Anda di halaman 1dari 1

JALAN KE PUNCAK (BAB 1)

Laiman seakan-akan tidak percaya bahawa dirinya berada di Bumi


Kenyalang. Laiman berasal dari Sabah menjalani latihan indusrti di Sarawak.
Bidang yang diambilnya ialah kejuruteraan. Dia dihantar untuk membuat
praktikal di sebuah syarikat minyak. Semasa menjalani latihan, dia
menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh dan penuh minat. Di
situ, dia berkawan baik dengan Sukri. Dia bercerita kepada Sukri bahawa dia
akan berehat selapas tamat pengajian nanti. Jika dia menerima tawaran
bekerja dari mana-mana syarikat, dia tidak akan menerimanya dengan
cepat. Sukri hairan memikirkan sikap Laiman. Kebanyakan pelajar akan
memikirkan pekerjaan setelah tamat belajar di universiti, tetapi Laiman
henak berehat.

Laiman teringat akan kawannya yang bernama Chow Chin. Pemuda itu
belajar di university hingga tamat pengajian. Setelah tamt belajar, dia tidak
memohon pekerjaan sebaliknya membuka perniagaan kereta terpakai.
Kemudian, dia menjadi ejen import eksport. Seterusnya, dia mengusahakan
hotel. Kini, Chow Chin sudah manjadi jutawan baharu. Dalam bidang
pekerjaan , Laiman menjadikan Chow Chin sebagai contoh untuk diteladani.

Laiman mengetahui bahawa ada juga pemuda yang gagal beajar di


pusat pengajian tinggi tetapi berjaya dalam hidup. Pemuda itu bekerja di
bengkel kereta milik orang lain, kemudian membuka bengkel sendiri. Laiman
tertarik akan pekerjaan yang sedemikian. Pada pandangannya, orang yang
berijazah atau tidak berijazah mampu maju dalam hidup jika bijak dan rajin
berusaha. Perkara yang paling penting ialah pengalaman, kemahiran, dan
kesungguhan. Kesemua perkara tersebut mampu membawa dirinya ke arah
hidup yang lebih terjamin.

Anda mungkin juga menyukai