Anda di halaman 1dari 4

Segak bergaya putera mahkota,

     Dimahkotakan dalam majlis yang meriah,


     Izinkan saya membacakan biodata,
     Didahului dengan lafaz Bismillah.

     Bismillahirrahmanirrahim.....

Dilahirkan pada tanggal 21 OGOS 1961 bersamaan dengan …………………………..di TEBRAU


JOHOR . Merupakan anak kepada pasangan TUAN HAJI BABA B AAKEH DAN PUAN HAJJAH
ROSBI BT HASHIM . Dibesarkan dalam sebuah keluarga besar iaitu seramai 8 orang adik-beradik
dan PUAN ZUBAIDAH merupakan anak BONGSU BAGI PASANGAN TERSEBUT

Mendapat pendidikan awalnya di :


- SRK ……………………………………… dari  tahun ……………….. hingga ……………….
- SMK …………………………………….. dari tahun ……………….. hingga ……………….
- Menengah atas di SMK……………… pada tahun ………………..
-
-
Kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan juga  Ko-Kurikulum memang tidak dapat
dinafikan.

- Pernah menjadi …………………………………………………………………………


- ………………………………………………………………………………………………
- ………………………………………………………………………………………………
- ………………………………………………………………………………………….. …

Beliau telah mengikuti Latihan Asas Perguruannya di Maktab Perguruan


……………………………………………….. dari…………. Hingga………….. Bermula dari  sini,
beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani untuk menempuhi segala  dugaan dan ujian
dalam arena pendidikan yang penuh mencabar. Kata orang, “alah biasa tegal biasa” dan
“genggam  bara api biar sampai jadi abu”, begitulah  semangat yang dimiliki oleh Encik Taulani
Hj.Ismail, Guru Besar SK. SOOK yang  sangat dihormati dan disayangi.

Memulakan tugas beliau sebagai seorang pendidik di :


- SK…………………………………………….. Bermula ………………. sehingga tahun
………………….
- SK ……………………………………………. Dari tahun…………….. hingga ………………….
- SK ……………………………………………. Dari tahun…………….. hingga ………………….
- SK ……………………………………………. Dari tahun…………….. hingga ………………….
- SK ……………………………………………. Dari tahun…………….. hingga ………………….

             
                Apalah gua memasang pelita,              
               Jika tidak dengan sumbunya,
               Apalah guna bermain mata,
               Jika tidak dengan sungguhnya.

               Ambil gendang di Kampung Kandis,


               Ditabuh ramai ditingkah biola,
               Makin dipandang semakin manis,
               Dilabuh hati menyala cinta.
              Puteri bongsu memetik melati,
               Tumbuh mewangi di tengah laman,
               Gerak laku pancaran budi,
               Baiknya pekerti hati tertawan.

Begitu indahnya pantun Melayu yang tersimpan pelbagai maksud yang


tersirat dan tersurat. Benar jugalah kata pepatah, “Kalau jodoh tak ke mana...”,
akhirnya dua hati ini bersatu dengan ijab dan kabul dengan restu seluruh ahli keluarga tercinta.
Justeru bertautlah kasih berpautlah ikatan sayang antara Encik Taulani Hj.Ismail dan pasangannya
Puan Taime …………… pada ……………. Ketentuan Allah swt adalah yang terbaik buat sekalian
hamba-Nya, begitulah ungkapan yang boleh menggambarkan penyatuan antara dua hati ini.
Kesunyian dan kesepian ketika bertugas di rantau orang akhirnya terubat apabila bertemu dengan
pilihan hati yang menjadi pemangkin serta pencetus semangat untuk terus berbakti kepada anak
bangsa demi negara bangsa yang tercinta.
                                                                                
               Bertautnya kasih di Jabbar Rahmah,
               Adam dan hawa menyulam rasa,
               Anak-anak itu amanah Allah,
               Pengikat kasih dan sayang keduanya.

               Pucuk pegaga tumbuh melata,


               Jadi ulaman penambat selera,
               Anak itu seumpama permata,
               Sejuk di mata damai di jiwa.

