P. 1
1000 Pantun

1000 Pantun

|Views: 23,306|Likes:
Dipublikasikan oleh Mohamad Nazree

More info:

Published by: Mohamad Nazree on Jun 30, 2010
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/10/2015

pdf

text

original

1000 Pantun Dondang Sayang

1000 Pantun Dondang Sayang
Diselenggara oleh:

Madulara

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

Cetakan Pertama 2004 1000 Pantun Dondang Sayang Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

Tidak dibenarkan mengeluarkan mana-mana bahagian dalam buku ini dalam apa jua bentuk atau cara sama ada secara elektronik atau mekanikal tanpa permohonan bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Tingkat 30, Menara TH Perdana, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan 1000 pantun dondang sayang Melaka ISBN 983-41984-3-4 1. Pantun. 2. Malay poetry--Melaka I. Judul 899.231

Diedit oleh: Nawi Adek Zainal Jaslan

Penerbit: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (Bahagian Kebudayaan dan Kesenian) Tingkat 30, Menara TH Perdana, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 03-2612 7600 Faks: 03-2692 6100

Kandungan
Sekapur Sirih Seulas Pinang Mukadimah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. Pantun Kasih Pantun Budi Pantun Harimau Pantun Burung Pantun Ayam Pantun Bunga Pantun Laut Pantun Sejarah Pantun Hari Raya Pantun Sindiran Pantun Sindiran Makna Pantun Sindiran Rencam Pantun Puji-Pujian Pantun Buah Pantuan Kiasan Buah Pantun Kiasan Ibarat Pantun Guru Pantun Ilmu Pantun Bulan Pantun Menyambut Raja Pantun Kumbang Dan Bunga Pantun Pengantin Pantun Hajat Tak Sampai Pantun Peribahasa Pantun Panglima Pantun Senda Gurau Pantun Bandingan vii ix 1 23 41 53 67 79 84 93 99 104 106 111 113 120 125 133 160 162 167 168 169 170 171 172 173 174 180

v

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Pantun merupakan puisi Melayu lama yang membuktikan keprihatinan masyarakat silam terhadap alam dan budaya hidup serta kehalusan budi. Budaya hidup masyarakat Melayu tidak hanya berkisar mengenai rasa diri seperti kasih sayang, sedih pilu, ratap duka tetapi juga termasuk aspek-aspek sindiran, kiasan, kecintaan kepada tanah air dan lain-lain. Semuanya itu dalam bentuk pemikiran tersusun dan ungkapan indah melalui rangkap-rangkap pantun yang bukan sahaja menggambarkan perasaan tetapi penampilan pantun itu sendiri begitu menarik perhatian. Walaupun masyarakat Melayu silam jarang berkebolehan menulis, mereka mengeluarkan kata-kata pantun dengan begitu indah dengan pelbagai maksud yang tersirat. Mereka berupaya berbalas-balas pantun di antara satu sama lain di pelbagai majlis kenduri, meminang dan berhibur seperti Joget Lambak dan Dondang Sayang. Malah Joget Lambak dan Dondang Sayang sangat sinonim dengan Negeri Melaka. Dondang Sayang merupakan hiburan yang menjadikan pantun sebagai senikatanya. Secara tidak langsung pantun akan terus digunakan selagi Dondang Sayang dimainkan. Dalam tradisi Melayu, mendodoikan anak sebelum tidur merupakan amalan yang dilakukan di mana-mana juga. Bagi orang Melaka, mengalunkan irama Dondang Sayang walaupun tidak begitu sempurna adalah menjadi kelaziman. Lazimnya di antara pantun-pantun yang dinyanyikan ketika menguliti anak oleh ibu-ibu di Melaka ialah:

Kalau nak gugur gugurlah mata, Jangan terhempap si putik pauh, Kalau nak tidurlah mata, Jangan dikenang orang yang jauh. Sorong papan tarik papan, Buah keranji dalam perahu, Suruh makan engkau makan, Suruh mengaji engkau tak tahu. Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang, Masa kecil ditimang ibu, Sudah besar ditimang gelombang. Dondang Sayang diperkenalkan sejak anak masih di dalam buaian. Tidak syak lagi, ia merupakan pembentukan jiwa dan akhlak serta minat terhadap Dondang Sayang. Buku “Seribu Pantun Dondang Sayang” merupakan satu usaha untuk mengekalkan khazanah bangsa Melayu agar tetap hidup subur dari semasa ke semasa. Biarpun zaman dan generasi berubah, pantun Dondang Sayang masih boleh dijadikan sumber pengajaran terhadap generasi muda hari ini.

DATUK SERI UTAMA DR. RAIS YATIM (Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia)

Mukadimah

Pengumpulan yang diusahakan ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada jumlah pantun yang tidak terkira banyaknya yang berada dalam masyarakat Melayu. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat Melaka yang pada umumnya diketahui terkenal de-ngan pantunnya dari dahulu lagi. Apa yang istimewanya di Melaka, walaupun pantun adalah seni puisi Melayu lama yang usianya tidak dapat dijangkau, ada yang menyebut pantun sama seusia dengan munculnya bangsa Melayu, tetapi tidaklah orang Melayu sahaja yang boleh, cekap malah mengakui pantun juga hak milik mereka. Tiga etnik yang terdapat di Negeri Melaka juga berkebolehan dan berkemahiran berpantun selain Melayu, Chitty dan Baba Nyonya, Portugis juga berkebolehan berpantun. Penghijrahan kaum/etnik ini ke Melaka sejak beberapa ratus tahun dahulu serta asilimasi dengan masyarakat tempatan telah banyak dipengaruhi dengan adat dan budaya tempatan. Oleh itu, tidak hairanlah mereka juga berkebo-lehan dan berkemahiran berpantun sepertimana masyarakat tempatan. Ini dapat kita lihat cara mereka berpa-kaian, makanan, masakan, mahupun percakapan yang nyata dipengaruhi oleh budaya Melaka di dalam kehidupan seharian mereka. Di zaman silam orang Melayu di Melaka, berpantun dalam banyak aspek urusan masyarakat. Paling nyata ialah dalam urusan adat istiadat. Terutama dalam urusan nikah kahwin, dari mula merisik sehinggalah kedua mempelai masuk ke bilik pengantin. Pantun memainkan peranan utama. Apatah lagi dalam seni hiburan untuk bersuka ria, berjoget lambak dan Dondang Sayang misalnya, malah sampai kepada mantera dan jampi, pantun memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu pada ketika itu. Seperti contoh di turunkan serangkap pantun berkenaan. Pantun yang digunakan dalam jampi serapah dalam upacara menyemai benih padi. Kayu raya maha raya, Tumbuh di padang yang luas, Seribu daun engkau tumbuh sebaya, Terjebat engkau umbi dan ruas. Pantun menjadi alat memperkatakan sesuatu adalah perkara biasa dalam masyarakat Melayu. Perbualan atau bercakap sesama sendiri yang bersulam dengan pantun bukan sesuatu yang janggal di kalangan orang Melaka. Bahkan dengan sula-

Mukadimah

man pantun perkara yang diperkatakan akan menjadi lebih menarik dan berkesan. Bercakap dengan pantun tidak mesti seseorang itu disebut sebagai orang seni atau orang budaya. Sesiapa sahaja mampu berpantun dan menggunakan pantun dalam percakapan mereka. Berpantun atau berbalas pantun tidak mesti di antara dua pihak atau dua orang sahaja. Berpantun atau berbicara dengan pantun boleh lebih daripada beberapa pihak. Orang Melaka zaman dahulu apabila berpantun tidak ditentukan orang atau tokoh yang mesti berlawan atau berbalas pantun. Apabila mula terbit pantun disuarakan oleh seseorang akan ada pula yang menjawabnya. Siapa cepat dan siapa cekap dialah yang akan menjawab pantun itu. Pendeknya kecekapan orang berpantun seharusnya seperti kata pepatah; Terkilat ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Hikayat Awang Sulong Merah Muda amat jelas menjadikan pantun alat percakapan tiga orang iaitu Si Kembang Cina, Awang Sulong Merah Muda dan Dayang Seri Jawa. Si Kembang Cina: Jangan ditebang gelenggang itu, Pucuknya ada berjurai-jurai, Jangan dikenang yang hilang itu, Sudah jauh digonggong murai. Awang Sulong: Bagaimana tidak ditebang? Pucuknya pauh selasih jambi, Bagaimana tidak dikenang? Dagang yang jauh kekasih kami. Dayang Seri Jawa: Fikir-memikir sama lawak, Jangan dibawa ke Tanjung Jati, Sindir-menyindir sama awak, Jangan dibawa masuk ke hati. Bersoal jawab melalui pantun tidak memerlukan jawapan yang tepat semasa menjawab/ membeli pantun yang dijual. Soalan dan jawapan dalam pantun tidak seperti soal jawab dalam mate-matik, dua darab lima jawapannya sepuluh. Jawapan dalam pantun mungkin lima darab dua atau lima campur lima ataupun jawapan dalam pantun akan menyoal semula untuk mempastikan jawapannya.
x

Mukadimah

Kecekapan berpantun selalunya diiringi dengan kecekapan membaca atau memahami hal-hal yang tersirat di dalam pantun. Bergantung kepada pantun yang kadang-kadang terdapat tidak menyatakan perkara yang sebenar di dalam maksudnya, atau membawa maksud yang tersirat. Oleh yang demikian akan timbul satu bentuk rancangan untuk berpantun bagi memberikan jawapannya. Kita lihat pantun antara Bujang Selamat dengan Mak Bidan. Mak Bidan; Kerikal digulai maman, Digulai dengan daun capai, Apa abang tegak di halaman, Naik ke rumah abang mengapa? Bujang Selamat; Bagaimana hendak menjahit, Menjahit jari pun rempak, Bagaimana hendak naik, Tuan rumah belum nampak. Mak Bidan; Batang padi terbelah-belah, Yang sebelah dimakan api, Bujang Selamat datang tak pernah, Apalah hajat datang ke mari? Bujang Selamat; Encik Raman dari Johor, Lelayang tersangkut dalam padi, Mak Bidang terbilang lagi masyhur, Itulah hajat datang ke mari.

xi

Mukadimah

Ibarat khazanah di lautan, lagi dicari dan diambil lagi banyak yang tidak diketahui. Begitu jugalah pantun, walau bagaimana banyak pun yang dikumpulkan masih lagi bertaburan yang tidak dikutip. Pantun sentiasa hidup selagi ada keinginan menciptanya. Pantun terdapat di mana-mana. Pantun sentiasa segar dalam masyarakat. Tambahan pula apabila bijak meletakkan pantun itu pada tempatnya yang sesuai. Setidak-tidaknya menjadi penghias ucapan mahupun karangan. Dalam kancah hiburan orang Melayu, pantun menjadi bahan utama. Apapun aspek seni orang Melayu pantun mendapat tempat istimewa. Pantun menjadi lirik lagu, pantun memperkasa bahasa. Pantun juga menjadi penyeri dan menghidupkan sesuatu suasana dan keadaan. Paling utama dalam nyanyian Dondang Sayang dan berbalas pantun joget lambak. Pemantun yang menceburkan diri dalam kedua-dua bidang ini mampu mencipta sebarapa banyak pantun. Mereka bercakap, berbincang melalui pantun dengan cekap dan pantas. Mereka bertengkar, berkasih sayang, kata mengata, berbincang, berjanji, menghurai yang kusut atau apa saja dengan pantun. Yang istimewanya orang - orang Dondang Sayang dan Joget Lambak ini berpantun mengikut tajuk atau tema. Mereka juga begitu patuh mengikut tajuk pantun yang didendangkan. Di ka-langan mereka tajuk atau tema itu juga disebut sebagai "main". Kalau mereka sedang main kasih, sukar sekali hendak menukar kepada main lain seperti budi, kias, harimau, atau lain-lain tema. Menamatkan sesuatu "main" yang sedang rancak dijalankan memerlukan kebijaksaan pemantun untuk menarik atau mengundurkan diri. Ia tidak akan tamat begitu sahaja malah ia diakhiri de-ngan pantun. Begitu juga jika salah seorang pemantun yang tidak dapat menjawab pantun yang dijual. Ada sahaja pantun yang dibeli agar ia dapat menutup kelemahan si pembeli pantun tadi. Berbagai tema diutarakan oleh pemantun-pemantun di Melaka sama ada dalam kancah Dondang Sayang dan Joget Lambak mahupun dalam pertemuan sesama sendiri di dalam mana-mana majlis, kera-maian masyarakat setempat ataupun perjumpaan ahli keluarga.

xii

Mukadimah

Namun tema yang paling lumrah dan mendapat sambutan khalayak terutama dalam Dondang sayang dan Joget Lambak ialah tema kasih, budi, harimau, ayam, laut, burung, kias-ibarat dan beberapa lagi. Perlu diingat bahawa kasih sayang atau pujuk-memujuk boleh dilahirkan juga dalam pantun-pantun bertema selain daripada kasih. Kita lihat pantun ini; Kain sehelai cantik bersulam, Benang selembar jahit kelingkan, Hujan di pantai gunung tenggelam, Rumput di pulau tumbuh cendawan. Sekurang-kurangnya pantun ini boleh diberikan dua tafsiran. Pertama, ditafsirkan sebagai pantun kias-ibarat. Dua baris maksudnya memperkatakan sesuatu peristiwa yang amat mendalam. Pengertiannya begitu luas dan sukar dijangkau dengan fikiran yang rambang. Baris pertama maksudnya sama maksud "lain yang bengkak, lain pula yang bernanah." Tafsir kedua pula, pantun ini begitu kuat memperkatakan betapa kasih cinta yang tidak mendapat belaian atau kasih sayang yang dicurahkan tidak kepada sasaran yang seharusnya. Lain yang dikasihi, lain pula yang disayangi. Ini membawa kepada seseorang yang terpaksa merana walaupun sebagai rumput yang tumbuh segar tetapi terbiar diselaputi cendawan. Akibat daripada menanam benih tetapi membaja dan menyuburkannya tidak pada benih yang ditanam dan diketahui pula benih yang ditanam tetapi diabaikan itu amat menyiksakan. Ibarat kata pepatah "anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan". Betapa kelakuan itu mengakibatkan padah yang bukan kepalang. Terbang helang dua sekawan, Angin turun ombak bergulung, Sudah malang melur di taman, Hujan turun di lembah gunung.

xiii

Mukadimah

Pantun tercipta daripada pembayang maksud dan maksud pantun. Bergantung kepada jumlah baris atau kerat pantun, sama ada dua kerat, empat kerat, enam kerat atau lapan kerat, pantun terdiri daripada sebahagian maksud dan sebahagian lagi adalah maksud pantun. Namun begitu, ada pantun yang baik. Ini dinilai daripada persamaan bunyi antara perkataan-perkataan yang berjodoh dan indah bahasanya serta cantik pula dilahirkan maksudnya. Pendita Za'aba, dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu (Tahun 1934) memberi contoh di antara pantun yang cantik ialah: Buah Langsat kuning mencelah, Keduduk tidak berbunga lagi, Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. Kebanyakan pemantun dalam masyarakat Melayu melahirkan pantun secara spontan. Walaupun pantun yang datang secara spontan pada kebiasaannya pantun tersebut lengkap dan indah bunyinya dari pembayang sehinggalah ke maksudnya. Pantun yang mudah difahami adalah pantun yang sesuai sebagai percakapan biasa mahupun perbincangan dalam berbalas pantun. Lazimnya tokoh-tokoh pantun akan mudah memahami maksud yang ingin disampaikan walaupun ia susah untuk difa-hami untuk orang kebanyakan yang tidak mahir berpantun. Bagi mereka apabila masuk ke gelanggang mestilah seseorang itu; Patah lagu pokok pedada, Dahan patah dihinggap undan, Sudah penuh ilmu di dada, Barulah cuba masuk ke medan. Begitulah juga dengan bahasa dalam pantun. Pemantun yang menggunakan bahasa atau perkataan yang susah atau tidak pernah digunakan dalam percakapan seharian dalam masyarakat selalunya tidak mendapat tempat di kalangan pemantun tradisi.

xiv

Mukadimah

Lagi mudah bahasa yang digunakan lagi baik kerana mudah difahami. Apabila mudah difahami maka mudahlah dibalas balik. Upacara berbalas pantun boleh berlangsung dengan harmoni dan idea pantun tidak akan putus-putus lahir satu per satu. Terutama pada pembayang maksud pantun, bahan yang diutamakan ialah sumber alam. Tentang keadaan dan keindahan alam semulajadi. Apabila cantik pembayang maksudnya maka akan cantiklah pantun itu. Ditambah lagi cantiknya kata-kata dalam maksud pantun. Lazimnya pantun empat kerat mendapat tempat istimewa dalam masyarakat berbanding dengan pantun-pantun lain. Lebih-lebih lagi dalam nyanyian lagu-lagu tradisi orang Melayu. Pantun sebagai puisi warisan bangsa Melayu akan terus segar dan terpelihara. Cuma pada beberapa hal perkembangan pantun tidak begitu bersemarak. Sewajarnya orang Melayu sayangkan bangsanya akan sayang juga kepada pantun pusaka warisan sepanjang zaman. Justeru pengumpulan pantun ini edisi pertama ini diadakan. Antara padi jangan semantung, Di situ puan ditukarkan, Antara hati dengan jantung, Di situ pantun diletakkan.

Tuan Haji Ahmad B. Usop, Dangau Madu 18 Mei 2004

xv

1000 Pantun Dondang Sayang

PANTUN KASIH
1. Pakai cincin di jari manis, Bawa saksi mangga dua, Abang pimpin jangan nangis, Sudah jodoh kita berdua. Kain batik kepala dua, Pakai mari sebelah kiri, Sudah suka kita berdua, Orang lain jangan peduli. Sayang gulatik burung guladan, Sayang tekukur terbang tinggi, Sudah cantik sama padan, Mari ukur siapa yang tinggi. Sayang tekukur gulainya lemak, Sayang selasih di bawa batang, Sudah lumpur berjalan semak, Kerana cik adik saya mendatang. Ada satu si burung helang, Pandai menyambar ikan duri, Hidup dunia tak campur orang, Mana tahu adat negeri. Alif Ba Ta tiga surat, Dapat hidup dalam perigi, Gelap gelita sebelah barat, Belum tahu apa nak jadi. Kalau tuan bergelang kaki, Biar saya bergelang tangan, Kalau tuan sujud di kaki, Biar saya genggam di tangan. Orang Arab balik ke Arab, Sampai Arab pakai jubah, Jangan tuan berharap - harap, Fikiran saya boleh berubah.
1

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

1000 Pantun Dondang Sayang

9.

Kecil - kecil di kara - kara, Lilit mari dipagar orang, Kecil - kecil ibu bapa pelihara, Sudah besar diambil orang. Rumah kecil dipagar nenas, Ular lidi mati tersangkut, Bukan saya pandangkan emas, Kerana budi hati tersangkut. Cincang - cincang kepala lembu, Mari masak asam pedas, Macam mana saya tak rindu, Orang di rumah hukum keras. Cicak di sana cicak di sini, Cicak sarang bergulung rotan, Adik di sana saya di sini, Macam burung sahut - sahutan. Telur cicak di atas peti, Budak Melayu menjual bunga, Minta - minta tak mahu kasi, Sudah lepas apa guna. Sepuluh ikan cencaru, Membiak ikan gelama, Sepuluh ganti yang baru, Mana sama orang yang lama. Asam paya buah di hutan, Limau purut batang berduri, Tipu daya kerana mu tuan, Tidak turut rosaklah hati. Apa dijeruk dengan belimbing, Gerenggang mudik ke muara, Apa ditengok di balik dinding, Tun Hassan Temenggong anak Bendahara.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

2

1000 Pantun Dondang Sayang

17.

Tun Teja anak Benggala, Pandai membelah lada sulah, Jikalau tuan kurang percaya, Mari bersumpah kalam Allah. Sana sini gigi menimang, Hendak makan ikan di dalam telaga, Lagi lemak telur berlinang, Sisiknya lekat pada dada. Dang Nila memangku puan, Berembang buah pidada, Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada. Lokan melata di dalam perahu, Belah balang bertanduan, Bukankah kau tiada tahu, Akulah hulubalang minta lawan. Gajah lekir kuda beraksa, Di mana akan kuhempaskan, Sama lebur sama binasa, Orang kaya di mana akan kutunangkan. Kalau roboh Kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan, Kalau sungguh bagai dikata, Badan dan nyawa saya serahkan. Tun Fatimah wanita jelita, Negerinya timbul Dondang Sayang, Sudah tersua tepung pelita, Dimakan lalu dibuang sayang. Buah jering di atas para, Diambil budak sambil berlari, Sampai kering laut Melaka, Barulah saya mungkirkan janji.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

3

1000 Pantun Dondang Sayang

25.

Makan sirih berpinang tidak, Pinang berada di Bukit piatu, Toleh ke kiri ke kanan tidak, Baru kutahu badan piatu. Inderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan, Bagai nabi kasihkan umat, Begitu saya kasihkan tuan. Dondang Sayang Tanjung Surat, Sampai ke Johor lalu melarat, Bukan disengaja bukan dibuat, Di Lohmahfuz sudah tersurat. Sorong papan tarik papan, Buah keranji di atas peti, Suruh makan engkau makan, Suruh mengaji engkau tak tahu. Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang, Masa kecil ditimang ibu, Sudah besar ditimang gelombang. Gesek biola bertali empat, Dondang Sayang lagu Melayu, Dari jauh ke mari dekat, Campak pantun seorang satu. Pukul rebana berbunyi tambur, Orang menari di tengah halaman, Tuan di sana rindu tak tidur, Saya di sini rindu tak makan. Sayang bangau bulunya putih, Bersama dengan si burung undan, Saya datang perahu upih, Hendak menumpang permainan tuan.

26.

27.

28.

29.

30.

31.

32.

4

1000 Pantun Dondang Sayang

33.

Sayang Cik Sulung membawa perca, Perca bernama sepotong kain, Surat belum habis dibaca, Hajat hati tumpang bermain. Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan, Tuan jauh di negeri satu, Di mata hilang di hati jangan. Orang mengail di Kuala Daik, Dapat seekor ikan Yu, Untung saya masakan baik, Laksana dendang di pokok layu. Anak kumbang merayap - rayap, Mari ditangkap anak Turki, Hendak terbang tidak bersayap, Hendak hinggap tidak berkaki. Ikut resmi padi, Jangan ikut resmi lalang, Makin tunduk makin berisi, Makin melata makin tunduk meladang. Pukul gendang kulit biawak, Sedikit tidak berdentum lagi, Ke mana badan hendak kubawa, Sedikit tidak beruntung lagi. Dari Bentan ke Tanjung Jati, Muatan rengas si Lancang Kuning, Puas bulan mengejar matahari, Ombak berhempas laut tak kering. Sampan kelana tiang sebatang, Dipukul ribut berkajang daun, Apa guna dipagar bintang, Tawarkah laut hujan setahun.

34.

35.

36.

37.

38.

39.

40.

5

1000 Pantun Dondang Sayang

41.

Anak kelawar mati tersangkut, Lalu patah dahan beringin, Berapa besar ombak di laut, Bolehkah redah menyongsong angin. Buah pinang buah belimbing, Ketiga dengan buah mangga, Sungguh senang beristeri sumbing, Kalau marah ketawa juga. Bermain ceki si nganak Cina, Sama dengan mainnya dadu, Gua di sini lu di sana, Sama - sama menanggung rindu. Sayang Cik Ali anak Cik Zainal, Pandai menyanyi Dondang Sayang, Lama sudah kita berkenal, Belum cuba berkasih sayang. Anak lembu di Tanjung Jati, Cari makan di tengah harungan, Sehari bertemu sehari kumati, Seribu syukur atas junjungan. Sayang Cik Intan tanam selasih, Selasih datang dari Seberang, Kenapa tuan tak mahu berkasih, Adakah orang akan melarang. Tarik perahu di air surut, Orang belayar ke tanah seberang, Bukan saya tak mahu menurut, Takut cik puan maklumnya puan. Buat gereja di atas bukit, Pasang rabung kayu meranti, Ayuhai tuan cintaku sakit, Tidak tertanggung rasa di hati.

42.

43.

44.

45.

46.

47.

48.

6

1000 Pantun Dondang Sayang

49.

Patah dahan kayu meranti, Panjat mari si anak kera, Kalau tak rasa di hati, Mari berjumpa dengan segera. Orang Melayu bersampan payang, Sarat bermuat ikan Gelama, Bukan tak mahu berkasih sayang, Takut nanti tak kekal lama. Layang - layang putus teraju, Tersangkut mari di pokok delima, Kalau dapat kasih setuju, Tentu boleh kekalnya lama. Sudah rapuh dahan keranji, Turun ke paya ambil meranti, Kalau sungguh kata dan janji, Tidaklah saya mencari ganti. Ikan pelata si ikan parang, Ikan gelama putih sisiknya, Tak pandai saya kata sebarang, Belah dada tengok isinya. Layang - layang terbang melayang, Jatuh ke laut disambar jerung, Siapa kata abang tak sayang, Bagai bunga rasa nak kendong. Ada satu anak helang, Sehari - hari turun ke pantai, Jika sehari tidak kupandang, Bagai bunga layu di tangkai. Bunga Melor di atas titi, Mari dibungkus dengan kertas, Dalam telur lagi kunanti, Inikan pula sudah menetas.

50.

51.

52.

53.

54.

55.

56.

7

1000 Pantun Dondang Sayang

57.

Arak - arak kelapa puan, Tidak puan kelapa bali, Harap - harap kepada tuan, Tidak tuan siapa lagi. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya, Biar buruk mata memandang, Tetapi cantik di mata saya. Limau purut batang berduri, Ada buah jarang - jarang, Di dalam perut lagi kunanti, Inikan pula sudah terbang. .Lama sudah tidak ke ladang, Padi sudah dililit kangkung, Selama tuan tidak kupandang, Putus hati pengarang jantung. Sayang Cik Esah mengambil galah, Buat mari sampiran kain, Berani bersumpah kalam Allah, Hatiku tidak pada yang lain. Ada seekor burung merak, Lehernya panjang suaranya serak, Tuan umpama emas dan perak, Hati yang mana boleh menolak. Pulau tinggi terendak Cina, Tampak dari Pasir Seribu, Tuan pergi janganlah lama, Tidak kuasa menanggung rindu. Bunga selasih permainan budak, Daun sehelai dimakan kuda, Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun bertemu juga.

58.

59.

60

61.

62.

63.

64.

8

1000 Pantun Dondang Sayang

65.

Kuda hitam pelana kain, Bunga seganda di dalam dulang, Niatku tidak pada yang lain, Hanya pada tuan seorang. Tuai padi musimnya tiba, Tangkainya lurut di rumah Cik Siti, Kalau begini malang menimpa, Biar kuturut katanya hati. Belayar sampai ke Tanjung Jati, Hendak mengambil buah redan, Jangan diikut kehendak hati, Nescaya rosak anggota badan. Dari Gerisik ke Surabaya, Singgah mengambil ubi keladi, Sudah nasib malangnya saya, Tidak boleh diubah lagi. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya terbuang selalu. Kereta kuda pedati lembu, Singgah sekejap di Pengkalan Rama, Tuan sutera saya belacu, Mana boleh ganding bersama. Burung jelatik sarang kedidi, Sarang tempua sarang berjuntai, Sungguh cantik sutera diuji, Belacu juga tahan dipakai. Bunga dikarang tangkainya patah, Dalam dulang jatuh kuntumnya, Adat orang ringgit berjuta, Kawan bercampur pilih darjatnya.

66.

67.

68.

69.

70.

71.

72.

9

1000 Pantun Dondang Sayang

73.

Buah bacang buah kuini, Jatuh sebiji di pangkal mengkudu, Kalau kutahu semacam ini, Tidak kulahir di perut ibu. Terbang tinggi si burung undan, Pagi hari matahari segalah, Sudah nasib permintaan badan, Kuturut sahaja kehendak Allah.

74.

PANTUN KASIH (II)
75. Buluh perindu sampaian kain, Buluh betong tidak berkain, Di angin lalu pesan kukirim, Rindu kutanggung seorang diri. Limau purut jatuh ke batu, Jatuh digegas di angin lalu, Jangan diturut hati nan rindu, Badan yang segar menjadi layu. Cenderawasih burung di awan, Sarang nuri dilindung daun, Rindu kasih bukan buatan, Jarak sehari rasa setahun. Burung putih terbang ke hulu, Sayapnya patah terlanggar batu, Orang berkasih memang begitu, Bila berpisah terasa rindu. Layu sudah pohon selasih, Akar terendam rindu bertakung, Bukan mudah bercerai kasih, Rindu dendam tidak tertanggung.

76.

77.

78.

79.

10

1000 Pantun Dondang Sayang

80.

Sutera puji tepi berliku, Kain dibuat pakaian ratu, Kekasih pergi pulangnya tentu, Akan terubat segala rindu. Kuning mencelah si buah duku, Berbuah lebat pokok di hulu, Bila berpisah sama merindu, Tandanya erat kasih dipadu. Di pinggir desa kutanam jagung, Duduk berehat di pohon pauh, Resah gelisah tidak tertanggung, Kasih terpisah di tempat jauh. Tumbuh cendawan di petak selasih, Berselang dengan si daun pandan, Kalau tuan berubah kasih, Terbuang jauh tercampak badan. Tengah lautan kapal berlabuh, Sarat muatan si kayu jati, Walaupun badan berpisah jauh, Kasih terikat di dalam hati. Kembang merah si bunga selasih, Daunnya layu ditimpa sena, Bukannya mudah bercerai kasih, Makan tak lalu tidur tak lena. Patah selasih dahan tuanya, Jatuh ke sungai dibawa arus, Kalau berkasih tahu petuanya, Hati tak risau badan tak kurus. Buah selasih si putik pauh, Buat santapan di pagi hari, Orang kukasih semakin jauh, Rasa tak mungkin bertemu lagi.

