Anda di halaman 1dari 21

PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS)

1.0 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF


PERKEMBANGAN SEKSUAL SEKUNDER

1. Menyatakan maksud perkembangan seksual sekunder.


a) Tuliskan maksud perkembangan seksual sekunder (TP1)
Perubahan pada tubuh yang terjadi pada permulaan akil baligh yang melibatkan
perkembangan dan perubahan aspek fizikal dan emosi

2. Menerangkan cara-cara mengurus perkembangan seksual sekunder dari aspek fizikal.

a) Susun cara membersihkan bulu ketiak mengikut turutan yang betul (TP2)
Mukakan mencabut atau menggunting pendek bulu ketiak 2
Lap bahagian ketiak dengan tuala bersih supaya bakteria tidak mudah merebak. 4
Bersihkan dahulu bulu ketiak dengan sabun dan air untuk menghilangkan sisa 1
deodaran, minyak dan benda asing.
Setelah selesai menggunting, bersihkan ketiak dengan air. 3

b) Lengkapkan peta alir di bawah mengenai langkah-langkah mencuci muka dengan betul.
Cuci tangan dengan sabun dan Letakkan sedikit pencuci muka pada tapak tangan
air untuk membuang kotoran dan gosok sehingga mengeluarkan buih.

Cuci muka dengan air bersih Gosok buih tersebut pada muka dan
sehingga bersih daripada buih. buat urutan secara perlahan-lahan

Lap muka dengan tuala yang bersih, iaitu


tuala yang dikhaskan untuk muka sahaja.

c) Senaraikan perkembangan seksual sekunder yang berlaku.


Lelaki Perempuan
1.Suara bertambah garau 1.Payudara membesar
2.Ketinggian meningkat 2.Jerawat mula tumbuh
3.Misai,janggut mula tumbuh 3.Suara semakin lunak
4.Saiz otot membesar 4.Pinggul membesar

3. Menjelaskan dengan contoh perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder.


4. Memilih kemahiran yang sesuai untuk membuat keputusan dalam menangani perubahan
emosi diri sendiri semasa perkembangan seksual sekunder.
a) Tandakan Ya atau Tidak bagi perubahan emosi diri sendiri semasa perkembangan
seksual sekunder.(Jawapan Pelajar)
Perubahan emosi diri sendiri Jawapan
1. Cepat berasa tersinggung, sedih, agresif, marah dan merajuk
2. Perasaan ingin tahu dan mudah putus cinta
3. Ingin mencuba sesuatu yang baharu dan mencabar
4. Masih mencari identiti sendiri
5. Sering berselisihan dengan ibu bapa.
6. Tidak selesa dengan perubahan ciri fizikal seperti jerawat
1
5. Mengesyorkan cara-cara menangani perubahan emosi semasa perkembangan seksual
sekunder.

a) Tuliskan cara menangani perubahan emosi semasa perkembangan seksual


sekunder.(TP5)
1.Berbincang dengan ibu bapa

2.Mendapat nasihat doktor atau pakar perunding perubatan

3.Berbincang dengan guru/kaunselor

4.Bersenam dan riadah bagi mengurangkan tekanan

*Jawapan murid yang sesuai

6. Berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain tentang kebaikan menangani masalah
yang dialami semasa perkembangan seksual sekunder.
a) Pada pendapat anda, apakah kebaikan menangani masalah yang dihadapi semasa
perkembangan seksual sekunder.
Jawapan:
Cadangan isi:
• Memupuk keyakinan tinggi
• Meningkatkan penampilan diri
• Dapat bekerjasama dengan rakan sebaya
• Jati diri-kita akan lebih prihatin dan mempertingkatkan disiplin diri
• Meningkatkan daya tahan diri
• Mengurangkan stres

2
2.0 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
PENGARUH MULTIMEDIA KEPADA TINGKAH LAKU SEKSUAL BERISIKO

1. Menyatakan kesan negatif multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko.


Kesan Negatif Multimedia
1. Remaja menjadi malas 2. Jenayah seks meningkat
3. Terdedah kepada masalah sosial 4. Meracuni pemikiran remaja
5. Merosakkan budaya ketimuran 6. Membuang masa

2. Menerangkan kesan negatif multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko.


1. Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan menyebabkan remaja menjadi
malas untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum
2. Remaja yang mengunjungi kafe siber akan lebih terdedah dengan masalah sosial seperti
melepak atau gangsterisme
3. Remaja mudah terpengaruh dengan budaya kuning yang dilihat dalam internet
4. Pelajar akan ketinggalan dari segi akademik kerana banyak membuang masa melayari
internet
5 Bahan yang berbentuk pornografi boleh membawa kepada jenayah seks seperti kes rogol,
cabul kehormatan dan sebagainya.

