Anda di halaman 1dari 20

SEJARAH ASAL USUL NAMA BAGAN DATOK

"BAGAN DATOH a.k.a BAGAN DATUK"


Bagan Datoh atau lebih sinonim dengan panggilan Bagan Datok oleh
masyarakat setempat, merupakan sebuah bandar kecil yang terletak kira-
kira 40km dari Bandar Teluk Intan. Kesuburan tanah di Bagan Datoh Perak
ini telah menjadikannya sebagai penempatan yang cukup terkenal dengan
tanaman kelapa di seantero negara. Keadaan geografi dan jenis tanah
yang terdapat di Bagan Datoh telah menyumbang kepada perkembangan
ekonomi kepada penduduk setempat.
Tok Upor dan Tok Kelah Serta 5 Sahabat Peneroka Awal:
Bagan Datoh mula dibuka sekitar 1880-an. Manakala Pekan Bagan Datoh
pula dibuka pada 1896 dan pada waktu itu ia dikenali dengan nama Sungai
Keling dan ada yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru. Nama Tok
Upor danTok Kelah memang tidak asing lagi di kalangan penduduk Bagan
Datoh. Bagi generasi tua di Bagan Datoh, Allahyarham Tok Upor dan Tok
Kelah merupakan antara 7 Sahabat perwira yang cekal dalam usahanya
membuka sebuah penempatan di Muara Sungai Perak yang berhijrah dari
Batu Bara , Sumatera.
Sejarah Bagan Datuk bermula dengan penghijrahan 7 sahabat dari Batu
Bara ke Muara Sungai Perak. Petempatan di pesisir Sg Perak dahulu di
kenali sebagai "Bagan".
Tokoh Utama Pembuka Bagan Datuk ialah Tok Upor (Penghulu Pertama
yg dilantik oleh pihak istana) dan Tok Kelah ! Dahulu Bagan Datuk adalah
pertempatan yang ada di Kg Pasang Api ! Jika check lokasi map Google
Kg Pasang Api tercatat sebagai "Bagan Datuk Lama".
Ini dibuktikan dengan kewujudan kubur 2 Tokoh pembuka Bagan Datuk ini
di Kampung Pasang Api.
Menurut sejarah, nama Bagan Datoh merupakan gabungan antara lokasi
dan struktur rumah penduduk asal, nama Tok Upor dan Tok Kelah itu
sendiri dan kesilapan orang Inggeris menuturkan dialek Melayu. Menurut
sejarah, struktur rumah orang Melayu pada waktu itu didirikan di tepi
Sungai Perak. Penghuninya dihubungkan dengan jambatan untuk ke
daratan. Struktur binaan itulah yang dipanggil dengan panggilan “Bagan”
oleh masyarakat tempatan.
Manakala nama Tok Upor dan Tok Kelah juga popular ketika itu di
kalangan masyarakat setempat termasuk di Kota Setia dan Teluk Mak
Intan yang kini dikenali dengan nama Teluk Intan. Sekiranya ada yang
ingin ke tempat yang diteroka oleh Tok Upor dan Tok Kelah, mereka
memanggil tempat tersebut dengan panggilan “Bagan Datok” sempena
tempat yang mempunyai bagan dan juga nama Tok Kelah.
Namun lama-kelamaan nama itu bertukar kepada Bagan Datoh apabila
Straits Plantation Company Limited, sebuah syarikat perladangan Inggeris
yang membuka estet kelapa pada 1896 yang terletak kira-kira 4 km dari
Bagan Datoh diberikan nama “Bagan Datoh Estate” sempena dengan
nama Bagan Datok yang terkenal ketika itu. Kesukaran orang Inggeris
menyebut perkataan “Datok” mengakibatkan sebutannya bertukar kepada
“Datoh”. Maka sehingga ke hari inilah, nama Bagan Datok kekal dengan
Bagan Datoh walaupun masyarakat lebih selesa menyebut Bagan Datok.
SEJARAH BAGAN DATUK