81.

82.

83.

84.

85.

86.

87.

11

1000 Pantun Dondang Sayang

88.

Batang selasih permainan budak, Berdaun sehelai dimakan kuda, Berserai kasih bertalak tidak, Seribu tahun bertemu juga. Rumah merpati bertingkat - tingkat, Luarnya pintu ada paseban, Bila hati sudah terikat, Rasanya rindu tidak tertahan. Buluh perindu berliku - liku, Tanamkan mari di tengah ruang, Bila rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang. Pulau Pinang laut keliling, Tengah - tengah Pulau Jerjak, Sirih pinang boleh dikirim, Hati yang rindu mana nak bawak. Beras sudah saya taburkan, Padi selimbu dari Melaka, Puas sudah saya hiburkan, Hati rindu teringat juga.

89.

90.

91.

92.

PANTUN KASIH (III)
93. Ada satu nama Encik Zainal, Sambil mendayung perahu payang, Kita ini baru berkenal, Bolehkah kita berkasih sayang. Orang Melayu berperahu layang, Sarat muatan ikan gelama, Bukan tak boleh berkasih sayang, Saya takut tak kekal lama.

94.

12

1000 Pantun Dondang Sayang

95.

Layang - layang putus teraju, Jatuh tersangkut di pokok delima, Kasih sayang sudah setuju, Tentu boleh berkekal lama. Tarik perahu di air surut, Hendak pergi ke tanah seberang, Bukan hati tak mau turut, Kutakut dikau dimaklumnya orang. Bunga Cempaka dipukul ribut, Hanyut sampai di laut seberang, Di mulut naga lagikan kurebut, Inikan pula di tangan orang. Pagi hari membuat bangsal, Nampak dari Kota Daik, Jangan kau suka mencari pasal, Berbincang dulu kan lebih baik. Limau manis tiga serangkai, Bawa belayar ke negeri Cina, Mulut yang manis saya tak pakai, Takut - takut saya terkena. Orang mengail di Danau Toba, Bawa umpan beras melukut, Nampaknya angin dah pancaroba, Kau tunjukkan haluan biar kuikut. Ayam denak di tengah padang, Mencari makan di kebun raja, Walaupun jenak mata memandang, Kau tak boleh nak ikut saja. Sampai munajat di pokok jati, Daunnya kering dah lama mati, Kalau tak dapat hajat di hati, Biar kubujang sampai ke mati.

96.

97.

98.

99.

100.

101.

102.

13

1000 Pantun Dondang Sayang

103.

Pagi hari pergi memburu, Bawa panah Datuk Panglima, Saya nak naik ke langit biru, Sanggupkah abang ikut bersama. Pagi hari pergi berburu, Dapat rusa berkawan -kawan, Naiklah cik puan ke langit biru, Saya menunggu di kaki awan. Tanjung Jati di Bangkahulu, Tempat bertapa Datuk Panglima, Andainya saya mati dahulu, Sanggupkah tuan ikut bersama. Tanjung Jati di Bangkahulu, Tempat orang bersepak raga, Andainya saya mati dahulu, Ku tunggu puan di pintu syurga. Penuh raga berisi ikan, Baru datang dari Seberang, Syurga terbuka saya tangiskan, Hendak kumasuk ilmu kurang. Kalau tidak ke ladang tuan, Habislah padi dililit kangkung, Jika tidak bertemu tuan, Beramuklah hati dengan jantung. Anak Cina pulang ke China, Masuk berlabuh di pagi hari, Saya tidak ke mana - mana, Sebelah tuan saya berdiri. Pisang hijau masak hijau, Masak sebiji di pagi hari, Puas kujenguk puas kutinjau, Sengaja tuan sembunyikan diri.

104.

105.

106.

107.

108.

109.

110.

14

1000 Pantun Dondang Sayang

111.

Sampan sarat hendak ke Acheh, Bawa mari ikan gelama, Besar hajat orang berkasih, Hidup dan mati hendak bersama. Kerat bamboo diukir-ukir, Ukir satu buat serunai, Janji seribu mainan bibir, Sedangkan satu payah ditunai. Kerat rotan dibelah tiga, Buat tali tambatan perahu, Luas lautan boleh kau duga, Kasih di hati mana kau tahu.

112.

113.

PANTUN KASIH (IV)
114. Buah mempelam ditimbang sukat, Pohon rendang buahnya lebat, Ucap salam jauh dan dekat, Tumpang bermain wahai sahabat. Nira disukat dibuat cuka, Cuka bernama Seri Rama, Sudah berpakat bersuka-suka, Kita bermain bersama-sama. Benih padi merata-rata, Petak semai anak Cik Musa, Minta maaf terlanggar kata, Maklum baru tidak biasa. Merah kuning si rama-rama, Terbang mari berkawan-kawan, Sudah bersahabat kenalan lama, Biasa bermain sama halaman.

115.

116.

117.

15

1000 Pantun Dondang Sayang

118.

Sayang Cik Ali anak Cik Zainal, Pandai menyanyi Dondang Sayang, Lama sudah kita berkenal, Belum mencuba berkasih sayang. Anak lembu di Tanjung Jati, Cari makan di tengah harungan, Sehari bertemu sehari kumati, Seribu syukur atas junjungan, Sayang Cik Intan tanam selasih, Selasih datang dari seberang, Kenapa tuan tak mahu berkasih, Adakah orang akan melarang. Tarik perahu di air surut, Orang belayar ke tanah seberang, Bukan saya tak mahu menurut, Takut cik puan maklumnya orang. Buat gereja di atas bukit, Pasang rabung kayu meranti, Aduhai tuan cintaku sakit, Tidak tertanggung rasa di hati. Patah dahan kayu meranti, Panjat mari si anak kera, Kalau tak tahan rasa di hati, Mari berjumpa dengan segera. Orang Melayu bersampan payang, Sarat bermuat ikan gelama, Bukan tak mahu berkasih sayang, Takut nanti kekal tak lama. Layang-layang putus teraju, Tersangkut mari di pokok delima, Kalau dapat kasih setuju, Tentu boleh kekalnya lama.

119.

120.

121.

122.

123.

124.

125.

16

1000 Pantun Dondang Sayang

126.

Suka menumpang di kayu buruk, Ada seekor anaknya beruk, Zahir ketara batin tersorok, Kasih sayang di mana nak taruk. Anak beruang si anak beruk, Bawa mari ke Tanjung Jati, Kasih sayang kalau ditaruk, Dari hidup sampai ke mati. Sudah rapuh dahan keranji, Turun ke paya ambil meranti, Kalau sungguh kata dan janji, Tidaklah saya mencari ganti. Ikan pelata si ikan parang, Ikan gelama putih sisiknya, Tak pandai saya kata sebarang, Belah dada tengok isinya. Batang buluh diikat-ikat, Susun rapat dalam perahu, Sudah sungguh kata sepakat, Janji diikat kata dipadu. Tumbuh menerung merata-rata, Mari dibuat tali belanja, Tak tahu apa yang hendak dikata, Kusangka matahari waktu senja. Burung balam bersangkar rotan, Mari disangkut di hujung para, Kukirim salam angin selatan, Bayu berpuput dari utara. Ada seekor burung balam, Mari hinggap di pokok pulasan, Resah gelisah siang malam, Harapkan datang tidak berpesan.

127.

128.

129.

130.

131.

132.

133.

17

1000 Pantun Dondang Sayang

134.

Asam paya buah di hutan, Banyak buahnya lebat di pangkal, Betul kata dalam suratan, Rindu tak boleh ditangkal-tangkal. Jatuh bertabur buah mengkudu, Malam-malam ditampar kelawar, Bila dah kena penyakit rindu, Pujuk rayu tak jadi penawar. Kelapa hijau dimasak minyak, Buat mengubat Bentara Dalam, Makan tak kenyang tidur tak nyenyak, Rindu meracau siang malam. Ambil besar dibelah berembang, Buah nangka di dalam raga, Apa dirisau apa dibimbang, Sampai masa bertemu juga. Belayar sampan orang muda, Pulau Undan tempat menuba, Ribut taufan kalau melanda, Manalah tahan pancaroba? Pulau Lalang pasirnya putih, Berbalam-balam Pulau Nangka, Sudah adat orang berkasih, Macam-macam buruk sangka. Pokok sentul buah keranji, Dibawa budak waktu pagi, Adakah betul seperti berjanji, Hati tidak berbelah bagi? Kerana mengidam buah pedada, Dicari sampai ke Tanjung Jati, Kalau boleh kubelah dada, Akan kutunjuk rupanya hati.

135.

136.

137.

138.

139.

140.

141.

18

1000 Pantun Dondang Sayang

142.

Dilipat-lipat tali belati, Buat mengikat batang berduri, Kalau tak dapat setuju di hati, Di laut dalam terjunnya diri. Dayang-dayang turun bermain, Petik gambus sama kecapi, Tidak terniat cari yang lain, Sanggup kuredah lautan api. Berpilih-pilih rotan diraut, Mencucuk atap hujung halaman, Bila kasih kiambang bertaut, Barulah tetap niat iman.

143.

144.

PANTUN KASIH (V)
145. Anak raja pergi ke Acheh, Pukul nobat di pagi hari, Apa mula orang berkasih, Apa sebab orang berbudi. Jangan diindang biji selasih, Jika sudah bercampur padi, Dari sayang datangnya kasih, Membuat jasa jadilah budi. Terangnya api di Tanjung Andas, Nampak di laut kapal belayar, Sayang dan kasih boleh dibalas, Budi dan jasa tidak ternilai. Cantik berbunga si kain cindai, Buat mari basahan mandi, Bagaimana hendakku nilai, Budi dan kasih tak dijual beli.

146.

147.

148.

19

1000 Pantun Dondang Sayang

149.

Orang gangsa hendak ke Nyalas, Hendak mencari si beras padi, Apakah patut hendakku balas, Sebelum budi dibawa mati. Pokok mengkudu pohonnya rendang, Pohon berapit tepi perigi, Siapa yang hidup tidak berhutang, Kalau tak ringgit berhutang budi.

150.

PANTUN KASIH (VI)
151(P) Orang pantai tanam selasih, Duduk menanam di waktu fajar, Saya tak pandai bermain kasih, Bolehkah tuan menunjuk ajar. 152(L) Dari Sekudai ke Tanjung Penyengat, Naik koleh sarat muatan, Nak kata pandai tak pandai sangat, Tapi boleh buat pedoman. 153(P) Sampan sarat hendak ke Acheh, Bawa mari ikan gelama, Besar hajat orang berkasih, Hidup dan mati hendak bersama. 154(L) Kerat bemban diukir-ukir, Ukir satu buat serunai, Janji seribu mainan bibir, Sedangkan satu payah ditunai. 155(P) Kerat rotan dibelah tiga, Buat tali tambatan perahu, Luas lautan boleh kau duga, Kasih di hati mana kau tahu. 156(L) Terbang melayang burung tekukur, Hinggap mari di dahan jambu,
20

1000 Pantun Dondang Sayang

Kasih sayang boleh kau ukur, Asalkan hati pada yang satu. 157(P) Orang Jawa hendak ke seberang, Naik rakit berdayung galah, Jangan percaya kasih dan sayang, Salah sedikit hati berubah. 158(L) Buah keledang buah kecapi, Jolok dengan ampaian kain, Kasih sayang jika sejati, Pasti tidak pada yang lain. 159(P) Layang-layang putus talinya, Jatuh tersangkut di pohon jati, Kasih dan sayang hiasan dunia, Jarang-jarang dibawa mati. 160(L) Budak-budak naik basikal, Jaga jangan patah kaki, Kalau hendak berkasih kekal, Jangan mudah cari ganti. 161(P) Budak-budak mengayak pasir, Pasir sudah bercampur arang, Bagaimana nak buang kasih, Kasih sudah bercampur sayang. 162(L) Sayang hanuman membelah bukit, Mencari ubat Sang Seri Rama, Kalau tak kenang barang sedikit, Rasa nak mati bersama-sama. 163(P) Bulan terang tak terang sangat, Cahaya sampai kat muka pintu, Nak kata sayang tak sayang sangat, Adat berkasih memang begitu.

21

1000 Pantun Dondang Sayang

164(L) Cincin perak cincin suasa, Pakai di jari sebelah kanan, Biar dia rosak biar dia binasa, Kasihku dapat tak lepas tangan. 165(P) Limau manis tiga serangkai, Baru ku beli di kedai Cina, Mulut manis tak boleh dipakai, Takut-takut saya terkena. 166(L) Layang-layang putus teraju, Jatuh tersangkut di pohon delima, Kasih sayang sudah setuju, Memang boleh bertahan lama. 167(P) Rotan dilipat panjang lima, Naik perahu belayar ke Jawa, Kalau dapat mati bersama, Biar sekubur kita berdua. 168(L) Tanjung Jati di Bangkahulu, Tempat bertapa Datuk Panglima, Kalau saya mati dahulu, Sanggupkah puan ikut bersama. 169(P) Tanjung Jati di Bangkahulu, Tempat orang bersepak raga, Kalau tuan mati dahulu, Kutemu tuan di pintu syurga. 170(L) Penuh raga berisi ikan, Baru datang dari seberang, Syurga terbuka saya tangiskan, Nak kumasuk ilmu kukurang 171(P) Orang mengail di Danau Toba, Bawa umpan beras melukut, Nampaknya angin dah pancaroba, Mana haluan saya nak ikut.

22

1000 Pantun Dondang Sayang

172(L) Masuk hutan mencari rotan, Hendak dijual di dalam kota, Tunggu sahaja musim selatan, Turunkan sauh berlabuhlah kita. 173(P) Yatim piatu di Tanjung Tuan, Hendak pergi ke kota lama, Kalau begitu katanya tuan, Marilah kita balik bersama.

PANTUN BUDI
174.. Awal pertama orang berbangsa, Keduanya banyak ribu dan laksa, Ketiga majlis bermanis muka, Keempat mau budi dan bahasa. Pada berlari baik melompat, Barang dicari segera dapat, Sudah berbudi jangan diumpat, Balasan baik syurga dapat. Dekat Labuan airnya tenang, Tempat orang kail gelama, Budi sedikit kalau dikenang, Garam masin selama-lama. Baru beli di kedai Cina, Kain celeh dibuat cukin, Kita hidup resam di dunia, Tidak pilih kaya miskin. Bukan tak mau menanam padi, Takut dimakan bena belalang, Bukannya saya tak mau berbudi, Takut juga bencana orang.

175.

176.

177.

178.

23

1000 Pantun Dondang Sayang

179.

Pulau Pinang tiga bersegi, Bertentang dengan tanah seberang, Orang berbudi tentu tak rugi, Harapan juga dikenang orang. Ada seekor burung serindit, Terbang ke paya makan padi, Kepada orang tamakkan ringgit, Kepada saya kenangkan budi. Budak-budak tanam lagundi, Tanam mari di sudut laman, Cuba-cuba kita berbudi, Jikalau baik dibuat zaman. Pada ikan baiklah udang, Sedikit tak takut kena tulang, Jahat dan baik semua ditimbang, Seumpama rambut budi tak hilang. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke benting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbuang juga. Buah lada lebat pangkal, Gugur daun dengan buahnya, Sungguh ada ringgit berkapal, Kalau tak budi apa gunanya. Pasang api di atas tanah, Cahayanya sampai ke mana-mana, Bukannya takut kena bencana, Diri sendiri takut terkena. Banyak orang di Bukit China, Sayang Cik Ali menebang kayu, Zaman sekarang ringgit berguna, Budi yang baik terbuang jua.

180.

181.

182.

183.

184.

185.

186.

24

1000 Pantun Dondang Sayang

187.

Besar kampung negeri China, Khabaran tentu dari sana, Jikalau tidak datu kerana, Orang berbudi apa gunanya. Buat meniaga di kedai Cina, Limau bali dimakan pahit, Biar miskin bertambah hina, Budi bahasa mahu yang baik. Jemur padi di atas tanah, Terbang tekukur atas bumbungan, Kita berbudi kalau terkena, Seribu syukur atas junjungan. Buat ketupat bertali-tali, Mana tergantung sudah berisi, Tak tengok tempat mahu berbudi, Sangkakan untung berjumpa rugi. Hendak beli si kain cukin, Ngan Cik Salleh orang seberang, Kaya tak berbudi kepada miskin, Tentu tak boleh nama terbilang. Tinggi rumput dari petak, Cili muda diperam masak, Jangan sebut, jangan dimintak, Budi yang baik dibalas jugak. Ada seekor burung lolang, Suka bertenggek di atas carang, Hancur daging bercerai tulang, Budi yang baik barulah hilang. Ada satu panglima barat, Matanya merah rupanya jahat, Tanggungan budi jikalau berat, Baik segera balaskan cepat.

188.

189.

190.

191.

192.

193.

194.

25

1000 Pantun Dondang Sayang

195.

Cik Esah menanam padi, Tanam mari di sawah Cina, Jangan suka mahu berbudi, Dalam berbudi kerap terkena. Kain cukin corak sebelah, Buat mari basahan mandi, Miskin kita serba salah, Harapkan budi satu tak jadi. Buah cempedak di hutan duri, Jatuh sebiji dimakan ulat, Jikalau tidak bahasa dan budi, Jalan berpimpin orang berempat. Ada seekor si anak berok, Suka bertenggek di kayu buruk, Zahir ketara, batin tersorok, Budi yang baik hilang ditaruk. Ikan duri di atas batu, Dahi jauh disangka batang, Kita berbudi sememang begitu, Takutkan rugi untung tak datang. Pokok kedondong di tepi rumah, Tanjung Katong dipandang redup, Budi dijunjung seumpama bungah, Jadi tanggungan sepanjang hidup. Pergi ke pulau mengambil karang, Dapat sedikit dibawa pulang, Dalam sepuluh tak dapat seorang, Kenangkan baik budinya orang. Mendung petang hujan tak jadi, Orang berakit dari seberang, Ke manakah hilang timbangan hati, Miskin ringgit budi terbuang.

196.

197.

198.

199.

200.

201.

202.

26

1000 Pantun Dondang Sayang

203.

Orang mengerat si kayu gelam, Tunggulnya tinggal panjang sejengkal, Budi ibarat intan manikam, Setakat cicir baru ditinggal.

PANTUN BUDI (1)
204. Pergi ke Daik di waktu pagi, Hendak membeli ubi sengkuang, Baik-baik menabur budi, Agar budi tidak terbuang. Tinggi bukit gilang gemilang, Nampak dari si Tanjung Jati, Budi sedikit masakan hilang, Tetap dikenang sampai ke mati. Pisang berangan ditimbang kati, Datang dari negeri China, Budi jangan dibawa mati, Lebih kurang bayar di dunia. Waktu petang pergi ke laut, Naik sampan mudik ke hulu, Bila terkenang mulut tersebut, Budi yang baik teringat selalu. Endang-endang padi di Daik, Padi di sawah gugur bunganya, Kalau ada budi yang baik, Ingin nak turut rumah tangganya. Buah keras si buah pala, Isi keladi dibuat bubur, Rupa paras saya tak gila, Kerana budi hatiku hancur.

205.

206.

207.

208.

209.

27

1000 Pantun Dondang Sayang

210.

Kain cukin basahan mandi, Corak berbentuk bunga mengkudu, Orang miskin kalau berbudi, Budi terbiar terbuang lalu. Sarat perahu muatan pinang, Singgah pinang berlabuh di Kuala Daik, Budi yang jahat lagi dikenang, Inikan pula budi yang baik. Taman Lagundi tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuknya mati, Budi tuan saya tak lupa, Sudah terpahat di dalam hati. Anak angsa mati lemas, Mati lemas di air masin, Hilang bangsa kerana emas, Hilang budi kerana miskin. Kain cukin corak sebelah, Buat basahan pakaian mandi, Hidup miskin serba salah, Harapkan budi satu tak jadi. Angkat sauh kembangkan layar, Kapal belayar pulang ke Langkat, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi hati terikat. Balang Tok Batin disangka kendi, Dek orang dusun tanah seberang, Malang si miskin menabur budi, Seribu tahun tidak dikenang. Budak-budak menumbuk padi, Padi huma dari Palembang, Kalau hidup tidak berbudi, Tentu hina dipandang orang.

211.

212.

213.

214.

215.

216.

217.

28

1000 Pantun Dondang Sayang

218.

Daun pisang daun keladi, Buat membungkus buah cempedak, Hidup miskin kalau berbudi, Patah tulang jasa tak nampak. Memunggah keladi ke rumah Che Min, Sambil memunggah meminum nirah, Budi jangan dibuat main, Silap terima badan terserah. Pokok keladi pokok selasih, Taman berselang si pokok pandan, Adapun budi tidak berkasih, Tentulah cicir di tengah jalan. Pergi ke pekan membeli papan, Hendak membuat pelantar mandi, Mati ikan kerana umpan, Mati insan kerana budi.

219.

220.

221.

PANTUN BUDI (II)
222. Buah cempedak di hutan duri, Jatuh sebiji dimakan ulat, Jikalau tidak bahasa dan budi, Apa kaya berdaulat. Singgah mari di rumah Cik Hitam, Dagang lalu nama Cik Nyonya, Budi ibarat padi segenggam, Cuba ditabur apa jadinya. Sayang Cik Ali pergi ke Daik, Sampai di Daik dia menyangkul, Kalau asal budi yang baik, Beri segenggam jadi sepikul.

223.

224.

29

1000 Pantun Dondang Sayang

225.

Bawa tali ke tanah seberang, Hendak dipikul ramainya orang, Tabik kecuali budi sekarang, Sikit betul banyak yang kurang. Hari minggu ke Simpang Empat, Hendak mengambil daun ketupat, Tuan berbudi tak tentu tempat, Tentulah budi balas tak dapat. Tanam padi rapat-rapat, Pokok kunyit bersama lada, Adat berbudi balas tak dapat, Kenang sedikit harapkan ada. Anak itik terenang-renang, Renang mari dalam perigi, Adat budi dikenang-kenang, Budi baik dibawa mati. Kalau tidak selendang Bali, Panggang kekek bersama lada, Kalau tidak kenang sekali, Kenang sedikit ada juga. Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke Tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. Pasang tinggi tali temberang, Layar sekoci patah kemudi, Rosak padi kerana lalang, Rosak hati kerana budi. Rosak pandan kerana padi, Rosak padi kerana bunganya, Rosak hati kerana budi, Rosak budi kerana orangnya.

226.

227.

228.

229.

230.

231.

232.

30

1000 Pantun Dondang Sayang

PANTUN BUDI (III)
233. Tabur-tabur si benih padi, Padi semantung dari seberang, Cuba-cuba menabur budi, Untung-untung diterima orang. Buah salak sayur keladi, Dari Daik bawa berempat, Jangan salah menabur budi, Harap yang baik buruk yang dapat. Turun ke ladang menanam keladi, Benih ditanam jarang-jarang, Sudah nasib dikatakan budi, Kalau ada dikenang orang. Kereta lembu berkajang lentik, Kena dengan pasang lembunya, Kata budi hatipun naik, Tersalah tempat buruk padahnya. Adik-beradik dara berempat, Duduk berlunjur menganyam ketupat, Sudah ditelek dalam makrifat, Budi ditabur tak salah tempat. Daun terap pokok ketumbit, Pokok meranti tumbuhnya rapat, Harap-harap berbuat baik, Budi diberi balas tak dapat. Beras melukut dalam bakul, Ambil raga menuai padi, Untung sabut kalau timbul, Begitu juga orang berbudi. Tangkap anak burung kedidi, Tabur padi menjerat merbah, Sudah banyak perkara terjadi, Orang berbudi sesal tak sudah.
31

234.

235.

236.

237.

238.

239.

240.

1000 Pantun Dondang Sayang

241.

Ambil kal cupak beralas, Tumbuk padi menjadi beras, Apa dikesal barang yang lepas, Namanya budi tak mengharap balas. Anyam ketupat buangkan lidi, Daunnya banyak di dalam raga, Sudah adat orang berbudi, Sudah diberi disebut juga. Pergi mengail di Anjung Batu, Dapat dipancing ikannya lepas, Niat hati tidak begitu, Kalau berbudi tak harap balas. Indang-indang padi di Daik, Padi bukit ditampi juga, Kalau ada budi yang baik, Walau sedikit dikenang juga. Ada bukit ditanam padi Rumpun sama lebat buahnya, Banyak sedikit namanya budi, Tak ada yang terima apa gunanya. Masak keladi dengan belimbing, Buat hidangan orang Bentan, Menabur budi bagai memancing, Dimakan ikan bertuah badan. Pikul tabuh orang di hulu, Buat kenduri ramai tamunya, Kalau sungguh kata begitu, Budi diberi kena tempatnya. Dari Daik ke Tanjung Jati, Sampan berlabuh bawa setanggi, Kalau baik niat hatinya, Budi ditabur disanjung tinggi.

242.

243.

244.

245.

246.

247.

248.

32

1000 Pantun Dondang Sayang

249.

Puas sudah menanam keladi, Nanas juga ditanam orang, Puas sudah menabur budi, Emas juga dipandang orang. Nilam puri di dalam peti, Kain songket emas coraknya, Kalau budi tulus di hati, Wang ringgit berikan nilainya. Orang bergalah dengan rakit, Meredah arus mudik ke seberang, Emas perak wang dan ringgit, Budi juga dipandang orang. Baik-baik jaga kemudi, Air surut pantainya landai, Sudah banyak perkara terjadi, Kerana budi badan tergadai. Tanam padi di atas bukit, Dimakan pipit burung di hutan, Kalau budi hanya sedikit, Air setitik tak tawar lautan. Masuk kuala jaga kemudi, Menyongsong rakit mudik bertiga, Sudah mula termakan budi, Kenang sedikit ada juga. Tebang sebatang pinang muda, Sagunya perang bersimpai rotan, Buat baik berpada-pada, Budi sedikit hanya ingatan. Kuih bernama puteri mandi, Hidang bersama kuih bangkit, Selalu terjadi orang berbudi, Telunjuk lurus kelingking mengait.

250.

251.

252.

253.

254.

255.

256.

33

1000 Pantun Dondang Sayang

257.

Mudik lading ke Tanjung Periuk, Belayar malam jaga kemudi, Kalau kelingking melawan telunjuk, Itu bukan namanya budi. Cekur manis sama keladi, Sayur bayam dimasak dulu, Mulut masin masa berbudi, Hati di dalam siapa yang tahu. Letak keris bersama badik, Kain bersulam bunga padi, Mulut manis hati pun baik, Baru diunjuk dikata budi. Kayuh perahu ke tanah seberang, Bawa sekali daun palas, Mana tahu hatinya orang, Unjuk budi mengharap balas. Terbang rendah burung kedidi, Hinggap berdiri di dahan berangan, Kalau sudah namanya budi, Sudah diberi disebut jangan. Buah berembang buah pedada, Kerana lebat dahannya patah, Kalau tidak ada berada, Masakan tempua bersarang rendah. Tertekap emas berhias pudi, Dipakai mari Putera Bentan, Bukan mengharap balasan budi, Dikenang baik bertuah badan. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

258.

259.

260.

261.

262.

263.

264.

34

1000 Pantun Dondang Sayang

265.

Nampak pedoman Gunung Daik, Betul haluan jaga kemudi, Kalau sudah hatinya baik, Baru senang mengunjuk budi. Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke Tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik tetap dijunjung. Kalau menanam jambu batu, Jangan tanam rapat-rapat, Kalau sudah kata begitu, Budi ditabur tak salah tempat. Dapat diburu seekor rusa, Bawa pulang ke Teluk Mas, Ambil kena musim tiba, Budi ditatang dijulang emas. Bawa keladi rumah Cik Nyonya, Mari diangkat orang di Perak, Budi sepadi disalut sekamnya, Masa disukat dek gantang perak. Di hujung dahan berkuku balam, Hinggap kedidi di tanduk rusa, Sudah biasa kehendak alam, Orang berbudi kita merasa. Daun kelapa diraut lidi, Letak nasi dalam keranjang, Sudah budi dinama budi, Paling tinggi dikenang-kenang. Indang-indang padi di Daik, Padi di sawah luruh buahnya, Bila dikenang budi yang baik, Rasa nak turut rumah tangganya.

266.

267.

268.

269.

270.

271.

272.

35

1000 Pantun Dondang Sayang

273.

Tanam kunyit sama halia, Sawah padi saujana luas, Jadi adat resam dunia, Lantaran budi janji dilunas. Burung balam burung jelatik, Unggas di hutan bersama landak, Apa diharap budi setitik, Kalau makan kenyangnya tidak. Nampak api di Tanjung Dahan, Belayar perahu di Tanjung Jati, Bukan janji jadi taruhan, Orang tahu menilai budi. Selendang batik dari Bali, Serindit makan lada muda, Kalau tidak kenang sekali, Kenang sedikit ada juga. Sukat-sukat buah berangan, Campur dengan buah pala, Kenang jangan ingat pun jangan, Budi sedikit apalah padanya. Kain sutera bunganya padi, Kain songket dibuat tudung, Sudah adat mengenang budi, Walau sedikit penaka untung. Tanam lada baru menjadi, Junjung terjungkit menimpa peria, Apalah ada pada budi, Gaduh sedikit padamlah ia. Ambil sebatang kayu seraya, Jadi palang tempat berpaut, Kalau budi bahtera perkasa, Masakan karam di gelora laut.

