Anda di halaman 1dari 4

TOPIK : KATA BANTU, KATA NAFI, KATA PEMERI, KATA ARAH, KATA

PENEGAS
Kata Bantu :
a. Kata Bantu Aspek – sudah, pernah, telah, sedang, masih, belum, akan
b. Kata Bantu Ragam – hendak, mahu, harus, mesti, patut, mungkin, boleh, dapat

Latihan 1 : Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.

(a) Aisyah ____________ ke pasar raya pada petang ini.


(b) Kelvin ____________ belajar bahasa Perancis.
(c) Kamu ____________ memastikan peralatan elektrik di makmal ditutup.
(d) Saya ____________ menyiapkan kerja rumah sebelum keluar bermain bola sepak.
(e) Kamu __________ membenarkan Tania bercuti di Pulau Perhentian.
(f) Encik Ravi ____________ ke Kuantan terlebih dahulu.
(g) Saya ____________ tinggal di Bintulu, Sarawak selama dua tahun.
(h) Kamala ____________ menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Zul.
(i) Chong Wah ____________ menyerahkan buku yang dipinjamnya semalam.
(j) Ibu ___________ mengemas rumah sewaktu Puan May datang bertanya khabar.
(k) Kakak ____________ keluar malam walaupun telah diberi amaran oleh ayah.
(1) Rusdi ____________ membuat apa-apa keputusan lagi.
(m) Sumbangan itu _____________ meringankan beban penduduk miskin.

Latihan 2 : Isi tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.


akan dapat belum boleh mesti telah sudah boleh masih belum belum hendak

1. "Baiklah, peserta ketiga ________________ mengambil tempat di atas pentas sekarang," kata
pengurus pentas kepada Amar.
2. Beberapa orang pemanggil yang bertuah ______________ menyertai majlis makan malam
bersama selebriti kesayangan mereka.
3. “Jangan risau. Kamu tetap berpeluang selagi surat tawaran itu _____________ dikeluarkan,"
pujuk Aimi kepada Syafika.
4. Ashanti hanya memesan jus lobak merah semasa berkunjung ke restoran itu kerana dia
_____________ makan lagi.
5. "Hai, Afizan! Saya lihat kamu menjawab soalan tadi dengan lancar. Kamu ______________
mengulang kaji pelajaran semalam, bukan?" teka Azizi.
6. "Pesakit itu ______________ keluar dari hospital kerana keadaannya masih tidak stabil,"
terang Doktor Hanim kepada jururawat.

Kata Nafi :
Latihan 3 : Tandakan sama ada betul atau salah bagi Kata Nafi yang digunakan pada ayat-
ayat di bawah ini.

1. Beliau bukan rakyat tempatan.


2. Mereka bukan mahu menyertai gotong-royong itu.
3. Tidak semua yang menyertai program gotong-royong di sekolah.
4. Dia tidak mahu meminjam buku di perpustakaan awam itu.
5. Pemuda yang disyaki pengedar dadah itu bukan dari negara ini.
6. Adik-beradik saya tidak pernah menonton filem di pawagam.
7. Ayah dan ibu tidak jadi balik ke kampung kerana mereka terpaksa bekerja lebih
masa pada hujung minggu ini.
8. Pakaian yang dijual di kedai itu bukan sahaja murah tetapi juga cantik.
9. Dia bukannya pergi ke sekolah tetapi dia melepak di pasar raya.
10.Baju berwarna biru yang dipakai olehnya bukan sesuai dengan warna seluarnya.

Kata Pemeri :
Latihan 4 : Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dengan menggunakan Kata Pemeri di
tempat yang betul.

1. Mahmud murid yang berhemah tinggi.


2. Ibu negara England London.
3. Perkataan "tidur" dan "mati" kata kerja tak transitif.
4. Baju yang kamu beli tadi sesuai dengan bentuk tubuh badan kamu.
5. Tutur bicara dan sikap penduduk desa itu sopan dan manis sungguh.
6. Sikap pengguna yang tidak sopan di jalan raya punca utama berlakunya kemalangan.
7. “Berusaha Cemerlang” motto syarikat ayah saudara saya.
8. Ayah saya pelopor syarikat perniagaan yang ditubuhkan pada tahun 1985 itu.
9. “Bersenam suatu cara yang terbaik untuk menguruskan badan kamu," kata beliau.
10. Marina peserta yang terakhir untuk menyampaikan syarahan pada pagi ini.