Sejarah Bagan Datuk Di Perak By Rahul - 21 February 2017


Bagan Datuk mula diteroka sekitar tahun 1880 dan Pekan Bagan
Datuk pula dibuka pada tahun 1896. Pada waktu itu, lokasi
tersebut dikenali dengan nama Sungai Keling dan ada yang
memanggilnya dengan nama Pekan Baru. Nama Tok Kelah pula
memang tidak asing lagi di kalangan penduduk Bagan Datoh.
Bagi generasi orang lama di Bagan Datuk, Allahyarham Tok Kelah
merupakan seorang perwira yang cekal dalam usahanya untuk
membuka sebuah penempatan. Menurut sejarah, nama Bagan
Datoh pada asalnya sebelum ditukarkan ke Bagan Datuk adalah
merupakan gabungan antara lokasi dan struktur kawasan
penduduk melayu di situ sendiri. Ianya dikatakan berpunca dari
kesilapan orang Inggeris untuk menyebut dalam dialek Melayu.
Menurut sejarah, struktur rumah orang Melayu pada waktu itu
didirikan di tepi Sungai Perak. Penghuninya dihubungkan dengan
jambatan untuk ke daratan. Struktur binaan itulah yang dipanggil
dengan panggilan bagan oleh masyarakat tempatan. Manakala
nama Tok Kelah juga popular ketika itu di kalangan masyarakat
setempat termasuk di Kota Setia dan Teluk Mak Intan yang kini
dikenali dengan nama Teluk Intan. Sekiranya ada yang ingin ke
tempat yang diteroka oleh Tok Kelah, mereka memanggil tempat
tersebut dengan panggilan Bagan Datok sempena tempat yang
mempunyai bagan dan juga nama Tok Kelah. Lama-kelamaan,
nama Bagan Datok bertukar kepada Bagan Datoh apabila Straits
Plantation Company Limited yang merupakan sebuah syarikat
perladangan Inggeris telah membuka estet kelapa pada tahun
1896 yang terletak kira-kira 4 km dari pekan dan diberikan nama
sebagai Bagan Datoh Estate sempena dengan nama Bagan Datok
yang terkenal ketika itu. Kesukaran orang Inggeris menyebut
perkataan Datok mengakibatkan sebutannya bertukar kepada
Datoh. Maka sehingga ke awal tahun 2017, nama Bagan Datoh
telah diubah ejaannya ke Bagan Datuk kerana itulah sebutan
yang lebih selesa buat masyuarakat untuk menyebutnya. Untuk
makluman anda, kini Bagan Datuk juga telah dinaik taraf menjadi
daerah yang mempunyai 4 mukim iaitu Hutan Melintang, Mukim
Bagan Datoh, Rungkup dan Teluk Bharu secara tidak lansung
telah menjadikan Perak kini ada 12 daerah kesemuanya.

Artikel Penuh: https://www.orangperak.com/sejarah-bagan-


datuk-di-perak.html
© orangperak.com
KOSMO ONLINE

KAWASAN Bagan Datuk yang diisytiharkan sebagai sebuah daerah baharu di negeri Perak oleh
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah baru-baru ini sebenarnya menyimpan pelbagai
sejarah penting.

Antara sejarah yang terkenal adalah berkaitan pembukaan kawasan tersebut yang bermula
sebagai sebuah kawasan perkampungan sebelum bertukar menjadi Bagan Datuk.

Menurut Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Hussin, sejarah Bagan Datuk bermula
seawal tahun 1880-an apabila kawasan tersebut dikatakan menjadi lokasi persinggahan tujuh
bersaudara dari Sumatera, Indonesia.

Katanya, seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Tok Kelah telah membuka sebuah
penempatan berhampiran muara Sungai Perak.

�Sebelum ini, Bagan Datuk dikenali sebagai Bagan Datoh dan sejarah pembukaan dan nama
kawasan ini ada kaitan dengan kehadiran Tok Kelah dan penempatan yang dibukanya.

�Berdasarkan sejarah, Tok Kelah telah membuka sebuah penempatan tidak jauh dari muara
sungai dan kawasan tersebut masih lagi wujud dan kini dikenali sebagai Kampung Pasang Api.

�Ketika itu, rumah penduduk dibina di atas air dengan setiap rumah dan darat dihubungkan
dengan titi dan panggilan bagi titi tersebut pada ketika itu ialah bagan,� katanya.

Jelas Hamzah, ketika zaman itu, nama Tok Kelah memang terkenal dalam kalangan masyarakat
setempat termasuk di beberapa daerah berhampiran seperti Kota Setia dan Teluk Mak Intan
(Teluk Intan).