3. Menjelaskan dengan contoh cara menangani pengaruh negatif multimedia terhadap tingkah
laku seksual berisiko.
Berikut menunjukkan situasi dalam kehidupan seharian. Nyatakan tindakan yang perlu
dilakukan.
Situasi Tindakan
a. Siti mendapati terdapat video lucah di aplikasi Siti perlu menasihati adiknya dengan
Whatsapp adik lelakinya. tegas dan melaporkannya kepada ibu
bapa
b. Haikal ternampak Adam sedang merakamvideo Haikal perlu menegur perbuatan Adam
perbuatan yang tidak senonoh di taman dan dan melaporkan hal tersebut kepada ibu
cuba memutnaiknya ke laman Facebook bapa Adam
c. Apakah tindakan yang wajar dilakukan ibu bapa i.Sentiasa memantau aktiviti pelayaran
bagi mengelakkan anak anak mereka melayari internet anak anak
laman web pornografi.
ii. Memasang perisian tapisan pada
komputer untuk menghalang akses
kepada laman web lucah

3
4. Membuat kajian tentang pengaruh negatif multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko.
Kandungan pornografi yang ditonton memberi impak negative kepada perkembangan diri
remaja. Berdasarkan pernyataan ini, tuliskan hujah anda.

Bahan pornografi yang ditonton akan mempengaruhi pemikiran remaja dan mendorong hawa
nafsu untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Contohnya,hubungan seks sebelum
bernikah.Perbuatan ini akan menyebabkan mangsa hilang fokus terhadap pembelajaran
sehingga menjejaskan masa depan mereka.

5. Menghubungkaitkan kemahiran mengurus naluri syahwat dengan tingkah laku seksual


berisiko.
Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.
Ketika bersendirian di rumah, Amir menonton video pornografi di internet untuk
memuaskan naluri syahwatnya.

a) Apakah hubung kait kemahiran mengurus naluri syahwat dengan tingkah laku seksual
berisiko?
• Seseorang yang tidak mahir mengurus naluri syahwat mempunyai potensi yang lebih
tinggi untuk melakukan tingkah laku seksual berisiko

b) Cadangkan 3 cara untuk membantu Amir mengurus naluri syahwatnya dan seterusnya
berhenti melakukan perbuatan tersebut.
i.Membuat jadual aktiviti yang bermanfaat untuk memenuhi masa lapang
ii.Berpegang teguh dan mendalami ilmu agama
iii.Mengawal penggunaan multimedia terutama yang boleh merangsang nafsu syahwat
c) Adakah Amir perlu mendapatkan bantuan daripada kaunselor sekolah. Berikan
pendapat anda?
• Ya. Menghadiri sesi kaunseling daripada guru membantu mengenalpasti punca
keinginan melihat video pornografi dan seterusnya mencari jalan penyelesaian
mengatasi keinginan tersebut

6. Menyebar luas maklumat mengenai risiko seks sebelum nikah, dan kepentingan penahanan
diri daripada seks.

Sempena kempen perangi tingkah laku seksual berisiko, anda dikehendaki


menghasilkan satu risalah untuk diedarkan kepada rakan-rakan dan guru sekolah.
Risalah tersebut harus mengandungi :
• Risiko seks sebelum nikah
• Kepentingan menahan diri daripada melakukan seks sebelum nikah.

Tampalkan risalah yang anda hasilkan di dalam buku nota.

4
3.0 PENYALAHGUNAAN BAHAN
PENGARUH ROKOK, ALKOHOL DAN DADAH

1. Menyatakan pengaruh rokok, alkohol dan dadah kepada diri, keluarga dan masyarakat
2. Menjelaskan pengaruh rokok, alkohol dan dadah kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Kesan Pengaruh ( Diri sendiri)
1. Keruntuhan akhlak
2. Gagal dalam pelajaran Kesan Pengaruh ( Keluarga)
3. Prestasi kerja terjejas 1. Mencemarkan maruah dan nama baik
4. Tersisih daripada masyarakat keluarga
5. Keruntuhan institusi keluarga 2. Memusnahkan harapan ibu bapa
6. Terdedah kepada jangkitan HIV 3. Hubungan mesra antara ahli keluarga akan
terjejas
4. Rumah tangga menjadi porak peranda
5. Perpisahan atau penceraian antara ahli
keluarga berlaku
6. Pengabaian tanggungjawab terhadap anak-
anak
Kesan Pengaruh (masyarakat)
1. Kekurangan tenaga kerja
2. Rancangan pembangunan tergendala
3. Peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial
4. Kehilangan bakal pemimpin
5. Kos pemulihan yang tinggi
6. Nilai budaya masyarakat musnah

3. Menjelaskan dengan contoh kesan bahaya asap rokok terhadap perokok pasif.

Gambar perokok pasif a) Siapakah perokok pasif bagi situasi berikut?


• Ibu mengandung
• Kanak2 perempuan
b) Apakah kesan asap rokok kepada perokok pasif.
• Menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya seperti
kanser paru-paru, penyakit jantung, asma dan batuk
kronik
• Ibu mengandung akan mengalami keguguran/
kelahiran bayi pra-matang

4. Meramalkan taraf kesihatan individu yang terlibat dalam kegiatan merokok, pengambilan
alkohol dan dadah.

i.Sawan i.Kerosakan hati i.Kanser paru-paru


ii.AIDS,Hepatitis B,C,D ii.Kanser usus ii.Ulser perut
iii.Kerosakan buah pinggang iii.Osteoporosis iii.Sakit jantung
Secara keseluruhannya, taraf kesihatan individu di atas akan merosot.
5
5. Membuat keputusan mengelakkan diri daripada pengaruh rokok, alkohol dan dadah.
Fahami situasi berikut. Nyatakan respon anda.
Situasi Respon
a. Rakan anda minta anda Menolak pelawaan dan menasihati beliau agar
menyembunyikan sebatang rokok tidak berbuat begitu lagi dan memberi amaran
daripada ayahnya akan melaporkan kepada ayahnya

b. Anda dipelawa untuk minum alkohol Menolak pelawaan rakan dan melaporkan
semasa pulang dari sekolah. kepada guru pada keesokan harinya

c. Kawan anda mengajak anda menghisap Menolak pelawaan rakan dan menasihatinya
rokok di belakang perhentian bas supaya tidak menghisap rokok kerana akan
membahayakan kesihatan

d. Ketika anda dan rakan-rakan ke Melaporkan kepada pihak polis tentang


perpustakaan awam, kalian ternampak keadaan tersebut
sekumpulan pemuda sedang menghisap
dadah.
e. Rakan mempelawa pil/ubat penenang Menolak pelawaan rakan dan membantu
untuk mengurangkan tekanan. beliau dengan memberi nasihat bagi
mengurangkan tekanannya

6. Menghasilkan bahan sebaran maklumat tentang bahaya dan kemahiran mengelakkan diri
daripada pengaruh rokok, alkohol dan dadah.

Murid dikendaki menghasilkan satu poster tentang bahaya dadah dan kemahiran
mengelakkan diri daripada pengaruh rokok, alcohol.
- Kertas Saiz A4

6
4.0 PENGURUSAN MENTAL & EMOSI
PEMIKIRAN POSITIF

1. Menyatakan maksud dan ciri-ciri pemikiran positif.


a. Tandakan ( / ) untuk maksud pemikiran positif yang betul.
Kebolehan untuk menetapkan sesuatu matlamat dalam hidup
Kebolehan berfikir dan bertindak secara rasional dalam menghadapi sebarang ✓
situasi

b. Lengkapkan ciri-ciri pemikiran positif dalam peta buih di bawah.


Berkawan alasan kejayaan
Positif kehidupan terbuka

Soal diri dengan


soalan terbuka
Dapatkan Tidak mencari
model ikutan alasan

Berkawan Ciri-ciri Menikmati


dengan orang pemikiran kehidupan
yang berjaya positif seadanya

Jangkakan Berfikiran
kejayaan positif
Fokus kepada
apa yang
diinginkan

2. Menerangkan faedah pemikiran positif dalam mengurus mental dan emosi.


Faedah Pemikiran Positif

Dapat menyelesaikan masalah dengan


sistematik

Membina hubungan baik dengan orang lain

Kehidupan akan berasa lebih tenang dan


tenteram

Berupaya mengawal dan menguasai


fikiran,perasaan dan tingkah laku
7
3. Menjelaskan dengan contoh ciri-ciri pemikiran positif dan pemikiran negatif.
Berdasarkan situasi berikut, tuliskan contoh pemikiran positif dan pemikiran negatif.
a) Khairul gagal dalam subjek matematik untuk ujian pertengahan tahun.
Pemikiran positif :Khairul harus berusaha dengan lebih gigih dan meletakkan matlamat
untuk lulus dalam ujian seterusnya
Pemikiran negatif :Khairul berasa dia lemah dalam subjek matematik,dia tidak akan lulus
dalam subjek itu
b) Jason ditegur oleh penyelia pejabat kerana terdapat kesalahan dalam laporan tahunan
syarikat yang dilakukannya.
Pemikiran positif :Jason seharusnya beekerja dengan lebih keras dan tidak mengulangi
kesalahannya lagi
Pemikiran negatif :Jason merasakan penyelia pejabatnya suka mencari kesalahannya
c) Ahmad kehilangan kaki kirinya dalam sebuah kemalangan motosikal
Pemikiran positif :Ahmad harus bersyukur kerana masih hidup dan perlu berusaha
untuk sembuh
Pemikiran negatif :Ahmad berputus asa untuk meneruskan kehidupan

4. Mengesyorkan cara pemikiran positif mengikut situasi berbeza dalam kehidupan harian.
Tuliskan cara pemikiran positif yang perlu dipraktikkan dalam situasi berikut.
Situasi Cara Pemikiran Positif
a) Aryan berasa sedih kerana kedua ibu bapanya telah Aryan seharusnya bersyukur
bercerai. Kini dia tinggal bersama ibunya. Semenjak kerana masih tinggal Bersama
peristiwa itu,Aryan suka menyendiri dan tidak suka ibunya.
bergaul dengan orang lain. Aryan boleh melawat ayahnya
pada hujung minggu
b) Melly berasa malu dan kecewa dengan keputusan PT3 Tidak harus bersalah,jadikan
yang diperolehinya sedangkan kakaknya memperoleh kejayaan kakaknya sebagai
keputusan yang cemerlang dalam SPM. Ibu bapanya pembakar semangat untuk
seringkali membandingkan keputusan mereka. Hal ini berusaha lebih gigih
menyebabkan dia berasa sedih dan rendah diri.
c) Hakimi sering dipersenda oleh rakan-rakannya kerana Jadikan ejekan sebagai
mengalami masalah obesiti. pelbagai gelaran ditujukan dorongan dan cabaran untuk
kepadanya sehingga menyebabkan Hakimi berasa menghadapi masalah.
rendah diri dan hilang keyakinan diri untuk bersosial. Ubah corak pemakanan dan
gaya hidup