274.

275.

276.

277.

278.

279.

280.

36

1000 Pantun Dondang Sayang

281.

Pergi mengail di Tanjung Perak, Dapat seekor ikan sembilang, Memang budi mengelak gelora, Kalau terjadi tak dapat dihalang. Mudik perahu jaga kemudi, Biar sampai ke Pulau Upeh, Sudah tahu termakan budi, Baik-baik meniti buih. Kelapa selonggok tinggi sebatang, Buahnya lebat kelapa loji, Tak sangka budi yang mendatang, Dalam leka didendang puji. Terbang seekor burung kedidi, Mencari makan di dalam ruang, Sampai tersandung memakan budi, Bagai makan dipuji seluang. Jauh ke tengah Pulau Undan, Pasang Layar pengganti dayung, Bukan nasib permintaan badan, Kerana budi jasad menanggung. Tebu sebatang beruas-ruas, Batas bersama sayur pegaga, Kerana budi tak minta balas, Pahit maung ditahan juga. Pokok selasih di petak keladi, Buat hiasan laman Cik Nyonya, Hilangkah kasih kerana budi, Kalau emas datang gantinya? Duduk menyukat beras padi, Beras pulut ambil secupak, Kalau tahu menilai budi, Apa dipandang emas perak?

282.

283.

284.

285.

286.

287.

288.

37

1000 Pantun Dondang Sayang

289.

Ambil gantang sukatkan padi, Padi sawah Bukit Serindit, Ada orang memandang budi, Ada pula memandang ringgit. Buah rengas dalam sumpit, Dibawa orang dari Daik, Letak sebanding emas dan ringgit, Saya pilih budi yang baik. Tinggi segalah matahari naik, Pagi-pagi tangkap haruan, Sudah namanya hati yang baik, Bukan budi jadi ukuran. Singgah berlabuh di Tanjung Jati, Tambat perahu di pengkalan, Budi bersulam baiknya hati, Kalau menolak celakanya badan.

290.

291.

292.

PANTUN BUDI (IV)
293. Tanam padi di tepi batas, Mesti ditebas rumput yang panjang, Kalau budi tidak berbalas, Adakah dituntut sebagai hutang. Daun lagundi daun palas, Bersalut mari buah rumia, Budi bukan minta dibalas, Lebih kurang bayar di dunia. Daun palas batang palas, Ikat-ikat dibawa belayar, Kalau budi sudah dibalas, Ibarat hutang sudah berbayar.

294.

295.

38

1000 Pantun Dondang Sayang

296.

Ujung Pasir Bukit Cina, Bandar hilir tempat ternama, Kita berbudi setakat dunia, Mati tak boleh dibawa bersama. Asal bertih si dari padi, Padi lama tinggal segantang, Beratkah kasih ringankah budi, Neraca mana dapat menimbang. Anyam tikar pandan berduri, Pandan basah disalai-salai, Bijak akal timbangan hati, Budi dan kasih baru dinilai. Mendung petang hujan tak jadi, Orang berakit dari seberang, Ke manakah hilang timbangan hati, Miskin ringgit budi terbuang. Orang mengerat si kayu gelam, Tunggulnya tinggal panjang sejengkal, Budi ibarat intan manikam, Setakat cicir baru tertinggal. Ke Tanjung Jati menanam padi, Padi ditanam tanah berpaya, Hajat di hati hendak berbudi, Hidup miskin apakan daya. Kampung Paya Pantai Peringgit, Nampak dari Kampung Gangsa, Orang kaya berbudikan ringgit, Kita yang miskin berbudi bahasa. Dua serupa si anak Cina, Berjalan-jalan di kampung hulu, Kalau hidup papa kedana, Banyak pun budi terbuang lalu.

297.

298.

299.

300.

301.

302.

303.

39

1000 Pantun Dondang Sayang

304.

Sekal padi secupak rumia, Hendak dibawa tanah seberang, Sudah menjadi resam dunia, Ringgit juga dipandang orang. Walau lilin lurus melidi, Kalau dipasang cahayanya terang, Hidup miskin kalau berbudi, Walaupun banyak habis terbuang. Raut-raut si papan jati, Hendak dibuat si anak tangga, Jangan takut menabur budi, Sedikit sebanyak dikenang juga. Orang di Minyak merebus telur, Dimasak juga dengan lauknya, Walaupun banyak budi ditabur, Ringgit juga tinggi nilainya. Budak-budak duduk termenung, Duduk mengingat tanah seberang, Walaupun ringgit tinggi menggunung, Budi juga dikenang orang. Budak-budak menanam padi, Tanam mari di sudut laman, Saya cuba menabur budi, Kalau baik dibuat zaman. Turun ke kali untuk menuba, Jatuh tersungkur di dalam paya, Kita hidup perlu mencuba, Barulah terukur resam dunia. Pokok cempedak di Padang Temu, Daunnya lebat banyak berbunga, Ringgit hendak budi pun mahu, Baru sempurna hidup di dunia.

305.

306.

307.

308.

309.

310.

311.

40

1000 Pantun Dondang Sayang

312.

Naik sampan ke Tanjung Batu, Sampan penuh diisi galah, Kalau tuan kata begitu, Serahkan saja kepada Allah.

PANTUN HARIMAU
313. Buah mangga buah kuini, Mari diperam di guni kapas, Baik berjaga orang di sini, Harimau yang garang sudah terlepas. Ikan siakap ikan parang, Dicampur dengan ikan kerisi, Dapat kutangkap harimau yang garang Biar kukurung di sangkar besi. Pagi hari pergi ke seberang, Singgah bermalam di Pekan Daik, Dapat kutangkap harimau yang garang, Sangkar kau buat biarlah baik. Dari Lukut pergi Senggarang, Membeli siakap dengan senangin, Apa nak takut harimau yang garang, Dapat kutangkap kubuat main. Pergi ke kedai membeli tepung, Nak dibuat kuih kelepong, Harimau yang garang jangan kau kepong, Nanti binasa orang sekampung. Orang berdayung di sungai seberang, Masuk berlabuh di tepi paya, Jangan kau bimbang harimau yang garang, Kau umpankan kambing diamlah dia.

314.

315.

316.

317.

318.

41

1000 Pantun Dondang Sayang

319.

Pekan Merlimau jalan selorong, Rumah baut bercampur papan, Harimau yang garang duduk mencangkung, Kalau berani lalu di depan. Dari Senggarang pergi ke Lukut, Singgah sebentar di Kuala Linggi, Harimau yang garang saya tak takut, Harimau dah tua tak ada gigi.

320.

PANTUN HARIMAU (II)
321. Putik pauh hujung permatang, Pokok palas tumbuh di pangkal, Kalau kandang tumpang sekandang, Kalau kapal tumpang sekapal. Pergi memancing ikan haruan, Dapat seekor hari pun petang, Besar hajat harimau tuan, Perahuku kecil tiang sebatang. Rumah kecil empat penampang, Tangga sigai mengadap ke depan, Harap - harap orang penumpang, Kalau terima bertuah badan. Pakai baju koyak rabak, Rambut tak lebat pakai cemara, Kalau sanggup dilambung ombak, Tepuk dada tanya selera. Tali penyidai tinggal satu, Hari panas menyidai kain, Bila hati dah kata mahu, Ombak dan taufan kubuat main.

322.

323.

324.

325.

42

1000 Pantun Dondang Sayang

326.

Tunggang kuda naik pedati, Jatuh tersungkur dalam semak, Jangan terlalu ikutkan hati, Macam harimau naik minyak. Sudah mendidih nasi ditanak, Bara api menjadi arang, Jangan terlalu ikutkan hati, Macam harimau naik minyak. Bukan teluk sebarang - barang, Tempat orang mengambil kerang, Mana harimau nak mengusik orang, Harimau tua giginya jarang. Tempat orang mengambil kerang, Hari panas bertukar redup, Walau tua giginya jarang, Tua masak dalamnya hidup. Batu belah batu bertangkup, Cerita dahulu kisah lama, Walau masak dalam hidup, Negeri jadi badan dah tua. Air surut depan kuala, Mudik perahu orang bergalah, Walau nampak harimau tua, Kalau berjuang payah nak kalah. Tikar mengkuang tikar pandan, Bentang mari di dalam rumah, Apa malang nasibnya badan, Tebu cantik tak boleh dimamah. Pakai baju tidak berbutang, Hendak menyambut orang sebelah, Jangan kata tebu sebatang, Daging gajah boleh diratah.

327.

328.

329.

330.

331.

332.

333.

43

1000 Pantun Dondang Sayang

334.

Pergi memburu burung hutan, Dapat punai tercabut ekor, Duduk termenung berangan - angan, Kijang lalu menelan liur. Pergi menjebak burung balam, Dari petang sampai ke malam, Jangan pinta harimau menerkam, Gigi jarang taringnya tajam. Turun ke petak memetik rimau, Air asam mengganti cuka, Berapa tajam taring harimau, Gigit tulang patah juga. Kereta lembu orang Melaka, Bawa rambutan dengan pulasan, Belum tahu penggerun pusaka, Harimau mengaum kijang dah pengsan. Mudik perahu muatan sarat, Belayar menuju ke tanah seberang, Sudah dibaca dalam surat, Harimau mengaum tak makan orang. Sidai kain di atas pelepar, Pelepar kayu berpilih - pilih, Dalam sehari menanggung lapar, Harimau tua makan memilih. Hijau warnanya daun sepulih, Mari ditanam rapat - rapat, Kalau mencari asyik memilih, Direbut si kumbang makan tak dapat. Dari seberang ke Tanjung Jati, Bulan terang melambung pukat, Harimau belang berjalur sakti, Kumbang dan bintang tak berani dekat.

335.

336.

337.

338.

339.

340.

341.

44

1000 Pantun Dondang Sayang

342.

Apa bunga dekatnya titi, Bunga Cik Suri baru kembang, Apa gunanya gelang sakti, Kalau lari ditentang kumbang? Buka baju hendak disangkut, Sangkut mari ditanduk rusa, Bukan lari kerana takut, Lari beradap timbang adap. Mari bawa sebakul limau, Siang malam orang berjaja, Kalau sudah bernama harimau, Masakan singa menjadi raja. Bukan duduk diam sahaja, Duduk meraut bilah rotan, Walaupun singa menjadi raja, Harimau ganas berkuasa di hutan. Sambal pedas diperah limau, Dimakan sedap hilang pedasnya, Berapa kuat kuasa harimau, Seekor tikus mati akalnya. Mari petik mangga muda, Perah mari di dalam sekam, Tikus kecil tidak berpada, Datang rusa harimau terkam. Duduk berdua di atas tangga, Tempayan air di kiri kanan, Harimau tua kurang tenaga, Dielak rusa harimau kempunan. Orang bermain di Kampung Baru, Orang datang bertempat - tempat, Harimau tua kaya ilmu, Bijak ada tenaga pun kuat.

343.

344.

345.

346.

347.

348.

349.

45

1000 Pantun Dondang Sayang

350.

Bawa parang turun ke paya, Hendak mengambil daun lepat, Dielak rusa dengan lompatnya, Dicapai harimau tangkap tak dapat. Buah durian kacapuri, Duduk makan dekat tingkap, Acah kanan sergah kiri, Rusa yang lemah dapat ditangkap. Hendak pergi ke Pekan Merlimau, Singgah sebentar di Kampung Tedung, Jauh mana ilmunya harimau, Larinya rusa lipas kudung. Rempah cukup dicampur lada, Hendak memasak gulai ketam, Kaya ilmu harimau tua, Ramai menuntut belum khatam. Padang Temu pasirnya hitam, Orang menangkap ikan belukang, Bagaimana ilmu nak khatam, Guru mengajar lintang pukang. Kain baru baju baru, Berjalan menuju ke rumah Cik Latib, Harimau tua menjadi guru, Memang mengajar ikut tertib. Ikan terubuk ikan parang, Bersama dengan ikan serkut, Kalau sudah guru tak garang, Tidakkan ada murid yang takut. Ayam berkokok di atas pagar, Orang di sawah menampi padi, Kalau dituntut kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi.

351.

352.

353.

354.

355.

356.

357.

46

1000 Pantun Dondang Sayang

358.

Buat baju kain kasa, Beli di kedai panjangnya lima, Harimau tua guru berjasa, Banyak muridnya jadi panglima. Dagang lalu marilah singgah, Mana boleh berjalan malam, Kalau sudah harimau gagah, Tak payah diasah kukunya tajam. Tanam bunga berbaris - baris, Dalam taman tuan puteri, Apa guna bermain keris, Kalau senjata makan diri. Buah keroma di dalam balang, Buat berbuka puasa sehari, Sudah ternama harimau belang, Tengok muka cabut lari. Kecil lagi anaknya helang, Ambil seekor dibawa pulang, Kalau gajah meninggalkan tulang, Harimau mati meninggalkan belang. Kereta berjalan dari Kelang, Hendak menuju ke Kota Lukut, Belang bukan sebarang belang, Terperanjat pandang membawa maut. Tanam pinang jarang - jarang, Dibuat orang sampiran kain, Sudah terjadi zaman sekarang, Harimau ganas dibuat main. Anyam bakul sampai sudah, Kerja orang di Bukit Larang, Kalau sampai datangnya padah, Dalam baik harimau menyerang.

359.

360.

361.

362.

363.

364.

365.

47

1000 Pantun Dondang Sayang

366.

Tajam sungguh pisau raut, Buluh tilan hendak dibelahkan, Belum sampai ajal dan maut, Harimau menerkam dapat ditewaskan. Naik perahu membawa nenas, Bersama dengan buah berangan, Sudah tahu harimau ganas, Jangan beri makan di tangan. Kota Lukut nampak Seberang, Pagi hari turun ke ladang, Apa takut harimau garang, Di sangkar besi dia dikandang. Lembut - lembut si kerak nasi, Dimakan budak sambil berdiri, Walaupun duduk di sangkar besi, Harimau ganas mendiamkan diri. Tanam sebaris pokok limau, Habis patah dilaruh kerbau, Mana kuat katanya harimau, Macam ayam digigit tungau. Buah limau baru nak masak, Dipetik orang dicampak - campak, Bila harimau naik minyak, Sangkar besi habis terkopak. Terbang tinggi terbangnya helang, Di dahan jejawi hinggapnya duduk, Garang harimau sudah hilang, Di hujung hari ianya tunduk. Kerbau jantan tidak bertanduk, Halau ke kandang tidak masuk, Tunduk bukan sebarang tunduk, Tunggu masa harimau mengamuk.

367.

368.

369.

370.

371.

372.

373.

48

1000 Pantun Dondang Sayang

374.

Perah buah asam limau, Buat penawar orang mabuk, Sudah arif ilmu harimau, Pelemah garang harimau pun duduk. Beras kunyit di dalam cawan, Itulah adat orang berandam, Mengalir darah badan pahlawan, Harimau duduk menyimpan dendam. Kayuh bertiga perahu terlangsung, Sampai dekat gigi air, Apa daya harimau terpasung, Rezeki lalu menjilat bibir. Sampan belayar ke Tanjung Balai, Bawa orang Tanjung Rimau, Jaga diri jangan lalai, Silap - silap dicakar harimau. Sirih naik junjung patah, Makan sekapur pinangnya kering, Hilang kuat hilang gagah, Disimpai kancil harimau terbaring. Kayu leban di dalam paya, Ambil sebatang dibuat galah, Kalau tak ada ilmu perdaya, Harimau gagah takkan kalah. Buah langsat buah rumia, Patah dahan jatuh bersepah, Itulah adat dalam dunia, Kuasa bukan kerana gagah.

375.

376.

377.

378.

379.

380.

49

1000 Pantun Dondang Sayang

PANTUN HARIMAU
381. Sayang Che Omar mengambil rotan, Rotan dililit si batang kayu, Saya memang harimau di hutan, Menanti rezeki pergi dan lalu. Pekan Merlimau jalan selorong, Budak - budak memikul papan, Rimau yang garang duduk mencangkung, Cuba berani duduk di depan. Sayang Che Omar menghisap rokok, Asap keluar berbau busuk, Pak Belang lalu kalau disompok, Nafas semput kaki pun tepok. Buah rambai buah rambutan, Mari diikat tali belati, Apa dikira harimau di hutan, Sebelum ajal berpantang mati.

382.

383.

384.

PANTUN HARIMAU (III)
385(L) Kukerat sudah kuraut sudah, Berhenti makan di pekan Merlimau, Ke darat sudah ke laut pun sudah, Kita ke hutan mencari harimau. 386(P) Masaknya ranum buah rambutan, Ambil galah tolong jolokkan, Mengapa dicari harimau di hutan, Harimau banyak bermain di pekan. 387(L) Panglima Kelantan dari Bacuk, Hendak meminang puteri seberang, Banyak hutan sudah kumasuk, Belum kujumpa harimau yang garang.
50

1000 Pantun Dondang Sayang

388(P) Pekan Merlimau rumahnya jarang, Susah berteduh di tengah hari, Apa dicari harimau yang garang, Terdengar menderam kau cabut lari. 389(L) Panji Alang megah terbilang, Membaca hikayat Panji Semerang, Usah menderam tunjukkan belang, Harimau betina memang tak garang. 390(P) Kota Lukut Tanjung Karang, Lalu juga di pekan Linggi, Tidak kutakut harimau garang, Harimau tua tak ada gigi. 391(L) Orang menuba di sungai seberang, Dapat banyak ikan sembilang, Jangan cuba cakap temberang, Nantiku mamah kau tinggal tulang. 392(P) Duduk mengail sampai mengantuk, Baru mengena seekor bujuk, Kalau segarang harimau datuk, Dijampi mentera dapat kupujuk. 393(L) Pergi ke hutan memburu rusa, Terpijak duri terasa bisa, Harimau ni ganas pekan dan desa, Siapa tersua menjadi mangsa. 394(P) Orang Judah pergi ke Gangsa, Menjual mangkuk bersama cawan, Walau sudah menjadi mangsa, Kupujuk-pujuk kubuat kawan. 395(L) Orang seberang menjual cawan, Sambil menjual membawa raga, Harimau garang dibuat kawan, Lama-lama dimakan juga.

51

1000 Pantun Dondang Sayang

396(P) Sayur beremi dimasak singgang, Mari dihidang di dalam dulang, Sudah resmi harimau yang garang, Kuberi daging nak makan tulang. 397(L) Limau bukan sebarang limau, Mari diperam di guni kapas, Harimau bukan sebarang harimau, Kalau menangkap memang tak lepas. 398(P) Mari diperam di guni kapas, Buah betik diperam juga, Tidak kutakut tangkap tak lepas, Kena geletek terlepas juga. 399(P) Merendam lada di atas para, Air dijerang biarkan sejuk, Jangan kau cuba bermacam cara, Harimau garang tak makan dipujuk. 400(L) Ikan parang ikan siakap, Disiang orang di atas bangku, Harimau garang masuk perangkap, Tidakkan hilang taring dan kuku. 401(P) Orang menyerang dari selatan, Membawa pedang menunggang kuda, Walaupun garang harimau jantan, Kadang-kadang terkena juga. 402(L) Pawang menjampi gunakan tawas, Taruh di piring pengalas cawan, Sudah kutuntut ilmu Abu Nawas. Harimau betina mudah ditawan. 403(P) Pohon limau di tepi mengkawan, Tempat sampiran menghidai kain, Bila harimau sudah tertawan, Walaupun garang dibuat main.

52

1000 Pantun Dondang Sayang

PANTUN BURUNG
404. Tanjung Jati mengambil seberong, Perahu tersangkut dijajar pukat, Hajat hati menjerat burung, Racik reput getah tak lekat. Pulau Sambu tinjau belukar, Orang mudik sampai ke hulu, Sudah tahu burungnya liar, Jebak dan racik ditelek dulu. Apa ramai orang di darat, Padi dijemur tengah permatang, Susah menangkap dengan jerat, Kusebut sahaja burung pun datang. Pucuk nipah daun ketupat, Taruk bersama buah berangan, Jangan disangka mudah nak dapat, Burung tak mudah makan di tangan. Dari Bentan pagi hari, Pasang layar jaga kemudi, Burung di hutan menyerah diri, Inikan pula tekukur padi. Daun terap si batang rotan, Ambil akar ikat - ikatkan, Jangan diharap burung di hutan, Burung di sangkar mati tak makan. Bentang tikar di tengah halaman, Turun ke bawah duduk menekat, Burung di sangkar makan di tangan, Padi di sawah disukat - sukat. Hendak berlaga si ayam denak, Terbang merayap di tengah padang, Sudah ada burung yang jinak, Mengapa diharap burung di ladang.
53

405.

406.

407.

408.

409.

410.

411.

1000 Pantun Dondang Sayang

412.

Pokok siantan baru ditanam, Sudah berbunga merah saga, Burung di hutan jadi idaman, Kalau tak dapat kuturut juga. Singgah mari di rumah Cik Abbas, Membeli raga dengan lekar, Burung liar terbang bebas, Tidak biasa duduk di sangkar. Tanduk rusa bingkainya jati, Di tiang seri sangkutkan badik, Belum dirasanya sukanya hati, Sangkar perak berambu manik. Ambil galah di rumah Cik Kadir, Jolok berembang rebah batangnya, Kalau sudah suratan takdir, Dalam terbang patah kakinya.

413.

414.

415.

PANTUN BURUNG (II)
416. Bunga rampai ditabur - tabur, Kerana menyambut tuan puteri, Gesek biola pukul tambur, Tarik suara kita menyanyi. Baik - baik mengasah parang, Sudah banyak orang yang luka, Sudah datang banyaknya orang, Hati yang susah menjadi suka. Pakai baju pakai butang, Buat kerja dalam penanggah, Dari jauh ke mari datang, Apa hajat tuan singgah.

417.

418.

54

1000 Pantun Dondang Sayang

419.

Nampak sayu Pulau Undan, Pancing pari dapat tetuka, Kalau ada untungnya badan, Kami cuma tumpang bersuka. Dapat seekor ayam sabung, Bawa mari dalam raga, Sudah nama tempat berkampung, Singgah orang dilayan juga. Insang pari di dalam dulang, Kuih keria rasanya sedap, Sudah rasmi burung terbang, Di pokok rendang ianya hinggap. Pakai baju kain bersarung, Sulam bunga di tengah - tengah, Sudah rasmi perangainya burung, Buah lebat dianya singgah. Singgah mari di rumah Cik Nyonya, Bawa sayur di dalam raga, Walau ranum masak buahnya, Tidak setuju di hati tidak juga. Dapat seekor ikan talang, Bawa dijual jauh ke pekan, Kalau sudah bernama helang, Sebarang bangkai dia makan. Pergi mengambil petai belalang, Jolok setongkol dapat setangkai, Sungguhpun bernama burung helang, Tidak makan sebarang bangkai. Terbang sekawan burung punai, Ditiup angin haluan beralih, Burung helang punya perangai, Tidak pernah makan memilih.

420.

421.

422.

423.

424.

425.

426.

55

1000 Pantun Dondang Sayang

427.

Belayar dari Pulau Nangka, Perahu sarat muat setanggi, Jangan tuan salah sangka, Helang hinggap di pucuk tinggi. Taruh mari di dalam dulang, Dulang tembaga cantik berbingkai, Berapa tinggi hinggapnya helang, Turun ke tanah mencari bangkai. Tanam pokok tembaga suasa, Sederet dengan pokok sepulih, Burung helang burung angkasa, Cari makan pandai memilih. Limau nipis dibuat jeruk, Duduk makan tepi tingkap, Begitu banyak tumbuhnya pokok, Pokok mati helang hinggap. Muatan barang sudah dipunggah, Sampai ke darat disapu minyak, Musim luruh helang singgah, Pokok besar rantingnya banyak. Taruh minyak dalam balang, Minyak ubat kayu setanggi, Sudah adat perangainya helang, Menunggu mangsa di ranting tinggi. Pergi menebang pokok meranti, Bunyi kapak bertalu - talu, Sudah tampak helang menanti, Seekor burung tak melintas lalu. Main rebana tiup serunai, sambut datang anak raja, Celih - celih burung punai, Sampai masa datang juga.

428.

429.

430.

431.

432.

433.

434.

56

1000 Pantun Dondang Sayang

435.

Makan nasi bersayur jantung, Sama sebaya adik beradik, Jangan helang mengadu untung, Tunggu rezeki datang bergolek. Tanah luas jauh sempadan, Turun ke ladang pagi hari, Memang sudah bertuah badan, Burung terbang menyerah diri. Pagi - pagi memungut berangan, Hari Isnin hari Selasa, Kalau asyik memangku tangan, Malas bergerak tidak berasa. Kain samping baju kurung, Pakaian orang Tanjung Putri, Sudah bernama raja burung, Rezeki jauh datang sendiri. Ada parang tidak bersarung, Atas peti orang letakkan, Sudah banyak kulihat burung, Ada yang mati kerana tidak makan. Buka ketika malam Rabu, Hendak menelek barang hilang, Banyak burung beribu - ribu, Mana nak sama seekor helang. Apa dibawa di dalam dulang, Cerek bersama dengan cawan, Harapkan besar badannya helang, Burung kuning tidak terlawan. Mengail ikan di tepi kali, Dapat seekor ikan kemahang, Helang kecil rajawali, Tangkas menyambar pantas terbang.

436.

437.

438.

439.

440.

441.

442.

57

1000 Pantun Dondang Sayang

443.

Kuning merah bunga siantan, Taman larangan tuan puteri, Bukan bernama anak jantan, Kalau berlawan pukul curi. Jauh api dari panggang, Mana jadi masaknya udang, Sudah adat orang di gelanggang, Siapa lemah dia kecundang, Hang Jebat Hang Kasturi, Budak - budak raja Melaka, Kalau menang pukul curi, Burung tiak mendabik dada. Turun ke sawah menuai padi, Dari pagi ke tengah hari, Sudah banyak perkara terjadi, Melihat helang enggang pun lari. Hanyut rakit perlahan - lahan, Rakit dibuat dari kayu, Mana berani terbang ke dahan, Puyuh tahu helang menunggu. Pokok senduduk ditebang - tebang, Pokok kepaya hendak tanamkan, Setinggi mana helang terbang, Ke bumi juga mencari makan. Masak lemak sayur bermi, Campur dengan daun turi, Banyak mangsa di atas bumi, Tidak pandai menjaga diri. Basuh kain berbelang - belang, Sidai mari di bawah rumah, Mana kuat burung helang, Tunjuk berani pada yang lemah.

444.

445.

446.

447.

448.

449.

450.

58

1000 Pantun Dondang Sayang

451.

Parut sagu di bulan terang, Bulan kabur dilindung awan, Kalau musuh tunjuk temberang, Helang tak gerun hendak melawan. Singgah sekejap di Anjung Batu, Hendak memetik buah ciku, Kalau kena burung hantu, Helang takut sorokkan kuku. Beras melukut di dalam dulang, Disukat dengan cupak tempurung, Sudah disebut namanya helang, Itulah dia panglima burung. Kuih bernama insang pari, Dibuat mari di dalam talam, Cakap besar siang hari, Burung hantu raja malam. Dari jauh berbalam - balam, Pokok durian kaca puri, Kalau helang terbang malam, Burung hantu hilangkan diri. Pokok kelapa satu - satu, Cari yang tinggi hendak ditebang, Berani lagi si burung hantu, Siang malam dia terbang. Wangi baunya daun nilam, Ditanam orang dekat pengkalan, Burung hantu terbang malam, Temankan pungguk rindukan bulan. Cik Siti menjual kain, Kain dibawa berbungkus - bungkus, Jadi kawan burung lain, Burung hantu makan tikus.

452.

453.

454.

455.

456.

457.

458.

59

1000 Pantun Dondang Sayang

459.

Rempah ratus di dalam balang, Tidak dicampur dengan ketumbar, Mana sama si burung helang, Ikan di sungai boleh disambar. Orang meraut bilah rotan, Duduk tersandar di tengah rumah, Jadi penunggu pokok di hutan, Buah ranum burung tak jamah. Pergi ke pantai tangkap belangkas, Dapat dua bagi bertiga, Sudahlah kuat lagi tangkas, Ayam didik disambar juga. Tengah hari cuaca panas, Turun ke sawah bakar jerami, Sudah buas lagi ganas, Ditembak orang jatuh ke bumi.

460.

461.

462.

PANTUN BURUNG (III)
463. Kelapa puan buahnya lebat, Kayuh perahu mudik ke seberang, Maaf tuan maaf sahabat, Tumpang lalu di lamannya orang. Ambil keladi hari Selasa, Buah berangan di Bukit Meta, Sudah berbudi sudah berbahasa, Tak ada halangan pada kita. Tikar selerang Raja Andoman, Makan sirih dalam puan, Bukan senang pijak halaman, Hutan rimba lagikan bertuan.

464.

465.

60

1000 Pantun Dondang Sayang

466.

Hendak memanjat kelapa puan, Pokoknya rendah dililit rotan, Besar hajat rupanya tuan, Sampai meredah belukar dan hutan. Tanjung Jati mengambil seberong, Perahu tersangkut dijajar pukat, Hajat hati menjerat burung, Racik reput getah tak lekat. Pulau Sambu tinjau belukar, Orang mudik sampai ke hulu, Sudah tahu burungnya liat, Jebak dan racik ditelek dulu. Apa ramai orang di darat, Padi dijemur tengah permatang, Susah menangkap dengan jerat, Kudekat saja burung pun datang. Pucuk nipah daun ketupat, Taruh bersama buah berangan, Jangan disangka mudah nak dapat, Burung tak mudah makan di tangan. Dari Bentan di pagi hari, Pasang layar jaga kemudi, Burung di hutan menyerah diri, Inikan pula tekukur padi. Daun terap si batang rotan, Ambil akar ikat-ikatkan, Jangan diharap burung di hutan, Burung di sangkar mati tak makan. Bentang tikar di tengah halaman, Turun ke bawah duduk menekat, Burung di sangkar makan di tangan, Padi di sawah disukat-sukat.

