana pengarang cuba merakamkan kronologi pembukaan negeri Kedah dengan menyelitkan unsur unsur dongeng dan mitos. Hikayat ini menceritakan pembukaan negeri Kedah dengan mengisahkan bagaimana Raja Merong Mahawangsa telah membuka Langkasuka selepas peristiwa serangan garuda dan diangkat menjadi raja Langkasuka yang kemudiannya dikenali sebagai negeri Kedah. Berbalik kepada karya Tuhfat Al-Nafis, terdapat beberapa perbandingan dan perbezaan dari sudut kepengarangan dengan Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa. Tuhfat AlNafis sebagai karya sastera sejarah yang kedua terbaik selepas Sejarah Melayu dari sudut kandungan dan nilainya. 12 Hal ini disokong oleh sejarawan Barat iaitu R.O Winstedt yang menganggap karya ini sebagai karya pensejarahan yang terpenting selapas Sejarah Melayu.13 Mengikut beberapa pendapat sejarawan, Raja Ali Haji merupakan individu yang berperanan dalam mengarang karya Tuhfat Al-Nafis. Namun, ada sejarawan yang berpendapat karya ini dikarang terlebih dahulu oleh ayahandanya iaitu Raja Ahmad. Karya ini dikarang tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun ramai sarjana yang mengatakan Tuhfat Al-Nafis dikarang pada abad ke-18 sehingga pertengahan abad ke-19. Pernyataan ini dapat disokong dan dibuktikan

11 12

Ali Ahmad, Karya Karya Sastera Bercorak Sejarah, hal 95. Ali Ahmad, Karya Karya Sastera Bercorak Sejarah, hal 103. 13 Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan:Ketokohan dan Karya, hal 249.

dengan pendapat Leonard Y.Andaya dalam bukunya yang bertajuk Kerajaan Johor 1641 1728 yang menyatakan Tuhfat Al-Nafis ditulis kira kira pada tahun 1860-an oleh Raja Ali Haji, seorang bangsawan Bugis.14 Penulisan karya ini dilakukan di Pulau Penyengat yang merupakan pusat pentadbiran anak anak Bugis. Secara amnya, karya ini terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian pertama mengandungi peristiwa peristiwa sejarah atau lagenda yang berlaku sebelum zaman beliau manakala bahagian yang kedua mengenai kegiatan orang Bugis sejak kurun ke 17 dan seterusnya peristiwa yang berlaku semasa hayatnya sehingga pertengahan tahun 1860-an apabila penulisannya selesai disiapkan.15Tuhfat Al-Nafis yang bermaksud pemberian hadiah yang berharga menceritakan atau turut mengangkat martabat pembesar yang mengisahkan latar sejarah pemerintahan raja Johor, Riau dan Bugis.16 Sudut Penaungan. Sesebuah karya pensejarahan yang ditulis tidak akan lari dari sudut penaungan. Tujuan atau motif sesebuah karya ditulis sememangnya mempunyai sebab dan harapan tersendiri yang cuba digambarkan kepada para pembaca khususnya generasi selepasnya. Pensejarahan tradisional kebanyakannya dipengaruhi oleh unsur penaungan yang mana penulisannya ditulis oleh pihak istana yang mahu merakam kisah kisah raja dan pembesar atau boleh dikatakan berunsur istana sentrik. Unsur penaungan ini diterapkan bertujuan untuk mengagungkan dan mengangkat martabat sesebuah kerajaan dan keturunan. Berdasarkan karya Sejarah Melayu, jelas memperlihatkan bahawa tujuan penulisan Tun Sri Lanang ialah untuk menyukakan hati golongan raja atau pemerintahnya.17 Jalan cerita yang

14 15

Leonard Y.Andaya, Kerajaan Johor 1641 172:Pembangunan Ekonomi dan Politik, hal 7. Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan:Ketokohan dan Karya, hal 251. 16 Ali Ahmad, Karya Karya Sastera Bercorak Sejarah, hal 103. 17 Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan:Ketokohan dan Karya, hal 230.