Kata Arah :
Latihan 5 : Isi tempat kosong dengan Kata Arah yang sesuai.
kanan luar dalam celah penjuru pangkal puncak utara

1. Antara negeri di __________ Malaysia yang pernah saya lawati ialah Kedah dan Pulau
Pinang.
2. Pemain itu terkeluar daripada permainan kerana kakinya sudah mencecah di _________
garisan.
3. Amir mencuci kotoran di __________ jari-jari tangannya setelah puas bermain istana
pasir di pantai.
4. Kaki pesakit diabetes itu terpaksa dipotong dari ___________ paha akibat kuman yang
sudah merebak dengan teruk pada kakinya.
5. Para pendaki dari Malaysia itu mencacakkan bendera di ____________ Gunung Everest
sebagai lambang kejayaan mereka mendaki gunung itu.
6. Pemain tinju itu pergi ke ____________ gelanggang lalu peluh pada badannya dilap oleh
pembantu jurulatih yang menunggu di situ.
7. Azalea membaling gundu ke ___________ petak lalu melompat dengan pantasnya
semasa bermain permainan tingting.
8. Hanya Aida yang menulis dengan tangan ___________ kerana ahli-ahli keluarganya
yang lain merupakan individu bertangan kidal.

Latihan 6 : Lengkapkan petikan di bawah ini dengan Kata Arah yang sesuai.

dalam belakang tengah tepi seberang


Setiap hari, Pak Cik Ahmad keluar dari rumah pada pukul 6.30 pagi. Dia menyediakan
perkhidmatan membawa penumpang dari Kampung Cempaka ke (1) __________ sungai
dengan menggunakan motobot. Tiap-tiap pagi, orang kampung dan kanak-kanak sekolah
menunggunya di (2) __________ Sungai Asap.
Apabila semua penumpang telah berada di (3) _________ motobot, dia pun
menghidupkan enjin yang terletak di bahagian (4) __________ motobot itu. Pak Cik Ahmad
mengibarkan bendera berwarna kuning di (5) __________ motobotnya supaya nampak cantik.
Dia juga menyediakan tempat duduk yang cukup di (6) __________ motobotnya itu. Walau
bagaimanapun, Pak Cik Ahmad tidak menggalakkan penumpangnya berdiri apabila mereka
berada di
(7) ___________ motobot itu terutamanya di (8) _________ dek.

Kata Penegas :
- hanya, jua, juga, lagi, memang, pun, sahaja, -kah, -lah, -tah

Latihan 7 : Lengkapkan ayat dengan Kata Penegas yang sesuai.

1. Anak Encik Jani __________ agak nakal.


2. Apa-apa __________ yang dilakukan tidak dibantah oleh orang tuanya.
3. Tidak ada sesiapa ____________ yang ke kantin sebelum waktu rehat.
4. Kami ingin __________ mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.
5. Kassim __________ yang belum menyiapkan latihan yang diberikan oleh cikgu.
6. __________ kamu seorang saja yang boleh masuk ke dalam kawasan larangan itu.
7. Oleh sebab tidak memahami isi cerita, Musa membaca novel itu sekali _________.
8. Sesungguh _________ perbuatan yang baik akan mendapat balasan yang baik juga.
9. Apa __________ dayaku untuk menyaingi atlet yang hebat-hebat itu!
10. Sudah ___________, jangan bertengkar lagi. Buang _________ yang keruh, ambil yang
jernih.
11. Pasar borong itu _________ ditutup pada 15 haribulan setiap bulan.
12. __________ benar jika dikatakan bahawa guru ibarat pengganti ibu bapa di sekolah.
13. Pembacaan buku-buku lucah __________ merosakkan akhlak generasi muda.
14. Kira-kira enam ratus orang __________ yang terlibat dalam perarakan itu.
15. Penduduk Kampung Paya __________ bersiap siaga apabila menerima berita bahawa
banjir mungkin berlaku di tempat mereka sekiranya hujan lebat berterusan.

Anda mungkin juga menyukai