Malah katanya, jika penduduk dari luar ingin ke tempat yang diteroka oleh Tok Kelah, mereka
akan merujuk kawasan tersebut dengan panggilan �Bagan Datok� sempena penempatan di situ
yang mempunyai bagan iaitu titi dan nama Tok Kelah itu sendiri.

Orang Inggeris

Kata beliau lagi, nama kawasan itu dengan ejaan Bagan Datoh bermula selepas sebuah syarikat
perladangan British iaitu Straits Plantation Company Limited telah membuka sebuah estet kelapa
yang terletak kira-kira empat kilometer dari kawasan pekan pada tahun 1896.

�Orang Inggeris sukar untuk menyebut perkataan datok dan disebabkan itu, Bagan Datok telah
dikenali sebagai Bagan Datoh dalam kalangan mereka.

�Disebabkan ketika itu orang Inggeris sudah menapak di Tanah Melayu, mereka telah
menggelarkan ladang penanaman kelapa yang dibuka itu sebagai Bagan Datoh Estate.
�Malah, di dalam dua dokumen milik orang Inggeris iaitu Annual Report of Perak dan Annual
Report of Lower Perak, mereka turut menggunakan ejaan Bagan Datoh sebagai merujuk kepada
daerah tersebut.

Kehadiran orang Inggeris di kawasan itu turut mempengaruhi pembukaan pekan Bagan Datuk
pada tahun 1896 di Sungai Keling yang juga digelar Pekan Baru.

Menurut Hamzah, ejaan Bagan Datoh tersebut digunakan lebih 100 tahun sehinggalah ia ditukar
semula kepada Bagan Datuk sempena pengisytiharan Bagan Datuk sebagai daerah baharu oleh
Sultan Perak pada 9 Januari lalu.

Katanya lagi, merujuk kepada buku Bagan Datoh Seratus Tahun edisi Disember 1996, Timbalan
Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
memang telah menyatakan hasratnya untuk memelayukan semula ejaan Bagan Datoh kepada
ejaan sebenar iaitu Bagan Datok.

Namun katanya, selepas semakan yang dibuat dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka
berdasarkan titah Sultan Perak mendapati ejaan sebenar datok ialah datuk dan atas dasar itulah,
ejaan Datuk digunakan bagi nama baharu Bagan Datuk.

Pertabalan

Sultan NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH melakukan istiadat menjejak kaki di Beting Beras Basah bagi
menyempurnakan istiadat pertabalan baginda sebagai Sultan Perak ke-35 pada 14 Mei 2015.
Tambah Hamzah lagi, satu lagi sejarah yang terdapat di Bagan Datuk ialah kawasan Beting
Beras Basah yang dikaitkan dengan pertabalan Raja Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Perak yang
pertama.

�Ketika itu, Raja Muzaffar Shah I telah diperintah oleh pemerintah terakhir Kerajaan Melaka,
Sultan Mahmud Shah supaya belayar ke Perak untuk ditabalkan sebagai sultan.

�Bahtera baginda dilanda ribut taufan dan ombak besar sewaktu melalui kawasan lubuk pusar
di Beting Beras Basah. Megat Terawis yang mengetuai pelayaran itu meminta baginda
membuang semua peralatan dan kelengkapan yang dibawa termasuk mahkota ke dalam laut
kecuali alat kebesaran diraja.

�Selepas dibuang, barulah ribut reda dan bahtera baginda bergerak ke tebing sebelum dibawa
mudik ke hulu sungai untuk ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama di Tanah Abang
dengan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah I,� katanya.

Katanya, walaupun tiada catatan sah yang dapat membuktikan peristiwa yang berlaku pada tahun
1528 itu, namun sehingga kini, semua Sultan Perak yang bakal menduduki takhta perlu
menyempurnakan istiadat menjejakkan kaki di Beting Beras Basah bagi melengkapkan Upacara
Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

KOSMO ONLINE

http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Rencana_
Utama&pg=ru_02.htm
Astro Awani
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengisytiharan-rasmi-bagan-datoh-sebagai-daerah-baharu-9-
jan-depan-125929

