Anda di halaman 1dari 2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMMUALAIKUM WBT Yang berusaha tuan guru besar, encik saad bin jail, yang dihormati penolong

kanan pentadbiran, encik hamizul bin Othman, yang dihormati encik Abdullah sani bin pakwan, penolong kanan kokurikulum, tuan syed shahrul nizar bin syed mohd zainudin, guru-guru dan staf sokongan sekolah serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Bersyukur saya kehadrat allah swt. Kerana pada pagi yang indah, ceria dan mulia ini, dapat kita samasama berkumpul dalam majlis yang yang gilang gemilang sempena meraikan perpisahan murid-murid tahun 6 serta majlis salam perpisahan encik ramli bin md isa. Sirih pinang di dalam puan Kemas gubahan tampak berseri Selamat datang kami ucapkan Kepada hadirin ke majlis kami Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua para jemputan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini, semoga majlis yang diadakan pada hari ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.

Bagi memulakan majlis pada pagi ini, dengan penuh takzimnya dijemput al fadhil ustaz mohd suffian bin mazlan bagi mengetuai bacaan doa. Dengan hormatnya ustaz dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada ustaz atas bacaan doa itu tadi. Seterusnya, dijemput wakil kelas tahun 6 bestari, saudari zulaikha arisa bt zainal arif tampil untuk menyampaikan sepatah dua ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada saudari zulaikha atas ucapannya sebentar tadi. Seterusnya dijemput pula saudari syafiqah aris sebagai wakil murid tahun 6 cemerlang untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada saudari syafiqah atas ucapannya sebentar tadi. Seterusnya sebagai tanda terima kasih atas komitmen ketua murid sk relau, dijemput saudara mohd aslam haziq bin mohd ridzuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih atas ucapan sebentar tadi. Majlis diteruskan dengan menjemput wakil guru bagi menyampaikan sepatah dua kata dan member i amanat terakhir sebelum kami melangkah kea lam sekolah menengah. Dipersilakan cikgu ........................ Semoga amanat yang disampaikan tadi dapat kita manfaatkan kelak.

Majlis diteruskan dengan menjemput tuan guru besar sk relau, en cik saad bin jail tampil ke petas seterusnya menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar atas ucapannya dan pesanan yang diberikan sebentar tadi.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Sebelum kita menjamu selera, majlis dengan berbesar hati menjemput saudara ___________ bagi membaca doa. Dipersilakan. Sungguh indah bunga kemboja, Di bawah atap tepi halaman; Juadah sudah letak di meja, Sudilah santap tuan budiman. Sambil menjamu selera, apa kata kita sama-sama menikmati persembahan daripada murid-murid tahun 6. Untuk persembahan pertama dijemput ...................................................................................... dengan persembahan bertajuk ..................................................................... dipersilakan. Begitulah tadi persembahan daripada ......................................................... khas untuk guru-guru tercinta. Seterusnya, dipersilakan pula ............................................................................ untuk menyampaikan persembahan yang betajuk .............................................................................. dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada ......................................................... yang betungkus lumus berlatih bagi menjayakan majlis perpisahan ini. Akhir kata, saya mewakili rakan-rakan tahun 6 menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada guru-guru yang kami sayang Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh di hujung taman Kalungan budi junjungan kasih Mesra kenangan sepanjang zaman Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua, Dilain masa bersua lagi. Sekian, wabillah hitaufik wal hidayah. Assalamualaikum warah matullah hi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai