Anda di halaman 1dari 7

Bahagian A: Mencari Kesalahan Tatabahasa

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa.


Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke


rumahnya pada petang tadi.
______________________________________

2. Encik Salman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung dan


menjualnya di pasar malam.
______________________________________

3. Keempat orang pemuda kampung itu ingin belajar bersilat daripada Wak
Kassim.
______________________________________

4. Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta memasukkan setengah sudu


garam ke dalam adunan tepung yang akan diuli.
______________________________________

5. Senarai barang-barang keperluan yang dikuatkuasakan harganya telah


dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
______________________________________

6. Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di


dalam melaksanakan tanggungjawab.
______________________________________
7. Mesyuarat pengurusan syarikat itu turut membincangkan lain-lain hal yang
dibangkitkan oleh pengarah syarikat.
______________________________________

8. "Saya akan memastikan negeri Melaka ini akan terus aman dan makmur, " titah
Sultan Melaka kepada rakyat jelata.
______________________________________

9. Ibu terkejut bila berita itu saya sampaikan kepadanya.


______________________________________

10. Beberapa buah rumah-rumah setinggan di kawasan itu telah dirobohkan oleh
pihak berkuasa.
______________________________________

11. "Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua
kampung kepada wartawan itu.
______________________________________

12. Cuaca buruk di malam itu menyukarkan pihak polis untuk memburu banduan
yang bersembunyi di dalam hutan.
______________________________________

13. Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa
yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.
______________________________________

14. Firdaus dan rakan-rakannya menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala


Dunia di Hakeem Restoran.
______________________________________

15. Pemandangan di Pulau Bali itu nian indah terutama apabila tiba waktu senja.
______________________________________

16. Adik menghempaskan mainan yang baru dibeli oleh ayah kepada lantai.
______________________________________
17. Sudah berpuluh-puluh tahun keluarga itu mendiamkan kawasan luar bandar
yang akan dibangunkan oleh pemaju perumahan.
______________________________________

18. Adli menjadi kebanggaan guru-gurunya kerana dia merupakan murid yang
terpandai sekali di sekolah.
______________________________________

19.Sejak pembangunan dilaksanakan di kawasan itu, hampir semua anak-anak


sungai telah tercemar.
______________________________________

20. "Beta berharap agar tuanku dapat memaafkan kesalahan anakanda Raja
Ahmad kerana baginda masih mentah lagi," sembah Tun Perak kepada Sultan
Mansur Syah.
______________________________________

21. Sejak tadi lagi pemuda itu asyik pandang Farhana.


______________________________________

22. Rahimah dilantik sebagai ketua kelas lantas dia mempunyai sifat kepimpinan
yang tinggi.
______________________________________

23. Jamilah memperolehi tempat pertama dalam pertandingan bercerita yang


diadakan di sekolahnya.
______________________________________

24. Setiap murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza dan mereka
memerlukan masa untuk menguasai perkara yang mereka pelajari.
______________________________________

25. Landskap di sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur memang amat indah
sekali.
______________________________________

26. Para peserta kursus kepimpinan itu mengajukan pelbagai soalan-soalan


kepada penceramah.
______________________________________

27. Kepetahan murid itu menyampaikan syarahan tentang cara-cara menghargai


jasa ibu bapa mendapat tepukan dari penonton.
______________________________________

28. Keropok lekor memang sedap dimakan jika dicecahkan pada cili sos.
______________________________________

29. Selepas pulang daripada pejabat, Encik Amir akan ke bilik anak-anaknya
untuk berbual-bual dengan mereka seketika.
______________________________________

30. Posmen itu menyerahkan beberapa keping surat kepada Mak Limah di
hadapan rumahnya.
______________________________________

31. Harun memberitahu Cikgu Lim yang Haris tercedera semasa bermain bola di
padang.
______________________________________

32. Setengah remaja gemar menghabiskan masa dengan menonton televisyen.


______________________________________

33. Ahmad berasa sangat rindu pada ibunya walaupun baru beberapa hari tinggal di
asrama.
_____________________________________________________

34. Mereka-mereka yang berminat bolehlah menyertai pertandingan itu.


_____________________________________________________

35. Kemalangan itu berlaku di empat simpang Jalan Permata.


_____________________________________________________

Latihan B: Ayat Aktif dan Ayat Pasif


Nyatakan sama ada ayat-ayat yang berikut gramatis atau sebaliknya. (Ya/Tidak)
1. Cerpen itu telah ditulis oleh saya. ( )
2. Projek tersebut telah mereka siapkan. ( )
3. Karangan itu saya telah hasilkan. ( )
4. Ladang kelapa sawit itu diusahakan oleh Pak Ali. ( )
5. Surat itu perlu kamu balas segera. ( )
6. Kaki Mei Leng tertusuk oleh duri sewaktu bermain bola. ( )
7. Adik Mei Leng kena marah oleh ibu. ( )
8. Sayur-mayur itu telah Nyonya Tan beli. ( )
9. Orang tua itu sedang bersenam. ( )
10. Warkah daripada Mutu kamu perlu balas segera. ( )
11. Remaja itu kemalangan semalam. ( )
12. Hasrat tuan hamba telah hamba tunaikan kelmarin. ( )

Mencari Kesalahan Tatabahasa


Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa.
Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1. Galakan daripada ibu bapa banyak membantu meningkatkan pretasi
murid-murid.

2. Ibu sedih kerana adik perlu dimasukan ke dalam wad untuk rawatan susulan.

3. Pejabat pos itu menjual pelbagai stem sempena Hari Warga Tua Sedunia yang
disambut baru-baru ini.

4. Afifah perlu membuat keputusan samada perlu melanjutkan pelajaran atau


berkahwin.

5. Usaha menggalakan belia yang tidak bekerja menceburi perniagaan satu


strategi yang bijak.
6. Gambarajah bulat itu dilukis oleh murid-murid dengan mengguakan jangka
lukis.

7. Ketiga kakaknya terlibat dalam kemalangan ngeri yang berlaku awal pagi tadi.

8. Pengelola majlis itu mengkhaskan kerusi di sebelah kanan pentas untuk tetamu
kehormat.

9. Kunci kereta yang saya temui ketika pulang dari sekolah diserahkan kepada
guru bertugas.

10. Pakar di Pusat Perubatan Cermat itu sedang memeriksa gendang telinga pesakit
di bilik kecemasan.

11. Kedua-dua kenderaan itu telah bertembung di selekoh tajam dan terbalik
beberapa kali.

12. Para siswazah di dewan itu saling bersalaman setelah peperiksaan akhir mereka
selesai.

13. Dato Ali mempunyai ramai penyuruh agar tugas sehariannya menjadi mudah
dan lancar.

14. Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada
para pelanggan sempena cuti.

15. “ Anda mesti selalu mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan,” pesan
ayah kepada Abu.

Anda mungkin juga menyukai