467.

468.

469.

470.

471.

472.

473.

61

1000 Pantun Dondang Sayang

474.

Hendak belaga si ayam denak, Terbang merayap di tengah padang, Sudah ada burung yang jinak, Mengapa diharap burung di ladang. Pokok siantan baru ditanam, Sudah berbunga merah saga, Burung di hutan jadi idaman, Kalau tak dapat kuturut juga. Singgah mari di rumah Cik Abas, Membeli raga dengan lekar, Burung liar terbang bebas, Tidak biasa duduk di sangkar. Tanduk rusa bingkainya jati, Di tiang seri sangkutkan badik, Belum dirasa sukanya hati, Sangkar perak berambu manik. Ambil galah di rumah Cik Kadir, Jolok berembang rebah batangnya, Kalau sudah suratan takdir, Dalam terbang patah kepaknya. Bunga belangkas pokok jerimin, Puteri Kedah dua sebaya, Rajawali tangkas menyusur angin, Masakan mudah patah sayapnya. Pokok sena buah delima, Terlentuk layu patah tangkainya, Kalau kena serapah panglima, Burung jentayu tumpul kakunya. Air pasang menjerat penyu, Bakul selang dibuat bubu, Bukan sebarang helang jentayu, Belum di gelanggang belum tahu.

475.

476.

477.

478.

479.

480.

481.

62

1000 Pantun Dondang Sayang

482.

Tuai mari padi jelapang, Tikar mengkuang sesat ditaja, Kerana elak bedik senapang, Burung berek terbang senja. Mudik perahu pergi ke Bagan, Senja lalu berbalam-balam, Bukan malu campur segan, Burung hantu terbang malam. Di dalam karung buah rambutan, Buat jualan di pekan sari, Namanya burung bermain di dahan, Memang amalan ilmu pencari. Cari seberong ambil kepiting, Jumpa lokan sayur beremi, Makannya burung buah di ranting, Dia tak makan rumput di bumi. Kuala Duyung sampan nak masuk, Sarat bermuat buah saga, Walaupun burung makan di pucuk, Minum air di kubang juga. Anak kera anak lotong, Tidak sama anak kokang, Sedangkan sungai air di gunung, Burung tak turun minum di kubang. Tinggi-tinggi Gunung Tahan, Cerita Puteri Mayang Mengurai, Jangan sombong nuri di dahan, Burung gagak makan bangkai. Pergi menangkap cicak mengkarung, Sumpit pandan berisi ubi, Jangan hina binatang burung, Burung Borak kenaikan Nabi.

483.

484.

485.

486.

487.

488.

489.

63

1000 Pantun Dondang Sayang

490.

Pokok cempedak pokok nangka, Padi huma tanam di sawah, Kalau tidak berada-ada, Masakan tempua bersarang rendah. Ikan parang ikan belukang, Mari dipanggang orang di kuala, Bukan temberang si burung tukang, Sibuk bertukang rumahnya tak ada. Burung bangau lehernya panjang, Mencari makan di belakang kerbau, Memang namanya burung temberang, Burung tukang dengan sebarau. Hendak mengambil tebu sambang, Pagi-pagi turun ke ladang, Berbuat baik burung terbang, Dalam diam mencari keledang. Bibir berkelim bakul mengkuang, Siap separuh berisi tanduk, Nampaknya alim burung helang, Rupanya gelojoh kaki randuk.

491.

492.

493.

494.

PANTUN BURUNG (IV)
495. Budak-budak mandi di perigi, Perigi di bawah sepohon manggis, Banyak tempat telah kupergi, Jarang kunampak tiong menangis. Tanam tebu berselang manggis, Mari ditanam di tepi pantai, Bayan tersedu tiong menangis, Melihat nuri terkena rantai.

496.

64

1000 Pantun Dondang Sayang

497.

Beli gula si gula batu, Hendak dicampur menjadi inti, Mengapa pula jadi begitu, Tidakkah tahu rantai menanti. Kalau tiba musim tengkujuh, Nelayan tidak turun memukat, Nuri memang burung gelojoh, Tamak makan terlupakan jerat. Tiap hari musim tengkujuh, Nelayan tidak menangkap ikan, Memang nuri jadi gelojoh, Kalau jarang diberi makan. Sarat perahu berisi lokan, Hendak dibawa ke rumah peraih, Bukan tak mahu diberi makan, Nuri selalu suka memilih. Setiap hari pergi meraih, Ke Kampung Hulu Pengkalan Rama, Memanglah nuri suka memilih, Kalau selalu makanan yang sama. Tongkat patah teraba-raba, Berjalan tetap jika berpapah, Puas sudah saya mencuba, Tapi tetap tidak berubah. Ke Tanjung Jati pergi menuba, Ikan berada di celah pagar, Ingin hati nak mencuba, Tapi tak ada burung di sangkar. Buah keranji di dalam peti, Susah diangkat kerana berat, Kalau tinggi hajat di hati, Cuba-cubalah memasang jerat.

498.

499.

500.

501.

502.

503.

504.

65

1000 Pantun Dondang Sayang

505.

Ikan belanak tersangkut pukat, Burung balam makan yang busuk, Sudah banyak kupasang jerat, Hingga ke malam burung tak masuk. Jong sarat si ikan busuk, Ikan busuk dimakan jangan, Pasang jerat burung tak masuk, Burung dah biasa makan di tangan. Ikan busuk dimakan jangan, Jemur di tikar hilangkan rasa, Kalau biasa makan di tangan, Habislah ikhtiar habis bicara. Ikan haruan ikan kelisa, Dicampur lagi si ikan sepat, Jangan tuan berputus asa, Cuba lagi sehingga dapat. Tanam tebu tepi perigi, Tumbuh rumput merata-rata, Bukan tak mahu mencuba lagi, Takut-takut berputih mata. Dikerat-kerat dilipat-lipat, Dipotong pula si daun lepat, Dipasang jerat burung tak dapat, Dicuba pula ilmu makrifat. Sayang ketupat dalam perahu, Diikat mari berlima-lima, Ilmu makrifat saya tak mahu, Jarang sekali berkekal lama. Pagi hari menangkap sotong, Masak gulai bercampur terong, Apa guna sangkar digantung, Kalau tidak berisi burung.

506.

507.

508.

509.

510.

511.

512.

66

1000 Pantun Dondang Sayang

513.

Anak beruk si anak lotong, Hendak bermain di pokok jelutung, Biarlah buruk sangkar digantung. Tidak kuisi sebarang burung. Ambil batu si batu bata, Hendak membuat rumah gedung, Kalau itu di akhir kata, Tidaklah dapat saya menolong.

514.

PANTUN AYAM
515. Ambil santan kelapa puan, Masak keladi siput Bentan, Kalau jantan ayammu tuan, Jalakku ini ayam tambatan. Pertama rambutan kedua jering, Ketiga pauh jadi lima, Biringku bukan sebarang biring, Ayam jaguh Datuk Panglima. Buah jering sambal lada, Orang makan satu hidang, Jalak biring semua dah ada, Cuba lepaskan di tengah padang. Buah jering dalam perahu, Bawa di jual di pasar minggu, Biring lalu Jalak menunggu, Mata Jalak mengirai bulu. Buah salak dari Seberang, Dibawa mari anak Cik Aman, Jangan Jalak nak tunjuk temberang, Kalau berani turun di halaman.

516.

517.

518.

519.

67

1000 Pantun Dondang Sayang

520.

Budak - budak bermain congkak, Buah keluar dari kotak, Jangan Biring sombong dan bongkak, Bulu kukirai kepala pun botak. Buah belimbing di dalam kotak, Dibawa balik dimasak kari, Biar Biring kepalanya botak, Belum kalah Biring tak lari. Hendak menuju ke Tanah Seberang, Mari dikayuh sampan kolek, Jangan Biring nak tunjuk garang, Sekali kutaji tunggang terbalik. Anak Cina menjual keledek, Jering tersangkut pengandar pendek, Biring tak takut jatuh tergolek, Bila bangun dia lawan balik. Tanam keledek ubi dan lada, Kebun dibuat tepi desa, Berani lawan menepuk dada, Tajiku tajam paruhku bisa. Kalau pergi ke Bukit Mertajam, Singgah bermalam di rumah Cik Nyonya, Sungguh Jalak tajinya tajam, Biring mencakar dengan kukunya. Pergi ke hutan menebang balak, Balak disukat di tengah padang, Belum ajal kerana Jalak, Biring tak mati di tengah gelanggang.

521.

522.

523.

524.

525.

526.

68

1000 Pantun Dondang Sayang

PANTUN AYAM (II)
527. Buah salak di tepi paya, Buah yang masak berbonggol - bonggol, Dapat kutangkap jalak yang tua, Nanti kusembelih di atas bendol. Buah kepaya getah meleleh, Yang mana masak dimakan tikus, Jalak yang tua jangan disembelih, Kulit tak luka urat pun tak putus. Pokok salak sebelah hulu, Jatuh terhempap pohon gelenggang, Jalak berkokok bertalu - talu, Kenapa takut nak masuk gelanggang. Buah salak buah keranji, Bawa berjual di pekan Beruas, Jalak yang ini baru bertaji, Bimbang bersabung di gelanggang luas. Anak Cina pulang ke China, Sampai ke China membakar petas, Jalak memang mirip betina, Kalau mengeram telur tak menetas. Buah salak dari China, Jatuh sebiji tidak mengena, Walaupun jalak mirip betina, Sudah bersabung sampai ke mana.

528.

529.

530.

531.

532.

PANTUN AYAM (III)
533. Tanam tiang sampiran kain, Dekat dengan rumpun pandan, Hajat hati tumpang bermain, Kalau ada tuahnya badan.
69

1000 Pantun Dondang Sayang

534.

Tudung lain baju lain, Dipakai mari pergi ke pekan, Gelanggang memang tempat bermain, Silat apa tuan pencakkan. Ambil siput bersama lokan, Buat pais rumah Cik Mariam, Burung bukan helang pun bukan, Makan mengais namanya ayam. Bentang mari tikar pandan, Alat duduk orang datang, Sudahkah penuh ilmu di badan, Hendak bermain di tengah gelanggang. Ambil pisau raut rotan, Hendak dibuat bakul salang, Jaguh muda ayam tambatan, Tahan diuji gagah berjuang. Ambil sebatang pokok serai, Masak gulai ikan petek, Dengar kokok berderai - derai, Mintak dipandang dirinya cantik. Pantai Melaka berteluk - teluk, Banyak berlabuh perahu sampan, Balung papan macam tengkolok, Mata memandang hati tertawan. Orang di baruh berkain batik, Tumpang perahu dari Bugis, Sungguh jaguh dipandang cantik, Sayang ekornya menyapu najis. Masak nasi sayurnya bayam, Makan di bawah pokok cendana, Itu namanya lawi ayam, Libas kanan pun kena.

535.

536.

537.

538.

539.

540.

541.

70

1000 Pantun Dondang Sayang

542.

Pokok pauh baru berputik, Buat ulam orang Senggarang, Apa guna berbulu cantik, Kalau takut masuk gelanggang. Apa ramai orang dipandang, Temasya orang berlawan pedang, Jangan tengok salah pandang, Jaguhku ini biasa berjuang. Sisik kayu buat mengkawan, Batang pinang tidak berduri, Cakap besar jaguhmu tuan, Datang jalak kucabutlah lari. Masuk kuala kayuh perahu, Muat halia dengan lengkuas, Belum dicuba belum tahu, Buku belum bertemu ruas. Orang di Kuala mengail siakap, Tali pancing putus disambung, Cakap boleh sebarang cakap, Jaguh belum pandai bersabung. Masak kuah sayur pegaga, Hendak menjamu orang datang, Kalau belum pandai berlaga, Tak kubawa masuk gelanggang. Apa riuh orang di baruh, Buat rumah palangnya patah, Sangka kutengok gelagatnya jaguh, Apa pandai ilmunya mentah. Tanam bunga tembaga suasa, Ditiup angin dahannya patah, Jaguh muda tegap sasa, Jalak biring boleh diratah.

543.

544.

545.

546.

547.

548.

549.

71

1000 Pantun Dondang Sayang

550.

Orang di bangsal membuat perahu, Tukang lunas tangan kidal, Belum tengok mana nak tahu, Apa bukti jaguhmu handal. Air tangkal buat selusuh, Tuan puteri beranak sulung, Sudah terbukti penangannya jaguh, Biring kecundang sekali sabung. Ada satu pokok sena, Daunnya lebat batangnya lampung, Macam adat ayam betina, Bertelur sebiji riuh sekampung. Guruh berbunyi berselang tagar, Tanda selangat datang sekawan, Kokok berderai di atas pagar, Jaguh ketagih mencari lawan. Wangi baunya daun pandan, Dibuat orang puteri mandi, Kokok nyaring di tengah medan, Bila bersabung patah kaki. Sampan mudik air beralun, Sampan kolek panjang lima, Sudah kutahu susur galur, Baka jaguh keturunan panglima. Burung gagak terbang sekawan, Hinggap di pokok dahan melempai, Langkah jalak gerak pahlawan, Bergerak jaguh taji dah sampai. Pergi ke hutan mengambil salak, Jatuh tersangkut di atas titi, Baik - baik terjahmu jalak, Taji jaguh pedang sakti.

551.

552.

553.

554.

555.

556.

557.

72

1000 Pantun Dondang Sayang

558.

Bau semerbak semua kampung, Cantik rupanya bunga kecubung, Taji jalak simpan bersarung, Gerak pantas kilat bersabung. Tampak dari atas jambatan, Burung tempua berkawan - kawan, Jaguh namanya ayam tambatan, Pantas membaca geraknya lawan. Bunga bernama jari lipan, Bunga raya warnanya merah, Jangan angkuh si pial papan, Disadap taji luka berdarah. Kalau dapat galah panjang, Buat menjolok buah mangga, Kalau tak pantas tendang terajang, Leher jalak menjadi mangsa. Banyak sungguh si pucuk paku, Tumbuh melata di pangkal sena, Namanya jalak di pial batu, Cepat mengelak taji tak kena. Apa melenguh kerbau di kandang, Harimau melompat tidak berantai, Berdiri jaguh berdada bidang, Jalak melompat tendang tak sampai. Kalau beli buah salak, Taruh mari dalam keranjang, Bukan jalak sebarang jalak, Sambil melompat tendang terajang. Duduk berdua mengasah parang, Sampai berkilat tajam matanya, Jangan cuma cakap temberang, Diserang jaguh buruk padahnya.

559.

560.

561.

562.

563.

564.

565.

73

1000 Pantun Dondang Sayang

566.

Pergi ke pantai melangai udang, Banyak dapat depan kuala, Sudah biasa main di gelanggang, Tak sempat elak kutepis pula. Beras pulut dibuang sekam, Ditiup angin sampai sempadan, Silap tepis taji menikam, Patah sayap merana badan. Tual - tual kayu balak, Bawa berhanyut ke Pulau Pangkor, Belum tahu penangannya jalak, Sayap menyepak jatuh tersungkur. Asam bernama buah pauh, Jatuh sebiji tepi halaman, Sudah biasa pantasnya jaguh, Datang kiri elak ke kanan. Cik Minah pandai memasak, Kuah lemak sayur turi, Belum puas hatinya jalak, Sudah tersungkur diterkam lagi. Batang lurus pokoknya lokam, Hendak dipanjat dicalar duri, Berapa kerap jalak menerkam, Tidak jaguh mendiam diri. Pagi - pagi sejuknya embun, Hendak mencari buah pala, Tidak sempat jaguh bangun, Kukunya tajam mencengkam pula. Pakai baju kasa jarang, Cucuk sanggul bunga melati, Sama kuat sama garang, Jaguh bangkit menentang lagi.

567.

568.

569.

570.

571.

572.

573.

74

1000 Pantun Dondang Sayang

574.

Terbang punai melayang-layang, Pokok leban lebat buahnya, Dalam bangun terhuyung-hayang, Disabung jalak terkulai lehernya. Mari hinggap di atas bumbung, Merbok jinak terlepas sangkarnya, Sudah adat ayam bersabung, Ada menang ada kalahnya. Taruh mari di dalam dulang, Buah cempedak dengan kepaya, Kesian jaguh nasibnya malang, Di mata pisau akhir hidupnya.

575.

576.

PANTUN AYAM JALAK (IV)
577. Orang Jawa jual lengkuas, Isi mari di dalam karung, Sudah tiba padang yang luas, Di sini tempat jalak bersabung. Burung gagak di atas tebing, Cari makan dalam perahu, Seekor jalak seekor biring, Kalah menang belum kau tahu. Orang Padang menjual serai, Serai dijual berbeban - beban, Jalak garang kokok berderai, Biring menyorok di celah reban. Manis sungguh si buah pauh, Makan budak tepi perigi, Patah sayap bertongkat paruh, Biring beranjak tidak sekali.

578.

579.

580.

75

1000 Pantun Dondang Sayang

581.

Ambil cuka jerukkan kundang, Campur dengan si buah salak, Biring jangan nak tunjuk garang, Takut togel kepala pun botak. Kalau tuan pergi ke Kedah, Kirimkan saya si pulut panggang, Jangan mengaku kuat dan gagah, Belum diuji tengah gelanggang. Burung Balam di tepi sawah, Cari makan di sawah padi, Tajiku tajam bagai diasah, Salah kau tepis ajal menanti. Taruk di piring goreng keledek, Dimakan budak dua beradik, Walaupun biring tajinya pendek, Tak dapat kau elak jatuh tergolek.

582.

583.

584.

PANTUN AYAM (V)
585(S) Menebang pokok di hutan hulu, Jangan terhempap pohon gelenggang, Jalak berkokok bertalu-talu, Kenapa takut masuk gelanggang. Buah salak buah keranji, Nak dijual di pekan Beruas, Jalak yang ini baru bertaji, Bimbang bersabung di gelanggang luas. Anak Cina pulang ke China, Sampai ke China membakar petas, Jalak memang mirip betina, Bertelur banyak mengeram tak menetas.

586(J)

587(S)

76

1000 Pantun Dondang Sayang

588(J)

Anak Cina pulang ke China, Hendak membeli si buah kana, Walaupun jalak mirip betina, Boleh bersabung di mana-mana. Buah salak dari seberang, Buahnya masak berbonggol-bonggol, Kalau kudapat jalak yang garang, Nanti kusembeleh di atas bendul. Buah kepaya getah meleleh, Mana yang masak dimakan tikus, Jalak yang garang jangan kau sembeleh, Isi tak luka urat pun tak putus. Buah salak di dalam piring, Buah kecubung dalam genggaman, Tuan jalak saya biring, Cuba-cuba bersabung di halaman. Anak kepiting dalam perahu, Bawa bersama ikan gelama, Berketuk biring jalak dah tahu, Jalak melawan ayam betina. Hendak membuat pengayuh perahu, Dibelah dikerat kayu meranti, Jalak bersuara biring dah tahu, Bila-bila saja biring menanti. Dari Kedah ke Seri Menanti, Hendak membeli si nira kabung, Kalau sudah biring menanti, Jangan lengah mari bersabung. Pokok jering sedang berbunga, Bunganya kembang tidak berbau, Jangan dihina biring betina, Di tengah gelanggang baru kau tahu.

589(S)

590(J)

591(S)

592(J)

593(S)

594(J)

595(S)

77

1000 Pantun Dondang Sayang

596(J)

Sayup terdengar suaranya nyaring, Biduan menyanyi di pokok keranji, Saya tak gentar pada biring, Biring betina tidak bertaji. Anak Cina memasak suji, Masak dalam periuk tembikar, Walaupun biring tidak bertaji, Kukunya panjang boleh mencakar. Dari Lukut ke Pasir Panjang, Hendak mencari si kayu getah, Jalak tak takut kuku yang panjang, Dikilas taji kuku kau patah. Budak-budak memasak bubur, Bubur dimasak campur keledek, Jalak jangan cakap takbur, Tendang si biring jalak tergolek. Dibuat ubat si potek jering, Sakit telantar berminggu-minggu, Berapalah kuat tendang si biring, Haram tak gentar jalak menunggu. Sampan koleh ke Pulau Besar, Tidur lena dalam perahu, Jalak boleh bercakap besar, Bila dah kena baru kau tahu. Cabut sebatang ubi keledek, Hendak dimasak untuk berbuka, Walau ditendang badan tergolek, Badan jalak haram tak luka. Orang menuba air nak kering, Ikan melata di atas batu, Jangan cuba menduga biring, Ku jampi mentera terus kau kaku.

597(S)

598(J)

599(S)

600(J)

601(S)

602(J)

603(S)

78

1000 Pantun Dondang Sayang

604(J)

Buah kelapa buah kuini, Dijolok galah jatuh sebiji, Tak pernah kujumpa biring yang ini, Tidak mengalah walau diuji.

PANTUN BUNGA
605. Bunyi berderap suara di padang, Ada pedang senapang peluru, Harap juga bunga tu kembang, Kembang tak lama berbalik layu. Pasir masuk berderap-derap, Ombak berlabuh di tepi pantai, Bunga kiambang jangan diharap, Tentu tak lama lekat di tangkai. Pak Ma’arof pergi ke Jertih, Kainnya merah berbaju jubah, Bunga di pasu sudah terpilih, Berapa dijaga tentu berubah. Dengar suara seberang sana, Ayam berkokok dipohon sena, Sememang kutahu resmi bunga, Bunga di pokok tentu tak lama. Encik Dollah Panglima Raja, Masuk berperang negeri Melayu, Sedang dibela sedang dijaga, Sedang di air selalu layu.

606.

607.

608.

609.

79

1000 Pantun Dondang Sayang

PANTUN SINDIRAN BUNGA
610. Kapal masuk berkemas-kemas, Serta berkemas soldadu seperasuk, Asal pokok menjadi tunas, Sudah bertunas baru berpucuk. Raja masuk alatan ditiup, Lagu ditiup bersama-sama, Bertunas pucuk baru berkudup, Dari kudup baru berbunga. Lagu ditiup bersama-sama, Meriam dipasang anak Palembang, Semua kudup menjadi bunga, Datang embun baru ia berkembang. Bunyi berderap suara dipadang, Serta pedang senapang peluru, Harap juga bunga berkembang, Kembang tak lama berbalik layu. Panglima Melaka pergi berperang, Raja Melaka akan iringnya, Suka hati tatkala kembang, Sudah layu apa gunanya. Orang Penambang mudik ke hilir, Nak mencari si batu karang, Walaupun layu kembang di air, Tetap juga dicari orang. Anak Cina masuk Melayu, Buka kedai hujung negeri, Bunga di pokok selalu layu, Tak usah dileloi gugur sendiri. Duduk memohon raja Palembang, Itu nama raja Melayu, Turun embun hingga kembang, Sampai siang sendiri layu.
80

611.

612.

613.

614.

615.

616.

617.

1000 Pantun Dondang Sayang

618.

Orang Melayu serupa Keling, Masuk belayar di Negeri China, Sudah layu hampir kering, Nanti ketika jatuh ke tanah. Che Dollah panglima raja, Masuk berperang negeri Melayu, Sedang dibela sedang dijaga, Sedang di air selalu layu. Telok Sungai di Kuala Daik, Masuk berperang negeri Melayu, Suka disemai benih baik, Jikalau kembang tentu tak layu. Wak Dollah meniup serunai, Serunai ditiup lubangnya enam, Bukan salah kepada benihnya, Mengkali silap orang menanam. Buat rumah di hujung kebun, Duduk mari orang di Gangsa, Semua bunga harapkan embun, Embun tak tahu menimbang rasa.

619.

620.

621.

622.

PANTUN BUNGA
623. Dari Ipoh ke Kuala Tahan, Bawa belanga periuk tak lupa, Besar sungguh kuasa Tuhan, Mencipta bunga berbagai rupa. Naik perahu ke Kuala Tahan. Bawa pukat menangkap toman, Baru kutahu kuasanya Tuhan, Bukan setakat bunga di taman.

624.

81

1000 Pantun Dondang Sayang

625.

Bawa pukat menangkap toman, Toman di air namaknya liar, Bukan setakat bunga di taman, Di dalam air hidupnya segar. Duduk berniaga tepi penambang, Tumpang berteduh di kedai pajak, Cantik sungguh bunga kiambang, Nampak subur akar tak jejak. Mengail ikan di tepi pagar, Di tempat redup air mengalir, Akar bukan sebarang akar, Boleh hidup di dalam air. Menganyam raga dari rotan, Hendak muat si benih padi, Itulah dia kuasanya Tuhan, Apa dibuat pasti menjadi. Ikan belida ikan sebarau, Anak seluang bercampur puyu, Bila tiba musim kemarau, Daunnya kering bunganya layu. Orang penambang turun ke hilir, Hendak mencari pengasah parang, Walaupun kiambang layu di air, Tetap juga dicari orang. Ikan puyu dari permatang, Diambil boleh dibuat makan, Walaupun layu dicari orang, Tetap tak boleh dibuat hiasan. Askar beralih dari batasan, Bawa petunjuk di waktu malam, Walau tak boleh dibuat hiasan, Tapi penyejuk air di kolam.

626.

627.

628.

629.

630.

631.

632.

82

1000 Pantun Dondang Sayang

633.

Orang merajuk di tengah malam, Berjalan seorang lepas bergaduh, Kalau nak sejuk air di kolam, Buatkan sahaja di tempat teduh. Tumbuh subur si pohon sirih, Tumbuhnya cantik di dalam ladang, Di tempat teduh memangkan boleh, Kurang cantik mata memandang. Hinggap kumbang di daun kayu, Daun bernama si daun jati, Kalau kiambang semuanya layu, Carilah teratai sebagai ganti. Buat kuih berisi inti, Dibawa merayau buat berjaja, Teratai boleh jadi pengganti, Datang kemarau kan layu juga. Sayang panglima berjaga malam, Bersiar-siar di dalam taman, Biarlah bunga layu di kolam, Asal tidak layu di tangan. Kalau diikut jalan di kota, Udara nyaman sedap rasanya, Apa maksud tuan berkata, Layu di tangan apa bezanya. Buah berangan timbang sekati, Hendak dibawa ke Kampung Padang, Layu di tangan terus ke hati, Kerana lama mata memandang. Pungut siput di tepi bagan, Mari diletak di atas talam, Kalau takut mati di tangan, Jagalah air pengisi kolam.

634.

635.

636.

637.

638.

639.

640.

83

1000 Pantun Dondang Sayang

641.

Sungguh tampan orang di hilir, Suka bermain si sepak raga, Lenguh tanganku mengisi air, Tiba masanya kan layu juga. Ambil pisau di tepi dinding, Mengerat rotan si rotan sega, Jangan dirisau jangan dirunsing, Takdir Tuhan diterima saja.

642.

PANTUN LAUT
643. Orang membajak sawah Cik Dawam, Kerjanya banyak sampai ke malam, Tuan bijak saya pun faham, Cuba belayar di lautan dalam. Petang ini hari minggu, Duduk di kedai sampai ke malam, Sudahkah cukup ilmu guru, Sanggup nak selam lautan dalam. Tampak mukanya Datuk Penggawa, Sambil menimang keris pendua, Apa ditanya ilmu dan petua, Tahukah di lautan bersabung nyawa. Sayang Cik Siti ke rumah Nyonya, Hendak mencari si buah pinang, Kalau tak takut bersabung nyawa, Marilah kita bersama - sama berenang. Petir berdentum angin menderu, Hujan turun di laut dalam, Sudah kutuntut petua guru, Berenang di laut macam di kolam.

644.

645.

646.

647.

84

1000 Pantun Dondang Sayang

648.

Buah nenas dari Kelebang, Isikan mari dalam perahu, Kalau dah lemas kena gelombang, Hilang nafas barulah kau tahu. Menangkap sepat di celah kiambang, Tangkap mari di dalam kolam, Bagiku laut taman gelombang, Jadi permainan siang malam. Sayang Cik Abang memakai kain, Sambil berjalan memotong rumput, Gelombang besar jangan buat main, Akhirnya mati nyawa tercabut. Orang menyanyi di rumah Cik Daud, Berbalas pantun sahut menyahut, Walau membukit gelombang membalut, Belum ajal berpantang maut. Orang mengail di atas batu, Dapat seekor si udang galah, Kalau tuan cakap begitu, Terserah sahaja kepada Allah.

649.

650.

651.

652.

PANTUN LAUT (II)
653. Fajar menyingsing waktu subuh, Ketuk - ketuk tidak berbunyi, Gesek biola pukul tambor, Tarik suara kita menyanyi. Dalam pasu pokok jerimin, Tanam juga bunga melati, Sudah biasa orang bermain, Ada lagu orang menyanyi.

654.

85

1000 Pantun Dondang Sayang

655.

