Anda di halaman 1dari 20

PDPR SET SOALAN: ASPEK TATABAHASA

MODUL PDPR TAHUN 4-5-6

101 SOALAN TATABAHASA

DI LUAR TALIAN

Disediakan oleh
HAJI MD. RAMLI BIN SABRAN
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
Kementerian Pendidikan Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 2 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

DI
DI LUAR
LUAR TALIAN
TALIAN

TAHAP PENGUASAAN

DSKP - Standard Kandungan: 5.2 (Standard Pembelajaran: 5.2.1) 1 2 3 4 5 6

5.2. Memahami dan menggunakan pelbagai kata dalam pelbagai situasi dengan betul.
1

MODUL MORFOLOGI - 101 SOALAN TATABAHASA 4-5-6


BA MUKA CATATA
TEMA / TAJUK
B SURAT N
1 PRAKTIS 101 SOALAN TATABAHASA 02
MODUL PRAKTIS PDPR - SESI
2 PERTAMA 03 - 06
ITEM MORFOLOGI (SOALAN 01 – 25)
MODUL PRAKTIS PDPR - SESI KEDUA
3 ITEM MORFOLOGI (SOALAN 26 – 51)
07 - 10

MODUL PRAKTIS PDPR - SESI KETIGA


4 MORFOLOGI & SINTAKSIS (ITEM 52 – 11 - 16
84)
MODUL PRAKTIS PDPR - SESI
5 KEEMPAT 17 - 20
ITEM SINTAKSIS (SOALAN 85 – 101)

MD. RAMLI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU


JU KBAT KEBANGSAAN / JU BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

DI
DI LUAR
LUAR TALIAN
TALIAN

TAHAP PENGUASAAN

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 3 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

DSKP - Standard Kandungan: 5.2 (Standard Pembelajaran: 5.2.1) 1 2 3 4 5 6

5.2. Memahami dan menggunakan pelbagai kata dalam pelbagai situasi dengan betul.
1

SOALAN 1 HINGGA SOALAN 101


Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini.

1 Pak Cik Baharuddin meminta cucunya membacakan surat berdaftar yang baru sahaja
diterimanya itu kerana dia ________.
A buta tuli
B buta hati
C buta huruf
D buta warna

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah


2 Ahmad Farid sekeluarga tinggal ________ apabila rumah
mereka hangus dijilat api petang semalam.
A nyawa ikan
B putih tulang
C bangkai bernyawa
D sehelai sepinggang

3 Puan Hanna Alisya menyimpan ________ yang bernilai hampir lima puluh ribu ringgit
itu di dalam bank.
A wang saku
B jantung hati
C paku belanda
D barang kemas

4 Remaja yang merempit itu memang ________, mereka langsung tidak mengendahkan
nasihat dan teguran penduduk kampung.
A buruk siku
B mulut murai
C telinga lintah
D keras kepala

5 “________ mesti tunggu hingga saya sampai sebelum kita memulakan ekspedisi rimba
ini,” kata Alif mengingatkan rakan-rakannya.
A Anda
B Kamu
C Kalian
D Mereka

6 Suzana dan Normah ialah rakan sekelas. ________ tinggal di taman perumahan yang

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 4 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

sama, di bandar Taiping.


A Kami
B Kamu
C Kalian
D Mereka

7 Dato’ Asmuni dihormati oleh para pekerjanya kerana ________ seorang majikan yang
prihatin dan baik hati.
A dia
B saya
C beliau
D mereka

8 “Tuan puteri sedang berdukacita. ________ mahu beristirahat buat sementara waktu,”
sembah dayang.
A Beta
B Patik
C Tuanku
D Baginda

9 “Patik akan menjunjung segala perintah ________ itu,” kata Bendahara Tun Ali kepada
Permaisuri Raihanah.
A Beta
B Hamba
C Tuanku
D Baginda

10 “Hang Nadim, bawakan kepada ________ keris panjang bersalut emas dan perak itu”,
perintah Sultan Mahmud Shah.
A beta
B patik
C tuanku
D baginda

11 “________ telah mengarahkan para hulubalang untuk menghapuskan lanun di perairan


Selat Melaka,” kata Temenggung kepada baginda sultan.
A Beta
B Patik
C Hamba
D Tuanku

12 “Tentera Portugis ________ menyerang dan menakluki negeri Melaka,” kata Cikgu Ali
kepada anak didiknya.
A mahu
B sudah
C pernah
D sedang

13 “Minuman kotak yang berperasa strawberi itu tidak boleh diminum kerana ________

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 5 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

tamat tarikh luputnya,” kata ibu kepada adik.


