Anda di halaman 1dari 3

Latihan 4 - Kesalahan Bahasa

1. Berusahalah daripada sekarang, pesan Cikgu Malik kepada pelajar


pelajarnya.

_____________________________
2. Berpuluh orang penumpang terbunuh dalam nahas udara itu.

_____________________________
3. Razak pergi di sekolah dengan berjalan kaki.

_____________________________
4. Berbagai alasan diberikan oleh pelajar itu apabila dia gagal dalam
peperiksaan.

_____________________________
5. Hidup berjiran mestilah saling tolong menolong.

_____________________________
6. Kelab Kerjaya itu terdiri dari 150 orang ahli.

_____________________________
7. Janganlah saling caci mencaci sesama kita.

_____________________________
8. Pelajar pelajar itu pandai pandai semuanya.

_____________________________
9. Program hiburan itu disiarkan daripada pukul 4.00 petang hingga 8.00
malam.

_____________________________
10.Jalan menuju ke rumah Taufiq incang incang.

_____________________________
11.Pelbagai dayung mayung tersimpan kemas di dalam bangsal itu.

_____________________________
12.Mereka menunggu sejak dari pagi tadi.

_____________________________

JWP LAT 4

1. Berusahalah daripada sekarang, pesan Cikgu Malik kepada pelajar-


pelajarnya. dari
2. Berpuluh orang penumpang terbunuh dalam nahas udara itu. Berpuluh-
puluh
3. Razak pergi di sekolah dengan berjalan kaki. ke
4. Berbagai alasan diberikan oleh pelajar itu apabila dia gagal dalam
peperiksaan. Berbagai-bagai / Pelbagai
5. Hidup berjiran mestilah saling tolong menolong. saling menolong / tolong-
menolong
6. Kelab Kerjaya itu terdiri dari 150 orang ahli. daripada
7. Janganlah saling caci mencaci sesama kita. saling mencaci / caci-mencaci
8. Pelajar pelajar itu pandai pandai semuanya. Pelajar-pelajar itu pandai
semuanya. / Pelajar itu pandai-pandai semuanya.
9. Program hiburan itu disiarkan daripada pukul 4.00 petang hingga 8.00
malam. dari
10. Jalan menuju ke rumah Taufiq incang incang. incang-incut
11. Pelbagai dayung mayung tersimpan kemas di dalam bangsal itu. Pelbagai
dayung
12. Mereka menunggu sejak dari pagi tadi. sejak pagi tadi / dari pagi tadi
Latihan 5 - Kesalahan Bahasa

1. Aris memperolehi keuntungan besar hasil daripada penjualan buah


durian di dusun datuknya.

_____________________________
2. Julia menghadiahkan Samera sepasang kasut sukan berjenama
bersempena dengan hari lahirnya.

_____________________________
3. Nian indah pemandangan matahari terbit di pulau itu pada waktu
pagi.

_____________________________
4. Pelbagai kuih-muih yang dijual di gerai itu enak belaka.

_____________________________
5. Kerja-kerja memperdalamkan longkang itu dilakukan pada hujung
minggu.

_____________________________
6. "Kami semua perlu berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan
akan datang," ujar Shamir selaku ketua pasukan kepada ahli-ahli
pasukannya.

_____________________________
7. "Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak," kata Tun Mamat.

_____________________________
8. Perlawanan bola jaring antara Sekolah Menengah Bukit Parang dan
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading ditangguhkan kerana
hujan lebat.

_____________________________
9. Monica membuka pintu pagar rumahnya seraya melangkah masuk.

_____________________________
10.Dr. Suresh adalah seorang pakar perubatan yang terkenal dari
Pakistan.

_____________________________
11.Antara punca-punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang
dan pembakaran terbuka. _

____________________________
12.Dia merupakan Perdana Menteri yang disegani dan dihormati.

_____________________________

1. Aris memperolehi keuntungan besar hasil daripada penjualan buah durian di


dusun datuknya. memperoleh
2. Julia menghadiahkan Samera sepasang kasut sukan berjenama bersempena
dengan hari lahirnya. menghadiahi
3. Nian indah pemandangan matahari terbit di pulau itu pada waktu
pagi. Indah nian
4. Pelbagai kuih-muih yang dijual di gerai itu enak belaka. Pelbagai kuih
5. Kerja-kerja memperdalamkan longkang itu dilakukan pada hujung
minggu. memperdalam
6. "Kami semua perlu berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan akan
datang," ujar Shamir selaku ketua pasukan kepada ahli-ahli pasukannya. Kita
7. "Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak," kata Tun Mamat. tuan
hamba
8. Perlawanan bola jaring antara Sekolah Menengah Bukit Parang dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Gading ditangguhkan kerana hujan lebat. dengan
9. Monica membuka pintu pagar rumahnya seraya melangkah masuk. lalu
10. Dr. Suresh adalah seorang pakar perubatan yang terkenal dari
Pakistan. ialah
11. Antara punca-punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan
pembakaran terbuka. Antara punca
12. Dia merupakan Perdana Menteri yang disegani dan dihormati. Beliau

Anda mungkin juga menyukai