8
5. Membincangkan hubung kait antara pemikiran, emosi dan tingkah laku dalam kehidupan
harian.
Rajah di bawah menunjukkan cubaan bunuh diri.

a) Berdasarkan rajah itu, bagaimanakah emosi dan pemikiran mempengaruhi tingkah laku
seseorang individu?
Kegagalan menangani tekanan yang dialami mencetuskan pemikiran yang tidak
rasional. Hal ini membawa kepada tingkah laku negative seperti cubaan bunuh diri
b) Cadangkan 2 (dua) cara yang boleh dilakukan untuk menguruskan emosi dan pemikiran.
i. Jauhkan diri daripada suasana yang boleh memberi tekanan
ii. Kenalpasti masalah dan cari jalan penyelesaian terhadap masalah itu

c) Cubaan bunuh diri merupakan salah satu tingkah laku yang bermasalah. Pada pendapat
anda, apakah kesan perlakuan ini terhadap keluarga dan negara?
Keluarga Negara
Kesedihan dan perasaan bersalah yang Mengalami kekurangan tenaga kerja
berpanjangan yang berpotensi menyumbang kepada
kemajuan

d) Lengkapkan.

Pemikiran Emosi Tingkah Laku


Makan Berasa lapar Membeli atau menyedia
makanan
Pergi ke sekolah Berasa gembira Menyediakan pakaian/alatan
sekolah
Badan melekit Tidak selesa Mandi/bersihkan badan
Kehilangan Sedih Menangis
Pertandingan bola Teruja Melakukan latihan
Mendengar radio Kehendak Memasang dan mendengar
radio
Kawan lelaki/perempuan Suka/meminati Mengutus surat/mesej
Teringat ibu bapa Rindu Menelefon
Peperiksaan awal tahun Teruja Belajar bersungguh-sungguh

6. Menjana idea cara mengurus pemikiran, emosi dan tingkah laku dalam kehidupan harian.

9
5.0 KEKELUARGAAN
PERKAHWINAN

1. Menyatakan tujuan perkahwinan.


a) Apakah maksud perkahwinan?
Perkahwinan ialah satu ikatan yang sah yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan
perempuan.

b) Lengkapkan faedah perkahwinan di bawah.


i. Dapat membentuk sebuah institusi kekeluargaan
ii. Dapat mengelakkan terjadinya perbuatan yang tidak bermoral
iii. Boleh membentuk keluarga baharu dalam masyarakat
iv. Dapat mengesahkan ayah kepada anak yang dilahirkan oleh seseorang wanita
v. Dapat mewujudkan pertalian antara keluarga lelaki dan perempuan.

2. Menghuraikan peranan individu dalam keluarga nukleus, keluarga kembangan atau keluarga
tunggal.

Peranan Huraian
Ibu dalam keluarga i.Menjalankan tugas sebagai ibu bapa
nukleus
ii.Mengamalkan nilai kasih saying tetapi tegas
iii.Menguruskan hal ehwal rumah tangga
Kakak atau abang i.Bertolak ansur antara adik beradik
dalam keluarga
ii.Menggantikan tugas ibu bap ajika mereka tiada di rumah
tunggal
iii.Menghormati ibu bapa
Bapa dalam i.Menyara keluarga
keluarga
ii.Bersikap adil dengan semua ahli keluarga
kembangan
iii.Melindungi keluarga daripada ancaman

3. Menjelaskan dengan contoh jenis-jenis keluarga dalam kehidupan harian.


Lengkapkan maklumat jenis-jenis keluarga di bawah.
Keluarga Nukleus Keluarga Kembangan Keluarga Tunggal

(a) (b) (c)


Keluarga yang terdiri daripada Keluarga ini terdiri daripada Keluarga ini terdiri daripada

-ibu -datuk -bapa atau ibu


-bapa -nenek -anak
-anak -saudara mara
-sepupu

10
4. Menjelaskan melalui contoh kepentingan menyesuaikan diri sekiranya berlaku perubahan
struktur keluarga.
Rajah di bawah menunjukkan perubahan struktur keluarga Haziq setelah ibunya berkahwin
lain.

a) Berdasarkan rajah tersebut, nyatakan perubahan yang berlaku dalam struktur keluarga
Haziq.
• Ibu Haziq berkahwin lain
• Haziq mempunyai bapa tiri
• Keluarga tunggal kepada keluarga nukleus

b) Cadangkan cara yang sepatutnya dilakukan haziq untuk menyesuaikan diri dengan
perubahan yang berlaku di (a)
• Mewujudkan pergaulan yang baik antara satu sama lain
• Menunjukkan rasa hormat terhadap bapa tiri
• Mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya

c) Mengapakah Haziq perlu menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam
keluarganya?
• Dapat memupuk kasih saying antara ahli keluarga
• Dapat mewujudkan keluarga yang harmoni dan bahagia
• Dapat menjaga hati dan perasaan ibu dan bapa tirinya

5. Meramalkan peranan individu dalam keluarga nukleus, keluarga kembangan atau keluarga
tunggal sekiranya berlaku perubahan struktur keluarga.
a) Berdasarkan situasi di bawah, nyatakan peranan individu-individu di bawah.
Ah Lek berasa sedih setelah kematian ibu bapanya. Dia memberontak kerana terpaksa
tinggal bersama dengan datuk dan nenek serta ibu saudara dan bapa saudaranya. Suatu
hari, Ah Lek ditangkap polis kerana berada di pusat permainan video pada waktu
persekolahan. Apakah peranan ahli keluarga untuk membantu Ah Lek mengelakkan diri
daripada terlibat dalam gejala sosial yang lebih serius?
Jawapan:
Ahli keluarga Peranan
Ibu dan bapa Sentiasa memantau aktivti Ah Lek dan memastikan keperluan asas Ah
saudara Lek sentiasa mencukupi.
Memberi kata-kata semangat dan membantu Ah Lek dalam
menguruskan kehidupan.
Sepupu (saudara Sentiasa meluangkan masa dengan Ah Lek supaya tidak berasa sunyi
mara) dan tersisih dan mengulangkaji bersama agar Ah Lek tidak tertinggal
dalam pelajaran

6. Menyebarkan maklumat mengenai cara penyesuaian diri dengan perubahan struktur keluarga
11
6.0 PERHUBUNGAN

1. Menyatakan perbezaan komunikasi secara lisan dengan bukan lisan.


Lengkapkan peta minda di bawah dngan jawapan yang tepat.

2. Menerangkan kepentingan perhubungan interpersonal dalam kalangan ahli keluarga, rakan,


guru dan jiran.

Memperoleh
ilmu

Membina Mencapai
hubungan sosial persetujuan
bersama

Kepentingan
Perhubungan
Interpersonal

Mewujudkan Meningkatkan
sikap memahami kepekaan guru
dan menghormati terhadap keperluan
murid.

Mewujudkan
keharmonian

12
3. Mempraktikkan kemahiran komunikasi berkesan iaitu mendengar dengan teliti, mengekalkan
eye-contact serta meluahkan perasaan, idea dan fikiran.

4. Menyelesaikan masalah dengan menggunakan kemahiran komunikasi berkesan dalam


perhubungan interpersonal.

5. Menghubungkaitkan kepentingan kemahiran komunikasi berkesan dengan perhubungan


interpersonal dalam kalangan ahli keluarga, rakan, guru dan jiran.
a) Huraikan kepentingan berkomunikasi secara berkesan dalam situasi berikut
Situasi 1
James dan Maria meluangkan masa untuk bermain dan bersembang dengan anak-anak
walapun sibuk dengan perkejaan mereka

Kepentingan:
Hubungan antara ahli keluarga menjadi semakin erat dan mesra. Anak2 juga akan mudah
menceritakan masalah kepada ibu bapa mereka

Situasi 2
Adam menceritakan masalah keluarganya kepada guru kaunseling sekolah. Guru kaunseling
sekolah mendengar, memahami, dan membantu sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah
Adam

Kepentingan:
Dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi murid dan seterusnya membolehkan
murid fokus dalam pelajaran

Situasi 3
Akmal berasa kecil hati dengan kata-kata yang diucapkan oleh Ahmad. Dia berjumpa dengan
Ahmad untuk menceritakan hal tersebut.

Kepentingan:
Mengelakkan konflik dan rasa tidak puas hati yang berpanjangan. Seterusnya persahabatan
dapat dipelihara

Situasi 4
Ketika hendak ke pasar, Kamariah terjumpa dengan jirannya, Ahme. Mereka bertegur sapa
sebelum meneruskan perjalanan masing-masing.

Kepentingan:
Mewujudkan hubungan kejiranan yang baik dan boleh saling bantu membantu apabila
memerlukan atau semasa dalam kesusahan.

6. Menjana idea cara kemahiran komunikasi berkesan untuk menyelesaikan masalah

13
7.0 PENYAKIT
JERAWAT, SENGGUGUT DAN KANSER SERVIKS

1. Menyenaraikan masalah yang dialami akibat jerawat dan senggugut.


Padankan jawapan yang tepat.