A akan
B telah
C belum
D pernah

14 Pakaian yang dijemur oleh kakak pagi tadi ________ kering lagi kerana cuaca mendung
sepanjang hari.
A dapat
B belum
C pernah
D sedang

15 Pak Cik Azrul ________ menghabiskan ubat antibiotik yang diberikan oleh Doktor
Samsiah yang merawat penyakitnya itu.
A mesti
B masih
C pernah
D sedang

16 Pasukan Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Tapah ________ menjadi johan dalam
perlawanan bola sepak semalam.
A akan
B telah
C mesti
D harus

17 Rombongan murid-murid Sekolah Kebangsaan Convent, Ipoh, Perak ________ dalam


perjalanan ke Melaka Bandar Bersejarah.
A akan
B telah
C harus
D sedang

18 Nur Hasni sangat gemar mengumpul ________ jenis setem dari dalam dan luar negara
di dalam beberapa buah album.
A setiap
B segala
C seluruh
D pelbagai

19 ________ ikan dan udang galah ditemui mati di sungai itu kerana dituba oleh mereka
yang tidak bertanggungjawab.
A Setiap
B Semua
C Segala
D Banyak

20 Dalam perjalanan dari Kelang ke Cameron Highlands, ________ murid berasa pening

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 6 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

dan ________ orang sudah muntah.


A setiap ... seluruh
B segala ... sebahagian
C segelintir ... beberapa
D setengah ... sebilangan

Soalan 21 berdasarkan gambar di bawah


21 Puan Normah telah menyediakan ________ jenis juadah
semasa rumah terbuka sempena sambutan hari raya.
A setiap
B separuh
C sepenuh
D pelbagai

22 ________ kali selepas bersolat, Muhammad Alif Haikal mengangkat ________ belah
tangannya memohon doa kepada Allah.
A Pertama ... kedua
B Setiap ... kedua-dua
C Sesetengah ... kedua
D Beberapa ... kedua-dua

23 Semasa hendak ke pekan pagi tadi, Husna menunggu bas hampir ________ jam lamanya
di pondok bas di kampungnya.
A setiap
B seluruh
C setengah
D sesetengah

24 “Keadaan udara di Tanah Rata, Cameron Highlands itu nyaman ________,” kata Cikgu
Asyiqeen kepada murid-muridnya.
A agak
B sekali
C paling
D terlalu

25 Persekitaran rumah yang tidak terurus dan kotor ________ itu akan menjatuhkan imej
penghuni rumah tersebut.
A agak
B amat
C paling
D terlalu

TAHAP PENGUASAAN

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 7 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

DSKP - Standard Kandungan: 5.2 (Standard Pembelajaran: 5.2.1) 1 2 3 4 5 6

5.2. Memahami dan menggunakan pelbagai kata dalam pelbagai situasi dengan betul.
1

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini.

26 Suhu dalam dewan Seminar Kepimpinan Pengawasan Sekolah itu ________ sejuk.
A nian
B betul
C sekali
D terlalu

Soalan 27 berdasarkan gambar di bawah


27 Puan Siti marah ________ setelah mendapat tahu anaknya
sering memasuki pusat permainan komputer itu.
A nian
B agak
C paling
D terlalu

28 Novel “Mahligai Rindu” yang dikarang oleh penulis muda itu ________ menarik.
A betul
B benar
C sekali
D sungguh

29 Khairul Fahmi merupakan penjaga gol pasukan negara kita yang ________ handal.
A nian
B betul
C sekali
D paling

30 Menara ________ di Teluk Intan merupakan salah satu mercu tanda bagi negeri Perak.
A senget
B goyang
C condong
D tumbang

31 Sudah beberapa jenis syampu dicubanya namun, rambutnya masih lagi ________.
A ikal
B kejur
C kesat
D kusam

32 Beberapa buah rumah papan di Desa Aman ________ dipukul ribut kencang semalam.
A putus

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 8 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

B ranap
C pecah
D hancur

Soalan 33 berdasarkan gambar di bawah


33 Yusrizal terpaksa menuntun basikal itu kerana tayarnya
________ terkena benda tajam.
A nipis
B leper
C kendur
D kempis

34 “Rasa pisang rastali yang belum cukup masak ini agak ________ sedikit,” kata emak.
A kelat
B pahit
C tawar
D masam

35 Khairudin mengambil galah yang ________ untuk menurunkan layang-layangnya yang


tersangkut pada dahan pokok rambutan yang ________ itu.
A besar ... tinggi
B pendek ... sekah
C panjang ... rimbun
D rendah ... rendang

36 Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk ________ keputusan yang
cemerlang dalam pelajaran.
A memiliki
B mendapati
C mempunyai
D memperoleh

37 Farah Atikah menjerit ketakutan apabila terlihat seekor lipan sedang ________ di atas
tilam di dalam biliknya.
A merayap
B menyusur
C mengesot
D memanjat

38 Anak-anak ayam kampung itu lari bertempiaran apabila seekor helang ________ salah
seekor daripada anak ayam itu secara tiba-tiba.
A menyiat
B meragut
C menerkam
D menyambar

39 Sebagai pengurus syarikat, Puan Farisya senantiasa ________ pakaian yang kemas dan
sopan untuk ________ imejnya.

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 9 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

A memakai ... merawat


B menyarung ... menjaga
C melaram ... membentuk
D menampilkan ... membina

Soalan 40 berdasarkan gambar di bawah


40 Nur Nadia ________ surat yang diterima daripada sahabat
penanya yang sedang menuntut di Universiti Sabah.
A menulis
B mengirim
C mencoret
D membalas

41 Datuk Azhar menghadiri majlis ________ produk kosmetik dan kesihatan di Putrajaya.
A kelancaran
B pelancaran
C dilancarkan
D melancarkan

42 Syarikat Intan Hijrah diamanahkan ________ pembangunan bandar desa di kawasan itu.
A terancang
B perancang
C merancang
D perancangan

43 Tarian tradisional Melayu itu dipersembahkan semasa ________ ketibaan Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Perak.
A disambut
B sambutan
C penyambut
D menyambut

44 Misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi itu disertai oleh ________ dari
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
A seniwati
B karyawan
C mahasiswa
D nasionalisme

45 Tokoh ________ itu telah menerima pingat kebesaran daripada Sultan Terengganu
kerana jasa-jasanya kepada negara.
A jelitawan
B sejarawan
C negarawan
D budayawan

46 Rombongan pengantin lelaki perlu menelita peta lakar ke rumah pengantin perempuan
kerana jalan ke kawasan itu ________.

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 10 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

A berulang-alik
B berboalk-balik
C berlekak-lekuk
D bersimpang-siur

47 Pak Mokhtar yang berusia tujuh puluh lima tahun itu ________ mengayuh basikalnya ke
kebun yang terletak di hujung kampung.
A terkial-kial
B tergesa-gesa
C terkebil-kebil
D termangu-mangu

Soalan 48 berdasarkan gambar di bawah


48 Puan Umi ________ dengan tetamu dan jiran tetangganya
semasa berjumpa di majlis jamuan rumah terbuka itu.
A bersahut-sahutan
B bersalam-salaman
C bermanja-manjaan
D berpandang-pandangan

49 Budak-budak itu berlari ________ apabila mereka terserempak dengan beberapa ekor
anjing liar di taman permainan tersebut.
A huru-hara
B kacau-bilau
C lintang-pukang
D kontang-kanting

50 Abang sedang membantu ayah memasang ________ yang baharu di dalam bilik tidur
nenek dan opah mereka.
A lelangit
B pepohon
C rerambut
D bebenang

51 Sup daging lembu itu perlu dikunyah perlahan-lahan sebelum ditelan kerana dagingnya
agak liat sedikit.
Pilih perkataan seerti bagi dikunyah.
A digigit
B digerit
C dilapah
D dimamah

TAHAP PENGUASAAN

DSKP - Standard Kandungan: 5.2 (Standard Pembelajaran: 5.2.1) 1 2 3 4 5 6

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 11 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

5.2. Memahami dan menggunakan pelbagai kata dalam pelbagai situasi dengan betul.
1

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini.