Encik Taulani Hj.Ismail dan pasangannya Puan Taime………………


telah dianugerahi Ilahi dengan kehadiran………………..orang cahaya mata, iaitu…………… dan
………………. lelaki.
- Sulung ………………………………………….. …usia……………… pekerjaan
………………………………………………………………………
- Ke dua ……………………………………………. usia……………… pekerjaan
………………………………………………………………………
- Ke tiga . …………………………………………… usia……………… pekerjaan
………………………………………………………………………
- Ke empat ………………………………………….usia……………… pekerjaan
………………………………………………………………………
- Ke lima………………………………………….. …usia……………… pekerjaan
………………………………………………………………………
- Ke enam………………………………………….. usia……………… pekerjaan
………………………………………………………………………
-
-
-

Bak kata bidalan Melayu, ‘benih yang baik, dilempar ke mana-mana pun
tetap memberikan hasil’, begitulah juga dengan Encik Taulani HjIsmail. Khidmat bakti beliau
sentiasa ditagih lantaran ciri-ciri kepimpinan yang telah sebati dalam diri beliau serta semangat
beliau yang sentiasa membara dan tidak pernah mahu mengalah.

Bakat kepimpinan beliau sungguh menyerlah dan beliau mempunyai wawasan pendidikan yang
cukup tinggi dan patut dicontohi.
Dan apa yang pasti beliau begitu prihatin terhadap anak-anak didiknya
malah sentiasa mengutamakan mereka dalam banyak hal. Tidak pernah jemu dan mengalah dalam
usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua anak didiknya, sejajar dengan prinsip
hidup beliau ‘mengajar anak orang bersungguh-sungguh, pastinya anak kita orang lain akan ajar
bersungguh-sungguh juga’. Seharusnya kita semua meneladani sikap beliau ini.

Perlu dinyatakan di sini, sifat keprihatinan dan kepemimpinan Encik Taulani Hj.Ismail begitu
terserlah dan sukar disanggah. Beliau telah membuat banyak perubahan di SK SOOK. Antaranya
menjenamakan SKSOOK dengan memperkenalkan Visi ‘SK SOOK KE ARAH PENCAPAIAN
BAND SATU’ bagi memberikan motivasi dan semangat kepada semua murid, mengadakan kelas
bimbingan dan klinik UPSR, melaksanakan program turun padang dengan membuat permuafakatan
mesra dengan para ibu bapa murid-murid yang akan menduduki UPSR serta murid-murid Tahun 5
yang bakal menduduki UPSR. Makna kata, sikap keprihatinan beliau terhadap anak bangsa tidak
pernah luntur ditelan masa dimamah usia.

Sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugasnya dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan wang
ringgit. Beliau sanggup membelanjakan wangnya semata-mata ingin melihat kejayaan anak-anak
muridnya. Begitulah mulianya hati Encik Taulani Hj.Ismail. Kebanyakan daripada masanya
dihabiskan dengan mengabdikan diri pada tugasnya sebagai guru besar dan anggota masyarakat.
Beliau lebih mengutamakan tugasnya daripada perkara-perkara yang lain.

                Tinggi bukit gilang-gemilang,


                Air laut tenang-tenangan,               
                Budi sedikit tidakkan hilang,
                Ia menjadi kenang-kenangan.

                Tenanglah tenang air di laut,


                Sampan kolek mudik ke tanjung,
                Hati terkenang mulut menyebut,
                Budi yang baik rasa nak junjung.

Untuk berjaya kita perlu mendaki setangga demi setangga sehingga


ke puncak jaya, Begitu jugalah dengan Encik Taulani Hj.Ismail.
Kecemerlangan dalam kepemimpinan beliau memang terserlah dan tidak boleh disangkal lagi.

Pada tahun ………………, beliau telah dilantik sebagai Guru Besar


…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………

               Antara tugas-tugas luar yang beliau terlibat adalah:

-  Setiausaha ………………………………………………………………………..
- …………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
- …………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
- …………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
- …………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
- …………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
- …………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

Demikianlah serba sedikit biodata Encik Taulani Hj.Ismail, Guru Besar SK SOOK, Keningau , yang
akan berpindah ke SK PATIKANG ULU untuk meneruskan mandate yang diberi. Segala jasa bakti
beliau akan dikenang sepanjang hayat kita dan hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.

               Terang bulan di malam hari,


               Indah gemerlap bintang bercahaya,
               Kasih dan sayang ikhlas terpatri,
               Rindu bertaut sepenuh jiwa.

               Indah gemerlap bintang bercahaya,


               Semilir berhembus berpuput mesra,
               Rindu bertaut sepenuh jiwa,
               Mesra terjalin indah terasa.

               Raut wajah damai dan tenang,


               Tiada terkalam kasih dijunjung,
               Jasa baktimu tetap dikenang,
               Budi baikmu tetap disanjung.

   Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai