Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENUTUPAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH BAHAGIAN KUCHING TAHUN 2010. 13 April 2010.

Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak. Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan Majlis. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara. UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS BismilLahirRahmanirRahim. Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh. Yang Berbahagia. Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.mewakili Yang Berbahagia .Datuk Amar Abang Hj Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Hj Openg,Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar,Sarawak. Yang Berhormat Puan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Adun Semariang . Yang Berhormat. Hj Fadillah Bin Hj Yusuf Yang Berusaha . En Beduie Uney,Pegawai Pelajaran Daerah Kuching. Yang Berusaha, En Ramli bin Hj Hasbi, Pengetua SMK Demak Baru merangkap pengerusi pengelola Pertandingan Nasyid sekolah-sekolah Peringkat Bahagian Kuching, 2010. Yang dihormati pengetua-pengetua ,guru besar-guru besar,guru guru,tuan-tuan-puan-puan serta para peserta pertandingan nasyid sekalian. Hadirin dan Hadirat sekalian, Salam bahagia,salam hormat,salam sejahtera dan diucapkan selamat datang ke Auditorium Pusat Pelancongan Sarawak, untuk acara kemuncak Majlis Penutupan Rasmi Festival Nasyid Peringkat Bahagian ,Kuching. Untuk makluman hadirin,Pertadingan Nasyid sekolah-sekolah peringkat bahagian Kuching 2010 telah dimulakan pada pagi tadi dan baru sahaja berakhir .Sebanyak 6 penyertaan dari peringkat menengah dan 10 penyertaan dari peringkat rendah.

Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berdiri Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri.

Nyayian Lagu Negaraku

Hadirin dan hadirat sekalian, Bagi menzahirkan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia,marilah sama-sama dengan penuh semangat menyanyikan lagu kebangsaan ,Lagu Negaraku. Terima kasih diucapkan atas nyayian Lagu Negaraku itu tadi. BACAAN DOA Hadirin yang dihormati Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Badrul Hisyam Bin Abdul Majid. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Badrul Hisyam bin Abdul Majid atas bacaan doa itu tadi. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI INDUK FESTIVAL NASYID. Hadirin dan Hadirat sekalian, Negeri Sarawak aman sentosa, Pendidikan Gemilang Misi Utama, Dengan tiada melengahkan masa Kita mulakan atucara pertama, Majlis dengan ini mempersilakan yang berusaha .En Beduie Bin Uney .Pegawai Pelajaran Daerah Kuching,merangkap pengerusi induk Pertandingan Nasyid sekolah-sekolah Bahagian Kuching 2010, untuk menyampaikan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Beduie Bin Uney ,Pegawai Pelajaran Daerah Kuching,atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN. Cempaka sari warisan sejati Menjadi kebanggaan seisi negeri Ucapan perasmi memang dinanti Berilmu tinggi bijak bestari.

Tuan-tuan/Puan-puan yang dihormati sekalian. Seterusnya mjlis menjemput Yang Berusaha En Beduie Uney Pegawai Pelajaran Daerah Kuching untuk mempersilakan Yang Berbahagia. Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.mewakili Yang Berbahagia .Datuk Amar Abang Hj Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Hj Openg,Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar,Sarawak,untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Bahagian Kuching 2010. Majlis mempersilakan.. Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada Yang Berbahagia ,Datuk Hj Daud Abdul Rahman ucapan dan perasmian itu tadi. Ucapan tuan menyerikan majlis Warga pendidik tampak ceria Kesudian Tuan merasmikan majlis Bangganya kami tidak terkira. Kain pelikat panjang sembilan Tersusun corak cantik warnanya, Tuan pemimpin disegani watan Kami menumpang sinar cahayanya.

ULASAN KETUA JEMAAH HAKIM DAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN RASMI FESTIVAL NASYID. Hadirin sekalian

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama kita mengetahui keputusan pertandingan yang telah dilaksanakan. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan selaku ketua jemaah hakim untuk memberikan ulasan dan seterusnya mengumumkan keputusan rasmi pertandingan Nasyid sekolah-sekolah Bahagian Kuching .Majlis dengan ini mempersilakan.. Terima kasih diucapkan kepada ..