52 Muhammad Nordin mengajak rakan-rakan karibnya makan durian di dusun ayahnya.


Pilih perkataan sinonim bagi mengajak.
A meminta
B menyuruh
C menyokong
D mempelawa

53 Encik Kamaruddin sering berulang-alik ke Kuala Lumpur kerana urusan perniagaannya.


Pilih perkataan sinonim bagi sering.
A suka
B kerap
C jarang
D sesekali

54 Kereta mainan kawalan jauh itu sangat laris di pasaran kerana dapat bergerak lebih laju
daripada kereta-kereta mainan lain.
Pilih perkataan sinonim bagi laris.
A laku
B cepat
C murah
D untung

55 Berita sensasi tentang artis jelita tanah air itu menjadi tumpuan para wartawan akhbar
harian utama di negara kita.
Pilih perkataan sinonim bagi sensasi.
A segar
B heboh
C baharu
D gempar

56 Golongan remaja yang berminat dipelawa untuk menceburi bidang ketenteraan sebagai
kerjaya mereka.
Pilih perkataan sinonim bagi menceburi.
A melibati
B merestui
C mewarisi
D mendalami

57 Seorang musafir dari negara Arab singgah di masjid kampung itu untuk menunaikan
solat fardu Ashar.
Pilih perkataan sinonim bagi musafir.

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 12 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

A pemberita
B pemindato
C pengembara
D penceramah

58 “Ibu bapa amat perlu memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak sejak
kecil lagi,” kata tokoh pendidik itu.
Pilih perkataan sinonim bagi memupuk.
A melakar
B mencipta
C menghala
D menyemai

59 Majlis makan malam tersebut dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Kebangsaan Seri Suria Tiga, Tanah Merah, Kelantan.
Pilih perkataan sinonim bagi i dianjurkan.
A dibuat
B diadakan
C diacarakan
D dimeriahkan

60 Lamunan adik Damia terhenti apabila dia terdengar suara kawan-kawannya memanggil
namanya dari arah luar rumah.
Pilih perkataan sinonim bagi Lamunan.
A Fikiran
B Impian
C Igauan
D Khayalan

61 Semasa bercuti di Teluk Intan, Encik Husni berkesempatan melawat bangunan Menara
Condong atau dikenali juga sebagai Jam Tinggi.
Pilih perkataan sinonim bagi berkesempatan.
A berjaya
B bersetuju
C berpeluang
D bergembira

62 Chalet yang terdapat di pusat peranginan itu berkonsepkan perkampungan tradisional.


Pilih perkataan sinonim bagi berkonsepkan.
A berasaskan
B berpusatkan
C berpandukan
D berlandaskan

63 Puan Anis menyambut kepulangan cucunya yang belajar di England dengan perasaan
terharu bersulam kegembiraan.
Pilih perkataan antonim bagi kepulangan.

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 13 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

A ketibaan
B kehadiran
C kehilangan
D kemunculan

64 Program kitar semula yang dilaksanakan kerajaan dapat menjimatkan kos pengurusan
sampah dan bahan buangan.
Pilih perkataan antonim bagi menjimatkan.
A membazirkan
B memboroskan
C mencermatkan
D mengurangkan

65 Persembahan peserta “Bintang Kecil” dari negeri Sabah itu mendapat pujian daripada
para penonton.
Pilih perkataan antonim bagi pujian.
A cacian
B galakan
C sindiran
D sokongan

