Anda di halaman 1dari 28

BMMB1144 kesantunan berbahasa

KIT PEMBELAJARAN
DIGITAL
TEMA: GAYA KESANTUNAN
BERBAHASA
( PANTUN )
MAKLUMAT
PELAJAR NAMA:AHMAD RIDHAUDDIN BIN ROSMAN
KELAS:BAHASA MELAYU 1
NOMBOR IC:030829120109
ANGKA GILIRAN: 2021292310027
Klik pada
Isi Kandungan nombor

1 Definisi Pantun 5 Bentuk Pantun

Pantun Mengikut
2 Pandangan Tokoh 6 Jenis Pantun

Cara Membina
3 Fungsi Pantun 7 Pantun

4 Ciri Pantun 8 Uji Minda


Definisi Pantun
PANTUN merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada
empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima
a,b,a,b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap
rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan
rangkap maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan
biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap
lain untuk melengkapkan keseluruhan idea.

KONSEP PUISI TRADISIONAL


Untuk ketahui lebih lanjut megenai konsep puisi
tradisional. Anda boleh layari pautan
https://youtu.be/_ERhwSQ71s0
atau imbas kod QR berikut
Pantun Mengikut
Pandangan Tokoh
Menurut Harun Mat Piah (1989), pantun didefinisikan
berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur
visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan
isi (tema dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilihat
berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan dengan
penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat
dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia
masyarakat melayu. Kedua, berdasarkan hubungan makna
antara pasangan pembayang-pembayang dengan pasangan
maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.
Pantun Mengikut
Pandangan Tokoh
Menurut Za’ba, pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua
dan asalnya kepunyaan masyarakat Melayu. Sebelum orang
Melayu tahu tentang surat-menyurat, mereka telah pandai
berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri.

TOKOH BAHASA
Anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Za'ba?
Anda boleh mengimbas kod QR yang disediakan.
FUNGSI PANTUN

Menzahirkan
Menyampaikan mesej
penghargaan dan
berunsur keagamaan
ucapan terima kasih

Fungsi Pantun dalam


Masyarakat Melayu
Tradisional
Untuk sindiran dan
Tujuan adat istiadat
tempelak

Meluahkan rasa kasih


sayang dan kerinduan
Ciri Pantun
Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian
pembayang dan satu lagi bahagian maksud.
Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang,
manakala baris tiga dan empat adalah maksud.
Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris
kedua adalah maksud.
Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar.
Setiap baris dalam pantun mempunyai 4 hingga 5 perkataan.
Setiap baris dalam pantun juga mempunyai 8 hingga 12 suku kata

Anak ayam turunnya lima,


Pembayang
Mati seekor tinggal empat;
Kita hidup mesti beragama,
Maksud
Supaya hidup tidaklah sesat.
Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk 'a,a'.
Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a,b,a,b'.

Contoh pantun dua kerat :


Gendang gendut tali kecapi, (a)
Kenyang perut suka hati. (a)

Contoh pantun empat kerat :


Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)
Gunung Daik bercabang tiga, (b)
Hancur badan dikandung tanah, (a)
Budi yang baik dikenang juga. (b)
Bentuk Pantun
Berbentuk terikat.
Bentuk paling popular : pantun dua kerat dan pantun empat
kerat.
Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah
pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud.
Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah
pembayang dan baris kedua adalah maksud pantun.
Terdapat juga pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan
pantun dua belas kerat.
Pantun Dua Baris
Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.

Pantun Empat Baris Pantun Lapan Baris


Pulau Pandan jauh ke tengah, Rumpun rotan di kota alam,
Gunung Daik bercabang tiga; Ditebang dibelah empat,
Hancur badan dikandung tanah, Tumbuh serumpun di seberang,
Budi yang baik dikenang juga. Selasih muara sungai;
Penglihatan usah diperdalam,
Pantun Enam Baris
Pandang nan usah dipertepat,
Apa didapat orang memburu,
Adik di dalam tangan orang,
Dapat rusa jantan betina,
Maksud rasa tak akan sampai.
Sedang bersembunyi di celah batu;
Bila mendapat bunga yang baru,
Bunga yang lama tiada berguna,
Adat dunia sudah begitu.
Pantun Dua Belas Baris
Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi,
Dibawa Sutan dari Judah,
Padi yang jangan digemparkan,
Kalau gempar antara gugur,
Bila gugur masuk perigi;
Tuan di Mekah di Madinah,
Naik akhirat batu haji,
Tegak berdiri Rasulullah,
Kami yang jangan dilupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.
PANTUN PANTUN
NASIHAT KEPAHLAWANAN

