Anda di halaman 1dari 7

Latihan mengenal pasti kesalahan dalam ayat

Dalam setiap ayat di bawah ada satu kesalahan, kenal pasti kesalahan tersebut dengan
menggariskannya lalu menulis cadangan jawaban yang sesuai untuk menggantikannya.
1. Ada-ada saja yang tak kena kepada hati Puan Lina.
2. Guru sekolah kami rajin mengajar tetapi semua pelajar-pelajar di dalam kelas kami tidak.
3. Kursus yang dijalankan secara insentif itu mendapat sokongan daripada semua pihak.
4. Guru itu sudah memecat jawatannya minggu lepas.
5. Sebagai akibat penurunan mata wang Yen Jepun, pendudukan ekonomi di beberapa
negara lain turut terjejas.
6. Encik Looi tidak dapat menghadiri ke majlis itu kerana isterinya sakit.
7. Encik Azli dirawat di hospital kerana diserang kesakitan jantung.
8. Para pelajar itu gembira kerana berpeluang menemui dengan Perdana Menteri.
9. Walaupun Maznah kurang upaya, saya terpikat dengan budi bahasanya yang baik.
10. Sesetengah ibu bapa terlalu termanjakan anak-anak mereka.
11. Semua pihak harus serious menangani kegiatan jenayah di sekolah.
12. Puan Chia gayat apabila diberitahu bahawa anaknya kemalangan.
13. Pemandu itu ditahan polis kerana memandu secara merbahaya.
14. Petani itu mendirikan gerai di tepi jalan untuk menjual hasil pertaniannya.
15. Hamizah mengundang banyak kawan-kawannya ke majlis kesyukuran itu.
16. Kelab Kembara menganjuri perkhemahan di Air Terjun Lata.

17. Ibu dan ayah sayalah yang dorong saya hingga mencapai kejayaan ini.
18. Para hadirin bertepok tangan setelah beliau selesai berucap.
19. Puan Doshan tidak pernah menyebelahi sesiapa pun dalam pertelingkahan kedua-dua
orang anaknya itu.
20. Kamariah menangis tersedak-sedak apabila menerima berita kematian itu.

1. kepada --> pada


2. semua pelajar-pelajar --> semua pelajar
3. insentif --> intensif
4. memecat --> meletakkan
5. pendudukan --> kedudukan
6. menghadiri ke --> menghadiri / menghadirkan diri ke / hadir ke
7. kesakitan --> sakit
8. menemui --> bertemu
9. terpikat dengan --> terpikat oleh
10. termanjakan --> memanjakan
11. serious --> serius
12. gayat --> cemas / bimbang / gementar
13. merbahaya --> berbahaya
14. mendirikan --> membuka
15. banyak kawan-kawan --> banyak kawan
16. menganjuri --> menganjurkan
17. dorong --> mendorong
18. bertepok --> bertepuk
19. pertelingkahan kedua-dua --> pertelinkahan antara kedua-dua
20. tersedak-sedak --> teresak- esak

LATIHAN PEMANTAPAN TATABAHASA


KENAL PASTI KESALAHAN DALAM AYAT

1. Terdapat berbagai buku di kedai itu.


2. Di antara tetamu yang hadir itu..
3. Gadis itu duduk antara ibu dan ayahnya.
4.Jenama kereta yang rosak itu adalah Proton Saga.
5. Emak menghadiahkan anaknya sebuah buku cerita.
6.Lelaki tua itu merindukan anaknya.
7.Guru disiplin menjatuhkan pelajar itu hukuman rotan.
8.Guru disiplin telah menjatuhi hukuman rotan kepada pelajar itu.
9.Ular itu dipukul oleh saya.
10.Ular itu Amir pukul.
11.Di hari raya, ramai orang yang balik kampung.
12.Buku itu ada dalam almari.
13.Kami amat berterima kasih di atas kunjungan tuan.
14.Kedua belah pihak telah bersetuju untuk berdamai.
15.Janganlah awak mensiakan kecantikan yang awak ada.
16.Setengah pelajar suka tidur dalam kelas.
17.Semuanya bergantung kepada keadaan.
18.Hasil kerjasama erat di antara Ali dan Kamal, akhirnya mereka berjaya.
19.Mereka mengambil iktibar dari perkara itu.

20.Baju itu dia hantar ke kedai dobi.


