Anda di halaman 1dari 4

PUISI TRADITIONAL: PANTUN KIASAN

Pantun Maksud Pantun


Tikar pucuk tikar mengkuang, Rangkap 1: Perbuatan membazir adalah
Alas nikah raja Melayu; suatu amalan yang merugikan.
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
Buah bacang masak serangkai, Rangkap 2: Orang yang merantau selalunya
Burung dekut meniti batang; akan merendah diri apabila berada di tempat
Saya dagang tidak terpakai, orang.
Macam melukut di tepi gantang.
Tebang gelam tebang kenanga, Rangkap 3: Sebelum menginginkan sesuatu
Batangnya tumbang menimpa gedung; yang dianggap mustahil, ketahuilah tahap
Kumbang mengidam nak seri bunga, kemampuan dan kebolehan diri kita lebih
Bunga kembang di puncak gunung. dahulu.
Pokok terap tumbuh di bukit, Rangkap 4: mengharapkan sesuatu yang
Belat berbanjar panjang ke hulu; belum pasti.
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.
Limau Bentan di tepi tingkap, Rangkap 5: Sikap seseorang yang sombong
Budak-budak melempar burung; dengan kebolehan diri serta memandang
Harimau di hutan lagi kutangkap, rendah lernadap orang lain.
Kononlah pulak cicak mengkarung.
Air surut memungut bayam, Rangkap 6: Jangan suka membesar-
Sayur diisi ke dalam kantung; besarkan kejayaan yang tidak seberapa.
Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.
Anak punai anak merbah, Rangkap 7: Pendirian manusia sering
Hinggap di tonggak mencari sarang; berubah-ubah.
Anak sungai lagi berubah,
Inikan pula hatinya orang.
Rotan siput rotan berlingkar, Rangkap 8: Perasaan marah akan segera
Anak itik patah kakinya; hilang dengan adanya nilai kesabaran dalam
Hujan ribut gunung terbakar, diri.
Embun setitik padam apinya.
Raut bilah pembatang taut, Rangkap 9: Orang yang merantau akhirnya
Kail berada dalam raga; akan kembali ke tempat asalnya semula.
Tidak sudah seluang melaut,
Akhirnya balik ke tepi juga.
Sangkut terendak dekat beranda, Rangkap 10: Setiap perkara yang berlaku
Orang Papua anyam tak sudah; dan diperkatakan orang tentu ada sebabnya.
Jika tidak ada berita,
Masakan tempua bersarang rendah.
Bunga geti bergulai temenung, Rangkap 11: Menginginkan sesuatu yang
Di hari raya memakan tapai; besar tetapi tidak mempunyai keupayaan.
Hajat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.
Suasa bertahil emas berbungkal, Rangkap 12: Jika pengetahuan sedikit,
Tetapi intan tiada sesaga; janganlah hendak melawan orang yang lebih
Kalau kail panjang sejengkal, banyak pengetahuannya.
Usah lautan hendak diduga.
Dang Nila memangku puan, Rangkap 13: Sudah bersiap sedia untuk
Berembang buah pedada; mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada.
Hari hujan puyuh mendengut, Rangkap 14: Jika semasa masih muda
Mendengut marl sepanjang jalan; sudah malas, apatah lagi setelah usia tua;
Air dalam kapar tak hanyut, sedangkan semasa makmur tidak senang,
Kononlah pula kemarau panjang. apatah lagi semasa susah.
Berilah saya pisau raut, Rangkap 15: Seseorang yang inginkan
Hendak meraut bingkai tudung; sesuatu di luar kemampuannya.
Gila apakah ikan di laut,
Mengidamkan umpan di kaki gunung.
Laksana gadis Menteri Bogor, Rangkap 16: Orang yang melakukan dosa
Bijak membilang ayam betina; tetapi sudah terlambat untuk bertaubat.
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak pulang ke dalam dunia.
Hilir berderap mudik berderap, Rangkap 17: Seseorang yang mempunyai
Patah galah haluan perahu; rupa paras yang elok tetapi tidak berbudi
Sungguh laksana bunga dedap, bahasa.
Cantik merah tidak berbau.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi,
Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah
Pendidikan Sdn. Bhd.)

1. Tema
Sindiran terhadap segelintir anggota masyarakat yang mengamalkan sikap negatif sehingga
boleh menjejaskan kehidupan diri sendiri dan orang lain.

2. Persoalan
(a) Sikap membazir tidak digalakkan untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat.

(b) Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.

(c) Sifat segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuan diri.

(d) Sikap manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti hasilnya.

(e) Sifat sombong dan bangga diri akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri.

(f) Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.

(g) Perantau yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke kampung halaman juga.

(h) Sifat malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah dewasa, begitu
juga apabila semasa makmur tidak senang, apatah lagi semasa susah.

(i) Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.


(j) Segeralah bertaubat setelah melakukan dosa.

3. Bentuk
(a) Pantun ini terdiri daripada tujuh belas rangkap.
(b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.

4. Unsur bunyi
(a) Asonansi.
Contohnya,
Alas nikah raja Melayu (perulangan vokal a);
Limau Bentan ditepi tingkap (perulangan vokal e);
Hujan ribut gunung terbakar (perulangan vokal i);

(b) Aliterasi.
Contohnya,
Buah bacang masak serangkai (perulangan konsonan b);
Hendak pulang ke dalam dunia (perulangan konsonan d);

1. Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
1. Hiperbola. Hujan ribut gunung terbakar,
Embun setitik padam apinya.
2. Inversi Ikan busuk jangan dibuang;
Gila apakah ikan di laut.
3. Penggunaan unsur alam. ikan;burung dekut; gelam; kenanga; kumbang;
bunga;
4. Peribahasa Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh
sekampung;
5. Personifikasi nyawa menangis di pintu kubur.
6. Repetisi tikar (rangkap 1, baris 1);
7. Sinkope Kilat memancar hujan tak lalu;
8. Simile Macam melukut di tepi gantang;

6. Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
1. Nilai berjimat cermat Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukanpembaziran.
2. Nilai kesabaran Kita mestilah banyak bersabar untuk memadamkan kemarahan
dalam diri
3. Nilai berbudi bahasa Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa supaya kita akan
dipandang mulia oleh masyarakat.
4. Nilai merendah diri Kita hendaklah bersikap merendah diri apabila merantau ke
tempat orang.
5. Nilai keinsafan. Kita haruslah insaf dan bertaubat setelah melakukan dosa.

Anda mungkin juga menyukai