Pengisytiharan rasmi Bagan


Datoh sebagai daerah baharu
9 Jan depan
Disember 18, 2016 08:03 MYT

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada majlis
Sepetang Timbalan Perdana Menteri Bersama Kepimpinan Masyarakat Parlimen Bagan
Datoh di Bangunan UMNO Bagan Datoh pada Sabtu. - Foto Bernama
BAGAN DATOH: Bagan Datoh bakal mencatat sejarah
apabila diisytiharkan secara rasmi sebagai daerah baharu di
Perak bulan depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata


pengisytiharan bersejarah itu akan dilakukan oleh Sultan Perak
Sultan Nazrin Shah di Dewan Sekolah Menengah Sains di sini,
9 Jan depan.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid meminta kira-kira 30,000


penduduk Bagan Datoh supaya dapat hadir ke majlis tersebut
bagi menunjukkan tanda terima kasih kepada Sultan Perak,
kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

"Jadi perbezaan keturunan, agama, bangsa atau fahaman


politik perlu diketepikan demi kemajuan Bagan Datoh. Kita
bersatu, hadir bagi memperlihatkan semangat kita selama ini
menunggu pembangunan di Bagan Datoh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sepetang


Timbalan Perdana Menteri Bersama Kepimpian Masyarakat
Parlimen Bagan Datoh di Wisma UMNO di sini, pada Sabtu.

Bagan Datoh secara rasmi diwartakan sebagai daerah


pentadbiran yang ke-12 di Perak melalui satu warta kerajaan
pada 15 Jun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan


Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 di sini Julai lalu
mengumumkan Bagan Datoh dinaik taraf sebagai daerah
penuh hasil persetujuan bersama antara kerajaan negeri dengan
Persekutuan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid meminta penduduk mendengar


taklimat daripada pegawai daerah mengenai pelan
pembangunan di Bagan Datoh selepas majlis pengisytiharan
tersebut selesai.
"Selepas tuanku berangkat pulang jangan balik tapi dengar
taklimat daripada pegawai daerah dan Perbadanan Kemajuan
Negeri Perak mengenai apa yang nak dibangunkan di Bagan
Datoh secara terperinci," katanya.

Selain itu, beliau yakin bahawa daerah baharu Bagan Datoh


akan maju seiring dengan kawasan yang diwakili perdana
menteri di Pekan, Pahang dan bekas Perdana Menteri Tun
Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Tambahnya, pekan Bagan Datoh juga akan dikenali sebagai


Bagan Datoh Water City tidak lama lagi hasil pembangunan
pesat yang sedang dirancang di kawasan tersebut. -- Bernama
SEJARAH
Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak telah diasaskan
penubuhannya pada tanggal 29hb Oktober, 1965 di Madrasah
Al ‘Ulum Syari’yah, Bagan Datoh, Perak Darul Ridzuan
dengan inisiatif sekumpulan 146 orang tokoh alim ulama,
pendidik dan pelajar-pelajar Islam. Ia didaftarkan dengan 670 /
65 (5) ARS / 136 / 65 Bil. Pk.56. KPIP pada penubuhannya
merupakan persatuan tunggal di negeri Perak dan sah di sisi
undang-undang. Moto persatuan ini ‘Hidup Islam’, yang
menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai dasar perjuangan
serta membenih usaha bagi mengungguli Islam di negeri Perak
khususnya dan di negara Malaysia amnya.
Penubuhan KPIP merupakan inisiatif sebagai suatu kesedaran
perlunya sebuah pertubuhan Islam di peringkat negeri Perak
dalam menjalankan amanah Islam, menyubur ilmu
pengetahuan, menyemai program yang membolehkan para
pelajar Islam dan pelbagai lapisan masyarakat di negeri Perak
dalam membentuk jati diri, membina ilmu dan melahirkan
insan berakhlak mulia.