21.Wang pemberian ayahnya dimasukkan dalam kocek bajunya.
22.Bila tiba masanya, kita akan tahu juga rahsianya.
23.Mereka memandang kepada gadis yang cantik itu.
24.Usaha untuk membesar dan memajukan perniagaannya telah berjaya
25.Pengetua memberitahu kepada para pelajar supaya jangan bising.
26.Ahmad menemui tempat yang sesuai untuk berniaga.
27.Oleh kerana itu, dia tidak dapat ke sekolah hari ini.
28.Senarai keperluan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:
29.Datanglah ke rumah saya bila awak suka.
30.Pilihlah mana pakaian yang sesuai.
31.Ambillah apa yang terdaya.
32.Letakkan barang itu di mana yang kamu suka.
33.Aku tidak peduli ke mana pun kamu mahu pergi.
34.Ada berbagai barang di kedai itu.
35.Banyak orang datang.
36.Kita harus berbincang masalah itu..
37.Berdasarkan kepada perkara itu..
38.Bergantung kepada..
39.Kami pergi ke sana bersama ibu dan bapa.
40.Dia belajar dari pengalaman
41.Penduduk di kawasan pendalaman itu kurang mendapat zat makanan.
42.Mahani bukan cantik namun dia pandai bergaya.
43.Ali boleh memanjat pokok kelapa yang tinggi itu.
44.Masakan ibu saya sungguh berperasa.

45.Kek itu berperisa coklat.

46.Pasukan tentera berjuang demi untuk negara tercinta.


47.Mesyuarat itu membincangkan tentang masalah disiplin para pelajar.
48.Ikan-ikan di pasar itu segar-segar belaka.
49.Kita hendaklah mengamalkan sikap saling maaf-bermaafan antara satu sama lain.
50.Pasukan penjenayah itu berjaya diberkas oleh pihak polis semalam.
51.Ibu telah menemui gelangnya yang hilang semalam.
52.Tolong jangan pijak rumput.
53.Aduh, malang sungguh nasibku!
54.Saya berjaya di dalam peperiksaan UPSR dengan cemerlang.
55.Saya memperolehi markah tertinggi di dalam kelas.
56.Aini paling cantik sekali di dalam kelas dia.
57.Pemandangan di bandar raya Kuala Lumpur nian indah.
58.Kerajaan sedang memperindahkan bandar raya Kuala Lumpur.
59.Pendapatan Ali tidak dipersetujui oleh rakan-rakannya.
60.Ani lebih cantik dari kakaknya.
61.Ayah membeli kereta baru.
62.Masalah remaja itu dibincangkan dari masa ke semasa.
63.Kita hendaklah memandang ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan.
64.Badan sihat otak cergas.

65.Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan penjaga murid.

LATIHAN KATA PEMERI


Pilih jawapan yang paling sesuai.
1 Pemuda yang berbaju biru itu _________ bakal suami kakak saya.
2.Novel yang bertajuk Bunga-bunga Berguguran itu __________ novel
terbaru penulis wanita itu.
3.Kain songket yang dibeli dari negeri Terengganu itu ______ untuk ibunya.
4.Semua fitnah yang dilemparkan kepada Sakinah _________ tidak benar.
5.Hadiah hari jadi yang diterima itu _________ daripada kawannya yang baru
seminggu dikenalinya.
6.Faisal _________ kerani bank di Bank Simpanan Nasional yang terletak di
bandar Ipoh .
7.Gunung Tahan _______ gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.
8.Maklumat saksi pembunuhan itu ________ tidak benar setelah disiasat oleh
pihak polis.
9. Tujuan utama kutipan derma _____ untuk membina balai raya yang baru.
10. Perempuan yang sedang melintas jalan itu ________ ibu saudara saya.
11. Bungkusan itu _______ untuk kakak kamu, kata Amir kepada Samir .
12. Zamzuri itu _____ guru baru yang akan mengajar di Tahun Enam Maju .
13. Adiknya ________ comel dan mempunyai lesung pipit .
14. Buah epal itu ________ untuk adik yang terlantar sakit di hospital .
15. Tuan punya kedai emas itu ____________bapa saudara Muhyuddin .
16. Kereta Proton Wira itu _________ kepunyaan bapa Ahmad.

17. Hadiah yang cantik itu __________ untuk ibu kesayangannya.


18. Rumah banglo yang besar dan mewah itu _________ rumah bapa
saudaranya.
19. Tabung bantuan rakyat Palestin ________ untuk membantu penderitaan
dan kesedihan yang dialamioleh rakyat Palestin.
20. Negeri Pahang _______ negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.
21. Laporan kebakaran itu ______________palsu.
22. Tempat kelahiran ibunya ____________Kelang.
23. Udara yang bergerak ___________ angin.
24. Angin _______________udara yang bergerak.
25. Gadis itu __________ sepupu Zuraini.
26. Hari Raya Korban___________hari perayaan bagi masyarakat yang beragama Islam.

Anda mungkin juga menyukai