66 “Jangan percaya akan janji pemuda yang hidung belang itu,” kata Nur Nadia menasihati
kawan-kawan serta kenalannya.
Pilih perkataan antonim bagi janji.
A tipu
B dusta
C helah
D gelagat

67 Puan Nur Hayatie dapat menghadapi segala dugaan yang telah menimpa keluarganya itu
dengan tenang dan tabah.
Pilih perkataan antonim bagi tenang.
A sedih
B susah
C gelisah
D tenteram

68 Pemuda yang tidak siuman itu menjerit-jerit di tepi jalan raya seolah-olah dia mengawal
pergerakan trafik pada ketika itu.
Pilih perkataan antonim bagi tidak siuman.
A gila
B waras
C matang
D terencat

69 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Pegawai Pendidikan Daerah Kuching, Sarawak dijemput untuk merasmikan Program
Pinar Akademik 2021 itu.

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 14 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

A Siapakah yang dijemput untuk merasmikan Program Akademik 2021 itu?


B Berapakah jumlah murid yang terlibat dalam Program Akademik 2021 itu?
C Apakah kebaikan yang boleh diperoleh melalui Program Akademik 2021 itu?
D Bilakah pegawai pelajaran daerah merasmikan Program Akademik 2021 itu?

70 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Gangguan bekalan air di beberapa kawasan dijangka berlaku pada hari minggu, dari
pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam.
A Bilakah gangguan bekalan air dijangka akan berlaku?
B Mengapakah gangguan bekalan air dijangka akan berlaku?
C Siapakah yang memaklumkan tentang gangguan bekalan air itu?
D Apakah punca berlakunya gangguan bekalan air selama lima belas jam itu?

71 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Peralatan elektronik itu dibuat di sebuah kilang yang terletak di kawasan perindustrian
Balakong, Cheras.
A Di manakah alat-alat elektonik itu dibuat?
B Siapakah yang membuat semua peralatan elektronik itu?
C Bilakah kilang industri peralatan elektronik itu mula beroperasi?
D Mengapakah peralatan elektronik itu dibuat di Balakong, Cheras?

72 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Saya amat suka melancong ke Pulau Tioman yang terletak di negeri Pahang itu kerana
pantainya yang cantik dan bersih.
A Apakah tarikan utama yang terdapat di Pulau Tioman?
B Mengapakah awak gemar melancong ke Pulau Tioman?
C Di manakah letaknya destinasi pelancongan Pulau Tioman?
D Siapakah yang menggalakkan kamu melancong ke Pulau Tioman?

73 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Hubungan antara Haslam dengan Yasmin terputus kerana Yasmin terpaksa mengikuti
keluarganya ke luar negara.
A Bagaimanakah hubungan Haslam dengan Yasmin terjalin?
B Siapakah yang menghalang hubungan Haslam dengan Yasmin?
C Apakah punca hubungan Haslam dengan Yasmin gagal diteruskan?
D Mengapa Haslam sanggup memutuskan hubungannya dengan Yasmin?

74 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Siapakah yang telah berjaya merangkul gelaran juara dalam Karnival Kembara Bahasa
Melayu itu?
A Karnival Kembara Bahasa Melayu itu diadakan di dewan sekolah.
B Sambutan Karnival Kembara Bahasa Melayu itu sungguh menggalakkan.
C Juara karnival tersebut akan menerima piala, sijil penghargaan dan wang tunai.
D Damia telah dinobatkan sebagai juara dalam Karnival Kembara Bahasa Melayu itu.

75 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Bagaimanakah keadaan Budin selepas mendapat rawatan pakar di hospital itu?
A Budin menerima rawatan pakar di hospital itu dari bulan lepas.

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 15 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

B Budin beransur pulih dan sudah boleh makan dan minum seperti biasa.
C Budin dikenakan bayaran yang tinggi semasa menjalani rawatan pakar itu.
D Budin lebih selesa berada di hospital pakar itu kerana layanannya yang istimewa.

76 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Bagaimanakah reaksi orang ramai terhadap pementasan teater klasik itu?
A Orang ramai ternanti-nanti untuk melihat pementasan teater klasik itu.
B Reaksi ramai orang sungguh baik terhadap pementasan teater klasik itu.
C Pementasan teater klasik itu mendapat reaksi yang sangat menggalakan.
D Orang ramai menyambut baik kedatangan kru pementasan teater klasik itu.

