Anda di halaman 1dari 3

Tempat Pelancongan Idaman Saya

Perancis, merupakan negara yang kaya dengan keunikannya sendiri. Negara ini
juga merupakan negara yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya. Perancis
juga terkenal dengan pelbagai tempat perlancongan yang menarik kerana mempunyai
begitu banyak pulau dan kawasan yang indah nian. Dengan adanya kawasan-kawasan yang
menarik ini, maka tidak hairanlah jika ianya menjadi kawasan perlancongan idaman dan
menjadi tumpuan ramai pelancong luar dan dalam. Walau bagaimanapun, hujan emas di
negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Namun begitu, masih banyak lagi kelebihan
negara kita sendiri yang belum kita sedari dan perlu diteroka. Negara kita juga
mempunyai keunikan dan kehebatan yang tersendiri.

Pulau Bora bora atau disebut sebagai ‘Bora Bora Island’ dalam Bahasa Inggeris
merupakan tempat perlancongan idaman saya. Menjadikan Pulau Bora-bora sebagai
tempat idaman saya adalah kerana keindahannya serta kebersihan kawasan pantainya.
Kejernihan laut yang berwarna biru disertakan dengan keindahan warna awan yang
menenangkan dan dihiasi dengan kehijauan tumbuhan yang memukau pandangan sesiapa
sahaja. Pulau yang amat indah sekali ini sudah pastinya menjadi kegilaan dan idaman
ramai.

Lebih daripada 200,000 pelancong melancong ke pulau yang menakjubkan ini


pada setiap tahun. Selain itu, pulau ini juga dinobatkan sebagai pulau tercantik di dunia.
Pulau yang sentiasa meniti dibibir ramai ini merupakan pulau yang sangat terkenal di
dunia. Jika disebut tentang pulau ini, pasti ramai mengenainya, maka tidak hairanlah
jika pulau ini menerima ratusan ribu pengunjung setiap tahun dan kadangkala hampir
mencecah jutaan pelancong. Pertambahan bilangan pelancong ini sudah pasti memberi impak
yang positif terhadap ekonomi negara Perancis.
Nor Ikhtikaf Binti Noruddin, 3 Berlian.

Anda mungkin juga menyukai