Anda di halaman 1dari 9

UNSUR LAGENDA DALAM SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU

LEGENDA ialah cerita yang mengisahkan kebesaran dan keistimewaan


seseorang tokoh yang diyakini kewujudannya oleh masyarakat. Cerita
tersebut sering kali dibuat secaraberlebih-lebihan dan melampaui
kelaziman yang biasa dimiliki  oleh seseorang manusia. Cerita-
cerita tentang tokoh legenda ini juga bercampur aduk antara unsur
Sejarah dengan unsur fantasi. Tokoh-tokoh legenda itu biasanya
menjadi kemegahan dan  kebanggaan sesuatu bangsa.
Tokoh-tokoh legenda biasanya ditandai oleh beberapa ciri.  Antara
ciri utama tersebut termasuklah:
1 mereka memiliki rupa paras yang kacak dan
t a m p a n ,   berperibadi mulia, dan bijaksana. Ketampanan,
kemuliaan, dan kebijaksanaan mereka dikagumi dan disenangi oleh
setiap orang;
2 mereka memiliki ilmu kepahlawanan, cekap bermain
senjata, gagah dan perkasa, serta berani. Kehebatan
mereka selalunya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pahlawan
sekalipun;
3 mereka memiliki ilmu kesaktian ataupun ilmu hikmat yang membantu
mereka dalam apa-apa juga keadaan semasa berjuang;
4 mereka, taat dan setia kepada keluarga dan raja. Ketaatan
dan kesetiaan mereka begitu luhur clan suci;
5 mereka memiliki keistimewaan tertentu yang tiada
pada manusia biasa.
Berdasar pada hakikat tersebut, dapat ditemukan perbezaan  yang
ketara antara legenda dengan mitos. Legenda lebih berpijak di bumi
nyata, yakni tokoh yang dipusatkan  ' lazimnya memang pernah
hidup (diyakini kewujudannya) dan tokoh itu banyak  jasanya.
Mereka disenangi dan menjadi sebut-sebutan (idola)masyarakat
dan lantaran itu, perwatakan mereka telah ditokok  tambah oleh
masyarakat, malah sikap, pemikiran, dan tindakan  mereka,
dijadikan ikut-ikutan olehkelompok tertentu. Hal ini berbeza dengan mitos
yang ceritanya merupakan imaginasipengarang atau kelompok
masyarakat tertentu.
CONTOH-CONTOH LEGENDA
Laksamana Hang Tuah
Kewajaran Laksamana Hang Tuah sebagai Legenda
Hang Tuah ialah salah satu legenda Melayu yang menonjol
dalam teks. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Tokoh ini dipercayai
memang pernah hidup di Melaka pada mass dahulu. Yang menjadikan
Hang Tuah tergolong sebagai legenda Melayu adalah kerana
beliau memiliki pelbagai keistimewaan dan kelebihan, sama
ada fizikalnya mahupun mentalnya. Keistimewaan beliau yang
paling ketara ialah kepahlawanan dan kegagahan yang
dimilikinya.Beliau juga merupakan lambang kesetiaan masyarakat Melayu
terhadap raja - bersedia menabur jasa dan bakti demi
memelihara kebesaran dan kedaulatan raja Melayu.
Legenda Hang Tuah terakam dalam sebuah hikayat Melayu yang
masyhur, iaitu Hikayat Hang Tuah. Walau bagaimanapun, kisah yang
terdapat dalam hikayat tersebut mempunyai beberapa perbezaan dengan
yang terdapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini.
Latar Belakang Laksamana Hang Tuah
Cerita tentang Hang Tuah dalam Sulalatus Salatin Sejarah
Melayu bermula pada halaman 103. Beliau dikatakan berasal
dari Mengkasar, Sulawesi. Nama sebenarnya ialah Daeng Mempawah,
anak raja Bajung yang telah pun meninggal dunia. Beliau menetap di
Melaka setelah dianugerahkan oleh raja di Goa (Mengkasar) kepada
Sultan Mansur. Pada waktu itu, umurnya baru dua belas tahun. Sultan