77 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Siapakah yang boleh menggunakan Internet yang disediakan di pusat akses itu?
A Semua murid boleh menggunakannya pada waktu rehat sahaja.
B Murid-murid boleh menggunakannya dengan pengawasan guru kelas.
C Ya, semua murid tahap satu dan murid tahap dua boleh menggunakannya.
D Segala kemudahan Internet yang disediakan amat berguna kepada murid-murid.

78 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Apakah yang dilakukan oleh pelancong Mesir di Taman Mini Budaya dan Kesenian itu?
A Mereka sedang berlatih menari tarian joget dengan penuh minat.
B Mereka menjual barangan antik dari Mesir dengan harga yang murah.
C Mereka berminat untuk mencuba permainan congkat yang disediakan.
D Mereka sedang mengedarkan kupon percuma untuk melawat ke negara Mesir.

79 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Apakah kesalahan pemandu treler itu sehingga dia disaman oleh polis trafik?
A Pemandu treler telah memohon maaf kepada polis trafik yang bertugas.
B Pemandu treler menafikan dia memandu laju dan berbahaya di jalan raya.
C Saman yang dikenakan kepada pemandu itu akan ditentukan oleh mahkamah.
D Pemandu treler itu disaman oleh polis trafik kerana membawa muatan berlebihan.

80 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Kakaknya selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki pagi tadi.
II Keadaan cahaya hari ini amat cerah setelah mendung beberapa hari.
III Air muka Hani Asrita cahaya sekali setelah mendengar berita gembira daripada ibu
kandungnya itu.
IV Tumbuh-tumbuhan hijau memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanan
dan untuk hidup subur.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

81 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Tinggi adiknya yang berusia tiga belas tahun itu sama paras dengan saya.
II Hujan lebat selama lapan jam menyebabkan paras air sungai itu meningkat.

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 16 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

III Dia disukai orang kerana kehalusan budi bahasanya dan kebaikan paras lakunya.
IV Mira dapat memberikan jawapan yang hampir paras dengan soalan kuiz bahasa itu.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

82 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Kereta Nissan Sunny peninggalan ayahnya itu masih boleh baik lagi.
II Harga buah durian baik kerana pemintaan melebihi daripada pengeluaran.
III Muhammad Rasyid baru sahaja baik daripada demam selesema yang dialaminya.
IV Kesihatan Pak Sani masih baik walaupun usianya telah mencecah hampir satu abad.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

83 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Encik Azhar dalam ilmunya dalam bidang penternakan udang galah.
II Kapal terbang penumpang itu akan berlepas dalam masa sepuluh minit lagi.
III Dato’ Murad dalam keadaan sedih sejak beliau menerima sepucuk surat layang.
IV Beliau memberikan pandangan yang dalam tentang kemelesetan ekonomi dunia.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

84 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Sebuah piala besar menjadi merebut antara kelab-kelab yang bertanding.
II Kanak-kanak yang tiba di majlis kenduri kahwin itu merebut bunga manggar.
III Parti bebas gagal merebut sebarang kerusi dalam pilihan raya umum tersebut.
IV Beliau ingin merebut kembali gelaran Raja Pecut Asia yang pernah dimenanginya.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

TAHAP PENGUASAAN

DSKP - Standard Kandungan: 5.2 (Standard Pembelajaran: 5.2.1) 1 2 3 4 5 6

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 17 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

5.2. Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai
situasi dengan betul.

5.2. Memahami dan menggunakan pelbagai kata dalam pelbagai situasi dengan betul.
1

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini.

