Anda di halaman 1dari 1

JALAN KE PUNCAK (BAB 8)

Rancangan Laiman untuk menternak ikan air tawar menghadapi


masalah. Pak Sahok tidak mengizinkan Laiman menggunakan tanah paya di
sebelah tanahnya untuk dijadikan projek ikan air tawar. Laiman mengetahui
bahawa tanah paya itu bukan milik Pak Sahok, tetapi dia menghormati Pak
Sahok. Selagi dia tidak mendapat keizinan daripada Pak Sahok, dia tidak
akan menggunakan kawasan paya itu untuk menjalankan projeknya.

Laiman dan Milan berbincang tentang tapak lain untuk meneruskan


projek ternakan ikan air tawar mereka itu. Bapa Milan tidak keberatan jika
tanahnya digunakan, tetapi jentera pengorek tanah tidak ada. Tanah bapa
Milan tidak sesuai untuk projek ternakan ikan air tawar jika tidak dikorek
lebih dahulu. Jabatan perikanan pun tidak mempunyai jentera tersebut.
Setelah membincangkan projek ikan, mereka beralih kepada projek kebun
tembikai. Kawan Laiman dari Kota Kinabalu akan membeli tembikai yang
diusahakannya nanti. Mereka berdua gembira kerana hasil tanaman tembikai
cukup memberangsangkan.

Laiman bersyukur kerana Milan sentiasa menyokong segala usahanya.


Milanlah orang yang sering menjaga dan membersihkan kebun tembikai jika
Laiman tiada. Selain berbincang tentang kebun tembikai, mereka juga
berbincang tentang rancangan ternakan lebah madu. Milan merasakan
bahawa rancangan mereka terlalu banyak, dan dia bimbang kalau-kalau
tidak terkawal. Laiman mengatakan bahawa tenaga budak-budak yang
sudah tidak berminat meneruskan persekolahan boleh digunakan. Ibu bapa
budak-budak itu akan berasa gembira kerana anak-anak mereka dapat
melakukan kerja yang berfaedah.

Anda mungkin juga menyukai