Mansur Syahlah yang menukarkan namanya, daripada Daeng
Mempawah kepada Hang Tuah. Beliau menjadi hulubalang utama
kepada beberapa orang sultan Melaka dan diberi gelaran
"Laksamana" oleh Sultan Mansur. Sepanjang menjadi hulubalang
Melaka, beliau beberapa kali terlibat dalam peperangan, antaranya
dengan Siam, Haru, dan beberapa negeri lain serta pernah menjadi
utusan ke Siak, Pahang, dan lain-lain.
Hang Tuah mempunyai dua orang isteri dan lima orang anak. Isteri
beliau yang pertama ialah saudara Seri Bija Diraja Datuk Bongkok. Dengan
isteri pertamanya itu, beliau memperoleh tiga orang anak - Tun Sirah, Tun
Biajid, dan Tun Daerah. Tun Daerah kahwini oleh Sultan Mahmud Syah
dan mereka dikurniai seorang puteri yang diberi nama Raja Dewi. Isteri
beliau yang kedua adalah daripada keluarga Bendahara Paduka
Raja.  Dengan isteri keduanya itu, beliau dikurniai dua orang anak - Sang
Guna dan Tun Emas Jiwa. Tun Emas Jiwa dijodohkan oleh Hang Tuah
dengan Hang Nadim.
Hang Tuah pernah dihukum bunuh oleh Sultan Mansur Syah atas
tuduhan bermukah dengan salah seorang pekerja istana. Walau
bagaimanapun, beliau terselamat daripada hukuman itu sebagai hasil
pertolongan Seri Nara Diraja yang menyembunyikan dan memenjarakan
beliau di sebuah dusun. Hang Tuah meninggal dunia semasa zaman
pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan dikebumikan di Tanjung Keling.
Bukti Hang Tuah sebagai Legenda
    KEPAHLAWANAN DAN KEBERANIAN
Kegagahan dan keberanian Hang Tuah telah digambarkan secara
langsung sejak awal lagi. Pada usia semuda dua belas tahun, beliau telah
berjaya membunuh dua orang yang mengamuk di negeri asalnya
(Mengkasar). Di Melaka, beliau telah membunuh 74 orang yang
mengamuk. Semasa mengikuti rombongan peminangan sultan Melaka ke
Majapahit, beliau beberapa kali memperlihatkan kepahlawanannya.
Antaranya, beliau telah dapat memangkasratusan tombak pahlawan
Majapahit yang cuba menahannya daripada menaiki balai larangan
betara Majapahit. Kepahlawanan beliau juga terlihat menerusi
beberapa siri peperangan yangmelibatkan beliau selaku pemimpin.
Dalam peperangan menentang Semerluki dan Haru, beliau berjaya
mengusir kedua-dua angkatan tentera itu dari perairan Melaka.
    KESETIAAN
Kesetiaan Hang Tuah terhadap raja dan negara memang tidak dapat
dipertikaikan lagi. Beliau senantiasa mentaati perintah raja yang
sesetengahnya tidak dapat dilakukan oleh orang lain.  Penderhakaan
Hang Jebat adalah salah satu daripadanya. Dalam peristiwa itu, tidak ada
seorang pun yang dapat mengusir Hang Jebat daripada istana. Apabila
Sultan Mansur Syah menitahkan Hang Tuah supaya membunuh Hang
Jebat, beliau tidak menolak langsung perintah itu walaupun orang yang
bakal dibunuhnya itu adalah sahabat karibnya sendiri. Beliau
seterusnya berjaya membunuh Hang Jebat. Begitu juga halnya dengan
kerelaannya untuk mengeluarkan kuda raja daripada takungan najis. Demi
kesetiaannya kepada raja, beliau telah mengesampingkan rasa jijik dan
berjaya melepaskan kuda itu. seterusnya, kesetiaan beliau diperlihatkan
menerusi kesediaannya menyertai rombonganpeminangan ke
Gunung Ledang bagi memenuhi keinginan I'luar biasa" Sultan Mahmud
Syah yang bercita-cita untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang.