Paku Sambu Pulau Tinggi, Nampak dari Belakang Mati, Nyanyi boleh sebarang nyanyi, Asal dapat menghibur hati. Pasir Panjang Belakang Mati, Ramai orang mandi berenang, Sudah adat orang menyanyi, Hati yang susah menjadi senang. Pokok nibung batang berduri, Rumah buruk tidak berpasak, Saya tidak pandai menyanyi, Suara serak lagunya rosak. Dalam petak disemai padi, Buat pagar kayu berduri, Memang belum pernah terjadi, Orang bijak menonjol diri. Bawa lengkuas dari Daik, Gunung Banang tampak berbalam, Laut luas cuaca pun baik, Hati senang belayar malam. Buat kuih beras pulut, Hendak wangi dicampur pandan;, Layar dikembang kemudi kupaut, Kalau tak laju celaka badan. Nampak api di Paya Lebar, Orang berhenti di Pengkalan, Laju - laju perahu belayar, Jaga kemudi jaga haluan. Duduk mengail di batu karang, Umpan tidak dijamah ikan, Sudah dipegang tali temberang, Perahu tidak berubah haluan.

656.

657.

658.

659.

660.

661.

662.

86

1000 Pantun Dondang Sayang

663.

Pasang belat di Tanjung Tuan, Dari siang sampai ke malam, Besar mana perahunya tuan, Dipukul ribut perahu pun karam. Pergi ke pekan bawa berangan, Datang Cik Musa menjual pulut, Ribut taufan bukan halangan, Sudah biasa bermain di laut. Dapat seekor ikan siakap, Orang mengail di waktu malam, Cakap boleh sebarang cakap, Ombak besar perahu tenggelam. Kopek kelapa buang sabut, Buat serunding rumah Cik Nyonya, Sudah arif bermain laut, Cuaca buruk dapat dibaca. Batang rotan dibilah - bilah, Ambil satu dibelah tiga, Kalau sampai kehendak Allah, Ribut turun tidak bertanda. Makan nasi lauk keladi, Pucuk gajus dibuat ulam, Tekong bijak jaga kemudi, Elak perahu jangan karam. Habis nasi diambil ketupat, Lawan dengan sayur pegaga, Sepandai - pandai tupai melompat, Silap lompat ke tanah juga. Siapa duduk di balik tabir, Orang lalu di laman Cik Daud, Kalau belum sampai takdir, Takkan mati di tengah laut.

664.

665.

666.

667.

668.

669.

670.

87

1000 Pantun Dondang Sayang

671.

Orang ambil sayur keladi, Mari isi di bakul rotan, Bijak manapun jaga kemudi, Laut yang luas bukan daratan. Suak - suak rambut didandan, Sanggul dicucuk bunga jerimin, Sudah tersurat tanahnya badan, Memang lautan tempat bermain. Bulan terang duduk di laman, Tumbuk padi di dalam lesung, Kalau turun ribut dan taufan, Kapal besar haluan terpesong. Bilah rotan diraut - raut, Buat bakul berisi padi, Sudah ku tangkal angin dan ribut, Ombak besar tak akan menjadi.

672.

673.

674.

PANTUN LAUT
675. Susur laut warnanya putih, Berganding dengan pokok jerimin, Saya datang perahu upih, Kalau boleh tumpang bermain. Singgah sekejap rumah Cik Amin, Kerana dijemput makan kenduri, Bagaimana hendak bermain, Laman kami becak berduri. Ke Tanjung Jati naik perahu, Singgah membeli kain batik, Kalau hati sudah mahu, Barang buruk dipandang cantik.

676.

677.

88

1000 Pantun Dondang Sayang

678.

Hulu parang tidak berteman, Tebang kayu di Anjung Batu, Sudah adat orang bermain, Campak pantun seorang satu. Pergi ke hutan mengambil galah, Ambil sekali kayu gaharu, Saya belajar bukan sekolah, Mengaji membaca tidak berguru. Lebih batang dari akar, Buat ubat pokok gelenggang, Pandang-pandang macam pendekar, Hendak masuk sebarang gelanggang. Apa tetak daun pandan, Pandan tumbuh tepi paya, Cuba-cuba tuahnya badan, Kalau sebut timbullah dia. Apa ramai orang Klebang, Turun ke sawah memotong padi, Kalau dah sanggup menempuh gelombang, Baik-baik jaga kemudi. Sayang Cik Adik ke Bukit Darat, Hendak membeli buah mempelam, Perahu ku kecil muatannya sarat, Tumpang belayar di lautan dalam. Kalau pergi ke pasar malam, Beli kelembak sama mempelam, Perahu kecil lautnya dalam, Dipukul ombak perahu tenggelam. Hendak sedap jeruk mempelam, Tabur gula bercampur garam, Apa ditakut laut yang dalam, Perahu kecil tak bimbang tenggelam.

679.

680.

681.

682.

683.

684.

685.

89

1000 Pantun Dondang Sayang

686.

Ikan bujuk tidak berduri, Dapat ditangkap di sawah padi, Jangan tunjuk meninggi diri, Tiada di laut si ular lidi. Ambil kerang si kitang-kitang, Burung terbang berkawan-kawan, Sudah biasa pagi dan petang, Ombak gelombang ku buat kawan. Sungguh bermalam di Sungai Bakap, Dari Perlis ke pekan Mentakap, Di laut jangan tersilap cakap, Gelombang besar tangkap-menangkap. Orang mengail ikan siakap, Sambil berdayung mudik ke hilir, Kalau gelombang tangkap-menangkap, Tak kan kuhimpit ke gigi air. Air kolah tinggal setengah, Habis diminum sekawan gajah, Ombak ganas sampai ke tengah, Jerung menunggu hatinya megah. Daun lepat pokok lengkuas, Bawal dijual di pasar malam, Sudah tabiat jerung yang ganas, Taman bermain di lautan dalam. Tinggi pucuk si pokok ara, Sama tinggi pokok petai, Bukannya todak anak kedera, Suka bermain di tepi pantai. Anjak-anjak sampai ke tengah, Hidangan di talam beralas tikar, Kedera belanak berenang ke tengah, Mati dibaham jenahak lapar.

687.

688.

689.

690.

691.

692.

693.

90

1000 Pantun Dondang Sayang

694.

Unggun sayung membumbung asap, Orang menjala di seberang sana, Kepala jerung kuusap-usap, Apa pula jenahak betina. Duduk seorang di hujung tanjung, Minum air dari gunung, Kalau dah tahu puting beliung, Kapal besar haluan terpesong. Kira kal berjual berangan, Itu sukatan orang dahulu, Kalau kapal terpesong haluan, Tanda juragan mentah ilmu. Sebakul padi secupak berangan, Buah pala dari seberang, Tamat mengaji pun mualim juragan, Kelasi juga di tali temberang. Giling kantan di batu legan, Pinggan retak di bakul rotan, Juragan bukan sebarang juragan, Sudah masak bermain di lautan. Dari Kuala melambung pukat, Menangkap ikan orang di langkat, Ombak dan taufan sudah berpakat, Baca doa pun tak dapat. Sangkar jebak bersama ladung, Burung merbok bermanik hulunya, Datang ombak sebesar gunung, Serapah jampi patah semangatnya. Singgah bermalam rumah Cik Tahir, Bunga kenanga susur kelapa, Bukan sama pasangnya air, Lautan dan selat berubah rupa.

695.

696.

697.

698.

699.

700.

701.

91

1000 Pantun Dondang Sayang

702.

Pulau Undam rumah api, Nampak dari Kuala Umbai, Kalau kena serapah jampi, Batu karang pecah berderai. Hutan bakau pantai Senggawang, Pokok lapin tidak bergetah, Besarnya kapal angkatan perang, Langgar karang haluannya patah. Buah berangan masaknya sebelah, Sukat-sukat di dalam baldi, Kalau belum kehendak Allah, Apa dibuat semuanya tak jadi.

703.

704.

PANTUN LAUT
705. Nasi dah masak lauknya belum, Tunggu udang dari Kuala, Perahu dah siap belayarnya belum, Hendak ditunggu angin bertara. Rendang sungguh pohon beringin, Ditutuh boleh ditebang jangan, Selajur hendak menunggu angin, Gunakan dulu dayung di tangan. Batang beringin kayu berlubang, Kayunya lurus tidak berbuku, Angin dah datang layar pun kembang, Hairan di hati perahu tak laju. Buat sangkar ingin menangkap rusa, Umpannya pula si daun pisang, Tuan belayar tak ikut masa, Arus dah mula ditolak pasang.

706.

707.

708.

92

1000 Pantun Dondang Sayang

709.

Angin bertiup di cuaca panas, Dibuka baju terasa rimas, Kalau di laut saya tak cemas, Andainya karam saya tak lemas. Burung dekut disambar singkap, Sedang bertenggek di atas atap, Kalau di laut jangan kau besar cakap, Arusnya ganas tangkap - menangkap.

710.

PANTUN SEJARAH
711. Naik sampan berisi kelapa, Dari seberang ke Pulau Nangka, Maaf tuan ibu bapa, Majlis orang tumpang bersuka. Kita menari adik-beradik, Sebarang tari kita tarikan, Kita menyanyi adik-beradik, Sebarang nyanyi kita nyanyikan. Pulau Pinang bandar baru, Kapten Light menjadi raja, Bila dikenang zaman dahulu, Air mata jatuh ke riba. Rotan semambu dari hulu, Bukit Meta Bukit Larang, Orang dulu buat yang dulu, Barulah ada zaman sekarang. Ondeh-ondeh buah Melaka, Kuih bahulu kuih bingka, Siapa raja buka Melaka, Kalau tahu darinya mana?

712.

713.

714.

715.

93

1000 Pantun Dondang Sayang

716.

Daun rumbia dibuat atap, Pelepah panjang disisik-sisik, Seperti disebut dalam kitab, Raja lari dari Temasik. Para kacang dibelit ular, Buah rumia dimakan kelawar, Disebut orang Raja Iskandar, Tapi ternama Parameswara. Pantai Siring bakaunya rendah, Api-api pokok sebaya, Dari Temasik dianya pindah, Dari mana asal-usulnya? Penawar pakit tidak berputik, Sebaris dengan pokok meranti, Majapahit ke Pulau Temasik, Sungai Bertam tempatnya berhenti. Lima-lima anak haruan, Berenang di parit berkawan-kawan, Apa guna anjing buruan, Pelanduk putih tidak terlawan. Padi muda di dalam sawah, Buat bertih dalam penanggah, Sudah tanda tanah bertuah, Pelanduk putih binatang gagah. Orang marah jangan disanggah, Kalau sanggah mendapat padah, Walaupun pelanduk binatang gagah, Pokok juga mendapat tuah. Namanya kuih tepung pelita, Hidang bersama insang pari, Pelanduk putih mulanya cerita, Pokok Melaka sempenanya negeri.

717.

718.

719.

720.

721.

722.

723.

94

1000 Pantun Dondang Sayang

724.

Pokok mempelam sayur cempedak, Sebaris dengan pokok kemboja, Sungai Bertam besarnya tidak, Boleh mudik angkatan raja? Tingkah kayu mengambil kerang, Anak ketam menyusur belat, Khabar dahulu cakap orang, Sungai Bertam umpama selat. Baru berbuah si pokok nangka, Sayang Cik Zainal orang di Bangka, Tanah bertuah negeri dibuka, Jadi terkenal nama Melaka. Rotan saga diikat-ikat, Batang sagu ditumbuh kulat, Negeri Melaka naik darjat, Raja Melayu empunya daulat. Pokok cempaka lebat bunganya, Dahan terhempap patah sekerat, Pelabuhan Melaka dalam selatnya, Singgah kapal timur dan barat. Pokok nangka dahannya layu, Ditimpa tumbang pokok rumia, Terkenal Melaka Raja Melayu, Merata tempat seantero dunia. Pasang lilin di bulan terang, Cahaya pelita depan kuala, Sudah kahwin di tanah seberang, Di Negeri China beristeri pula. Orang Cina bermain ceki, Simpan duit dalam pundi, Kalau raja orang lelaki, Dalam baik menambah bini.

725.

726.

727.

728.

729.

730.

731.

95

1000 Pantun Dondang Sayang

732.

Pasang belat buat amal, Kurung nibung diganti kayu, Sultan Melaka memang terkenal, Jadi pemerintah alam lain. Masak nasi tiga kawah, Orang di kuala buat kenduri, Hulubalang bernama Hang Tuah, Tun Perak Bendahara bestari. Hujan di hulu turun lebat, Airnya keroh sampai kuala, Panglima lima sahabat, Tambah terkenal nama Melaka. Durian bernama kaca puri, Jatuh ditiup angin tenggara, Orang istana bijak bestari, Datuk Temenggung dengan Bendahara. Terbang melayang burung kedidi, Burung tempua patah sayapnya, Hulubalang gagah berani, Tambah pula dengan saktinya. Batang leban ditarah-tarah, Buat tenggala membajak sawah, Melaka tersebut dalam sejarah, Banyak negeri tunduk menyembah. Sandang keris tujuh luk, Menantang musuh gelanggang di pulau, Banyak negeri jajahan takluk, Dari Siam sampai ke Riau. Beras pulut di dalam balang, Letak nasi di dalam dulang, Sultan Mansur Syah Raja terbilang, Melaka terkenal bukan kepalang.

733.

734.

735.

736.

737.

738.

739.

96

1000 Pantun Dondang Sayang

740.

Turun menyampir kain basah, Panas terik di tengah hari, Sultan Alauddin Riayat Syah, Bijak menghapus pengkhianat negeri. Terbang sekawan burung merbah, Pokok kemunting tempatnya singgah, Raja adil raja disembah, Kalau zalim rakyat menyanggah. Pokok palas batangnya layu, Dipintal-pintal dibuat tali, Sudah adat namanya Melayu, Taat setia menjunjung duli. Burung punai sekawan empat, Mati ditembak jatuh ke tanah, Rakyat setia raja berdaulat, Tapi Hang Tuah mangsa fitnah. Sudah mati jatuh ke tanah, Satu tersangkut didahan nangka, Baik Hang Tuah kena fitnah, Tun Teja dibawa ke Melaka. Kalau patah dahan ara, Ambil dipotong dibuat bangku, Bijak laksana Datuk Bendahara, Ingkar perintah Duli Tuanku. Cincin perak batu delima, Mari ditempah sepasang dua, Tun Perak Bendahara ternama, Yang satu lagi Bendahara Tua. Lunas perahu kayunya bengkok, Batang keranji dibuat lesung, Kalau nak tahu Bendahara Tepok, Menentang Peringgi walau diusung.

741.

742.

743.

744.

745.

746.

747.

97

1000 Pantun Dondang Sayang

748.

Berlabuh sekuci depan kuala, Hendak belayar subuh hari, Tun Teja Ratna Benggala, Tun Fatimah Sri Kandi Negeri. Pokok turi tepi mengkawan, Tanam lada hujung halaman, Sri Kandi negeri cantik rupawan, Isteri baginda jadi idaman. Orang menabur beras basuh, Angkatan pengantin di persiban, Kerana negeri diserang musuh, Sri Kandi rupawan sedia berkorban. Burung helang terbang ke baruh, Tepi belukar sarang tempua, Negeri malang di serang musuh, Semua pendekar sudah tua. Anak kera jatuh tersangkut, Anak ular mati tersepit, Ada musuh dalam selimut, Telunjuk lurus kelingking berkait. Dilipat-lipat daun lepat, Malam hari rebus ketupat, Kalau hasrat dengki khianat, Memang negeri mendapat laknat. Terbang melayang burung balam, Pasang getah pohon mempelam, Peringgi menyerang siang malam, Bertubu-tubi peluru membaham. Jatuh sauh waktu pagi, Kapal berlabuh sampai malam, Melaka jatuh kepada Peringgi, Kerana musuh luar dalam.

749.

750.

751.

752.

753.

754.

755.

98

1000 Pantun Dondang Sayang

756.

Pangkalan Balak Tanjung Bidara, Air surut makin tohor, Sultanah menjulang takhta, Berundur sampai ke negeri Johor. Dari Jasin langsung ke Kelubi, Orang berjalan tengah hari, Peringgi menyerang bertubi-tubi, Baginda Sultan mengundur diri. Puas sudah melambung pukat, Lemah longlai ikan tak dapat, Hang Tuah bersama empat sahabat, Pahlawan terkenal berabad-abad. Pokok kayu tapak rusa, Hendak di tebang hari Selasa, Tun Fatimah cantik perkasa, Sri Kandi kemegahan bangsa. Pantai bernama Inderaloka, Isi tiram di dalam baldi, Kerajaan Melayu negeri Melaka, Kenangan silam kekal abadi.

757.

758.

759.

760.

PANTUN HARI RAYA
761. Pergi ke hutan ambil tuba, Dapat seikat akar cemara, Hari raya sudah tiba, Sekian umat sama gembira. Buah kepaya isi halia, Buat berniaga di kampung pinang, Menyambut raya hari mulia, Macam syurga ada di dunia.

762.

99

1000 Pantun Dondang Sayang

763.

Sayang Cik Esah pergi Klebang, Hendak membeli ikan petutu, Hari Raya menjelang datang, Jahat dan baik semua bersatu. Sayang Cik Zainal ke Simpang Empat, Sambil membawa petai sepapan, Daging rendang serta ketupat, Hari raya kita raikan. Bila dikenang zaman dahulu, Hari yang sayu bertambah pilu, Minta maaf ayah dan ibu, Makan bersama wajik bahulu. Kalau pergi ke Tanjung Tuan, Kirimkan saya buah delima, Saya berpesan kepada Tuan, Hari raya balik bersama. Satu dua tiga empat, Anak udang terlompat-lompat, Mari saudara mari sahabat, Sama-sama jamu ketupat. Kayu gelam buat tongkat, Pakai berjalan orang kaya, Kirim salam jauh dan dekat, Sempena mulia hari raya. Pokok kelubi asam paya, Tumbuh serumpun tepi kali, Sudah adat berhari raya, Ia datang setahun sekali. Asam paya tumbuh serumpun, Berselang dengan pohon rambai, Mohon maaf dengan ampun, Air mata jatuh berjurai.

764.

765.

766.

767.

768.

769.

770.

100

1000 Pantun Dondang Sayang

771.

Pergi ke hutan mengambil rotan, Dapat sebatang tapak rusa, Takbir tahmid bersahut-sahutan, Puji-pujian Allah yang Esa. Akar palas bersimpul-simpul, Mari tumbuh tepi paya, Berapa banyak dosa berkumpul, Rasa tak terampun di subuh raya. Pokok berangan dahannya kering, Tempat hinggap burung nuri, Walaupun setahun panas kering, Sejuk terasa hujan sehari. Kain sutera empat ela, Potong baju hari Selasa, Sebulan berpuasa mengumpul pahala, Raya sehari nak menghapus dosa? Buah halwa buah kepaya, Dialas dengan tembaga suasa, Berampun bermaaf hari raya, Berampun dosa setiap masa. Batu delima diikat suasa, Pakai sebentuk bunga kecubung, Kalau berampun sepanjang masa, Mengapa hari raya disanjung-sanjung. Cantik merah kayu seraya, Wangi baunya kayu cendana, Sungguh mulia hari raya, Yang baik disambut sederhana. Jatuh sebiji buah kepaya, Ditimpa putik buah nangka, Mulia tak mulia hari raya, Kanak-kanak juga yang lebih suka.

772.

773.

774.

775.

776.

777.

778.

101

1000 Pantun Dondang Sayang

779.

Buah kambas buah peria, Petik sayur waktu pagi, Untung nasib pada dia, Zaman kita tak ada lagi. Pergi mengail ikan cencaru, Ikan gelama datang sekawan, Baju baru seluar baru, Jalan bersama berkawan-kawan. Ada sepohon bunga kenanga, Durian berputik di Bukit Meta, Jalan sedondon bermacam warna, Barulah cantik dipandang mata. Dinihari orang bergalah, Naik rakit mudik ke barat, Kita bersyukur kepada Allah, Sujud tafakur mohon berkat. Simpai rotan ditanduk rusa, Baru diraut berbilah-bilah, Sudah sebulan kita berpuasa, Itulah kemenangan kerana Allah. Matahari tinggi segalah, Bunga raya di dalam raga, Sudah tahu direstu Allah, Kerja dosa dibuat juga. Daun lepat diikat-ikat, Sama diangkat daun ketupat, Sudah tersurat dalam makrifat, Balasan buruk dah tentu dapat. Gendang Raya Datuk Penggawa, Dipalu Panglima Maharajalela, Berhari raya suka ketawa, Mengapa pula mencari bala.

780.

781.

782.

783.

784.

785.

786.

102

1000 Pantun Dondang Sayang

787.

Terkelip-kelip api pelita, Terkedau-kedau ditiup angin, Sudah namanya melanggar kata, Perbuatan salah dibuat main. Kuih pulut dodol dan wajik, Kuih kering berpintal-pintal, Sembahyang raya pergi ke masjid, Yang dapat malang pergi hospital. Orang membajak berpetak-petak, Pakai baju koyak rabak, Kalau tak dengar cakap mak bapak, Di kaki lima badan tercampak. Ikan kering ikan siakap, Mari dijemur di atas atap, Hari raya tak dengar cakap, Bila lagi nak berubah sikap. Putera raja masuk beradu, Bakar setanggi malam Jumaat, Hari raya malam syahdu, Banyakkan doa mohon rahmat. Banyak dipetik buah keledang, Mari ditaruh di dalam dulang, Kuih muih tambul dihidang, Sambut tamu datang bertandang. Memang pintu berteman tingkap, Tingkap juga disebut jendela, Bukan tambul diharap-harap, Sanak saudara bertemu muka. Pokok rumbia dalam paya, Tetak daun diikat-ikat, Terlanjur tiba hari raya, Jauh dan dekat sama muafakat.

788.

789.

790.

791.

792.

793.

794.

103

1000 Pantun Dondang Sayang

795.

Batang rumbia dikerat-kerat, Sama panjang disukat-sukat, Sembahyang raya dua rakaat, Setahun sekali pun tidak dibuat. Pulang hari kuih bingka, Mana nak sama kuih bahulu, Jangan tuan salah sangka, Buka masjid dah sampai dulu. Pergi menjerat burung balam, Jerat dibuat tali berpintal, Orang bertakbir jauh malam, Awak bergolek memeluk bantal. Ikan dipukat dimakan buntal, Tinggal seekor ikan merah, Bukan bergolek memeluk bantal, Ke rumah Tok Imam membayar fitrah. Pergi mengail dinihari, Dapat seekor ikan pari, Setahun sekali Aidilfitri, Macam mandi mencuci diri. Ikan duri sengatnya empat, Dapat ditangkap dalam pukat, Setiap hari memang dibuat, Di Aidilfitri lebih berkat.

796.

797.

798.

799.

800.

PANTUN SINDIRAN
801. Budak - budak menghisap rokok, Hisap sekodi tinggal sekerat, Kenapa resak tak makan bubuk, Sedangkan besi dimakan karat.

104

1000 Pantun Dondang Sayang

802.

Buah keranji rasanya kelat, Boleh juga hendak dimakan, Alangkah besi retak melarat, Inikan pula kayu di hutan. Burung gagak terbang tinggi, Buat sarang di kaki bukit, Buahnya perak tangkainya besi, Tupai yang mana boleh menggigit. Potong bambu dibuat rakit, Ikat dengan tali belati, Tidak payah tunggu tupai menggigit, Dimakan karat jatuh sendiri. Kuda Renggong lari berderap, Pecah dipijak telur kedidi, Gajah digonggong si anjing kurap, Naga dihalau si ular lidi. Daun jigingar dikerat - kerat, Tika dipatah baru berbau, Tuan mendengar dalam hikayat, Dalam sejarah belum berlaku. Buat terendak tinggi bucunya, Hendak kuat dibingkaikan lidi, Rusa kau tembak gajah yang kena, Bila dilihat pelanduk yang mati. Cincin cantik berkilat cincin permata, Hendak dipakai pengantin baru, Peluru sesat tidak bermata, Dah ajal pelanduk jalanlah dulu.

803.

804.

805.

806.

807.

808.

105

1000 Pantun Dondang Sayang

PANTUN SINDIRAN MAKNA
809. Ibunya melata di pangkal buluh, Di kayu tinggi tempat menjaga, Beribu laksa menjadi puluh, Kalau negeri negeri juga. Anak siam bermain tombak, Main mari rumah Che Tahir, Kalau diamkan kuasa ombak, Tentu negeri menjadi air. Encik Sabtu bermain lembing, Di tengah laman duduk berdiri, Lagi dibatu lagi dibenteng, Supaya jangan rosak negeri. Kain ditampal berampai - rampai, Koyak selalu sebelah kiri, Mencari akal dengan pandai, Supaya mahu jaga negeri. Encik Ali membelah buluh, Anak beranak duduk meraut, Kalau negeri menjadi puluh, Lama - lama hanyut ke laut. Ada satu anak Semarang, Tengkat - tengkat ada bodohnya, Kalau begini dunia dipandang, Raja berangkat tetap duduknya. Apa merah dalam kebun, Bunga nanas susun peteri, Apa diharap kepada embun, Kena panas kering sekali. Cukai emas dipungut raja, Pungut mari segala orang, Mula tunas suka dijaga, Menjadi pokok mengapa ditebang.
106

810.

811.

812.

813.

814.

815.

816.

1000 Pantun Dondang Sayang

817.

Kapal bedil di balik pulau, Singgah mari mencari ikan, Akal tak adil sendiri bodoh, Asal negeri kenapa tinggalkan. Budak manja keras kepala, Suka jalan ke mana pergi, Kalau tak raja menjadi gembala, Apa mahu jadi dalam negeri. Sultan Ali datang bertanya, Laut terbuka berapa selat, Negeri yang ada kita yang punya, Apa suka boleh dibuat. Datang saudagar menjual beli, Harga ditawar terlalu kurang, Mas yang baik tak jadi beli, Ini pula tembaga loyang. Bulat - bulat di pangkal pauh, Ditebas orang membuat ladang, Surat di laut sendiri jauh, Terlindung karang mata memandang. Buluh diraut di tengah padang, Sudah diraut lalu dibelah, Pulau hanyut teradang - radang, Hendak diikut serba salah. Buluh diraut buang sembilu, Sembilu diraut dengan empelohnya, Pulau di laut beribu - ribu, Di mana tuju ada pedomannya. Tuan sendiri jalan ke laman, Pasang pelita Jumaat pagi, Senget di kiri timbang di kanan, Asalkan kita selamat pergi.

818.

819.

820.

821.

822.

823.

824.

107

1000 Pantun Dondang Sayang

825.

Kasar German baru dibeli, Buat meniaga di negeri Jawa, Kisar di kanan senget di kiri, Salah rasa jadi kecewa. Melayu Jawa anak Semarang Bawa ringgit meniaga kain, Kalau kecewa biarku seorang, Jangan menjangkit di tempat lain. Melayu seberang membawa kelapa, Layar kain bergulung - gulung, Sungguh seorang tidak kenapa, Ada yang lain datang menolong. Buluh Mengkasar bawa ke China, Daunnya habis dimakan api, Pulau yang besar tentunya duduk, Pulau yang kecil hanyut ke tepi. Ada satu anak keparat, Diturut hati jadi melarat, Pulau kecil di tepi darat. Angin dan ribut melindung barat. Alus - alus larek diraut, Papan di tepi sangkut pelamin, Datang arus tarik ke laut, Pusing kemudi mengikut angin. Che Hassan mengambil buluh, Bawa ke Kuala mengikat tali, Kalau daratan menjadi Pulau, Pecah belah jauh sekali. Banyak orang bukan sedikit, Soal anak dengan bapanya, Jikalau pandang menjadi bukit, Tentu ada dengan kernanya.

826.

827.

828.

829.

830.

831.

832.

108

1000 Pantun Dondang Sayang

833.

Kain Siam putih melepak, Pakaian anak Raja Bugis, Kalau diamkan kuasa ombak, Tentu daratan menjadi habis. Beli dakwat jangan terlupa, Cari kalam sudah beraut, Berapa kuat ombak menimpa, Daratan yang mana turun ke laut. Binatang landak badan berduri, Hendak makan durian bertangkai, Ombak membanting setiap hari, Bertambah putih pasir di pantai. Padi setangkai dimakan tikus, Tikus pandak kuat berlari, Kalau pantai habis ditimbus, Barulah ombak sedarkan diri. Sayur lobak baru dicabut, Dibawa orang pergi ke kedai, Besar ombak di tangga laut, Porak peranda perahu pantai. Anak Madras menggetah punai, Punai terbang mengirai bulu, Berapa deras arus di sungai, Ditolak pasang balik ke hulu. Pakai kerongsang dengan kerabu, Pakai mari budak - budak, Keras pasang tolak ke hulu, Sampan di sungai ke laut jugak. Sayur lobak baru dicabut, Orang di tanjung membuat sayur, Besar ombak serta ribut, Baik melindung di balik pulau.

834.

835.

836.

837.

838.

839.

840.

109

1000 Pantun Dondang Sayang

841.

Kain baru dibuat layar, Ada satu si Wak Daud, Sudah selalu kita belayar, Belum jumpa karam di laut. Encik Salleh Encik Semang, Pegang dayung sebelah kanan, Perau kecil di tengah padang, Biasa tempuh dalam gelombang. Pokok beringin kayu berlubang, Kayu Jelutung dibuat perahu, Turun angin layar pun kembang, Apa sebab perahu tak laju. Ada satu anak Melayu, Pergi menjala di Sungai Klebang, Sebab tak boleh perahu tak laju, Pegang kemudi hatinya bimbang. Ada satu ikan terubuk, Sisiknya halus seperti habuk, Pakai perahu papannya buruk, Baik berlabuh di tepi teluk. Orang kaya jangan disebut, Ada satu Raja Melayu, Biarkan saya karam di laut, Karam di darat saya tak mahu. Orang lari jangan diturut, Kalau tak mati tentu berjumpa, Setiap hari dalam laut, Dipukul ribut tidak kenapa.

