Anda di halaman 1dari 2

Adik-adik,salah satu kempen yang pernah dilancarkan oleh kerajaan di negara kita ialah Kempen Bumi Hijau.

Bolehkah adik-adik bayangkan Bumi Hijau? Apa yang tergambar di fikiran adik-adik, mungkin rupa bentuk bumi yang menghijau. Hal ini demikian kerana bumi dipenuhi dengan pokok, hutan, atau tanaman. Jika demikian yang terbayang di fikiran adik-adik, gambaran tersebut memang sudah boleh dianggap tepat dengan Bumi Hijau. Adik-adik, kempen Bumi Hijau ini sebenarnya dilancarkan oleh kerajaan untuk menggalakkan bidang pertanian. Kerajaan mahu menggalakkan penduduk di negara kita memanfaatkan tanah dengan sebaik-baiknya. Adik-adik, di negara kita ini masih terdapat begitu banyak tanah terbiar. ahukah adik-adik apakah maksud tanah terbiar? anah terbiar, ialah tanah yang kosong, iaitu tanah yang tidak diusahakan untuk pertanian dan sebagainya. !leh yang demikian, kerajaan melancarkan Kempen Bumi Hijau. Kempen ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya menggunakan tanah untuk memajukan lagi bidang pertanian. Bidang pertanian bukan sahaja dapat menjadi sumber re"eki kepada para petani, malah dapat menyumbangkan pendapatan kepada negara. Adik-adik juga boleh menyahut seruan Kempen Bumi Hijau ini. Bagaimanakah caranya? Adik-adik boleh menanam sebarang jenis sayursayuran secara kecil-kecilan. Akti#iti ini tentulah sanggat menyeronokkan. $alah, ibu bapa adik-adik tentu berasa bangga atas usaha adik-adik. %ubalah sekarang untuk menyahut seruan Kempen Bumi Hijau&

Anda mungkin juga menyukai