       KETAMPANAN DAN KEELOKAN RUPA PARAS


Ketampanan beliau digilai oleh gadis dan wanita Majapahit dan banyak
menimbulkan kekecohan di mana-mana sahaja beliau pergi. Malah,
ada wanita yang dalam pelukan suami meleraikan pelukan mereka
semata-mata hendak menatap Hang Tuah.
       KEBIJAKSANAAN DAN KEPINTARAN
Kebijaksanaan Hang Tuah terserlah semasa beliau
menentang seorang lelaki Jawa yang mengamuk di Melaka. Dalam
peristiwa itu, lelaki Jawa tersebut membawa golok sebagai senjata.
Oleh sebab Hang Tuah lebih mahir berdepan dengan orang
yang menggunakan keris, beliau terus mencicirkan kerisnya
lalu dipungut oleh lelaki itu. sebagai hasil daripada kebijaksanaannya itu,
beliau berjaya menewaskan lelaki Jawa itu dengan mudah.
Raja Iskandar Zul-Karnain
Kewajaran Iskandar Zul-Karnain sebagai Legenda
Raja Iskandar Zul-Karnain merupakan salah seorang tokoh  legenda
yang tidak kurang pentingnya dalam Sulalatus Salatin Sejarah
Melayu. Hal ini demikian kerana Raja Iskandar Zul-Karnain merupakan
salah seorang tokoh besar dalam sastera Melayu.Walaupun baginda
tidak digolongkan sebagai tokoh legenda tempatan (kerana kisah-kisah
tentang baginda disadur daripada sastera Arab atau Arab-Parsi), namun
cerita tentang baginda telah tersebar luas dalam kalangan masyarakat
Melayu semenjak kedatangan Islam dahulu.
Pemerihalan tentang raja ini ditonjolkan oleh pengarang pada awal
bab lagi. Pengarang secara langsung telah memerihalkan insan yang
bernama Iskandar Zul-Karnain ini, khususnya tentang asal keturunannya,
bangsa, negeri dan gelarannya. Baginda telah berperang dengan Raja
Kida Hindi dan gambaran tentangpeperangan ini, menurut
pengarang "terlalu ramai seperti yang dalam Hikayat Iskandar itu". Hal
ini bermakna, sebagaimana legenda Hang Tuah yang terakam dalam
hikayatnya sendiri -Hikayat Hang Tuah - kisah tentang Raja Iskandar Zul-
Karnain juga ada terakam dalam hikayatnya sendiri yang
memungkinkan baginda tergolong sebagai tokoh legenda.
Latar Belakang Raja Iskandar Zul-Karnain
Pemerihalan tentang ketokohan Iskandar Zul-Karnain bermula pada
halaman 4. Nama baginda ialah Iskandar; Zul-Karnain ialah gelarannya.
Baginda merupakan anak raja Darab dan berbangsa Rom Berta
memerintah Makaduniah (Macedonia). Kemunculanbaginda di dunia
sebelah Timur ini bermula dengan keinginannya untuk "berjalan hendak
melihat matahari terbit". Keinginannya itL telah membawanya tiba di suatu
kawasan di negeri Hindi tetap kehadiran baginda telah disambut dengan
serangan oleh pihak Raja Kida Hindi. Raja Iskandar membalas serangan
itu dan berolehkemenangan. Baginda telah mengislamkan Raja Kida Hindi
dan seterusnya menjadi menantu raja itu setelah berkahwin dengan
puterinya yang bernama Puteri Syahrul-Bariyah. Perkahwinan
itu disempurnakan oleh Nabi Khidir a. s. dan melalui perkahwinan
itu lahirlah seorang putera yang dinamai Aristun Syah. Raja Iskandar Zul-
Karnain telah pulang ke Makaduniah semula dan  meninggalkan
isterinya pada Raja Kida Hindi atas permintaan Raja Kida Hindi sendiri.
Selepas kemangkatan Raja Kida Hindi, Raja Aristun Syah dan
keturunannyalah yang memerintah negeri Hindi.
Bukti Raja Iskandar Zul-Karnain sebagai Legenda
    KEPAHLAWANAN DAN KEHEBATAN
Kepahlawanan Raja Iskandar terlihat semasa bala tenteranyo menentang
angkatan tentera Raja Kida Hindi. Bala tenterz pimpinan baginda
dapat mengalahkan Raja Kida Hindi dengarmudah, menangkap raja itu
hidup-hidup lalu mengislamkannya, dan seterusnya menjadikan negeri
Hindi berada di bawah kekuasaannya. seterusnya, baginda
memberikan persalinar kepada Raja Kida Hindi dan menyuruh raja
itu kembali ke negerinya semula. Kehebatan Raja Iskandar
mengagumkan Raja Kida Hindi sehingga baginda terdorong untuk
menjodohkan puterinya - Puteri Syahrul-Bariyah - dengan Raja Iskandar.
Malah lamaran untuk majlis perkahwinan itu datang daripada
pihak perempuan (Raja Kida Hindi), bukan daripada kehendak Raja
Iskandar Zul-Karnain sendiri. Yang melamarnya ialah Nabi Khidir a. s.
Begitulah hebatnya insan yang bernama, Iskandar Zul-Karnain itu.
       KEAGUNGAN DAN KEBESARAN
Keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain begit menonjol
dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini. Raja Kida Hindi sendiri,
misalnya, menyedari keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain
dan oleh sebab itulah baginda Segera bermuafakat dengan perdana
menterinya untuk mengahwinkan puterinya - Puteri Syahrul-Bariyah -
dengan Raja Iskandar Zu Karnain yang agung itu. Hal ini dilakukannya
demi kelangsungan pemerintahannya di samping untuk beroleh zuriat
daripada raja yang agung itu bagi memerintah negeri Hindi nanti.
Keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain juga dapat
dilihat menerusi upacara perkahwinannya kerana yang menyempurnakan
majlis itu ialah Nabi Khidir a.s yang juga bertindak sebagai wali bagi pihak
Raja Kida Hindi). Malah, Nabi Khidir a.s. sendiri mengesahkan keagungan
dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain melalui peringatan yang
disampaikannya kepada Raja Kida Hindi:
... "ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang
diserahkan Allah Taala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke
paksina."...  (hlm. 5)