ditulis memuji pemerintahnya sehinggakan tidak ada sedikit pun cacat cela atau kekurangan yang digambarkan. Misalnya, Sultan Muzzafar Syah digambarkan sebagai watak yang dinamik dan bijaksana serta mempunyai sokongan rakyat yang kuat atas budi pekertinya yang tinggi sehingga dapat mengasaskan sebuah kerajaan yang kukuh. 18 Sultan Mansur Syah pula digambarkan mempunyai imej yang baik sebagai seorang raja dan mempunyai kerajaan yang kuat dan berdaulat serta pegawai pegawainya diketengahkan sebagai peribadi yang penuh diplomasi dan cekap menjalankan tugas. Unsur penaungan dalam penulisan Sejarah Melayu yang memperlihatkan pengarang menumpukan perhatian kepada kedudukan raja raja Melayu dan bendahara sebagai teras kekuatannya jelas menunjukkan karya itu ada kesengajaan pengarang mengemukakan cerita yang membolehkan kerajaan itu menjadi teguh dan berpengaruh. Oleh itu jelaslah pengarang menulis bukan atas dasar untuk menghasilkan karya yang bersifat ilmiah tetapi untuk menyukakan hati pemerintah dan menarik perhatian masyarakat tentang apa yang berlaku di istana. Sekaligus unsur penaungan itu memperlihatkan motif atau tujuan asal penulisan itu untuk menggambarkan tentang sifat subjektif karya dan juga sikap subjektif pengarangnya sendiri, iaitu subjektif terhadap peradabannya dan juga pemerintahnya.19 Penulisan teks Hikayat Merong Mahawangsa dikarang atas dasar unsur kesetiaan terhadap raja. Jalan cerita yang ditulis hanya berlegar dan merakam kisah kisah raja yang bertujuan mengangkat martabat raja tersebut. Salah satu kandungan keterangan bernilai sejarah yang mudah dilihat ialah salasilah raja raja dan bersama sama itu diceritakan juga asal usul raja dan asal usul nama tempat atau negeri yang di buka oleh raja raja itu. 20 Dalam menceritakan salasilah raja raja dan pembukaan negeri atau penamaan sesuatu tempat itu,

18 19

Ali Ahmad, Karya Karya Sastera Bercorak Sejarah, hal 56. Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan:Ketokohan dan Karya, hal 231. 20 Zahrah Ibrahim, Sastera Sejarah, hal 180.

penulis tidak lari dari menggunakan dongeng dongengan, yang jelas satu percubaan untuk membesar besarkan raja raja tersebut. 21 Ternyata raja dianggap sebagai tenaga yang menyatukan rakyat dan yang membawa negara ke arah kemakmuran. Sesebuah negara tidak mungkin akan wujud tanpa raja dan rakyat tidak mempunyai identiti jika tidak beraja atau bernaung di bawah seorang raja.22 Hal ini jelas menunjukkan sememangnya penulisan Hikayat Merong Mahawangsa dipengaruhi oleh unsur istana sentrik. Penulis cuba mengangkat martabat seseorang raja yang bertujuan menarik perhatian masyarakat tentang asal usul raja dan apa yang berlaku di istana. Berbalik kepada karya sejarah Tuhfat Al-Nafis, karya ini juga tidak lari daripada unsur penaungan. Jalan cerita yang disampaikan jelas menunjukkan pengarang dipengaruhi dengan unsur Bugis sentrik. Tuhfat Al-Nafis pada dasarnya berkait dengan interaksi di antara tiga golongan raja, iaitu raja raja Melayu Johor ( keturunan dari raja Melaka ), raja raja Bugis dan raja raja Siak.23 Di samping itu, penulisan Tuhfat Al-Nafis mempunyai penulisan pro-Bugis. Teks ini dikarang adalah untuk mewakili sesuatu bangsa atau kegemilangan sesuatu bangsa tersebut iaitu Bugis. Boleh dikatakan hampir keseluruhan jalan cerita yang digambarkan

menunjukkan penulis ingin mengangkat martabat bangsanya dengan mempertikaikan segala tohmahan yang dilemparkan kepada bangsanya. Masyarakat Bugis digambarkan dengan sikap kepahlawanan dan sanggup berkorban untuk bangsanya.24 Misalnya, semangat orang Bugis yang hebat berbanding dengan orang Minangkabau telah diutarakan dengan jelas oleh Raja Ali Haji dengan menyatakan ayam jantan Bugis terbukti dapat mengalahkan ayam jantan

21 22

Zahrah Ibrahim, Sastera Sejarah, hal 180. Siti Hawa Haji Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa, hal LXV. 23 Ali Ahmad, Karya Karya Sastera Bercorak Sejarah, hal 119. 24 Leonard Y.Andaya, Kerajaan Johor 1641 1728:Pembangunan Ekonomi dan Politik, hal 9.