842.

843.

844.

845.

846.

847.

110

1000 Pantun Dondang Sayang

PANTUN SINDIRAN RENCAM
848. Gelama ikan dikarang, Dikail mari anak Serani, Makin lama bertambah kurang, Sebagai air pasang perbani. Anak Melaka pandai berkata, Pandai mengumpat setiap orang, Langkah sedepa buat sehasta, Asal kita selamat seberang. Berderap - derap bunyi pata, Terantuk siku sebelah kiri, Pinjam cap si mata - mata, Membuat takut orang negeri. Orang belangka di muka pintu, Anak raja terdiri - diri, Jangan disangka barang tak tentu, Kerap terkena diri sendiri. Terbang burung di kayu tegar, Sayap di kiri bulunya biru, Undang - undang kalau tak benar, Rakyat negeri tidak menunggu. Batang kedondong bersayap lebah, Kayu di bukit baru ditebang, Biar condong jangan rebah, Tinggi sedikit dapat menumpang. Orang di Hong Kong pergi menyembah, Jumpa datuk bertaruh sumpah, Dah condong kalau tak rebah, Batang tengkuk pelepa timpah. Taruh biku di sapu tangan, Pakai anak raja - raja, Barang yang tentu jadi panjangan, Takkan boleh buat sengaja.
111

849.

850.

851.

852.

853.

854.

855.

1000 Pantun Dondang Sayang

856.

Orang Behias berjalan petang, Cucuk bunga di atas sanggul, Ibarat beras cukup segantang, Berat ringan di dalam pikul. Pokok Sukun baru berbuah, Bersanding nyiur tepi perigi, Kalau sudah pohon yang tua, Jarang ranting bertunas lagi. Anak rekan turun berair, Naik di perau wangkang Cina, Kelibat ikan di dalam air, Siapa tahu jantan betina. Buah bacang masak bersabut, Dapat dicarang lebat putiknya, Naga berjuang di tengah laut, Dapat dibilang urat sisiknya, Telur pipit di dalam sarang, Diambil anak Inderagiri, Gunung berapit bercarang-carang, Bukit terlepas seorang diri. Benting bersekat di Kuala Linggi, Saudagar Cina belayar kapal, Bukannya pangkat membawa tinggi, Lama-lama pulang ke asal. Cuba - cuba gesek biola, Gesek mari lagu bangsawan, Sebab sedikit mengambil mara, Tentu tak boleh menjadi kawan. Dengar tuan muda - mudaan, Mencari ikhtiar dengan jalan, Batang tegar sama berdahan, Kalau nak panjat biar pelahan.

857.

858.

859.

860.

861.

862.

863.

112

1000 Pantun Dondang Sayang

864.

Ambil bakul dengan badang, Isi nanas dengan cili, Ibarat tunggul di tengah padang, Kalau bertunas tentu tak tinggi. Orang menjala di Kuala Muar, Lalu terpanjat harimau nakal, Terang tuturan salah mendengar, Kerap - kerap menjadi pasal. Dari seberang pergi ke Kampar, Lopak - lopak berisi gula, Sedang kularang selalu kutampar, Lupa - lupa buat semula. Anak Cina mencacak pagar, Pagar mari kebun Che Tahir, Adakah pernah mendapat khabar, Bolehkah ikan mabuk di air.

865.

866.

867.

PANTUN PUJI-PUJIAN
868. Waktu petang memancing ikan, Air nipis air perbani, Selamat datang kami ucapkan, Ke majlis indah di hari ini. Gunung Ledang sayup dipandang, Nampak nyata di waktu pagi, Sama-sama berumur panjang, Di majlis indah berjumpa lagi. Indahnya keris tajamnya pedang, Menjadi idaman Panglima Garang, Berseri majlis gilang gemilang, Tamu terhormat ramai yang datang.

869.

870.

113

1000 Pantun Dondang Sayang

871.

Kain cindai benang sutera, Sulaman bertenun bunga melati, Tuan sebagai payung mahkota, Rakyat menaung seluruh negeri. Bakul sirih berisi mempelam, Buat hantaran rumah pengawa, Rakyat berdoa siang dan malam, Agar tuan dipanjangkan usia. Buah rumia dari Rokan, Buahnya banyak berwarna merah, Panjang usia dan sehat badan, Supaya banyak jasa dicurah. Kain kasa berwarna merah, Buat baju orang di timur, Bila jasa banyak dicurah, Negeri maju bertambah makmur. Menjual baju si anak Yaman, Datang seorang dari tanjung, Negeri maju serta aman, Ramai orang datang berkunjung. Bandar Hilir di tepi laut, Tersergam indah Kota Melaka, Siapa datang hati terpaut, Jadi kenangan sepanjang masa. Istana Melaka cantik berukir, Di kaki bukit Kota Melaka, Bertambahlah seri Bandar Hilir, Pelancong datang berbilang bangsa. Buah rambai buah kedondong, Di pagi hari gugur melata, Bila ramai pelancung berkunjung, Bertambah rezeki rakyat jelata.

872.

873.

874.

875.

876.

877.

878.

114

1000 Pantun Dondang Sayang

879.

Banyak benar kulat cendawan, Dari sawah tanam di taman, Memang benar katamu tuan, Rakyat mewah negeri pun aman. Benang bulu dari seberang, Dijahit jubah berlipat-lipat, Dari dulu hingga sekarang, Banyak berubah dapat dilihat. Buah duku di dalam guni, Buahnya layu habis dibuang, Perubahan berlaku di zaman ini, Orang Melayu sudah terbilang. Pergi ke hulu ambil kelapa, Sebelum makan dibuat kuah, Orang Melayu janganlah lupa, Ingatkan pesan Datuk Hang Tuah. Kalau duduk di tepi pantai, Nampak indah si Pulau Besar, Pahlawan Hang Tuah bijak dan pandai, Terkenal gagah lagi pendekar. Di situlah letak padang Pahlawan, Dekat dengan si taman bunga, Datuk Hang Tuah pernah berpesan, Takkan Melayu hilang di dunia. Kelapa puan di tengah laman, Pokoknya tua tidak berjaga, Ingatlah tuan orang budiman, Majukan bangsa peliharalah agama. Pokok selasih tidak berbunga, Hidupnya segar setiap hari, Terima kasih tuan ternama, Sanggup mendengar celoteh kami.

880.

881.

882.

883.

884.

885.

886.

115

1000 Pantun Dondang Sayang

887.

Sekarang bersih dulunya semak, Ramai orang mencari berangan, Terima kasih hai banyak-banyak, Apa yang kurang dicaci jangan.

PANTUN PUJI-PUJIAN RENCAM
888. Air Pasang menyelam tiram, Nanti surut pasang perbani, Sudah terpasang Kandil di dalam, Terang sebagai intan orani. Sudah surut pasang perbani, Tapa - tapa bertalam - talam, Cahaya terbit bintang orani, Terbang melimpah serata alam. Masuk berperang mati ditikam, Ditikam mari Raja Surati, Sudah terang cahaya manikam, Suka gelak rasa di hati. Ada satu anak mengkalis, Memencak silat di dalam majlis, Cantik elok bagai ditulis, Seperti awan pandang berbaris. Anak itik dari seberang, Bawa ke negeri dibeli orang, Ibarat kain batik Semarang, Selalu dipakai bertambah terang. Anak Bugis dari Seberang, Pencak silat memegang, Cantik majlis dipandang, Semacam mas baru ditimbang.

889.

890.

891.

892.

893.

116

1000 Pantun Dondang Sayang

894.

Anak gantang sukatkan minyak, Taruk jual dalam kedai, Sudah bertentang orang yang banyak, Harga manikam susah dinilai. Mambang di awan turun menyemba, Dari kaki ke hujung rambut, Intan manikam geliga nyawa, Pangku Sultan Raja di Laut, Orang cantik kulitnya halus, Berjalan sama laki bininya, Kalau pandai memetik gambus, Walau sumbang bagus bunyinya. Minta banyak kepada Allah, Berat dosa atas dirinya, Ibarat orang bermain tabla, Cukup pantas tulang jarinya. Air pasang di tepi pantai, Masuk ketam di dalam lukah, Tentang dengan sobat anda, Soal gurindam yang halus bahasa. Encik Hassan menetak atap, Atap direndam hujungnya basah, Sekelian jemputan datang mengadap, Bawa gurindam yang halus bahasa. Anak kapal dua serupa, Cukup bulan ambil gaji, Bila ditentang dengan kalipa, Doa diminta semua jadi. Buah nanas di Kuala Linggi, Bawa ke Melaka berikat tali, Tuan laksana emas yang tinggi, Saya di bawah menjunjung duli.

895.

896.

897.

898.

899.

900.

901.

117

1000 Pantun Dondang Sayang

902.

Rentap dayung tarik dayung, Dayung direntap sebelah kiri, Tuan seumpama kemuncak payung, Saya di bawah menjunjung duli. Katak hitam katak di ceruk, Itu bernama katak puru, Intan manikam cahayanya elok, Di mana taruh terang selalu. Sayur labu tumis hangit, Beri makan orang seberang, Ratus ribu bintang di langit, Bulan juga membuat terang. Anak lang di pohon kayu, Sambar mari burung pergam, Bunga kembang tentu layu, Mas baik bilakah legam. Nyiur gading di kebun Cina, Bawa pergi orang seberang, Sudah dibanding ke mana - mana, Nama yang baik bilakah hilang. Anak beruk duduk bersanding, Cari makan dalam hutan, Tujuh teluk sudah dibandung, Mana sama padamu tuan. Bulan terang sampai pagi, Anak Jawa pergi ke Delhi, Sudah masyhur baru kupuji, Semacam intan harga tinggi. Pasang api rumah Che Dollah, Cahayanya terang ke mana - mana, Tuan umpama intan gelama, Saya menumpang akan cahayanya.

903.

904.

905.

906.

907.

908.

909.

118

1000 Pantun Dondang Sayang

910.

Rambutan di tepi hutan, Jatuh sebijik di dalam bakul, Tuan seumpama permata intan, Saya batu rendah sekali. Nanas masak rupanya merah, Taruh mari di dalam bakul, Tuan mas saya tembaga, Bolehkah kita bercampur gaul. Tumbuk cili kupaskan bawang, Asam payah di pangkal rumah, Tuan tinggi terawang - awang, Pipit tak boleh terbang sama. Pasang arus dari seberang, Sauh tersangkut di hujung beting, Tuan umpama peros terbilang, Rasa nak pungut membuat cincin. Hutan di tepi tanahnya rata, Tanam kelapa jarang - jarang, Tuan seumpama intan permata, Taruh di kedai harga tak kurang. Orang Daik pergi ke Linggi, Singgah di Padang duduk bertanya, Intan pun baik emas pun tinggi, Baru terang kilat cahaya. Dapat seekor ikan sembilang, Ikan dijaring berikat tali, Cik Tuan bukan terbilang, Kalau dibanding murah sekali. Raja di Bentan Raja yang tentu, Duduk perintah Negeri China, Tuan intan saya batu, Tentu tak boleh diganding sama.

911.

912.

913.

914.

915.

916.

917.

119

1000 Pantun Dondang Sayang

918.

Ganti Sultan anak Yamtuan, Duduk memerintah di tanah seberang, Asal intan pulang ke intan, Saya batu tentu terbuang.

PANTUN BUAH
919. Banyak sawah perkara sawah, Sawah yang mana jadi padi, Banyak buah perkara buah, Buah yang mana pilihan hati. Orang berkelah di tempat peranginan, Tepi pantai di Pulau Arang, Memang buah jenis makanan, Tentulah yang masak dipilih orang. Kayu pasak dari sebarang, Kayu buruk dibuat tangga, Buah masak dipilih orang, Kalau dah busuk terbuang juga. Buah bacang buah rembia, Dibawa orang dari seberang, Ini dah jadi lumrah dunia, Baik dimakan yang busuk dibuang. Anak beruk berikat tali, Bawa berjalan pagi hari, Kalau makan buah dibeli, Buang yang busuk tentulah rugi. Indah terdiri makam Taj Mahal, Terpaku pandangan susah beralih, Kalau membeli harga yang mahal, Tentu diberi peluang memilih.

920.

921.

922.

923.

924.

120

1000 Pantun Dondang Sayang

925.

Hendak pergi ke rumah Cik Salleh, Lintas seberang naik perahu, Sungguh beli dapat memilih, Busuk di dalam siapa yang tahu. Anak air dipasang pembentung, Pasang mari dekat sempadan, Apalah kau kesal kepada untung, Kerana sudah nasibnya badan. Goreng peria tidak berkuah, Peria pahit darinya kebun, Kalau kenyang musim buah, Bertuah badan singgah didusun. Dahan tawi tidak berdaun, Tidak dapat dibuat sayur, Awas-awas bermain di dusun, Takut ditimpa buah gugur. Pokok cemara bersarang lebah, Jangan cuba hendak ditebang, Dusun mana tidak berbuah, Takkan singgah burung terbang. Mari singgah rumah cik Nyonya, Dalam cawan berisi tepung, Masak buah pada musimnya, Semua haiwan singgah berkampung. Rakit hanyut depan kuala, Pancang tambatan sudah patah, Macam semut dengan gula, Begitulah unggas di musim buah. Belayar sampan Pulau Sialu, Mudik menyongsong ke tanah seberang, Hilang segan hilang malu, Burung berkampung dusunnya orang.

926.

927.

928.

929.

930.

931.

932.

121

1000 Pantun Dondang Sayang

933.

Tepi sawah rumah Cik Anum, Halamannya lapang tidak berpagar, Melihat buah masak ranum, Perut kenyang menjadi lapar. Burung tiak anak tiak, Turun ke sawah padi sambang, Pelawa tidak ajak tidak, Melahap buah tupai sekeluarga. Kayu resak dibuat lantai, Rumah rakit di Tasik Bera, Buah yang masak tangkai terkulai, Baik dimakan lotong dan kera. Pandan wangi dibuat cemara, Pakai bersama bunga melati, Tidakkah malu lotong dan kera, Makan buah sekehendak hati. Mencari remis orang di Daik, Dapat kerang sama digali, Mulut manis hatinya baik, Buah datang setahun sekali. Pokok melur bunga kekwa, Tanam mari di tepi jalan, Baik-baik makan buah, Dapat yang kera tak boleh ditelan. Petik kenanga di Padang Temu, Bersama dengan bunga mawar, Kalau kena jodohnya ilmu, Buah mabuk jadi penawar. Daun kunyit digunting-gunting, Campur kelapa dengan beremi, Dalam megah di hujung ranting, Buah yang putik jatuh ke bumi.

934.

935.

936.

937.

938.

939.

940.

122

1000 Pantun Dondang Sayang

941.

Buat simpai rotan dibelah, Sarung parang kayu kelat, Belum sampai kata Allah, Buah berjenang sepanjang hayat. Kejap pelancar dengan pasak, Tidak cukup diketat simpai, Sudah bernama buah masak, Sampai ke tanah dibaham tupai. Banyak sawah perkara sawah, Sawah yang mana jadi padi, Banyak buah perkara buah, Buah yang mana pilihan hati? Orang berkelah di tempat peranginan, Tepi pantai di Pulau Arang, Memang buah jenis makanan, Tentulah yang masak dipilih orang. Kayu pasak dari seberang, Kayu buruk dibuat tangga, Buah masak dipilih orang, Kalau dah busuk terbuang juga. Buah bacang buah rumia, Dibawa orang dari seberang, Ini dah jadi lumrah dunia, Baik dimakannya buruk dibuang. Anak beruk berikat tali, Bawa berjalan pagi hari, Kalau makan buah dibeli, Buang yang busuk tentulah rugi. Indah terdiri makam Taj Mahal, Terpaku pandangan susah beralih, Kalau membeli harga yang mahal, Tentu diberi peluang memilih.

942.

943.

944.

945.

946.

947.

948.

123

1000 Pantun Dondang Sayang

949.

Hendak pergi ke rumah Cik Salleh, Lintas seberang naik perahu, Sungguh beli dapat memilih, Busuk didalam siapa yang tahu. Berakit malam Tanjung Beruas, Lindung taufan dalam teluk, Isi manggis berulas-ulas, Buang yang busuk makan yang elok Papan lama dimakan bubuk, Buat alas menjemur terubuk, Memang begitu perangainya beruk, Asalkan buah semuanya elok. Singgah di pantai Batu Buruk, Petang-petang goreng keropok, Sudah biasa gelojohnya beruk, Buah lapin makan tak mabuk. Buat kenduri orang Kelantan, Nasi dagang berbalut upih, Melompat tupai dahan ke dahan, Makan buah tidak memilih. Tok guru silat Panglima Sagur, Buka gelanggang di Solok Duku, Sudah bermusim durian gugur, Langsat embun jual tak laku. Burung helang di hujung dahan, Hujung kampung di tengah hari, Mentang-mentang buah pilihan, Durian ambung membesar diri. Pokok punggur tidak berdahan, Jaga-jaga sarang tebuan, Sudah adat kejadian Tuhan, Semua buah jadi habuan.

950.

951.

952.

953.

954.

955.

956.

124

1000 Pantun Dondang Sayang

957.

Ambil lada di atas para, Masak kuah tolong gilingkan, Tepuk dada tanya selera, Apa buah yang hendak dimakan.

PANTUN KIASAN BUAH
958. Jin menderam dalam gua, Suaranya sampai di Bukit Peringgi, Mengidam rasa nak makan buah, Buah tergantung di pohon tinggi. Nampak perahu di hujung tanjung, Anak batak tukang berdayung, Kalau tak mahu galah disambung, Buah masak rezeki burung. Encik Said dua beradik, Tanam rebung di tepi pantai, Ada pengait penjolok pendek, Dihubung-hubung jolok tak sampai. Penat sudah saya berdayung, Tak ada siapa mahu tolong, Buah masak rezeki burung, Tiada guna galah disambung. Kait-kait di hujung galah, Anak lanun menjerat rusa, Buat baik kepada gembala, Buah ditenun menanti masa. Raja di gua bermakan minum, Pedang sebilah bawa ke Kota, Nanti buah bila dia ranum, Bila masak mendapat kita.

959.

960.

961.

962.

963.

125

1000 Pantun Dondang Sayang

964.

Budak nakal di pintu raja, Pakai pedang sebelah kiri, Antara mangkal kalau tak jaga, Disambar Keluang dibawa lari. Terbang sekawan bersama-sama, Ruak-ruak terbang kerana, Buah ranum tentu tak lama, Lambat laun gugur ke tanah. Beli kacang beli terung, Beli mari di kedai Cina, Kalau sudah dibacang gantung, Sampai kering tidak ke tanah. Kain pelikat corak dialas, Bercampur pula benang mustali, Berapa diikat berapa dipulas, Tangkainya buruk gugur sendiri. Raja Rom keluar ke Pekan, Panggil segala anak buahnya, Antara belum baik dipetikkan, Sampai busuk apa gunanya. Raja di gua jalan ke kota, Cantik halus rupa mukanya, Ibarat buah busuk di pokok, Hilang pahit rasanya. Hulu pedang emas sebongkol, Pakai anak raja Cina, Selalu mengidam buah yang mengkal, Asam manis ada rangupnya. Sayang teritip batu berendam, Anak ikan mati terasak, Dari putik sudah diidam, Bila masa menanti masak.

965.

966.

967.

968.

969.

970.

971.

126

1000 Pantun Dondang Sayang

972.

Hari pagi ayam berkokok, Dengar suara di tepi pantai, Kalau sudah jadi buah di pokok, Lambat laun masak di tangkai. Barang di dalam mana letakkan, Kain baju baru berlipat, Kita mengidam orang matakan, Belum tentu siapa mendapat. Anak Belanda membuat kota, Buat mari di pintu lorong, Kalau sudah rezeki kita, Tentu tak sampai di mulut burung. Pacu kuda di tepi gua, Pacu oleh anak raja Melaka, Pokok nipah muda lambat berbuah, Nantikan masa dengan ketika. Burung gagak baru bertelur, Kecaikan bulu duduk mengeram, Buah masak hampir nak gugur, Duduk menunggu siang dan malam. Datuk Dollah panglima raja, Jalan berempat masuk ke kota, Sedang di belah sedang dijaga, Kalau tak dapat nasib celaka. Minum serbat terasa embun, Dibawa budak ke hulu Tabat, Kalau bersahabat gembala kebun, Apa hendak tentu tak dapat. Suka berendam bernama itik, Bulunya putih semacam raksa, Lain diidam lain dietik, Kalau dimakan tentu tak rasa.

973.

974.

975.

976.

977.

978.

979.

127

1000 Pantun Dondang Sayang

980.

Ambil pisau belah ketupat, Rencah udang sayur keladi, Tertutup nafsu kerana mendapat, Kalau tak dapat apa mau jadi. Sireh junjung di tengah padang, Cik Esah lalu berempat, Putik tergantung terpandang-pandang, Bila masa boleh mendapat. Anak Islam menjual kain, Jual mari di dalam negeri, Orang mengidam bukannya main, Seboleh-boleh mahu dicari. Taruk mari di dalam dulang, Buah kepaya masakkan lada, Buah tergantung di kebun orang, Apa daya mengambil dia. Teloh balam di dalam dulang, Letak mari dalam mangkuk, Siang malam duduk berulang, Kerana sebab buah di pokok. Ambil mangkuk isikan santan, Kasi makan orang berempat, Buah di pokok menanti tuan, Siapa bertuah baru dapat. Anak lanun ada di gua, Pergi ke kedai membeli garam, Duduk ditenung sebiji buah, Sudah lama fikir dan dendam. Kain batik tepinya biku, Pakaian anak raja di gua, Purak parek rasa diriku, Kerana mahu sebiji buah.

981.

982.

983.

984.

985.

986.

987.

128

1000 Pantun Dondang Sayang

988.

Kayu ternan dari Jambi, Kapak beliong bawa belayar, Kalau berkenan di mata kami, Berapa harga boleh dibayar. Di tepi paya ayam berkokok, Terbang hinggap di tepi Parau, Buah saya cuma sepokok, Jual saya tak mau. Raja di langit dilantik Sultan, Buat rumah di dalam pekan, Kalau kuingat dengar pesan, Siapa bertuah dapat dia makan. Pangkal kayu dibuat ternan, Pakaian anak orang di Kota, Asalkan jangan jadi kempunan, Kehendak hati dapat dirasa. Anak raja ke hutan Langat, Jalan sampai di pintu guah, Tahan seksa serta penat, Kerana mengidam sebiji buah. Kelapa setandan tinggal empat, Kandak masak sayur kelai, Buah diidam kalau tak dapat, Susah menanggung di dalam hati. Sayur cendawan masakkan kuah, Berberi makan anak Cik Nasim, Apa tuan berhati susah, Bukankah buah ada bermusim. Rumah kecil belum berlantai, Tuannya mati terkena racun, Sememangnya buah idaman si tupai, Baru siamang turun ke dusun.

989.

990.

991.

992.

993.

994.

995.

129

1000 Pantun Dondang Sayang

996.

Orang di Jeddah jalan ke teluk, Jalan sampai di Pulau Pangkor, Jikalau buah bukan sepokok, Jikalau tupai bukan seekor. Daging ayam masak berkuah, Buat bekalan ke Kuala Linggi, Hati mengidam nak makan buah, Buah masak di dahan tinggi. Kapal sarat dari Bentan, Hendak berlabuh di waktu malam, Jangan diharap buah di dahan, Takut masak busuk di dalam. Anak muda berjaga malam, Sambil meraut si rotan sega, Walaupun busuk isi di dalam, Terasa manis kumakan juga. Limau masam dibuat jeruk, Kalau tak petik dimakan tupai, Mengapa mengidam buah yang busuk, Bukankah banyak jual di kedai. Masak minyak rumah pak lebai, Minyak kelapa masaknya lama, Walaupun banyak jual dikedai, Takut serupa tapi tak sama. Orang fakir sedang meniti, Membawa barang untuk jualan, Apa difikir di dalam hati, Asalkan hilang rasa terkilan. Anak beruk sebesar lengan, Mari bungkus sekabung kain, Walaupun busuk hati berkenan, Tidak kucari di tempat lain.

997.

998.

999.

1000.

1001.

1002.

1003.

130

1000 Pantun Dondang Sayang

1004.

Duduk mencuci sehelai kain, Kain biru kain yang lama, Baik dicari di tempat lain, Manalah tahu jumpa yang sama. Berkerjasama orang sempadan, Berjaga-jaga memegang lembing, Manalah sama buah setandan, Ibarat kelapa ada yang komeng. Duduk berjaga memegang lembing, Berkerjasama bertahan kental, Apa salahnya kelapa komeng, Boleh juga dibuat bantal. Bekerjasama bertahan kental, Terdengar bunyi serba tak kena, Memang boleh dibuat bantal, Perut lapar tidur tak lena. Burung dekut di atas pagar, Burung serindit memakan lada, Kalau takut perutnya lapar, Makan sedikit apa yang ada. Pohon sena hidupnya segar, Hidup segar di sudut laman, Apa guna menghilang lapar, Masih teringat buah idaman. Orang mengayuh mengikut arus, Perahu dimuat berguni baja, Bukan nak suruh lupakan terus, Hanya setakat sekejap saja. Pisau sadap tajam matanya, Pisau lipat tak guna lagi, Hilang sekejap apa gunanya, Habis lapar teringat lagi.

1005.

1006.

1007.

1008.

1009.

1010.

1011.

131

1000 Pantun Dondang Sayang

1012.

Dalam baldi si buah rumia, Rumia masak sedap dimakan, Sudah menjadi resam dunia, Barang yang susah kita idamkan. Orang di pekan menjual jadam, Jadam dibawa dari Judah, Idam bukan sebarang idam, Idam yang ini membawa padah. Naik perahu ke Kuala Kedah, Hendak menuntut ilmu sakti, Kalau dah tahu membawa padah, Mengapa diturut kehendak hati. Hendak menuntut ilmu sakti, Bukannya mudah mesti bertahan, Bukan mengikut kehendak hati, Memang sudah nasibnya badan. Menyusun galah bertimpa-timpa, Di tengah hari diikat-ikat, Jangan salahkan nasib menimpa, Salahkan diri yang tidak kuat.

1013.

1014.

1015.

1016.

PANTUN KIASAN
1017. Anak Pangeran pakai setanjak, Pakai Keris berliku tiga, Musim durian rambutan masak, Manggis menumpang bertaruk muda. Kapal belayar tidak bermail, Takut tersadai tepi kuala, Kalau buah tak putus musim, Tidaklah lapar unggas melata.

1018.

132

1000 Pantun Dondang Sayang

1019.

Orang Tedung pulang ke Nyalas, Sampai ke Nyalas membeli bunga, Cangit tergantung di tiang aras, Bumi terletak apa arahnya. Kunyit digali di waktu petang, Kunyit ditanam di atas batas, Langit yang tinggi tidak bertiang, Masakan bumi hendak beralas. Belayar kotak menyongsong arus, Airan mudik ke Tanjung Jati, Sampai dah retak bumi yang tandus, Embun setitik mengapa dinanti. Petang Jumaat mengasap badik, Potongkan mari si limau lelang, Besar hikmat embun setitik, Jatuh ke laut jadi gelombang. Kayu medang dibelah - belah, Jemur mari tepi pengkalan, Khabar terbilang gading bertuah, Sedangkan gajah susah di hutan. Nampak merah di kaki awan, Rupanya hujan di lautan cina, Gading bertuah sebut - sebutan, Gajah di hutan sudah tempatnya.

1020.

1021.

1022.

1023.

1024.

PANTUN KIASAN IBARAT
1025. Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas duduk Raja Melayu, Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu.

133

1000 Pantun Dondang Sayang

1026.

Sebelah mana pohon senuju, Balik pokok batang senawar, Bintang di langit kena tuju, Matahari turun minta penawar. Limau purut lebat di pangkal, Bersama dengan limau lelang, Hujan ribut dapat ditangkal, Inikan pula kemarau panjang. Cantik kembang si bunga cina, Tiga dengan gandasuli, Sekelian alam habis fana, Tuan juga lekat di hati. Pukul gendang tiup serunai, Raja muda berangkat ke Seberang, Putih mata si burung Punai, Kayu ara ditunggu halang. Jemur padi tikar selasar, Pokok gajus tumbuh di paya, Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabus nampaklah dia. Buah masak tiga serangkai, Hendak dicapai tangan tak sampai, Baiklah kita menaruh sigai, Kalau tampuk dimakan tupai. Buah berangan masaknya merah, Buah keranji dalam perahu, Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati siapa tahu. Burung merbah berabak tunggal, Mari di sambar burung tempua, Rawan murah gigi dah tanggal, Negeri jadi badan dah tua.

1027.

1028.

1029.

1030.

1031.

1032.

1033.

134

1000 Pantun Dondang Sayang

1034.

Mudik menungkah di air surut, Hilir menungkah di air pasang, Karam di laut tiang kupaut, Karam di hati mati ku seorang. Pergi menembak si anak Deli, Tiba di Teluk serong pantainya, Buahnya perak tangkainya besi, Kalau dipetik condong batangnya. Pinjam saya si pisau raut, Hendak meraut bingkai tudung, Apakah gila ikan di laut, Melihat ikan di kaki gunung.

1035.

1036.