85 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Keadaan jalan menuju ke Kampung Ayer Hitam itu berlopak-lopak.
II Acara sukaneka itu jalan walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai.
III Masih banyak jalan kaki yang tidak mematuhi peraturan ketika hendak melintas.
IV Beliau sering memberi jalan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi
oleh pekerjanya.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

86 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Jangan tinggi diri apabila berhadapan dengan orang-orang tua.
II Kapal terbang pengebom buatan Russia itu dapat terbang tinggi.
III Doktor Hanafi adalah antara pegawai tinggi di syarikat perladangan itu.
IV Galah buluh yang abang gunakan untuk mengait buah rambutan gading itu tidak
cukup tinggi.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

87 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Nelayan tidak turun ke laut pada musim angin kencang dan laut bergelora.
II Tendangan kencang pemain bola sepak itu telah menggegar jaring gol lawan.
III Pendapatan bulanan Encik Hamidun sebagai seorang kontraktor sangat kencang.
IV Suaranya yang amat kencang itu menakutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya
terutamanya kanak-kanak.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

88 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Pengguna jalan raya yang melanggar peraturan akan disaman oleh polis trafik.
A Polis trafik akan disaman oleh pengguna jalan raya yang ingkar peraturan.

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 18 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

B Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan polis trafik akan disaman.
C Pengguna jalan raya akan disaman oleh polis trafik yang melanggar peraturan.
D Polis trafik akan menyaman pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan. 

89 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Murid-murid melakukan senamrobik itu di dataran arena sekolah mereka.
A Murid-murid sekolah mereka menjayakan senamrobik di dataran arena.
B Senamrobik itu dilakukan oleh murid-murid di dataran arena sekolah mereka.
C Senamrobik oleh murid-murid arena itu dijalankan di dataran sekolah mereka.
D Di dataran arena diadakan aktiviti murid-murid sekolah mereka bersenamrobik.

90 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Guru disiplin telah menangkap lima orang murid yang ponteng sekolah di kafe siber.
A Guru menangkap lima orang murid yang tidak berdisiplin di kafe siber.
B Lima orang guru disiplin menangkap murid yang ponteng sekolah di kafe siber.
C Lima orang murid telah ditangkap oleh guru disiplin kerana ponteng di kafe siber.
D Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di kafe siber oleh guru
disiplin.

91 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


“Ibu bapa saya akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini,” kata Wan Sarina kepada
Siti Mariam.
A Wan Sarina dan Siti Mariam memberitahu ayah dan ibu saya akan menunaikan
ibadah haji pada tahun ini.
B Wan Sarina dan Siti Mariam diberitahu darihal ayah ibu saya akan menunaikan
ibadah haji pada tahun ini.
C Wan Sarina memberitahu Siti Mariam tentang ayah dan ibunya akan menunaikan
ibadah haji pada tahun ini.
D Wan Sarina memberitahu Siti Mariam bahawa ayah dan ibu mereka menunaikan
ibadah haji pada tahun ini.

92 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Sungai-sungai di negara ini semakin tercemar kerana tindakan manusia yang tidak
bertanggungjawab untuk menjaga kualiti alam sekitar.
A Manusia menjadi sangat penting bagi membentuk tanggungjawab apabila sungai
semakin tercemar.
B Sungai merupakan unsur alam yang paling diabaikan oleh manusia sekarang ini
sehingga amat tercemar.
C Manusia sentiasa mengabaikan tanggungjawab menjaga kualiti alam sekitar agar
tidak tercemar dan kualiti alam tidak terjejas.
D Sikap manusia yang sering mengabaikan peranan terhadap alam sekitar telah
menyebabkan sungai-sungai semakin tercemar.

93 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


“Ceritakan masalah kamu itu. Mungkin saya dapat menolong kamu, Nurul Nadia,”  kata
Siti Halimah.

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 19 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

A Siti Halimah menasihati Nurul Nadia agar menyelesaikan masalah yang


dihadapinya itu.
B Siti Halimah meminta Nurul Nadia menolongnya menyelesaikan masalah yang
dihadapinya.
C Siti Halimah merayu Nurul Nadia memberitahu masalah yang dihadapinya supaya
boleh berakhir.
D Siti Halimah meminta Nurul Nadia menceritakan masalah yang dialaminya agar
dapat diselesaikan.

