Anda di halaman 1dari 12

LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA TAHUN 4

LATIHAN 1
Tulis kata nama am atau kata nama khas bagi perkataan yang
bergaris

1.Ayah menggunakan telefon untuk


menghubungi kakak.

2. Puan Suraya membawa anaknya ke


Klinik Gigi Tan.

3. Si Tompok ialah kucing kesayangan adik.

4. Mangsa kemalangan itu segera


dikejarkan ke hospital.

5. Perlawanan bola sepak itu diadakan di


Stadium Bukit Jalil.
LATIHAN 2
Betulkan penggunaan kata ganti nama diri dalam ayat di bawah.
Salin semula ayat.

1. Ini Encik Yusuf . Dia Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kulai.


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

2. Beliau mestilah bercakap sopan dengan orang yang lebih tua.


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

3. “ Saya berasa amat dukacita dengan berita ini. “ titah Sultan


Ibrahim.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

4. Balqis dan Hidayah berjanji untuk menonton wayang. Kita akan


berjumpa pada hari Sabtu.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

5. Kong Yoon seorang adik yang baik. Beta sentiasa membantu


abangnya, Song Min.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
LATIHAN 3
Lengkapkan petikan dengan kata sendi nama yang sesuai.

daripada kepada di dengan

ke hingga untuk

Aku sebuah kereta buatan Malaysia. Nama aku Proton Exora. Aku
dilahirkan (1)____________________ Shah Alam. Aku diperbuat (2)
___________________ besi yang bermutu tinggi. Tubuh aku besar dan
kukuh.

Suatu hari, aku telah dijual (3) ____________________ seorang


pemuda. Nama tuan aku ialah Encik Amir . Encik Amir menjaga aku
(4) __________________ baik sekali. Dia akan menghantar aku
(5)____________________ bengkel (6)__________________ diperiksa
setiap tiga bulan.

Setiap hari, aku akan menghantar Encik Amir (7) _______________


tempat kerja. Encik Amir memandu aku dengan cermat sekali. Aku
berharap dapat terus berkhidmat (8) ___________________ akhir hayat.
LATIHAN 4

Gariskan kata kerja yang betul dalam ayat-ayat di bawah.

1. Encik Suhaili sangat mahir ( mengerat / mengukir ) kayu.

2. Kami sekeluarga (menyaksikan / menziarah) mak long di

Hospital Kulai.

3. Syaza irdina (memilih / dipilih ) sebagai Tokoh Nilam pada tahun

ini.

4. Puan Zurina sedang ( menjerang / menanak ) air di dapur.

5. Ustazah Noraha (mengeluarkan / memasukkan ) kek itu ke

dalam sebuah bekas.

6. Puah Sarah ( mencipta /menggubah ) hantaran untuk majlis

pertunangan anaknya.
LATIHAN 5
Isi tempat kosong dengan kata kerja yang betul.

melanggar mengupas menyanyikan

menyerahkan menyalai menebang

1. Datuk ____________________ pokok pisang di belakang rumah.

2. Pemandu itu hilang kawalan lalu __________________ pembahagi

jalan.

3. Mak Cik Simah gemar _______________________ ikan dengan

menggunakan sabut kelapa.

4. Doktor Aklil ________________________ laporan kesihatan ibu

kepada kami.

5. Kakak ______________________ buah betik yang masak itu untuk

dihidang sebagai pencuci mulut.

6. Akila dan Amani _______________________ lagu itu dengan penuh

semangat.
LATIHAN 6
Gariskan kata adjektif yang terdapat dalam ayat . Salin semula
kata adjektif tersebut.

1. Adik memiliki pipi yang sangat gebu.

2. Buah rambutan yang manis itu dipetik di


kebun Pak Cik Samad.

3. Ibu menjemur pakaian yang lembab itu di


ampaian.

4. Tiang lampu isyarat itu bengkok selepas


dilanggar oleh sebuah treler.