PANTUN KIASAN IBARAT
1037. Cik Esah menjual kain, Singgah mari Bukit Batu, Sudah adat orang bermain, Campak pantun seorang satu. Bawa mari si udang galah, Bersama dengan ikan gelama, Kalau tidak jadi salah, Saya cuma nak tumpang sama. Ambil sebutir buah cempedak, Letak sebelah si buah nangka, Ya tidak bukan pun tidak, Tepuk dada tanya selera. Pokok sena hujung permatang, Sebaris dengan pokok kelapa, Adat bernama orang menumpang, Kata ya mahu juga.

1038.

1039.

1040.

135

1000 Pantun Dondang Sayang

1041.

Canai suasa si butang baju, Selendang berbunga dengan kelingkan, Kalau sudah kata setuju, Seberang nyiur saya tadahkan. Teluk belanga lehernya baju, Pakai mari di waktu malam, Kalau sudah kata begitu, Barulah senang hati di dalam. Petik mari buah delima, Tanam ubi buahnya keledek, Campak pantun bersama - sama, Kita bermain adik beradik. Buah jambu setongkol empat, Daun tujuh berlipat - lipat, Kalau begitu rupanya hajat, Saudara jauh menjadi dekat. Nampak berbalam dari seberang, Mudik perahu sambil bergalah, Nama adat saudaranya orang, Hati kuman sama dicecah. Padi di sawah buahnya sambang, Mengangin padi hampa melayang, Sudah tahu hatinya orang, Orang menumpang hatinya senang. Petir kilat turunnya hujan, Penuh air di dalam ruang, Duduk sekampung sama sejiran, Adap tertib jangan dibuang. Tanam bunga tepi sempadan, Batang jalar membelit junjung, Selagi nyawa dikandung badan, Perkara adap tetap dijunjung.

1042.

1043.

1044.

1045.

1046.

1047.

1048.

136

1000 Pantun Dondang Sayang

1049.

Raut bilah membuat pukat, Pukat dipasang di tengah selat, Kalau sudah sama sepakat, Baru hidup akan selamat. Cucuk jarum sama kelindan, Jahit baju arang di baruh, Sudah dikata mintanya badan, Di payung orang tumpang berteduh. Sayang anak timang - timangkan, Mari tidur dalam buaian, Pada siapa tuan tumpangkan, Macam sirih letak puan. Arak -arak kelapa puan, Tidak puan kelapa bali, Hati berharap kepada tuan, Tidak tuan siapa lagi. Ruak - ruak mandi paya, Mati seekor disambar helang, Apa diharap kepada saya, Budi tidak bahasa kurang. Burung balang burung tiak, Turun makan tepi paya, Jangan tuan bercakap tidak, Tanya hati tidak percaya. Lembu baru kereta baru, Baru sekali masuk Melaka, Tuan baru saya baru, Baru ini kita berjumpa. Dapat seekor ikan todak, Bagai pedang tajam paruhnya, Tengok riak kelocak ombak, Terkilat di air kenal ikannya.

1050.

1051.

1052.

1053.

1054.

1055.

1056.

137

1000 Pantun Dondang Sayang

1057.

Ikan todak si ikan duri, Dapat dipancing dinihari, Sungguh bertuah rasanya hati, Saya bertemu orang bestari. Perahu hanyut di tepi pantai, Terlepas tali dari tiangnya, Bukan saya menunjuk pandai, Yang punya diri tampak tandanya. Ambil sirih petik kerakap, Bertemu urat dibawa balik, Pandai agak bijak bercakap, Bagai nujum pandai menelek. Tikar bercorak tikar pandan, Bersama dengan tikar mengkuang, Sudah ada ilmu di badan, Baru berani masuk gelanggang. Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. Sayur bernama pucuk paku, Campur sama sayur pegaga, Jangan harimau sorokkan kuku, Corak belangnya tampak juga. Ambil pisau belahkan limau, Limau manis isinya putih, Apa diharap anak harimau, Baru pandai jalan bertatih. Belah tiga si buah limau, Mandi berlangir tuan puteri, Saya tahu bahasa harimau, Cakap pandai merendah diri.

1058.

1059.

1060.

1061.

1062.

1063.

1064.

138

1000 Pantun Dondang Sayang

1065.

Dari seberang nampak cahaya, Duduk bertamu tepi perigi, Mana orang hendak percaya, Malam baru bertukar pagi. Singgah berlabuh di Tanjung Ru, Nun di sana nampak seberang, Sudah penuh ilmu Tok Guru, Baru tahu buka gelanggang. Tatal kayu tatal papan, Buat perahu panjang lapan, Cuba - cuba mencampak umpan, Kalau - kalau disambar ikan. Pergi ke pantai memungut kerang, Ambil bersama dengan lokan, Umpan disambar bukan sebarang, Disambar ikan cuba dimakan. Hijau merah si buah lada, Dimakan punai dengan tiak, Umpan kecil Senyabut muda, Entah sedap entahkan tidak. Hanyut perahu hanyut sampan, Mudik menuju ke Pulau Rusa, Ikan tahu memilih umpan, Pilih satu yang sedap rasa. Pasang layar orang di sampan, Dipuput angin ke Pulau Sempadan, Hati - hati memilih umpan, Salah makan menyesal badan. Taruh pisau di atas puan, Sirih baru helaiannya lapan, Jangan risau hatinya tuan, Ikan dah tahu memilih umpan.

1066.

1067.

1068.

1069.

1070.

1071.

1072.

139

1000 Pantun Dondang Sayang

1073.

Pokok bernama daun sepulih, Tanam mari tepi halaman, Umpan ditabur tersalah pilih, Itu membawa celaka badan. Tebang pisang dua tandan, Diikat dengan sebilah rotan, Bukan nama permintaan badan, Memang kaca disangka intan. Tiup angin dari Selatan, Tumpang berlindung di balik pulau, Kalau sudah bernama intan, Lagi disorok lagi berkilau. Ledang - ledang buah keledang, Nasi dimuat dalam sampan, Salah - salah mata memandang, Kilat kilau emas saduran. Buluh tilan dibuat joran, Pergi pancing ikan sembilang, Kalau dah nama emas saduran, Pakai tak lama sepohnya hilang. Turun ke sungai memasang lukah, Dapat seekor ikan haruan, Tidak salah kaki melangkah, Sudah jatuh emas tampauan. Budak berlari pergi balik, Bermain - main dilaman Cik Musa, Silap tengok dengan telek, Disangka emas rupanya suasa. Penuh muat kelapa puan, Perahu kecil panjang lapan, Memang nyata emas tampauan, Datang sama emas sembilan.

1074.

1075.

1076.

1077.

1078.

1079.

1080.

140

1000 Pantun Dondang Sayang

1081.

Tiup angin awan beralih, Bintang timur kelip - kelipan, Umpan disini kalau dipilih, Tersalah lubuk tuan harapkan. Main tambor rebana kelalang, Riuh rendah di simpang empat, Banyak padang banyak belalang, Setuju di hati payah nak dapat. Terbang mari batang mengkudu, Bawa balik seorang satu, Jangan lekas kata begitu, Belum cuba belum tahu. Bawa balik seorang satu, Mengkudu hutan dibuat tiang, Hati sudah kata setuju, Jangan lari nak halang - halang. Telur ayam pecah kelumpang, Jatuh sebutir di dalam sampah, Memang adat orang menumpang, Satu dicakap namanya sumpah. Ikan terubuk ikan parang, Taruh mari dalam raga, Jangan dirajuk air di ruang, Cedok - cedok dipakai juga. Bulan purnama bulan mengambang, Memancing ikan di batu karang, Bukan merajuk air di ruang, Ruang tak sudi air yang datang. Pikul bakul bawa balik, Ikan gelama si ikan parang, Kata nujum telek menelek, Apa firasat hatinya ruang.

1082.

1083.

1084.

1085.

1086.

1087.

1088.

141

1000 Pantun Dondang Sayang

1089.

Petang - petang rebus ketupat, Bawa mari ke Tanjung Jati, Apa guna telek firasat, Pandang diri tanyalah hati. Puput ribut padang terbakar, Nyala api menjulang - julang, Lemah semangat rupanya pendekar, Tengah gelanggang belum berjuang. Bawa siput dengan lokan, Hendak dijual dalam pekan, Kalau sudi harap maafkan, Saya tak tahu maksudnya tuan. Kain bernama kain songket, Buatan halus kain ditenun, Dentam - dentum gurun di langit, Belum tentu hujannya turun. Pokok pinang si pokok kelapa, Sama tengah pokoknya leban, Sudah sampai saat serunya, Bukan guruh tandanya hujan. Petir sebutir buah nenas, Batas keledek di sawah padi, Kalau turun hujan panas, Macam air di daun keladi. Muatan keranji perahunya sarat, Pinang rawa buahnya lebat, Bagai dijanji hujannya lebat, Hujan dibawa si pokok barat. Orang menangkap ikan di belat, Belat lengkong di sebelah barat, Sia - sia hujan turunnya lebat, Tanah kering air tak lekat.

1090.

1091.

1092.

1093.

1094.

1095.

1096.

142

1000 Pantun Dondang Sayang

1097.

Lawan siput sayur keladi, Ulam dengan putik mempelam, Memang tanah jadinya padi, Walau kering subur di dalam. Jalan - jalan di Pantai Siring, Tengah malam sampai subuh, Apa diharap tanah yang kering, Tanam benih pokok tak tumbuh. Mudik bergalah dengan perahu, Waktu subuh meredah embun, Rasa hendak hatipun mahu, Atas batu kubuat kebun. Pancing ikan di batu karang, Dapat seekor ikan baji, Apa diharap tanah seberang, Belakang rumah banyak lagi. Batang kelapa dibuat titi, Baru senang hendak seberang, Kalau sudah berkenan di hati, Seberang lautan dicari orang. Bawa ubi berkati - kati, Singgah mari rumah Cik Musa, Jangan ikut kehendak hati, Ikut rasa akan binasa. Pakai baju kancing suasa, Hari Jumaat hari Selasa, Bukan kerana hati dan rasa, Kerana pulut santan binasa. Rotan diraut hari Selasa, Hendak diikat serai berguna, Sebab pulut santan binasa, Kalau pahit apa gunanya.

1098.

1099.

1100.

1101.

1102.

1103.

1104.

143

1000 Pantun Dondang Sayang

1105.

Sayang Cik Ali mengasah pisau, Pisau dibuat menyiang ikan, Pahit maung saya tak risau, Gula madu saya siapkan. Sawah padi di tanah Seberang, Habis dimakan tempua dan tiak, Banyak terjadi zaman sekarang, Ya di depan belakang tidak. Singgah sekejap rumah Cik Nyonya, Beras ditaruh dalamnya balang, Lain dulang lain kakinya, Lain padang lain belalang. Bukan teluk sebarang - barang, Teluk Emas pasirnya hitam, Kalau sudah namanya orang, Rambut tampak sama hitam. Anak ikan bernama bersia, Dijual orang berkati - kati, Sudah adat namanya manusia, Bukan rambut gambaran hati. Kerat buluh dengan parang, Hendak buat sampiran kain, Banyak terjadi banyaknya orang, Cakap lain di hati lain. Belah berembang ambil isinya, Dimakan dengan pedada, Bagaimana endak buktinya, Ambil pisau belahlah dada. Senjata ayam pada taji, Bawa bersabung tepi kuala, Mulut mudah bersumpah janji, Tapi mudah mungkirnya pula.

1106.

1107.

1108.

1109.

1110.

1111.

1112.

144

1000 Pantun Dondang Sayang

1113.

Jual di pasar si buah keranji, Bunga bernama jari lipan, Bukan janji sebarang janji, Bagai paku lekat di papan. Orang berhuma di Bukit Meta, Padi sambaing tuai tak sudah, Adat orang menjual kata, Lembut gigi dari lidah. Pancing ikan di Anjung Batu, Ikan tak dapat pancingnya rosak, Jangan tuan kata begitu, Hati di dalam berkocak - kocak. Dapat seekor ikan parang, Haluan balik hilang pedoman, Begitulah adat namanya orang, Hati tak tetap bersama iman. Rumpun kecil ditebang - tebang, Tanam peria orang berempat, Sedangkan jauh datang terbang, Di depan mata pegang tak dapat. Duduk menganyam sarung ketupat, Pucuk kelapa Tanjung Jati, Bagaimana pegang nak dapat, Tangan melawan kata hati. Layang - layang terbang melayang, Putus tali dipegang tangan, Hati gemuruh tangan bergetar, Beri petua tetapkan iman. Datuk Bendahara jalan berlenggang, Dijemput ke Istana anak Biduanda, Sudah biasa masuk gelanggang, Kata penuh ilmu di dada.

1114.

1115.

1116.

1117.

1118.

1119.

1120.

145

1000 Pantun Dondang Sayang

1121.

Cahaya kilat di Kota Lukut, Orang bermain waktu malam, Tangkis silat sudah dituntut, Kilas kata belumlah kalam. Burung balam burung tempua, Makan padi di tengah permatang, Pakai pesan orang tua, Mentah menuntut padah kecundang. Tikar gulung tikar mengkuang, Capai nyiru dibawa juga, Cuba nasib di tengah gelanggang, Kalah berjuang bernama juga. Turun bermain di Pulau Terang, Main rebana di rumah Cik Deris, Jangan jadi katanya orang, Anak muda julung berkeris. Pergi ke laut menangkap tenggiri, Masuk seekor dalam raga, Namanya ilmu mengisi diri, Adap tertib kutuntut juga. Terbang bangau berbulu putih, Cari makan di tengah sawah, Pandai - pandai meniti buih, Lepas seberang kaki tak basah. Hiris buah keluarnya sabut, Itu tanda mempelam dah masak, Sudah biasa menarik rambut, Rambut ditarik tepung tak rosak. Sisik - sisik kayu berduri, Hendak jolok buah cempedak, Kalau pandai menjaga diri, Tentu selamat di mana tercampak.

1122.

1123.

1124.

1125.

1126.

1127.

1128.

146

1000 Pantun Dondang Sayang

1129.

Rotan bernama rotan bini, Ikat kayu jual di pekan, Sudah terlangsung saya di sini, Pantang larang tolong cakapkan. Masak keladi sambal tumis, Hendak menjamu penjual kain, Jangan terjadi silapnya baris, Semua kitab bacanya lain. Ambil satu buah delima, Dibungkus dia si kain perca, Kalau tahu kitabnya sama, Fahamlah saya hendak membaca. Bawa bersama perut tauhu, Dimasak dengan ikan haruan, Adat orang belayar perahu, Ada kemudi jaga haluan. Kain kasa panjang lapan, Buat langsir dipotong serong, Kalau sama mendayung sampan, Haluan dituju tak akan terpesong. Tangkap seekor si rama - rama, Terbang mari dekat belukar, Apa maksud dayung bersama, Saya tak biasa mudik belayar. Belayar kotak waktu malam, Dipuput angin tentang Kuala, Jangan simpan hati di dalam, Sudah gaharu cendana pula. Hendak pergi ke Tanjung Karang, Bawa bekal buah cempedak, Mana tahu hatinya orang, Ditinjau tidak disuluh tidak.

1130.

1131.

1132.

1133.

1134.

1135.

1136.

147

1000 Pantun Dondang Sayang

1137.

Perahu kecil bernama lading, Bersama sampan tambat di hulu, Duduk menyorok di balik dinding, Tinjau - tinjau orang lalu. Kapal berlabuh di Pulau Bentan, Barang dagang hendak muatkan, Apa diracik burung di hutan, Burung di rumah mati tak makan. Muat barang kapal di Bentan, Bawa mari di Tanjung Katong, Saya nak cari burung di hutan, Sangkar kosong di rumah tergantung. Dang Nila memangku puan, Buah berembang buah pedada, Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada? Raga bulat ditimbang - timbang, Penuh berisi buah berangan, Cuba kudekat burung terbang, Untung hinggap di tangan. Bentang satu tikar kerawang, Buat mengalas tapai diragi, Dekat jangan sebarang - barang, Burung hinggap di anting tinggi. Petik bunga belum kembang, Atas sanggul saya letakkan, Berapa tinggi burung terbang, Turun ke tanah mencari makan. Potong padi buang jerami, Ditiup angin rebah ke darat, Masakan burung terbang ke bumi, Kayu ara buahnya lebat.

1138.

1139.

1140.

1141.

1142.

1143.

1144.

148

1000 Pantun Dondang Sayang

1145.

Insang pari di atas para, Ambil dimakan budak berlima, Berapa manis buahnya ara, Manis lagi buah delima. Kalau berdayung perlahan - lahan, Mana lagi mudiknya sampan, Sudah biasa makan di dahan, Mana boleh makan di tangan. Pergi ke hutan mengambil rotan, Rotan melilit pokok ijuk, Kalau liar burung di hutan, Kubawa pengikat kupujuk - pujuk. Pegang kemudi sauh diangkat, Belayar menuju ke pauh janggi, Burung tak mati tangkal pengikat, Kembang sayap terbanglah lagi. Ikat dengan tali belati, Pikul kayu dibawa balik, Sudah berjumpa setuju di hati, Lagi tak dapat lagi tak balik. Datang membawa sirih di puan, Pinang dari Tanjung Jati, Kalau begitu katamu tuan, Tingginya hajat di dalam hati. Nyiur bersama dengan badang, Bawa ke sawah menampi padi, Tampak rendah Gunung Ledang, Tinggi lagi harapan dihati. Malam - malam memasang pukat, Cahaya api tampak Seberang, Getah pemikat sudah melekat, Patah sayap burung terbang.

1146.

1147.

1148.

1149.

1150.

1151.

1152.

149

1000 Pantun Dondang Sayang

1153.

Kakak tua putih bulunya, Suka makan buah berangan, Burung terbang patah sayapnya, Kuharap jatuh ke tapak tangan. Mari makan buah berangan, Nyaring suara burung di Langkat, Jatuh burung di tapak tangan, Apa gerangan hendak dibuat? Masak gulai ikan terubuk, Buat jamuan orang istana, Padi bernama padi merbuk, Sangkar emas buatan cina. Sana sini orang berjaja, Ada satu menjual kain, Masa belum dipuja - puja, Sudah dapat dibuat main. Duduk mengail di atas batu, Umpan disangkut pancing berkarat, Saya tidak semacam itu, Mana di cakap begitu dibuat. Ambil sebiji buah kepaya, Duduk makan sama Cik Bedah, Mana boleh kita percaya, Orang pandai bermain lidah. Pergi berdagang ke Negeri Daik, Tidak laku dibawa balik, Saya tak pandai berdolak dalih, Kalau bohong lidahku pendek. Pokok piai si api - api, Pantai siring nampak sempadan, Mengapa suka bermain api, Terbakar tangan merana badan.

1154.

1155.

1156.

1157.

1158.

1159.

1160.

150

1000 Pantun Dondang Sayang

1161.

Tudung selendang kelingkan di tepi, Dipakai orang ambil pegaga, Biar badan dibakar api, Kerana kasih kuturutkan juga. Tepi laman tanam selasih, Turun bermain burung balam, Senang sungguh kata kasih, Belum selam hati di dalam. Turun bermain burung balam, Nampak cantik bunga selasih, Sudah kuselam hati di dalam, Baru hati terpaut kasih. Pergi ke pantai mengambil kerang, Taruh mari di bakul pandan, Saya ini serba kurang, Tidak pandai bawa ke Medan. Anak itik anak angsa, Turun makan berebut tulang, Rupa cantik bahasa pun ada, Dalam medan diangkat dijulang. Turun ke laut tangkap gelama, Banyak dapat ikan bersia, Hajat hati hendak bersama, Bimbang rasa disia - sia. Matahari tinggi segalah, Berjalan kaki basah kasutnya, Gerak rasa dari Allah, Kita berjanji kerana Rasulnya. Asam paya buah keranji, Diletak dekat buah kelapa, Orang senang kata janji, Janji yang tepat payah nak jumpa.

1162.

1163.

1164.

1165.

1166.

1167.

1168.

151

1000 Pantun Dondang Sayang

1169.

Buah jering di atas para, Diambil budak bawa berlari, Sampai kering laut Melaka, Takkan saya mungkirkan janji. Kira duit satu - satu, Kira mari di atas peti, Kalau tuan kata begitu, Baru senang rasanya hati. Sayang Cik Limah menggosok baju, Baju keras kena kanji, Kalau sudah kata setuju, Mari kita mengikat janji. Buai laju - laju, Budak - budak main bersama, Janji diikat kata setuju, Mari kita mengikat janji. Turun angin pasang layar, Perahu jalur panjang lima, Kalau jauh perahu belayar, Sanggup tidak orang bersama. Papan dinding tindih kasih, Mendiri rumah orang Melaka, Hati terpaut kerana kasih, Ke laut api kuturut juga. Tebuk kayu berlubang - lubang, Buat rumah Kampung Gelam, Perahu kecil dipukul gelombang, Kadang timbul kadang tenggelam. Ambil sebiji buah delima, Letak mari dalam cawan, Hidup mati janji bersama, Jaga kemudi tegak haluan.

1170.

1171.

1172.

1173.

1174.

1175.

1176.

152

1000 Pantun Dondang Sayang

1177.

Bilah buluh tudung saji, Buat menutup buah mempelam, Sudah setia ikat janji, Ribut taufan perahu tak karam. Ikan keli di dalam kali, Sebaya dengan ikan selampai, Alah janji memang janji, Kata kasih hajat tak sampai. Pakai selendang dari Bali, Jalan bersaing pergi ke pekan, Adat kerbau dipegang tali, Bulan timbul saya tunaikan. Buah berangan di dalam dulang, Ambil satu lalu dimakan, Ayam di tangan disambar helang, Macam lembu jilat ke lawan. Buah limau di dalam sabut, Ambil dari Pak Lang, Di mulut harimau lagiku rebut, Inikan pula di muncung helang. Ambil galah jolok cempedak, Cempedak terlindung di celah daun, Toleh kiri kanan pun tidak, Guruh berdentum hujan tak turun. Tiup angin dari selatan, Pokok berduri jatuh daunnya, Kalau sudah namanya hujan, Tunggulah bumi jatuh titiknya. Burung merpati di bumbung rumah, Tembak seekor matinya empat, Kalau mati dikandung tanah, Masa hidup dikandung adat.

1178.

1179.

1180.

1181.

1182.

1183.

1184.

153

1000 Pantun Dondang Sayang

1185.

Burung tekukur si burung balam, Pujuk memujuk di hujung anjung, Sudah menjadi lumrah alam, Adat di kelek syarak dijunjung, Beras melukut di atas peti, Ambil nyiru ditampi - tampikan, Walaupun ikut kata hati, Ibu bapa jangan tinggalkan. Cekut mari si bunga rampai, Cukur jambul cucu penghulu, Semua jalan saya dah sampai, Pergi kerumah saya tak tahu. Asap membukat bakar jerami, Padi di sawah sudah dituai, Hendak tahu rumah kami, Batu sepuluh Kampung Pulai, Menangkap ikan pancing tersangkut, Berlabuh di balik Pulau Undan, Patah kaki kujalankan lutut, Berpatah balik celaka badan. Pakai baju tidak berbutang, Butang disimpan di dalam peti, Sudah tahu perahu nak datang, Ribut taufan tetap kunanti. Perahu mudik dipukul ribut, Tiang layar patah dua, Sudah terang gayung bersambut, Bulan timbul terasa lama. Susun batang sagu, Hanyut ditarik dengan perahu, Adat kami orang menunggu, Adat tuan saya tak tahu.

1186.

1187.

1188.

1189.

1190.

1191.

1192.

154

1000 Pantun Dondang Sayang

1193.

Belah - belah si batang pinang, Buat balai di rumah Pak Uda, Sudah lumrah adat meminang, Datang menyebut menghantar tanda. Dinihari tengah malam, Puput bayu terasa sejuk, Pejam celik siang malam, Jangan sampai kucing bertanduk. Naik junjung pokoknya kacang, Hujung petak pokok jerimin, Tahun ini orang merancang, Tahun depan naik pelamin. Songket merah benang ditenun, Tenun mari orang Kelantan, Jika bertuah batu di gunung, Berhajat juga menjadi intan. Buluh perindu tidak berdahan, Cendana pula tidak berdaun, Tak semua batu menjadi intan, Walaupun lama membilang tahun. Jual rotan di pekan Gemas, Rotan dibawa dari seberang, Ada intan bingkaikan emas, Mana tercampak tidak terbuang. Ambil benang jahit kelingkan, Hendak menjahit baju baru, Bukan senang menilai intan, Ke kedai tukang baru kau tahu. Dari Bentan pergi ke Daik, Singgah bermalam di pekan Sengarang, Kalau dah asal intan yang baik, Di mana tercampak cahayanya terang.

1194.

1195.

1196.

1197.

1198.

1199.

1200.

155

1000 Pantun Dondang Sayang

1201.

Ikan sepat anak belotan, Campur dengan anak tenggiri, Dari buntat dah jadi intan, Intan bergelar payung negeri. Daripada hujan baiklah panas, Senang kita menjemur padi, Dari intan baiklah emas, Senang kita berjual beli. Pergi memburu di dalam hutan, Senapang ditembak tidak meletup, Kalau itu niatmu tuan, Baik disimpan perak bercelup. Dari Perak pergi ke Kukup, Singgah di Gemas membeli rotan, Saya tak hendak perak bercelup, Biarlah emas bertatahkan intan. Nampak kemas Laksamana Bentan, Hendak pergi tanah seberang, Walau emas bertatahkan intan, Perak bercelup jangan dibuang. Dua serupa si anak Cina, Berjalan-jalan di Kampung Hulu, Kalau hidup papa kedana, Banyak pun budi terbuang lalu. Sekal padi secupak rumia, Hendak dibawa tanah seberang, Sudah menjadi resam dunia, Ringgit juga dipandang orang. Walau lilin lurus melidi, Kalau dipasang cahayanya terang, Hidup miskin kalau berbudi, Walaupun banyak habis terbuang.

1202.

1203.

1204.

1205.

1206.

1207.

1208.

156

1000 Pantun Dondang Sayang

1209.

Raut-raut si papan jati, Hendak dibuat si anak tangga, Jangan takut menabur budi, Sedikit sebanyak dikenang juga Orang di Minyak merebus telur, Dimasak juga dengan lauknya, Walaupun banyak budi ditabur, Ringgit juga tinggi nilainya. Budak-budak duduk termenung, Duduk mengingat tanah seberang, Walaupun ringgit tinggi menggunung, Budi juga dikenang orang. Budak-budak menanam padi, Tanam mari di sudut laman, Saya cuba menabur budi, Kalau baik dibuat zaman. Turun ke kali untuk menuba, Jatuh tersungkur di dalam paya, Kita hidup perlu mencuba, Barulah terukur resam dunia. Pokok cempedak di Padang Temu, Daunnya lebat banyak berbunga, Ringgit hendak budi pun mahu, Baru sempurna hidup di dunia. Naik sampan ke Tanjung Batu, Sampan penuh diisi galah, Kalau tuan kata begitu, Serahkan saja kepada Allah. Ramai-ramai pergi ke hutan, Mengambil palas buat ketupat, Apalah nasib tupai di hutan, Menunjuk lagak tak kena tempat.

1210.

1211.

1212.

1213.

1214.

1215.

1216.

157

1000 Pantun Dondang Sayang

1217.

Membuat tapai pagi hari, Hendak manis ditambah ragi, Memang tupai tak sedar diri, Nak makan buah di dahan tinggi. Bukan petai sebarang petai, Petai muda dibuat jeruk, Bukan tupai sebarang tupai, Tupai tak makan buah yang busuk. Pohon selasih di tepi tambak, Tumbuh di pagar sama pegaga, Jangan masih nak tunjuk lagak, Perut lapar dimakan juga. Hujan panas waktu petang, Singgah berteduh di pondok orang, Sebiji nenas sebiji pisang, Yang mana satu rezeki musang. Kayu resak ditebang-tebang, Ditinggal tersusun di tepi paya, Yang masak rezeki musang, Yang mana tinggal rezeki saya. Angin kencang ribut barat, Perahu kecil berlabuh di selat, Patah pancang tinggal sekerat, Menjadi tunggul merosakkan pukat. Limau Cina limau Langkat, Sudah ditimbang diikat-ikat, Bukan semua merosakkan pukat, Ada juga membawa berkat. Masak nasi bergulai belum, Nak tunggu udang dari kuala, Muatan sarat belayarnya belum, Nak tunggu angin dari utara.

1218.

1219.

1220.

1221.

1222.

1223.

1224.

158

1000 Pantun Dondang Sayang

1225.

Wahai saudara kaum muslimin, Saya berdua bersahabat andai, Kalau belayar mengharapkan angin, Sampai ketua dagangan tersadai. Bajuku basah dek hujan panas, Turun lebat sebelah hulu, Jambatan patah buaya mengganas, Bagaimana pula cik puan nak lalu. Ambil rempah ditampi-tampi, Nak dijual di pekan sari, Nanti ku sembur serapah dan jampi, Buaya ganas mendiamkan diri. Pokok leban si api-api, Tebang dahan dibuat mengkawan, Buaya tak makan serapah dan jampi, Buaya tembaga keturunan pahlawan .

1226.

1227.

1228.

1229.

Pokok leban si api-api, Ditebang orang beramai-ramai, Buaya tak makan serapah dan jampi, Kupasang saja jerat di sungai. Bubur lemak si pasang hijau, Makan penganan di waktu petang, Penat ku jenguk penat ku tinjau, Sudah petang baru kau sampai. Dibuat bangku sibatang sena, Sebelah baruh dibuat orang, Jangan kau tunggu aku yang hina, Datang tak penuh keluar tak kurang. Tanjung Tuan Bukit Piatu, Tempat berjalan si gadis sunti, Janganlah tuan kata begitu, Tiada tuan majlis terhenti.
159

1230.