Minangkabau. 25 Raja Ali Haji juga turut memperkecilkan Raja Kecil dan menyifatkannya sebagai seorang pengembara dan penyerobot Minangkabau dan dengan itu membuktikan kesahan dinasti Bendahara. Sikap pro-Bugis Raja Ali Haji dapat dilihat pada bahagian kitab Tuhfat Al-Nafis yang banyak dipertikaikan, yang mempersoalkan motif dan peranan Bugis dalam kerajaan Johor, Raja Ali Haji memilih sumber sumbernya dengan teliti dalam usaha untuk mempertahankan keturunannya.
26

Oleh itu, nyata sekali penulisan Tuhfat Al-Nafis juga

dipengaruhi oleh unsur luar dan secara tidak langsung telah memperlihatkan sedikit kelemahan dalam penghasilan karya tersebut. Penerapan Ideologi. Penerapan ideologi dalam sesebuah karya penulisan sejarah adalah sangat penting. Penerapan ideologi di sini bermaksud sesuatu mesej atau pesanan yang cuba digambarkan oleh penulis dalam bentuk tersirat kepada masyarakat. Sememangnya penerapan ideologi ini sangat dititikberatkan oleh penulis kerana mampu mempengaruhi masyarakat dan secara tidak langsung jalan cerita yang ditulis akan berkisarkan mengenai ideologi yang ingin disampaikan. Dalam penghasilan karya Sejarah Melayu, corak dan tumpuan penulisan karya adalah berbentuk istana sentrik dan etika politik. Penulis cuba menerapkan dan menegakkan dasar konsep taat setia rakyat kepada raja dan negara. 27 Kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemerintah seboleh bolehnya cuba mengelak daripada melakukan perbuatan derhaka. Bagi mencapai matlamat tersebut, maka penulis telah menyelitkan dan memaparkan cerita dakyah yang menyatakan bahawa raja adalah pilihan Tuhan. Ini bermakna bahawa di dalam kerajaannya tidak ada kuasa yang boleh mengekang kuasa mutlak seseorang pemerintah. Selain
25 26

Leonard Y.Andaya, Kerajaan Johor 1641 1728:Pembangunan Ekonomi dan Politik, hal 9. Leonard Y.Andaya, Kerajaan Johor 1641 1728:Pembangunan Ekonomi dan Politik, hal 8. 27 Zahrah Ibrahim, Sastera Sejarah, hal 61.

itu, bagi menunjukkan kedudukan istimewa dan kekuasaan mutlak raja, golongan ini dihubungkaitkan dengan unsur alam keajaiban dan kuasa luar biasa. Keturunan raja raja dihubungkan dengan seseorang tokoh yang memang terkenal dalam sejarah iaitu Iskandar Zulkarnain.28 Dengan demikian rakyat akan percaya bahawa raja raja itu bukannya orang orang biasa tetapi orang orang yang istimewa, yang mesti dipatuhi segala titah perintahnya. Sesiapa yang menderhaka kepada raja, walaupun raja itu zalim terbinasalah mereka kerana kedaulatan raja itu. Jika kita teliti teks Hikayat merong Mahawangsa pula, corak penulisan penulis masih tertumpu kepada corak penulisan istana sentrik. Penulisan itu dibuat atas perintah raja, dengan tujuan menceritakan asal usul raja dan memberitahu masyarakat atau generasi yang akan datang tentang rajanya. 29 Kedudukan istimewa raja sebagai pemerintah ditunjukkan dan dibuktikan dengan kekuasaan yang dihubungkait dengan alam keajaiban. Jalan cerita yang ditulis tidak lari dari mengisahkan kekuasaan raja, kerabatnya, para pembesar dan ahli ahli golongan atasan. Di samping itu, jalan cerita terselit dengan ketinggian asal usul raja, unsur taat setia dan kepatuhan kepada raja serta risiko risiko penentangannya.30 Raja digambarkan mempunyai keistimewaan, keistimewaan itu diletakkan pada nenek moyangnya yang berasal dari dewa dewa, daripada kejadian yang ajaib, seperti daripada buih atau daripada rumpun buluh betung, turun dari langit dalam bola api seperti matahari dan sebagainya. 31 Selain itu, raja juga dikatakan berasal dari sebuah negeri yang jauh, yang berkaitan dengan Raja Iskandar Zulkarnain, Raja Rum, Dewa Vishnu, Nabi Allah Adam dan sebagainya.32 Penerapan ideologi yang cuba digambarkan oleh