5. Yati memakai selendang yang berwarna


merah jambu.
LATIHAN 7
Gariskan kata hubung yang betul dalam ayat.

1. Kevin tidak mahu makan ( kerana / walaupun ) berasa lapar.

2. Semua murid hadir ke latihan sukan ( Kecuali / tetapi ) Yuni.

3. Anis suka memasak ( tetapi / dan ) tidak suka mengemas rumah.

4. Kak Ros terkejut (sementara / apabila ) mendengar bunyi

mercun yang kuat.

5. Nordin (bukan sahaja /malahan ) bijak, (namun / bahkan juga )

aktif bersukan.

6. Cikgu Linda membuat pengumuman (bahawa / akan )

perjumpaan pada hari esok dibatalkan.


LATIHAN 8
Gariskan perkataan berimbuhan yang betul.

1. Puan Maria sedang ( cucian / mencuci ) pakaian keluarganya.

2. Cikgu Salihin telah (dilantik / melantik ) Akif Sufiyan sebagai

ketua pasukan bola sepak.

3. Aizamuddin dan Cheng Fu sedang (bermain/ pemain)

badminton di gelanggang.

4. Pokok bunga kemuning itu (menanam/ ditanam ) oleh ibu.

5. (Lawatan/ Dilawat ) ke Pusat Rumbia akan diadakan pada

minggu hadapan.

6. Semua (penonton/ menonton) bertepuk tangan apabila

persembahan pentas itu tamat.


LATIHAN 9
Kenal pasti jenis kata majmuk dan kelaskan dalam peta pokok di
bawah.

pasar raya anak emas setiausaha


darah daging kakitangan kereta api
antarabangsa tali pinggang hidung tinggi
tandatangan temu ramah anak yatim
sukarela jalan raya cari jalan

Jenis Kata Majmuk

Kata Majmuk Kata Majmuk Kata Majmuk


Rangkai Kata kiasan Mantap
Bebas
LATIHAN 10
Isi tempat kosong dengan kata banyak makna yang betul.

kesan raga parut jarang kabur hulu

1. _____________________ parang itu diperbuat daripada kayu jati.

2. Brinda Silvia tidak mahu memakai pakaian yang

_________________ itu.

3. Mesin ______________________ kelapa itu sudah berkarat kerana

tidak dibersihkan.

4. Pemandangan di kaki gunung itu agak ___________________

kerana diselubungi kabus.

5. Buah-buah durian itu diisi ke dalam _________________ besar

sebelum dipunggah ke dalam lori.

6. Pihak polis berjaya menemui ___________________ cap jari

perompak itu pada cermin tingkap.


LATIHAN 11
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan simpulan
bahasa yang betul.

titik peluh merendah diri ringan mulut

bekas tangan hidung tinggi buah mulut

Puan Salma seorang tukang jahit di Pekan Pulatan. Beliau mahir


mereka dan menghasilkan fesyen terkini, terutamanya jahitan manik
pada pakaian.(1) _______________________nya itu sangat cantic dan
digemari ramai. Kehebatannya telah menjadi (2)
______________________ penduduk setempat.

Puan Salma telah membuka sebuah kedai jahit dan kelas


jahitan hasil daripada (3) _____________________nya selama
beberapa tahun. Perniagaan beiau semakin maju. Sungguhpun
begitu, beliau tetap (4) _____________________ dan tidak pernah
bersikap (5) ______________________ . Beliau juga seorang yang (6)
___________________ dan selalu bertegur sapa dengan orang lain
menyebabkan dirinya disenangi ramai.
LATIHAN 12

Lengkapkan frasa yang berikut supaya menjadi perumpamaan.

jangan putih mata di situ ada jalan

biar sampai jadi arang pagar makan padi

ringan sama dijinjing

1. Harapkan pagar , ___________________________________________.

2. Biar putih tulang , ___________________________________________.

3. Genggam bara api , ________________________________________.

4. Berat sama dipikul, __________________________________________.

5. Di mana ada kemahuan , ___________________________________ .

Anda mungkin juga menyukai