Penyakit Masalah yang dialami


Emosi tidak stabil
Jerawat Ketidaselesaan pada wajah
Kualiti kerja merosot
Infeksi pada wajah
Senggugut Mengalami sakit yang berlarutan pada bahagian bawah perut
Kulit menjadi kering dan sensitive
Tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa
Hilang keyakinan diri

2. Membincangkan langkah-langkah pencegahan kanser serviks.

Amalkan gaya hidup


yang sihat dengan
sentiasa menjaga
pemakanan

Menjauhi tabiat Tidak mengamalkan


merokok dan minum tabiat bertukar
minuman beralkohol Langkah-langkah pasangan kelamin

Pencegahan
Kanser Serviks

Mendpatkan suntikan Melakukan ujian


pelalian Human
Pap smear
Papilloma Virus(HPV)

14
3. Menjelaskan dengan contoh langkah-langkah pencegahan masalah jerawat dan senggugut
4. Memilih cara mengurus diri jika mengalami masalah jerawat dan senggugut.
5. Meramalkan kesan sekiranya tidak mengambil langkah langkah pencegahan untuk
mengurangkan masalah jerawat dan senggugut.

Penyakit Langkah pencegahan Cara menguruskan diri Kesan


Jerawat Mencuci muka dua kali Jangan picit jerawat Meninggalkan parut
sehari jerawat
Elakkan menggunakan Menggunakan ubat jerawat Rasa rendah diri di
kosmetik berasaskan yang disarankan oleh khalayak ramai
minyak doktor
Banyakkan minum air Makan makanan yang Emosi terganggu
masak sesuai
Amalkan pemakanan yang Bersihkan muka sebelum Memencilkan diri
sihat tidur
Senggugut Jangan minum minuman Mengambil makanan Boleh menyebabkan
beralkohol berkalsium tinggi pitam
Elakkan minuman yang Mengambil sumber vitamin Tekanan Emosi
berkafein C yang tinggi
Beriadah Kurangkan minuman Cepat marah
beralkohol dan berkafein
Lebihkan pemakanan Melakukan aktiviti sukan Mudah tersinggung
karbohidrat dan beriadah

6. Menyebar luas maklumat berkaitan cara mencegah atau mengurangkan masalah jerawat dan
senggugut.
Bersempena dengan Kempen Kersihan dan Kesihatan, anda diminta untuk menghasilkan satu
risalah (brosur) berkenaan jerawat dan senggugut. Berikut adalah aspek-aspek yang perlu
ada di dalam brosur anda:
• Pengenalan, punca-punca dan langkah pencegahan mengatasi serta kesan masalah
jerawat dan senggugut.
• Murid boleh memasukkan gambar sebagai contoh.
• Pastikan brosur yang dihasilkan menarik dan berwarna warni.

15
8.0 KESELAMATAN

1. Menyatakan maksud membuli, dibuli dan gangsterisme.


a) Padankan istilah berikut dengan maksud yang betul

Perbuatan mempermainkan, mendera atau


Gangsterisme menggasari orang yang lemah untuk mendapatkan
keseronokan atau menunjukkan kekuatan.
Membiarkan dan tidak membalas perbuatan kasar
Membuli suatu pihak terhadap diri

Kegiatan gengster atau kumpulan kongsi gelap dalam


Dibuli suatu kegiatan jenayah.

2. Membincangkan faktor-faktor penyebab perbuatan membuli, dibuli dan gangsterisme.


a) Senaraikan faktor-faktor penyebab perbuatan membuli, dibuli dan gangsterisme
1.Pengaruh media massa 7. Tidak berdisiplin
2.Mempunyai masalah keluarga 8. Masalah gangguan personaliti
3.Pengaruh rakan sebaya 9. Bagi menunjukkan kuasa
4.Kurang didikan agama
5.Kurang keyakinan diri
6.Ingin mendapat kepuasan diri

3. Mempraktikkan kemahiran berkata TIDAK untuk mengelak diri daripada membuli, dibuli dan
gangsterisme.
a) Ungkapkan dialog yang sesuai untuk mengelakkan diri daripda membuli, dibuli dan
gengaterisme.
i. Diana :Hoi budak kampung!, kamu buat apa di sini? Kamu itu miskin, tidak layak
belajar di sekolah ini.
Atira :Walaupun saya budak kampung, saya ada hak untuk belajar di
sini.Tolong hormat orang lain jika kamu mahu orang lain menghormati
kamu.
ii. Rizal :Hei, bodoh! Lain kai kalau Nampak aku nak beli makanan, bagi aku beli
dulu. Kau beratur di belakang. Faham?
Hilmi :Saya datang dahulu.jadi saya beratur di depan.Kita kena ikut
peraturan.Abang sebagai senior perlu menunjukkan contoh yang baik

4. Menjelaskan melalui contoh langkah-langkah yang boleh diambil untuk menghindari


perbuatan membuli, dibuli dan gangsterisme.
a) Nyatakan dua tindakan yang boleh dilakukan oleh mangsa buli bagi mengelakkan kejadian
buli berlaku.
i. Melaporkan salah laku pembuli kepada pihak sekolah
ii. Menunjukkan keyakinan diri yang tinggi kerana pembuli hanya suka membuli orang
yang lemah

16
b) Pada pendapat anda, apakah peranan atau tindakan pihak berikut dalam menangani
masalah buli?
Pihak Langkah – langkah
Ibu Bapa • Memberi pendidikan agama kepada anak-anak agar mereka dapat
berkelakukan sopan dengan sesiapa sahaja
• Memberi nasihat dan menunjukkan teladan yang baik kepada anak-
anak di rumah.
Media • Menyiarkan berita bahaya/kesan buli kepada murid dan ibu bapa.
• Menjalankan kempen anti- buli
Sekolah • Mengingatkan murid tentang keburukan amalan buli terhadap diri
sendiri dan pihak lain.
• Murid yang didapati melakukan amalan buli hendaklah segera diberi
hukuman
Murid • Memilih kawan yang baik kerana rakan sebaya boleh mempengaruhi
tingkah laku seseorang murid.
• Bersikap berani dan lapor kejadian buli kepada guru.