PANTUN
PANTUN
ANAK
MUDA
JENIS
PANTUN PANTUN
PANTUN
JENAKA DAGANG

PANTUN PANTUN PANTUN


TEKA-TEKI AGAMA ADAT
1. Pantun Nasihat
Pantun nasihat merupakan rangkaian
kata-kata yang mempunyai makna 2. Pantun Muda
mengarahkan atau menegur seseorang Pantun muda adalah pantun yang
untuk menjadi lebih baik. dikhususkan kepada kaum muda
(remaja), sehingga pantun muda ini
Contoh: biasanya bersifat romantis atau
Manis jangan lekas ditelan berhubungan dengan masalah cinta.
Pahit jangan lekas dimuntahkan
Mati semut karena manisan Contoh:
Manis itu bahaya makanan. Walaupun enak makan dengan bakwan
Lebih enak makan dengan tahu
Walaupun enak jalan dengan teman
Lebih enak jalan dengan kamu
3.Pantun Jenaka
Pantun Jenaka adalah pantun yang
digunakan untuk menghibur orang yang 4.Pantun Teka-Teki
mendengar, terkadang dijadikan Pantun teka-teki adalah pantun yang
sebagai media untuk saling menyindir mengandungi teka-teki atau soalan.
dalam suasana yang penuh keakraban, Dalam pantun teka-teki ini biasanya
sehingga tidak menimbulkan rasa diperlukan jawapan bagi menyelesaikan
tersinggung, dan dengan pantun jenaka teke-teki tersebut.
diharapkan suasana akan menjadi
semakin riang. Contoh:
Kalau tuan bawa keladi
Contoh: Bawakan juga si pucuk rebung
Elok berjalan kota tua Kalau tuan bijak bestari
Kiri kanan berbatang sepat Binatang apa tanduk di hidung
Elok berbini orang tua
Perut kenyang ajaran dapat
5. Pantun Agama
Pantun agama adalah pantun yang 6.Pantun Adat
didalamnya mengandungi unsur-unsur Pantun adat adalah pantun yang
keagamaan yang mendalam dan boleh menggunakan gaya bahasa kedaerahan
dijadikan sebagai sebuah pedoman dan melambangkan unsur adat
dalam kehidupan, kebiasaannya pantun kebudayaan tanah air.
ini mendorong pendengar untuk
berbuat baik dan meninggalkan Contoh:
kemungkaran Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang dibuku buluh
Contoh: Bukan sembah sebarang sembah
Banyak bulan perkara bulan Sembah bersarang jari sepuluh
Tidak semulia bulan puasa
Banyak tuhan perkara tuhan
Tidak semulia Allah Yang Esa
7. Pantun Dagang
Pantun dagang atau pantun nasib 8.Pantun Anak
merupakan rangkaian kata-kata yang Pantun anak adalah pantun yang
mencerminkan nasib atau keadaan berkaitan kanak-kanak.Isi yang
seseorang. Pantun ini biasanya terkandung dalam pantun anak ini
dinyanyikan oleh pengembara yang semua merupakan hal yang
berada di perantauan jika mereka rindu disampaikan berhubungan dengan
akan kampung halamannya atau alam kanak-kanak.
mengeluh akan nasibnya yang tidak
baik. Contoh:
Di bawa itik pulang petang
Contoh: Dapat di rumput bilang-bilang
Tudung saji hanyut terapung Melihat ibu sudah datang
hanyut terapung di air sungai Hati cemas menjadi hilang
Niat hati hendak pulang kampung
apa daya tangan tak sampai
9. Pantun Kepahlawanan
Pantun kepahlawanan adalah pantun
yang isinya berhubungan dengan
semangat kepahlawanan dan
kebiasaanya mencerminkan keberanian
atau kehandalan seseorang dalam
bertarung.

Contoh:
Adakah perisai bertali rambut
Rambut dipintal akan cemara
Adakah misai tahu takut
Kamipun muda lagi perkasa
Cara Membina Pantun
1) Bina dua baris maksud dahulu .

2) Kenal pasti rima akhir baris maksud


3) Senaraikan perkataan yang berakhir dengan suku
kata rima akhir tersebut

4) Bina ayat yang sesuai dalam lingkungan 10 - 12


patah suku kata

5) Pastikan rima akhir setiap baris selari dengan


rima 'abab' . Jika anda mahukan pantun yang lebih
baik , samakan rima tengah baris pantun .

6) Tahniah, pantun anda sudah siap dibina!


UJI MINDA
AKTIVITI 1

Sila layari pautan dibawah atau imbas kod QR


yang disediakan bagi menjawab latihan secara
E permainan.

https://wordwall.net/resource/31718600
AKTIVITI 2
Cari perkataan yang
tersembunyi .
AKTIVITI 3
Isi ruangan teka silang
kata yang kosong
berikut dengan
jawapan yang betul
berdasarkan soalan
yang diberikan di
halaman sebelah,
https://crosswordlabs.com/print/pantun-6?
show_answers=0
SOALAN:
MELINTANG:
3. Pantun terdiri daripada pembayang dan _________
5. Pantun merupakan puisi ___________
6. Bagi pantun empat kerat pula, __________ akhir
berbentuk 'a,b,a,b'
7. Pantun ___________ merupakan rangkaian katakata yang mempunyai makna mengarahkan
atau menegur seseorang untuk menjadi lebih baik.

MENEGAK
1. Pantun __________ mencerminkan keberanian atau kehandalan seseorang dalam
bertarung.
2. Pantun ___________ banyak berkaitan dengan masalah percintaan
4. Pantun berfungsi untuk meluahkan __________ dan tempelak
8. Pantun merupakan puisi tradisional berbentuk ___________
AKTIVITI 4
Kamu perlu membuat pantun 4 kerat mengikut
kreativiti kamu sendiri berdasarkan jenis pantun
yang ditetapkan
-Pantun Teka-teki
-Pantun Nasihat
Tunjukkan pantun kamu kepada guru bahasa
Melayu kamu .
RUJUKAN
Chaer, A. (2010). Kesantunan Berbahasa. Rineka Cipta.

Karim, S., Onn, F. M., Musa, H. bin H., Mahmood, A. H., Aman, M. S., Yunus, A. G., & Onn, F. M.
. (2016). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nuraisyafyqa, N. (2015, August 27). Bagaimana Hendak Membina Pantun ?.


. http://apaitupantun.blogspot.com/p/bagaimana-hendak-membina-pantun.html

Pantun. Sastera Melayu. (2017, November 18). https://kesusteraanmelayu.wordpress.com/pantun/

Zakaria, S. (2010). Pantun. Seri Kenari Enterprise.


MANUAL
PENGGUNAAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai