Anda di halaman 1dari 1

Bahagian A (Penulisan Kreatif)

KMK Penggal 3

Penandaan Pruf
Simbol

Simbol
Sebuah nama yang besar dipersada budaya. Tidak semua anak bangsa tahu akan
namanya. Wek Jongan yang empunya cerita.
Wek jongan sebuah nama.

Wek Jongan diceritakankan.

Wek Jongan sering

ditarikan. Wek Jongan selalu dipersembahkan. Wek Jongan diperkatakan. Wek


Jongan sebuah nama mainan daripada bibir ke bibir.
Wek Jongan pernah kutemui lama dahulu. Ketika itu dia mengisahkan dirinya.
Dialah satu-satunya nama legenda yg mampu mengisahkan dirinya. Namanya
yang besar di dada budaya. Nama yang mengusik naluri bangsa. Nama yang
meresahkan.adik kakak sekalian lama.
Pada zaman dahulu ada sebuah keluarga, Bangsa Salako, tiga beranak yang
tinggal di sebuah kampong jauh di pedalaman. Mereka hidup dengan aman damai
seperti keluarga kerdil Salako yang lain. Sentosa. Bahagia. Tidak kisah akan hal
ehwal orang dari kampong yang lain, tidak menjaga tepi kain orang lain, tidak
mulut murai apatah lagi mulut tempayan dan perekonomiannya kais pagi makan
pagi, kais petang makan petang.
Mereka tiga beranak bekerja bertanam padi dan berternak ayam, babi dan itik
Saban hari keluar ke huma di kaki bukit, pulang dengan bangkat berisi kayu api
daripada dahan leban kering atau getah tumbang mangsa anai-anai di tepi denai.
Sebuaah kehidupan biasa dan tipikal orang Salako yang tidak pernah menabur
berita apatah lagi sengketa dusta.
Mereka hidup dalam keadaan riang dan gembira bersama nyanyian unggas dan
lagu yang alam nyaman kerana mereka saling menyayangi. Mereka tidak beranak
begitu mesra dengan alam, mesra dengan unggas, mesra dengan flora, mesra
dengan aliran sungai yang menjanjikan dan mengalirkan kehidupan. Mereka

(Disesuaikan daripada cerpen Pertemuan Semula Dengan Wek Jongan.


Dewan Budaya, Februari 2012)

Sunting petikan di atas dengan menggunakan simbol penyuntingan yang betul

[25 markah]

Anda mungkin juga menyukai