28 29

Zahrah Ibrahim, Sastera Sejarah, hal 69. Siti Hawa Haji Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa, hal XXXVI. 30 Siti Hawa Haji Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa, hal XXXVI. 31 Siti Hawa Haji Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa, hal XXXVIII. 32 Siti Hawa Haji Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa, hal XXXVIII.

penulis ini bukan sahaja akan melahirkan keagungan rakyat terhadap pemerintah malah dapat melahirkan atau memupuk semangat kesetiaan yang menebal dalam diri rakyat terhadap raja. Berbalik kepada corak penulisan kitab Tuhfat Al-Nafis, penulis lebih cenderung menceritakan raja dan masyarakat Bugis atau boleh dianggap sebagai Bugis sentrik. 33 Jalan cerita yang digambarkan juga berkisar kepada susunan masyarakat bersultan dimana raja mempunyai hak dan kuasa mutlak terhadap rakyat. Penulis ada kalanya membesar besarkan peranan raja dalam kehidupan bermasyarakat, menonjol nonjolkan tingkat tingkat sosial seolah olah meruncing hubungan antara raja dan rakyat.34 Penerapan ideologi yang paling jelas diselitkan oleh penulis dapat dilihat apabila penulis bersifat antagonis terhadap suku kaum Melayu dan mempunyai sikap bias terhadap bangsanya iaitu Bugis. Jalan cerita yang ditulis seringkali terselit catatan catatan yang mengagung agungkan kebesaran Bugis. Penulis iaitu Raja Ali Haji menceritakan hubungan hubungan diplomatik atau persahabatan dengan negara lain, kekuasaan dan penaklukan juga seringkali dibentang oleh penulis. Hal ini sekaligus menunjukkan kecenderungan penulis untuk memegah megahkan satu pihak dan meremeh temehkan pihak yang lain. Penulis sebenarnya ingin mempengaruhi pembaca atau masyarakat dengan memasukkan elemen elemen yang positif tentang Bugis dan menyebelahi Bugis. Sejauh manakah Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa dan Tuhfat Al-nafis mempunyai nilai sejarah? Sebagai sebuah hasil karya pensejarahan tradisi, Sejarah Melayu memang mengandungi nilai nilai pensejarahan yang tersendiri. Namun begitu, terdapat beberapa kesukaran bagi seseorang yang ingin melihat Sejarah melayu ini daripada sudut pengertian sejarah yang sebenar.
33 34

Zahrah Ibrahim, Sastera Sejarah, hal 211. Zahrah Ibrahim, Sastera Sejarah, hal 210.

Tinggi rendahnya nilai Sejarah Melayu dalam bidang pensejarahan adalah satu jaminan terhadap kedudukannya. Walaupun jalan cerita telah diakuai dan boleh dipercayai, akan tetapi terlalu banyak mengandungi cerita dongeng yang tidak dapat diterima akal dan cerita dewa dewa, maka sifat sejarahnya sudah kehilangan. Akan tetapi, penulisannya mengikut kronologi sejarah Melayu yang tidak begitu mementingkan tarikh, namun susunan kronologi sejarahnya dapat diagak mengikut sultan sultannya. Tokoh tokoh yang disebut dalan penulisan juga merupakan tokoh sejarah seperti Raja Iskandar Zulkarnain. Struktur lapisan masyarakat juga adalah berunsur sejarah yang mana terdapatnya golongan memerintah dan diperintah. Selain itu, karya Sejarah Melayu juga menyelitkan unsur atau gambaran adat istiadat istana yang mana masih diamalkan sehingga sekarang seperti adat memakai pakaian kuning dan adat pantang larang di istana. Berbalik kepada Hikayat Merong Mahawangsa, salah satu kandungan keterangan bernilai sejarah yang mudah dilihat ialah salasilah raja raja dan bersama sama itu diceritakan juga asal usul raja dan asal usul nama tempat yang dibuka oleh raja raja itu. 35 Hasil kesusasteraan sejarah tradisi dengan penceritaan perkembangan dari satu tahap ke tahap yang lain mengikut kronologi. Selain itu, unsur mitos dan lagenda juga digunakan untuk memberi gambaran dalam beberapa hal yang tidak dapat diterangkan secara logik dan rasional. Unsur unsur ini diwarisi dari nenek moyang seperti pembukaan negeri dan bagaimana ketibaan islam yang mana telah dihuraikan oleh penulis menggunakan unsur mitos. Gambaran adat istiadat juga dapat dikelaskan sebagai nilai sejarah seperti adat semasa menghadap raja, adat ketika bersantap dan adat menyambur kedatangan rombongan. Hubungan diplomatik yang dilakukan oleh