5. Meramalkan kesan buli dan gangsterisme terhadap diri dan keluarga.


a) Diri i. Mengalami gangguan emosi kerana terlalu tertekan.
ii. Tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran.
iii. Berasa rendah diri dan kurang keyakinan pada diri sendiri
b) Keluarga i. Jika mengalami kematian, keluarga akan mengalami kesedihan
ii. Hubungan kekeluargaan renggang
iii. Mangsa buli cenderung berbohong kepada ibu bapa.
iv. Suasana di rumah diselubungi tekanan.

6. Menghasilkan karya tentang perbuatan membuli, dibuli dan gangsterisme.

Hasilkan satu foilio berkenaan buli dn gangsterisme yang berlaku dalam kalangan remaja.
Berikut merupakan isi penting yang perlu dimasukkan dalam folio.
a. Pengenalan membuli, dibuli dan gengsterime
b. Contoh kes buli dan gengstrisme di Malaysia beserta keratan akhbar / berita/ yang
berkaitan (minimum 5).
c. Langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk membanteras masalah buli
dan gengsterisme.

17
9.0 PEMAKANAN

1. Menyatakan maksud makronutrien dan mikronutrien.


a) Tuliskan maksud makronutrien dan mikronutrien.
Makronutrien Maksud:
Zat makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk
memberikan bekalan tenaga, membina sel serta membaiki sel rosak

Mikronutrien Maksud:
Zat makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit dan penting
untuk mengawal fungsi tubuh badan

2. Menerangkan fungsi dan kepentingan makro nutrien serta mikro nutrien.


a) Tuliskan fungsi dan kepentingan makronutrien dan mikronutrien.
Fungsi dan 1.Karbohidrat=Sumber tenaga
kepentingan 2.Protein=Tumbesaran dan membaiki tisu rosak
makronutien 3.Lemak=Sumber tenaga yang memanaskan badan
4.
Fungsi dan 1.Vitamin A=Pembentukan tulang
kepentingan 2.Vitamin D=Baik untuk tulang/gigi
Makronutien 3.Kalsium=Pembentukan tulang/gigi
4Vitamin C=Melawan Penyakit

3. Menjelaskan kepentingan pengambilan makro dan mikro nutrien dalam menangani obesiti serta
kurang berat badan.
a) Lengkapkan peta minda di bawah.

Mengelakkan
malnutrisi

Menghasilkan Mengawal
tenaga berat badan

Kepentingan
pengambilan
makro dan mikro
nutrien
Membantu tubuh Mengekalkan
untuk berfungsi keperluan zat
dengan baik dalam badan
Mengelakkan
jangkitan
penyakit

18
4. Memilih jenis makanan berdasarkan kandungan nutrien dalam menangani obesiti serta kurang
berat badan.
a) Kaji situasi yang diberikan di bawah.
Jenama A Jenama B
Maklumat pemakanan Maklumat pemakanan
Saiz hidangan 100 g Saiz hidangan 100 g
Tenaga 440 kcal Tenaga 650 kcal
Karbohidrat 54.3 g Karbohidrat 54.3 g
Protein 11.8 g Protein 11.8 g
Lemak 10.5 g Lemak 15.0 g
Vitamin B1 10 mg Vitamin B1 10 mg