94 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Berkotak-kotak ubat diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) ke kawasan pedalaman Sabah.
A Ubat-ubat itu terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
ke kawasan pedalaman Sabah.
B Dengan menaiki kapal terbang, kotak-kotak ubat itu dihantar ke pedalaman Sabah
dan Lapangan Terbang  Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
C Ubat yang berkotak-kotak itu dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) ke kawasan pedalaman Sabah dengan kapal terbang.
D Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kotak-kotak ubatan
itu dibawa ke kawasan Sabah dan pedalamannya menaiki kapal terbang.

95 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Encik Sulaiman mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Cikgu Faizul yang
telah dinaikkan pangkat.
A Kata Encik Sulaiman, “Tahniah, Cikgu Faizul kerana maju jaya dan telah dinaikkan
pangkat!”
B Kata Encik Sulaiman, “Cikgu Faizul telah dinaikkan pangkat. Ucapkanlah tahniah
kepada beliau.”
C Kata Encik Sulaiman, “Tahniah Cikgu Faizul kerana telah dinaikkan pangkat dan
selamat maju jaya.”
D Kata Encik Sulaiman, “Ucapkan tahniah serta selamat maju jaya kepada Cikgu
Faizul yang telah dinaikkan pangkat.”

96 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


“Kalau bercuti di Terengganu, jangan lupa singgah di teratak saya di Rantau Abang,”
kata Fauziah kepada Rohayu.
A Rohayu mengajak Fauziah bermalam di rumahnya di Rantau Abang jika makan
angin di Terengganu.
B Rohayu dan Fauziah mempelawa saya singgah di Rantau Abang sekiranya saya
bercuti di Terengganu.
C Fauziah mengajak Rohayu singgah di rumahnya di Rantau Abang sekiranya dia
bercuti di Terengganu.
D Fauziah mengingatkan saya dan Rohayu supaya singgah di rumahnya di Rantau
Abang sekiranya bercuti di Terengganu.

97 Pilih ayat yang betul.


A Pasu tembikar itu diperbuat dari tanah liat bermutu tinggi.
B Betul cantik rumah contoh yang terletak di Taman Intan Emas itu.

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia
CAKNA PBD BAHASA MELAYU TAHUN 4-5-6 20 MENILAI TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID

C Pelbagai jenis kuih-muih tradisional Melayu dijual di pasar mini itu.


D Malam tadi kami sekeluarga menjamu selera di Restoran Seri Bayu.

98 Pilih ayat yang betul.


A Dalam bekas plastik itu terdapat beberapa nasi lemak.
B Banyak sejarah penting telah berlaku pada abad yang ke-15.
C Oleh kerana terlalu sejuk, adiknya terpaksa memakai baju tebal.
D Kedua pasukan itu tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil itu.

99 Pilih ayat-ayat yang betul.


I Makanlah ikan dan sayur-sayuran kerana ia banyak protein.
II Wau bulan itu tergantung pada dinding ruang tamu rumahnya.
III Beliau menyampaikan ucaptama dalam majlis jamuan perpisahan itu.
IV “Beta hendak berangkat ke Kota Melaka,” kata Tun Perak kepada penglima.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

100 Pilih ayat-ayat yang betul.


I Para-para itu diperbuat daripada kayu getah tempatan.
II Pena penanda dan kad manila itu kakak simpan dalam almari buku.
III Jika kita saling bantu-membantu kerja yang berat akan menjadi ringan.
IV Jalan utama ke kampung itu akan diperlebarkan oleh Jabatan Kerja Raya.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

101 Pilih ayat-ayat yang betul.


I Emak menghidangi rakannya pisang goreng rangup pada petang itu.
II Amalan mengambil sarapan pagi ialah baik sekaliI untuk kesihatan kita.
III Guru Cemerlang Bahasa Melayu itu berceramah dengan murid tahun enam.
IV Encik Ahmad Radzuwan dan isterinya melabur dalam Amanah Saham Rakyat.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

CAKNA PDPR BAHASA MELAYU: Ke Arah Menguasai Tahap Minimum (MTM) - SIFAR “E” - Fokus: Kemenjadian Murid
Hak Cipta Terpelihara: Haji Md. Ramli bin Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia

Anda mungkin juga menyukai