1231.

1232.

1000 Pantun Dondang Sayang

PANTUN GURU
1234. Anak Cina pergi memburu, Buruan dapat dibawa balik, Hidup di dunia mesti berguru, Agar dapat ilmu yang baik. Pelita minyak tiap penjuru, Hingga ke pagi tidak dialih, Guru banyak perkara guru, Berhati-hati waktu memilih. Pergi memburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki, Kalau berguru kepalang ajar, Seperti bunga kembang tak jadi. Kalau ikut pergi memburu, Elakkan diri ditikam onak, Tidak ku tuntut ilmunya guru, Kalau dirinya setengah masak. Bawa senapang dengan peluru, Masuk ke hutan hendak memburu, Ilmu kau tuntut semalam lalu, Jangan kau cuba melawan guru. Pergi memburu ke hutan lama, Dapat rusa di waktu pagi, Kalau ilmu kudapat sama, Usaha guru kusanjung tinggi.

1235.

1236.

1237.

1238.

1239.

160

1000 Pantun Dondang Sayang

1240.

Dari hulu bunyi terdengar, Gendang rodat orang menari, Dari dulu sudah kudengar, Sudahkah dapat yang tuan cari. Anak mengkarung di tepi hutan, Berjaga-jaga jangan terpijak, Sudah kuharung tujuh lautan, Baru bertemu guru yang bijak. Orang berempat turun membajak, Duduk berehat di atas pangkin, Kalau dah dapat guru yang bijak, Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Dari Alai ke Padang Temu, Hendak mengambil daun mengkuang, Memang berhajat untuk berilmu, Supaya tidak badan terbuang. Turun ke laut janganlah jemu, Walau mendapat si ikan parang, Jika hidup tidak berilmu, Memang hina dipandang orang. Ambil pedoman si gunung Daik, Kapal belayar menuju barat, Bila mendapat guru yang baik, Ilmu yang dapat menjadi berkat. Kapal menuju sebelah barat, Ke tanah seberang membawa halia, Bila ilmu mendapat berkat, Semua orang memandang mulia. Jual halia bersama kentang, Masak bersama sekati udang, Guru yang mulia jika ditentang, Hidup kita pasti kecundang.

1241.

1242.

1243.

1244.

1245.

1246.

1247.

161

1000 Pantun Dondang Sayang

1248.

Batu bernama si batu bata, Tempat hinggap si burung balam, Guru itu ibarat pelita, Memberi cahaya setiap malam. Jahit baju sama selendang, Tidak cukup sebola benang, Jasa guru mesti dikenang, Barulah hidup bersenang lenang. Berlenggang lenggok si anak Minang, Sambil membawa si daun palas, Walau hidup bersenang lenang, Jasa guru perlu dibalas. Sayang pemburu memegang gelas, Gelas dibuat dari kaca, Jasa guru tak minta dibalas, Cukup setakat mengenang jasa. Lipat berbucu si daun tapai, Hendak diisi beras sekal, Pesan guru jangan diabai, Jika hendak ilmunya kekal. Tindih kasih jahitan baju, Bila menjahit baju pendita, Terima kasih kepada guru, Tiada dia siapalah kita.

1249.

1250.

1251.

1252.

1253.

PANTUN ILMU
1254. Ambil tebu di tepi rumah, Cabut ubi bersama akar, Sedikit ilmu jika berhikmah, Garam selaut menjadi tawar.

162

1000 Pantun Dondang Sayang

1255.

Cantik teluk pantainya landai, Tambat perahu tepi kuala, Biar buruk kain dipakai, Asalkan ilmu penuh di dada. Kain songket benang sutera, Lipat sebelit buat selepang, Ilmu yang banyak ibarat cahaya, Walau sedikit menjadi terang. Akar keranji dikerat-kerat, Campur halia dibuat jamu, Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berilmu. Cantik dipandang rumah Penghulu, Kayu diukir dari papan, Alang-alang menuntut ilmu, Pasir sebutir menjadi intan. Pohon sena tepi sempadan, Tempat tupai menumpang lalu, Bercerai nyawa dari badan, Barulah putus petua guru. Pergi berburu ke padang datar, Dapat rusa patah kaki, Kalau berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi. Singgah sebentar di Padang Keladi, Datang dari Tanjung Karang, Bagaimana ilmu nak menjadi, Sudah dilanggar pantang larang. Bawa panah orang berburu, Tupai ada di pokok berangan, Kalau sudah namanya berguru, Ikutlah syarat dengan pegangan.

1256.

1257.

1258.

1259.

1260.

1261.

1262.

163

1000 Pantun Dondang Sayang

1263.

Dapat seekor ikan cencaru, Kawan dengan gelama batu, Sudah sedia petua guru, Kalau mengira dari satu. Kicau-kicau tiung batu, Mari hinggap di dahan mati, Kalau hidup tidak berilmu, Kayu lurus dibuat titi. Terbang lebah di hujung bendang, Hinggap di dahan membuat sarang, Banyak sudah dapat dipandang, Tiada ilmu dihamba orang. Jambu batu buah pedada, Tepi sungai pokok sena, Kalau ilmu tak ada di dada, Orang maju kita merana. Kayu alang jenang pintu, Dua hasta dicucur atap, Alang-alang menuntut ilmu, Sampai khatam menuras kitab. Pasang jerejak jarang-jarang, Buat birai condong ke barat, Sudah lumrah dikata orang, Ilmu penerang dunia akhirat. Dapat seekor ikan belida, Ikan terlepas serkapnya jarang, Kalau ilmu penuh di dada, Sampai mati disanjung orang. Sarung ketupat di Padang Jambu, Letak mari di sampiran kain, Sudah adat orang berilmu, Bagai lilin menerang yang lain.

1264.

1265.

1266.

1267.

1268.

1269.

1270.

164

1000 Pantun Dondang Sayang

1271.

Nasi melukut sayur keladi, Lambat makan kuahnya basi, Adat berilmu resmi padi, Makin tunduk makin berisi. Sayang Cik Siti menyampin kain, Kain disampin pagi hari, Orang berilmu bagai lilin, Menerangkan orang membakar diri. Singgah sekejap di Sungai Baru, Orang Linggi ke Tanjung Tuan, Sudah tersurat pesannya guru, Ada ilmu panjang-panjangkan. Hujung serambi padang temu, Terkelip-kelip api pelita, Tidak jemu mencari ilmu, Selagi ada mualim pendeta. Obor-obor sama pelita, Masih dipasang tepi halaman, Mualim pendeta sudah berkata, Ilmu seluas lautan. Sulumpih buluh tajam sembilu, Batang tebu beruas-ruas, Baru ku tahu luasnya ilmu, Lagi kutuntut bertambah luas. Tambur Acheh gendang raya, Sambut berangkat raja di Langkat, Berapa panjang jalan raya, Panjangnya ilmu tidak bersukat. Kelip-kelip api seberang, Malam gelap bulan tak timbul, Boleh tak pelik orang sekarang, Alif tegak dikatanya tunggul?

1272.

1273.

1274.

1275.

1276.

1277.

1278.

165

1000 Pantun Dondang Sayang

1279.

Isi sagun di dalam botol, Buat hidangan hari raya, Kayu lurus dibuat bendul, Tidak berilmu menjadi sahaya. Dari Jambi ke Majapahit, Hujung Tanjung Datuk Kelana, Bagai bumi dengan langit, Berilmu disanjung bodoh dihina. Dari Muar ke bandar Tangkak, Langsung sampai ke Padang Jambu, Mahu ingat adik dan kakak, Jangan jemu menuntut ilmu. Singgah mari di pantai Klebang, Orang menyambut hulubalang, Saya berpesan wahai cik abang, Jangan menuntut alang kepalang. Terang-terang kalimantang, Dari senja lampu dipasang, Kalau malam isim yang datang, Jadi gila ilmu dah songsang. Beras diceduk tiga cawan, Masak nasi disukat-sukat, Maaf datuk ampun tuan, Jangan belajar ilmu sesat. Anak raja pergi berburu, Kijang jauh disangka dekat, Pandai-pandai memilih guru, Nanti dapat ilmu yang berkat.

1280.

1281.

1282.

1283.

1284.

1285.

166

1000 Pantun Dondang Sayang

PANTUN BULAN
1286. Burung Kelatuk mencari makan, Mencari makan di tunggul jati, Kenapa pungguk rindukan bulan, Adakah bulan membuat janji. Burung Balam berbunyi malam, Bunyi di atas bumbung penghulu, Setelah Allah menjadikan alam, Pungguk sudah berjanji dahulu. Bunga Delap di hujung dahan, Kembang setangkai tidak berbau, Jangan diharap kepada bulan, Bulan tidak terang selalu. Beras melukut banyak segenggam, Kasi makan burung merpati, Bulan mengikut kehendak alam, Untuk dikira musim dan hari. Kain sehelai bunga berdiri, Dibuat orang kain basahan, Pungguk tak pandai merenung diri, Bulan yang tinggi dirindukan. Cantik sungguh anak pangeran, Pakai songket berpekat benang, Malulah bulan melindung awan, Merak tak juga datang meminang. Buah meluluk jangan ditelan, Bijinya besar bersegi tiga, Bersarang pungguk di kaki awan, Bulan tak juga turun ke riba. Hujung tengkolok berpekat intan, Buat Andaman pengantin di Acheh, Bulan dan pungguk ibarat hiasan, Buat pedoman orang berkasih.
167

1287.

1288.

1289.

1290.

1291.

1292.

1293.

1000 Pantun Dondang Sayang

PANTUN MENYAMBUT RAJA
1294. Layang - layang putus teraju, Terbang pula ke Tanah Jawa, Selamat datang Duli Tuanku, Bumi bertuah Negeri Melaka. Bunga raya warnanya merah, Bunga bergelar bunga negara, Rakyat Melaka rasa bertuah, Negeri dikunjung Raja yang mulia. Perahu sarat hendak ke Bentan, Bawa mari kain sutera, Tuanku ibarat permata intan, Gilang gemilang dalam cahaya. Pohon gelenggang daunnya rendang, Tempat bersarang si burung bayan, Dondang sayang budaya terbilang, Di majlis diraja saya dendangkan. Kerat - kerat kayu geharu, Dibawa orang dari seberang, Menjadi adat bangsa Melayu, Menjunjung kasih raja yang datang. Padi di sawah dimakan ulat, Ulat bersarang di dalam daun, Negeri bertuah raja berdaulat, Hamba rakyat tompang bernaung.

1295.

1296.

1297.

1298.

1299.

168

1000 Pantun Dondang Sayang

PANTUN KUMBANG DAN BUNGA
1300. Kain selendang koyak tergunting, Selendang dibeli si dari bali, Berangan kumbang di hujung ranting, Bunga ditunggu kembang tak jadi. Jatuh mumbang putik kelapa, Putiknya layu dimakan hari, Kumbang menunggu penuh setia, Walaupun bunga kembang tak jadi. Masak minyak di tengah laman, Hendakkan wangi dicampur serai, Bukankah banyak bunga di taman, Mengapa ditunggu bunga setangkai. Jangan dicampak anak selasih, Kena panas takutkan layu, Kumbang juga pandai memilih, Harapkan wangi dan juga madu. Naik perahu hendak ke seberang, Bawa mari kayu arang, Sudah ku tahu resminya kumbang, Habis madu kuntum terbuang. Buat lemang jaga santannya, Jangan sekali dimasukkan gula, Bunga sememang kembang tak lama, Satu hari kan layu juga. Punggut cendawan dicantum - cantum, Biar jatuh berselerak jangan, Kumbang tak puas bunga sekuntum, Kalau boleh hendak setaman. Sayang nakhoda ke Inderagiri, Bawa dagang si dari China, Kalau tak ada kumbang menyeri, Bunga kembang tiada gunanya.
169

1301.

1302.

1303.

1304.

1305.

1306.

1307.

1000 Pantun Dondang Sayang

PANTUN PENGANTIN
1308. Dua pengantin muda remaja, Duduk bersanding seperti raja, Mengerlip intim dalam cahaya, Bagailah pinang dibelah dua. Perahu panjang berkayang kain, Tanam lada tepi perigi, Orang yang bujang bila nak kahwin, Belum ada jodohnya lagi. Sampai sudah hari bahagia, Kini hidup berumahtangga, Hari lalu ini hidup berdua, Tahunlah depan mungkin bertiga. Lepas berarak duduk bersanding, Ditabur si beras kuning, Sanak saudara ramai keliling, Tersenyum manis sambil menjeling. Saya hanya cuma berpesan, Pada sahabat dan juga kawan, Pada pengantin saya doakan, Panjanglah jodoh diberkat Tuhan. Jikalau ikan mati dituba, Mulalah nelayan berangan - angan, Mula terjadi Adam dan Hawa, Maka manusia berpasang - pasangan. Darilah Lukut pergi ke Jambi, Pergi dengan kebayan hodoh, Jika hidup lawannya mati, Maka bujang mencari jodoh. Oranglah medang memasang belat, Di pohon palas duduk berteduh, Orang yang bujang belum terlambat, Lekaslah lekas mencari jodoh.
170

1309.

1310.

1311.

1312.

1313.

1314.

1315.

1000 Pantun Dondang Sayang

1316.

Makan jamu di daun Jati, Itu petua zaman bahari, Sudah bertemu idaman hati, Bagai cincin lekat di jari.

PANTUN HAJAT TAK SAMPAI
1317. Tinggi - tinggi kemuncak gunung, Nampak dari tepi pantai, Kulihat puan asyik termenung, Bagaikan orang hajat tak sampai. Orang Cina pakai terompah, Jalan - jalan keliling kota, Bagaimana hati tak susah, Orang disayang jauh di mata. Ayam berkokok hari nak siang, Murai berkicau di pagi hari, Orang jauh tak ingat nak pulang, Adakah sabar tuan menanti. Buah keranji bagai diukir, Jatuh sebiji di tepi perigi, Janji tidak pernah kumungkir, Walaupun embun menjadi api. Anak dara mengait benang, Benang panjang tinggal sejembul, Orang tak ada jangan dikenang, Rosaklah nanti orang yang tinggal. Jinak sungguh si ayam katik, Kasi makan beras padi, Hati sayang budi pun baik, Tidak mudah lupa sekali.

1318.

1319.

1320.

1321.

1322.

171

1000 Pantun Dondang Sayang

1323.

Burung helang terbang berbalik, Sambil terbang menebar bulu, Putus sayang berjumpa balik, Hendak ditiak terasa malu. Asal intan si dari batu, Berbingkai emas berat segaga, Apa nak segan apa nak malu, Putus kasih jadi saudara. Perahu panjang si dari Bentan, Layar mudik di Laut Cina, Bila terpandang wajahmu puan, Teringat balik kisah yang lama. Pohon kepaya si pohon jarak, Tanam mari tepi perigi, Ibarat kaca pecah berserak, Tidak dapat bercantum lagi. Gendang bertingkat gong dipalu, Ikut rentak orang menari, Biar pecah retak seribu, Pecah berserak jangan sekali.

1324.

1325.

1326.

1327.

PANTUN PERIBAHASA
1328. Hendak dijeruk si buah kundang, Masukkan garam dengan cuka, Jangan dirajuk air di ruang, Takutkan karam ditimba juga. Buat pagar berkayu jati, Tengah sawah di tanam lada, Merajuk tidak sampai di hati, Takutkan susah di buat juga.

1329.

172

1000 Pantun Dondang Sayang

1330.

Daun palas tajam durinya, Tempat bermain si burung balam, Bumi yang luas kutampar tak kena, Angin tak nampak jangan kau genggam. Daun nipah dikerat - kerat, Lidinya pula jangan dibuang, Perkara yang susah dapat dibuat, Kalau menjadi nama terbilang. Benang ditenun putus disambung, Buat selendang kain sutera, Gagah gunung batu dijunjung, Air ditatang tertumpah juga. Papan jati diukir - ukir, Buatkan mari dinding istana, Sudah menjadi kehendak air, Lurah dan laut sudah tempatnya. Buah keranji buah berembang, Bermusin sekali dalam setahun, Habis padi burung terbang, Ulat tidak kenalkan daun.

1331.

1332.

1333.

1334.

PANTUN PANGLIMA
1335. Burung helang terbang menjerit, Unggas melayang jadi mangsanya, Keris disandang pedang diheret, Takut berjuang apa gunanya. Canang pendekar hebat bunyinya, Raja berangkat istana Puri, Jangan kau cabar darjat panglima, Salah disanggah ajal menanti.

1336.

173

1000 Pantun Dondang Sayang

1337.

Bunga telapuk songket pendekar, Senget terselak sebelah kiri, Bumi kutampar langit bergegar, Inikan pula busut baru nak jadi. Pohon gajus condong di tangkat, Buahnya timbul jatuh di perigi, Walaupun putus jalan maripat, Cakap takbur ilmu tak jadi. Kayu serentang dibuat antan, Lesungnya pula batang membatu, Sikat melintang lagi kutelan, Inikan pula membujur lalu. Ikan Kenderah masak berkuah, Giling perisa tidak berkunyit, Takat sedepa kau bawa galah, Janganlah cuba nak jolok langit. Cantiknya rupa burung belatuk, Cari makan di tunggul buruk, Kail sebentuk umpan secangkuk, Habisku tangkap ikan selubuk. Buat sikat si dari tanduk, Sikatkan mari anak Cik Yusup, Kalau setakat umpan secangkuk, Anak seluang makan tak cukup.

1338.

1339.

1340.

1341.

1342.

PANTUN SENDA GURAU
1343(L) Pagi hari membeli tepung, Hendak membuat kuih baulu, Minta maaf ketua kampung, Nak tumpang bermain semalam lalu.

174

1000 Pantun Dondang Sayang

1344(P) Buah pedada buah rumia, Jatuh ke tanah di tepi pagar, Bergurau senda adat dunia, Janganlah marah tuan mendengar. 1345(L) Kalau menyurat di kertas biru, Kirimkan surat Datuk Panglima, Saya nak naik ke langit biru, Sanggupkah puan ikut bersama. 1346(P) Pagi hari pergi memburu, Dapat rusa berkawan-kawan, Naiklah tuan ke langit biru, Saya menunggu di kaki awan. 1347(L) Bukit Piatu ke Tanjung Tuan, Pasang pelita di kota lama, Kalau begitu katamu puan, Marilah kita terbang bersama. 1348(P) Besi lama mudah berkarat, Cari ganti di Kota Lukut, Terbang sama kutakut berat, Takut nanti tersangkut-sangkut. 1349(L) Di dalam tangguk buah kuini, Mari dibawa dalam perahu, Jangan ditenguk badan begini, Belum dicuba belum tahu. 1350(P) Pagi hari memungut siput, Hendak dijual di Pekan Linggi, Badan dah tua nafas dah semput, Adakah terdaya memanjat lagi. 1351(L) Duduk Panglima duduk menajat, Dari petang sampai ke pagi, Orang dah tua kalau memanjat, Tidak terlintas nak turun lagi.

175

1000 Pantun Dondang Sayang

1352(P) Jual ikan di tepi pasar, Jual senangin, selangat juga, Jangan tuan bercakap besar, Ditiup angin kau takut juga. 1353(L) Ikan senangin ikan selangat, Ikan puput jual di pasar, Kalau angin bertiup kuat, Kupaut kuat di dahan besar. 1354(P) Sayang pak lebai memakai songkok, Membaca kitab sambil berjaga, Sepandai-pandai tupai di pokok, Lama-lama ke tanah juga. 1355(L) Sayang ketupat dibelah tengah, Mari diisi di dalam raga, Tupai tua jatuh ke tanah, Termengah-mengah dipanjat juga. 1356(P).Baling batu sembunyi tangan, Batu tak tiba jatuh bersepai, Kalau begitu caranya tuan, Orang dah tiba tuan tak sampai. 1357(L) Ikan lembat ikan belukang, Ikan di simpan di dalam raga, Walau lambat tinggal belakang, Lama-lama kutiba juga. 1358(P) Sungguh indah istana raja, Nampak dari Kuala Sunda, Kalau dah tua mengakulah saja, Jangan cuba nak lagak muda. 1359(L) Anak sebarau di sawah padi, Cuba-cuba belajar berenang, Asyik bergurau si dari tadi, Takut-takut dimarah orang.

176

1000 Pantun Dondang Sayang

1360(P) Buah mempelam buah kuini, Jatuh sebiji di pagi hari, Sudah lama di alam seni, Tidakkah berhajat nak undur diri. 1361(L) Pucuk muda pohon meranti, Daunnya gugur di pagi hari, Kalau dah dapat bakal pengganti, Saya sanggup berundur diri. 1362(P) Ada sepasang anak beruk, Suka bertenggek di tunggul buruk, Perahu kita sudah sama buruk, Baiklah berlabuh di tepi teluk. 1363(L) Yatim piatu pergi ke pekan, Pakai mari si baju kurung, Kalau dah itu hajatmu puan, Sama-samalah kita berdayung. 1364(L) Benih mangga dari gurun, Hendak ditanam di hujung laman, Jaga-jaga ribut nak turun, Pandai-pandai jaga pedoman. 1365. Dari Lukut pergi ke Gurun, Hendak membeli buah berangan, Apa ditakut ribut nak turun, Pedoman ada di dalam tangan. Dari Segambut pergi ke Bentan. Singgah berehat di tepi kota, Ribut melanda utara selatan, Pedoman mana yang nampak nyata. Cantik sungguh rumah Pak Daud, Dihias bunga di sudut laman, Saya ni asal anak pelaut, Mana berpusing tak hilang pedoman.

1366.

1367.

177

1000 Pantun Dondang Sayang

1368.

Mengkuang diinci ditepi surau, Dianyam selerang bercorak-corak, Hajat hati hendak ke pulau, Ada perahu berdayung tidak. Belah rotan jangan terserong, Sudah dianyam dikerat-kerat, Lautan jangan cuba diharung, Hilang pedoman sesat melarat. Kayu getah diukir-ukir, Buatkan dinding rumah penggawa, Biar pecah perahu di air, Papan sekeping kudayung juga. Dipotong-potong batang jering, Ketam mari dibuat lantai, Jangan kau dayung papan sekeping, Andainya karam hajat tak sampai. Buat tapai pulut dipilih, Diragi orang di dalam dulang, Kalau pandai meniti buih, Selamatlah badan ke tanah seberang. Buah gajus masaknya merah, Jatuh sebutir di rumpun sirih, Menyunsung arus alangkah susah, Inikan pula meniti buih. Jual kuih di pekan Jati, Sama biskut dijual lambak, Jika buih sudah kau titi, Apa nak takut dilambung ombak. Angkut-angkut membawa sampah, Bawa mari sehelai benang, Hidup jangan takutkan susah, Baru kita berjumpa senang.

1369.

1370.

1371.

1372.

1373.

1374.

1375.

178

1000 Pantun Dondang Sayang

1376.

Batu karang dipukul ombak, Dipukul ombak pagi dan petang, Kalau sudah rezeki secupak, Takut terbuang kalau segantang. Pandan dikerat dibuat tikar, Pandan diraut oleh Cik Anum, Susah di darat panjang ikhtiar, Susah di laut mati tak minum. Anak tuka ekornya lentik, Menyambar makan si anak petek, Memang kau suka tempat yang cetek, Kalau karang berenang kau balik. Buah bacang buah kuini, Bercampur dengan si buah betik, Jangan kau tenguk saya begini, Saya tak balik di tempat cetek. Buah kedondong buah keluak, Isi mari dalam perahu, Perahu ku kecil dindingnya kopak, Tahan dia hanyut karam tak mahu. Hendak melarut sekati garam, Belum makan garam diresip, Walaupun hanyut tapi tak karam, Melaratlah badan dibawa nasib. Beli biskut kedai Pak Talib, Nak menjamu si anak muda, Tidak ku takut dibawa nasib, Jika ilmu penuh di dada. Pokok temu pokok kuini, Hidup subur di padang luas, Hilang ilmu hilang berani, Jika bertemu buku dan ruas.

1377.

1378.

1379.

1380.

1381.

1382.

1383.

179

1000 Pantun Dondang Sayang

PANTUN BANDINGAN
1384. Dunia ada boleh dipandang, Kenang menangis untung sendiri, Rumbia banyak bersukat gantang, Undangan manis berhitung biji. Dari Seberang ke Kuala Lumpur, Anak Arab juru mudi kapal, Stori ( story - cerita ) orang bila bercampur, Kerap - kerap mencari pasal. Ikan tenggiri sebesar lengan, Mari persiang di bilik dapur, Dengar di kiri buang di kanan, Stori orang jangan campur. Raja di Kota orang yang kaya, Pergi ke China menambang kapal, Dalam di kata tak mau percaya, Sampai terkena siapa mau sesal. Gulu ulu dimasak pengat, Kasi kawan makan sekalian, Dari dulu kalau beringat, Tentu selamat hari kemudian. Perau Seberang menunda kapal, Tambatkan mari di tepi ruma, Baru sekarang ingat menyesal, Sudah lambat apa gunanya. Turun ke pantai menjaja nanas, Nanas terikat dua setali, Berapa pandai jaga nahas, Sikit tersilap balik kembali. Pergi ke pantai membeli ikan, Bungkus mari di kain cukin, Belum sampai kita tepiskan, Biar melayang di tempat lain.
180

1385.

1386.

1387.

1388.

1389.

1390.

1391.

1000 Pantun Dondang Sayang

1392.

Kayu tempinis dari Kuala, Dibawa orang pergi Melaka, Berapa manis bernama nira, Simpan lama menjadi cuka.

181

PANEL PENYELIDIK 1000 PANTUN DONDANG SAYANG

Pengerusi Encik Ismail bin Yusof P.S.K., P.J.K. Pengarah Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Melaka

Timbalan Pengerusi Encik Mazlan bin Ahmad Penolong Pengarah Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Melaka Setiausaha Puan Noraini bt Harun Pegawai Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Melaka

Ahli-ahli Jawatankuasa Puan Hajjah Jamilah bt Alang Ahmad Encik Asrul Effendy bin Asrab Encik Abu Samah bin Haji Bachik Encik Azhar bin Aman

182

Biodata Penyumbang Pantun
Tuan Haji Ahmad bin Usop
Dilahirkan pada 17 Jun 1940 di Kampung Serkam, Melaka dan dibesarkan di Kampung Pulai. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam bidang kebudayaan dan kesenian di Negeri Melaka amnya sejak dahulu dan hingga kini. Seorang yang meminati Dondang Sayang sejak kecil. Madulara merupakan nama pena yang digunakan dan telah menghasilkan dua buah buku antaranya Dondang Sayang Muzik Tradisi Melaka dan juga Joget Lambak. Beliau banyak menyumbang pantun-pantun yang telah dihimpunkan daripada mereka yang mahir berpantun dari seluruh Melaka dan dimuatkan di dalam buku 1000 Pantun Dondang Sayang ini. Beliau juga sering dipanggil oleh penganjur untuk mengadili Pesta Pantun mahupun Pertandingan Dondang Sayang Negeri Melaka yang se-ring diadakan di Melaka amnya.

Encik Ma’arof bin Abu Chik
Ma’arof Abu Chik atau lebih dikenali sebagai Pak Ma’arof sahaja di ka-langan mereka yang mengenali beliau. Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang nyanyian Dondang Sayang. Ini disebabkan beliau terlibat secara langsung di dalam Dondang Sayang. Berkebolehan berpantun secara spontan. Beliau juga sebelum ini pernah berkhidmat dengan Radio Televisyen di Singapura sebelum berhijrah semula di Malaysia dan berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia. Masih lagi aktif menyumbangkan suara jika dipanggil untuk membuat persembahan Dondang Sayang, sama ada untuk majlis-majlis rasmi ke-rajaan mahupun swasta.

183

Puan Nyonya Tan bt Abdullah
Dilahirkan pada 3 November 1949, dari sebuah keluarga berketurunan Baba Nyonya. Beliau merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik-beradik dan merupakan satu-satunya yang meminati bidang seni dalam keluarga. Kini berkhidmat sebagai Pengurus Unit Serahan, di Pos Malaysia Berhad, Bukit Baru Melaka. Beliau seorang yang aktif dalam Dondang Sayang dan sering mendapat jemputan mempersembahkan Dondang Sayang di Melaka mahupun di luar. Memegang jawatan sebagai Setiausaha Persatuan Dondang Sayang Melaka yang menaungi 9 buah Kumpulan Dondang Sayang terdapat di Negeri Melaka ini. Berkecimpung dalam Dondang Sayang sejak berusia 19 tahun lagi dan bermula dengan pertandingan nyanyian yang diadkan oleh Belia 4B Melaka.

Encik Abas bin Katan
Seorang yang aktif di dalam Muzik Dondang Sayang di Melaka dan pernah menganggotai kumpulan Dondang Sayang Hiasan Budaya. Berkebolehan berpantun secara spontan dan sering kali diundang untuk mengadakan persembahan Dondang Sayang sama ada di Melaka mahupun di luar Melaka.

Tuan Haji Mohd. Yasin bin Ahmad
Mantan pensyarah di Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun Melaka dan kini beliau berkhidmat dengan Institut Seni Malaysia Melaka secara sambilan sebagai pensyarah. Selain Dondang Sayang, beliau juga aktif dalam seni Nazam antara cabang seni yang terdapat di Negeri Melaka ini. Beliau juga merupakan Pengerusi Persatuan Pelukis Negeri Melaka. Di samping itu, beliau juga aktif mengajar seni tari tradisional antaranya Inang, Joget mahupun Zapin.

184

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->