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL /HADIAH . Hadirin dan hadirat sekalian Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara ,bagi menyaksikan penyampaian sijil dan hadiah kepada yang terbaik antara yang baik. Sebelum itu,majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha En Beduie Bin Uney,Pegawai Pelajaran Daerah Kuchingbagi menjemput dan mengiringi

Yang Berbahagia Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang. 1-Sijil Penghargaan untuk jemaah juri.. Dimulakan dengan sijil penghargaan untuk jemaah juri. Dipersilakan..Selaku Ketua Jemaah Hakim. Seterusnya. Dan. 2- Sijil Penyertaan untuk sekolah-sekolah yang mengambil bahagian.

Di persilakan guru pengiring 1-Sk St. Teresa 2-Sk Lumba Kuda 3-SK Gersik 4-Sk Semariang 5-SK Tan Sri Datuk Haji Mohammad 6-SK Stapok 7-SK Stoh 8-SK Lebai Mentali 9-SK Bau 10-SK Buso 11-SMK Tun Abang Haji Openg 12-Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah 13-SMK Seni,Kuching 14-SMK Tunku Abdul Rahman 15-SMK Siburan Dan 16-SMK Lundu.

Seterusnya di jemput pemenang Pertandingan Nasyid kategori sekolah Rendah. Pemenang tempat ketiga dipersilakan kumpulandari SK. Naib Johan kumpulan.dari Dan johan pertandingan nasyid sekolah-sekolah bahagian Kuching kategori sekolah rendah iaitu kumpulan..dari

Seterusnya dijemput pula pemenang Pertandingan Nasyid kategori sekolah Menengah .

Pemenang tempat ketiga dipersilakan kumpulandari . Naib Johan kumpulan.dari Dan johan pertandingan nasyid sekolah-sekolah bahagian Kuching kategori sekolah menengah iaitu kumpulan..dari Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan tahniah juga kepada sekolah sekolah yang mengambil bahagian .Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk.Mohon Yang Berbahagia Datuk untuk terus berada di atas pentas bagi majlis penyampaian cenderahati. Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga,majlis dengan ini mempersilakan En Bedui Bin Uney untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Datuk.Majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Beduie Uney atas penyampaiann cenderamata itu tadi.

PERSEMBAHAN SEKOLAH RENDAH Para hadirin yang dihormati, Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara bagi menyaksikan yang terbaik antara yang baik ,yang terhebat di antara yang hebat.Justeru itu,sama-samalah kita saksikan persembahan dari johan pertandingan nasyid kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. Tuan-tuan dan puan-puan terimalah kumpulan.dari SKuntuk membuat persembahan. Dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan dari Johan pertandingan nasyid sekolah sekolah rendah bahagian Kuching.

PERSEMBAHAN SEKOLAH MENENGAH Hadirin yang dihotmati sekalian, Seterusnya kita saksikan pula persembahan dari Johan pertandingan nastid peringkat menengah.Dipersilaka Kumpulan.dari ..untuk membuat persembahan.

Demikianlah tadi persembahan dari Johan Pertandingan Nasyid kategori Menengah Sekolahsekolah bahagian Kuching. Lagu Ibu Pertiwiku

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.

Dikesempatan ini, mewakili jawatankuasa pengelola pertandingan memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Sekali lagi,terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Datuk Hj Daud Abdul Rahman,Menteri Muda Hal Ehwal Islam Di Pejabat Ketua Menteri,serta Yang Berhormat Yang Berhormat,Tuan-tuan,Puan-puan hadirin dan hadirat sekalian kerana sudi melapangkan masa memeriahkan majlis. Sebelum kita bersurai,mohon semua yang hadir pada hari ini,berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku. Dengan berakhirnya nyanyian Ibu Pertiwiku itu tadi maka berakhir sudah majlis kita.Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini.Ditamatkan Majlis yang indah berseri menjunjung kasih menjunjung budi dengan mempersilakan Yang Berusaha En Bedui Bin Uney untuk mengiringi Yang Berbahagia Datuk ,Yang Berhormat-Yang Berhormat,Dif-dif jemputan untuk ke dewan bagi menikmati sedikit hidangan.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai