Anda di halaman 1dari 1

JALAN KE PUNCAK (BAB10)

Projek tembikai Laiman berjaya sehingga menarik minat pihak jabatan


pertanian untuk membantu Laiman memajukan projeknya. Ketika pegawai
pertanian tersebut berbincang tentang projek tembikai itu, fikiran Laiman
masih tertumpu pada projek ternakan ikan air tawar yang menjadi
keutamaannya. Dia ingin mendengar keputusan rundingan antara bapanya
dengan Pak Sahok tentang tanah yang akan dijalankan projek ikan air
tawarnya itu. Perkara tersbut yang harus diberikan perhatian kerana tanah
itu memang sesuai untuk projek penternakan ikan air tawar dan udang
harimau. Pak Kiassim pulang dengan wajah yang menandakan kejayaan. Pak
Kiassim menyuruh Laiman sendiri pergi mendengar keputusan Pak Sahok.
Pak Sahok menyatakan persetujuannya kepada Laiman. Pak Sahok sedar
bahawa kejayaan Lamian boleh ditumpangi oleh orang-orang kampung dan
anak-anak muda yang tinggal di kampong tersebut.

Sebelum kemudian, jabatan pertanian menyediakan jentera pengorek


tanah. Laiman mengupah anak-anak muda untuk menggerakkan projek itu.
Apabila air kolam yang baru dikorek itu jernih, Laiman melepaskan ikan
ternakan yang telah dibekalkan kepadanya. Di sebelah kolam ikan itu, dia
akan menternak udang harimau. Laiman akan menumpukan perhatiannya
terhadap ikan dan udang harimau, manakala kebun tembikai diserahkan
kepada Pak Kiassim untuk menguruskannya.

Pada masa yang sama, Soniah dihantar oleh pihak universiti untuk
menyertai latihan sambil belajar. Laiman mengetahui perkembangan Soniah
sebagai pelajar universiti, kerana mereka sering berhubung melalui surat.

Anda mungkin juga menyukai