Seterusnya, keagungan dan kebesaran baginda terlihat  menerusi


perlakuan dan ucapan balas Raja Kida Hindi sendiri Setelah mendengar
kata-kata Nabi Khidir a. s.:
... tatkala didengar oleh Raja Kida Hindi kata Nabi Khidir demikian itu, maka
ia pun segera turun dari atas kerusi, lalu berdiri di tanah seraya
ia menyembah pada Raja Iskandar, dan berkata ia: "Bahawa ketahui
oleh tuanku, ya Nabi Allah, dan segala tuan-tuan yang ada hadir;
bahawa hamba ini dengan sesungguhnya hamba kepada Raja Iskandar, dan
anak hamba sekalian pun hamba juga ke bawah duli baginda itu, seperti
sahaya yang mengerjakan dia seorang, dua orang itu....  (hlm. 6)

Keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain juga dapat


dilihat sewaktu baginda dikahwinkan. Pada waktu itu, semua
pembesar bangun memberikan penghormatan, malahmereka
menaburkan emas perak dan permata ratna mutu manikam ke kaki
Raja Iskandar sehingga "seperti busut dua tiga timbunannya".
  KEKAYAAN DAN KEMURAHAN HATI
Sebagai raja yang agung, Sultan Iskandar Zul-Karnain memiliki kekayaan
yang melimpah-ruah. Baginda tidak tamak akan kemewahan yang
dimilikinya. Baginda telah menganugerahi PuteriSyahrul-Bariyah pakaian
kerajaan yang "tiada - terperi lagi banyaknya". Baginda juga telah
menganugerahi semua raja yang ada semasa majlis perkahwinannya
dengan pakaian yang elok-elok yang bertatahkan ratna mutu manikam
dan tiga buah perbendaharaan yang terbuka. Baginda juga menganugerahi
bapa mentuanya (Raja Kida Hindi) seratus cembul emas berisi
permata, ratna mutu manikam, clan harta benda yang elok-elok.
Tidak cukup dengan itu, baginda turut menganugerahkan seratus ekor
kuda.

KEBIJAKSANAAN DAN KEPINTGARAN


Raja Iskandar Zuklkarnain merupakan raja dan pemimpin perang
(penakluk) Islam yang dihormati dan ditakuti di seluruh dunia.  Baginda
dihormati bukan sahaja oleh keberanian dan kepahlawanannya, tetapi juga
oleh kebijaksanaan dan kepintarannya. Baginda begitu pintar dalam
mengatur strategi perkembangan Islam. Perkara ini dibuktikan baginda
melaluitinclakannya menangkap Raja Kida Hindi hidup-hidup
dan kemudiannya mengislamkan baginda. Baginda
kemudiannya mengambil hati Raja Kida Hindi dengan mempersalini
Raja Kida Hindi seperti pakaian dirinya dan seterusnya menyuruh raja
itu pulang ke negerinya. Langkah bijak yang diambil
baginda memungkinkan Raja Kida Hindi yang menguasai setengah
negeri Hindi itu akan memerintahkan rakyatnya menganut Islam dan
seterusnya membolehkan Islam bertapak di India (Hindi).

Anda mungkin juga menyukai