Kevin yang mengalami masalah obesiti dan William yang mengalami masalah kekurangan
berat badan pergi ke pasar raya untuk membeli makanan berasaskan bijirin. Terdapat dua
jenama iaitu, jenama A dan jenama B yang memaparkan nilai pemkanan yang berbeza.
Bantu Kevin dan William membuat pilihan yang tepat bagi membeli makanan itu. Jelaskan
pilihan anda.
• Kevin-Jenama A kerana mempunyai kandungan lemak yang lebih rendah berbanding
Jenama B. Selain itu, Jenama A mempunyai nilai kalori yang lebih rendah iaitu 440 kcal.
• William-Boleh membeli mana mana Jenama kerana kedua-duanya membekalkan tenaga
dan nutrient yang diperlukan tubuh.
5. Memberi pendapat tentang kepentingan pengambilan makro nutrien dan mikro nutrien
mengikut keperluan.
a) Baca dan fahami petikan berikut.
Kanak-kanak yang kurang selera makan atau terlalu memilih makanan kebiasaannya akan
mengalami masalah berat badan. Sekiranya dibiarkan berlarutan, masalah kurang berat
badan boleh membawa kepada masalah yang lebih serius.
Pada pendapat anda, mengapakah kanak-kanak perlu mengambil maknronutrien dan
mikronutrien mengikut keperluan. Kemudian, cadangkan satu (1) langkah untuk membantu
ibu bapa mendorong anak mereka makan mengikut keperluan.
• Agar kadar pertumbuhan kanak-kanak tidak terbantut sekaligus menghindari masalah
kesihatan seperti tulang yang rapuh
• Ibu bapa harus mempelbagaikan menu yang mempunyai nutrient yang mencukupi seperti
bubur+ayam,minyak bijan dan lobak,telur rebus yang dilenyek Bersama mayonis,keju dan
mentega serta susu.
b) Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. Sumber daripadaBerita Harian
mengatakan:
“ Empat daripada seluruh sepuluh orang dewasa yang berusia lebih 18 tahun di negara ini
mengalami kegemukkan atau terlebih berat badan (obesiti)”
Pada pendapat anda, apakah punca masalah kegemukan dan obesiti di Malaysia? Kemudian,
nyatakan 3 cara untuk menangani masalah ini ini daripada menjadi semakin teruk.
Jawapan:
1) Berubah kepada gaya pemakanan yang sihat.Lebihkan memakan buah-buahan dan
sayur-sayuran
2) Cara memasak=menukar daripada menggoreng makanan kepada merebus dan
membakar
3) Individu yang mengalami obesity juga perlu melakukan senaman sekurang
kurangnya 3 kali seminggu.

19
6. Merancang diet yang sesuai untuk menangani obesiti dan kurang berat badan.
a) Selaku seorang pegawai diatetik, anda dikendaki merancang menu makanan yang sesuai
untuk seorang pesakit yang mengalami obesiti dan seorang pesakit yang mempunyai kurang
berat badan. Kemudia, jelaskan secara ringkas pemilihan menu makanan yang anda lakukan,
Menu pemakanan seimbang bagi menangani obesiti
Sarapan pagi Makanan tengah hari Makan malam
• Segelas jus buah • Air Suam • Salad dan mayonis
buahan • Nasi • Buah-buahan
• Sebiji telur separuh • Sup Ayam • Susu rendah lemak
masak

Keterangan:
• Setiap hidangan perlu mengandungi nutrien yang seimbang tetapi rendah
karbohidrat,lemak,gula dan garam
• Oleh itu,pengambilan karbohidrat seperti nasi,mee dan roti perlu dikurangkan
manakala pengambilan buah-buahan dan sayuran perlu ditingkatkan

Menu pemakanan seimbang bagi menangani kurang berat badan


Sarapan pagi Makanan tengah hari Makan malam
• Segelas susu coklat • Jus buah-buahan • Air suam
• Sebiji telur separuh • Nasi tomato • Susu rendah lemak
masak • Ayam masak merah • Nasi Putih
• Sambal terung
• Kari ikan

Keterangan:
• Setiap hidangan perlu mengandungi nutrien yang seimbang
• Menu yang dirancang mengandungi jumlah karbohidrat dan protein yang tinggi
untuk membekalkan tenaga dan membentuk sel-sel badan
• Lemak juga dimasukkan dalam kuantiti yang berpatutan untuk menambah berat
badan

20
10.0 PERTOLONGAN CEMAS

1. Menyatakan prinsip dan prosedur D.R.A.B.C


2. Menjelaskan setiap prinsip dan prosedur D.R.A.B.C.
Arahan: Lenagkapkan jadual di bawah dengan jawapan yang tepat.
Prinsip Keterangan
Bahaya • Alihkan mangsa daripada bahaya dan bawa ke tempat yang
D-Danger selamat.
Reaksi • Panggil mangsa atau kejutkan mangsa jika dilihat tiada reaksi
R-Respond daripada mangsa
Saluran Udara • Dongakkan kepala dengan menolak dagu mangsa bagi
A-Airway membuka saluran penafasan.
Pernafasan • Pastikan pernafasan berlaku pada mangsa dengan teknik
B- Breathing (3M) melihat, merasa dan mendengar pernafasan mangsa.
Peredaran Darah • Periksa denyutan nadi mangsa di bahagian arteri karotid
C- Circulation (leher).
• Jika nadinya berdenyut/ada, teruskan proses bantuan
pernafasan dengan kadar satu hembusan setiap lima saat (12
kali hembusan seminit).
• Jika mangsa tidak bernafas, berikan bantuan pernafasan
(resusitasi).
• Jika nadinya berdenyut dan mangsa bernafas, pastikan
kedudukannya stabil.
• Bantuan pernafasan perlu dilakukan sehingga mangsa boleh
bernafas semula atau sehingga pasukan paramedik tiba.

3. Mendemonstrasi langkah- langkah prosedur D.R.A.B.C.


4. Menjelaskan melalui contoh situasi kecemasan yang sesuai untuk D.R.A.B.C.
5. Membuat pertimbangan terhadap prosedur D.R.A.B.C. mengikut situasi kecemasan.
6. Berkomunikasi dengan berkesan semasa melakukan prosedur D.R.A.B.C

a) Berdasarkan situasi di bawah, terangkan dan demostrasikan tindakan anda.

21

Anda mungkin juga menyukai