35

Zahrah Ibrahim, Sastera Sejarah, hal 180.

kerajaan Kedah juga merupakan nilai sejarah yang penting dalam mana mana sejarah. Secara tidak langsung, hal ini telah mengembangkan lagi pengaruh islam. Jika diteliti pada kitab Tuhfat Al-Nafis, nilai sejarah dapat kita lihat di mana penulis telah menerapkan unsur unsur mitos dalam penulisannya. Penulis cuba menyatakan susur galur keturunan mereka berasal daripada Puteri Balkis. Raja Ali Haji memulakan tradisi asal usul raja Bugis dengan pembungaan mitos. Adalah jelas bahawa Tuhfat Al-Nafis adalah sebuah karya pensejarahan yang dihasilkan dengan tujuan menerangkan peristiwa masa lalu orang Melayu umumnya, dan orang Bugis khasnya, terutama yang berkaitan dengan keadaan dan perjalanan yang berlaku di sekitar Empayar Johor-Riau.36 Selain daripada melihat isi kandungannya, Tuhfat Al-Nafis mempunyai nilai sejarah pada beberapa ciri pensejarahan yang termuat di dalamnya, iaitu ciri ciri yang boleh ditinjau daripada sudut kaedah dan cara penulisan serta penyelidikan sejarah itu sendiri dan beberapa ciri umum lain yang membezakannya daripada hasil hasil karya yang bukan sejarah dari segi penggunaan tarikh, gambaran adat istiadat, unsur mitos dan sebaginya. Kesimpulan. Secara tuntasnya,dapatlah dikatakan bahawa penulisan sejarah terdahulu semamangnya dipengaruhi oleh unsur luar yang menyebabkan penulisan sejarah itu sedikit meyimpang dari perspektif sejarah yang sebenar. Keobjektifan sejarah tidak lagi dicapai dengan adanya pengadilan moral dan isu bias yang mana telah digambarkan dalam karya Tuhfat Al-nafis dimana pengarang atau penulis lebih menyebelahi sebelah pihak dan mengabaikan pihak yang lain. Isu istana sentrik menjadi penanda aras kepada jalan cerita yang dikarang di mana penulisan yang

36

Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan:Ketokohan dan Karya, hal 252.

dibuat mempunyai motif tersendiri iaitu untuk memastikan kedudukan pemerintah atau raja sentiasa terpelihara. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa ketiga tiga hikayat ini penuh dengan unsur unsur mitos dan dongeng bagi menarik tumpuan masyarakat untuk menilai sesuatu watak yang cuba digambarkan oleh penulis. Bagi individu yang memahami maksud tersirat yang cuba digambarkan oleh penulis, pasti mereka akan meyedari betapa tingginya nilai serta teknik penceritaan yang cuba diketengahkan oleh penulis kepada khalayak. Penambahan dari segi isi penulisan menunjukkan kepelbagaian sejarah yang tidak hanya tertumpu kepada sesetengah pihak semata mata. Aspek kepengarangan, penaungan dan penerapan ideologi telah membezakan ketiga tiga karya tersebut namun masih jelas kesemuanya mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.

Bibliografi. Ali Ahmad, Karya Karya Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1987. Leonard Y.Andaya, Kerajaan Johor 1641 1728 : Pembangunan Ekonomi dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1987. Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1989. Muhammad Yusof Hashim dan Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan Dan

Pensejarahan:Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988. Siti Hawa Haji Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1991. Zahrah Ibrahim, Sastera Sejarah:Interpretasi Dan Penilaian, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1986.

Anda mungkin juga menyukai