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP)


pada tahun 1970an (Gambar kedua)
Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP)
pada tahun 1970an (Gambar pertama)

Ahli Jawatankuasa Agung pertama KPIP 1965

Kehadiran orang ramai termasuk para pelajar dan ulama’ di Majlis Perasmian
Penubuhan KPIP di Dewan Madrasah Al ‘Ulum Syari’yah, Bagan Datoh
Jawatankuasa dan masyarakat mengiringi ketibaan Yang Di-Pertua Majlis dan Ketua
Jabatan Hal Ehwal Ugama Perak bagi perasmian penubuhan Kesatuan Pelajar-Pelajar
Islam Perak (KPIP) pada tahun 1965
TOKOH YANG LAHIR DI BAGAN DATUK

DATO’ HAJI GHAZALI ARSHAD Tokoh Pendakwah Perak

Pada tahun 1993 ketika penulis berpeluang mengunjungi Allahyarham Dato’


Haji Ghazali Arshad, almarhum sudah menjangkau usia 95 tahun. Masih sihat
meskipun tahap pendengarannya agak terjejas tetapi mampu berbual dengan
baik dan lancar. Sejurus selepas melewati waktu solat sunat dhuha, penulis tiba
di pondok telaahnya (berdekatan dengan Sekolah Menengah Agama Irshadiah,
Batu 26, Bagan Datoh)kelihatan Allahyarham tekun menelaah sebuah “kitab
kuning”.
Di kalangan ulama dahulu kala, kitab kuning merupakan bahan rujukan
terpenting dalam pelbagai aspek ilmu yang bersangkutan dengan agama Islam.
Penulis terpegun kerana dalam usia setua itu, Allahyarham masih giat menimba
ilmu walaupun kudratnya kian berkurangan. Inilah sifat mulia yang ada pada
Allahyarham “tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahat” mengotakan suruhan
agama Islam kepada setiap umatnya!
Allahyarham cukup sederhana. Waktu itu dia berpakaian baju perak (T-
Shirt nipis pagoda) dan berpakaian pelikat (pakaian lazim yang sering
digunakan sebilangan besar orang-orang tua lelaki tradisional Melayu),
dipinggangnya terbelit “tali pinggang haji” dan tanpa mengenakan perlindungan
kepala sama ada songkok atau ketayap, dia duduk di sebuah kerusi usang
bersebelahan jendela pondok telaahnya.
Begitulah kegiatan Haji Ghazali sepanjang pagi yang hening dan bening itu.
Barangkali dia bertemankan kitab-kitab agama mulai sesudah waktu subuh
hinggalah menjelang zohor setiap hari. Kelaziman ini dilakukan setelah dia
“bersara” daripada menumpukan perhatian sepenuh masa terhadap Sekolah
Menengah Irshadiah akibat keuzurannya.
Demikian cebisan pengalaman penulis bersama Allayarham Dato’ Haji Ghazali
Haji Arshad yang begitu dikenali sebagai tokoh pendakwah Islamiah di Negeri
Perak kerana lebih separuh daripada usianya dicurahkan semata-mata untuk
menegak dan menyebarkan ajaran Islam.
Pencarian ilmu ke Makkah
Beliau dilahirkan pada 13 Rabiulakhir 1319H di Pasir Panjang Laut, Sitiawan,
Perak dan mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu ketika berusia 7 tahun.
Setelah tamat darjah lima, Allahyarham melanjutkan pelajarannya di sekolah
pondok Lubuk Merbau kemudian ke pondok Haji Salleh Masri, Bukit Mertajam.
Pada tahun 1922, dia melebarkan pencarian ilmu ke Makkah. Selama 10 tahun
beliau mengaji di Madrasah Saulatiah di bawah asuhan alim ulama terkemuka.
Semasa di sana, dia tidak hanya belajar tetapi sempat pula mengajar anak-
anak didik yang berasal dari Indonesia, negara-negara Arab mahupun Patani,
Selatan Siam. Ajarannya terutama bidang pengajian sistem halakah (menelaah
kitab) atau dikenali juga sebagai sistem 2 “umumi”.
Sekembali ke tanah air, iaitu pada tahun 1932, Allahyarham menubuhkan
madrasah Irshadiah. Madrasah ini pada asalnya hanyalah sebuah bangsal kecil
kenduri perkahwinannya dengan Puan hajah Zabedah Haji Salleh, anak seorang
hartawan tempatan. Madrasah itu terletak di Kampong Matang Kunda, Bagan
Datoh.
Lantaran sokongan moral dan material yang dihulurkan oleh kekanda Hajah
Zabedah iaitu Haji Arshad Haji Salleh terhadap penubuhan madrasah berkenaan
telah mengilhamkan Haji Ghazali menamakan “Irshadiah” ke atas institusi
tersebut semata-mata mengambil sempena nama abang iparnya yang berjasa
itu.
Pada peringkat awal penubuhan, Madrasah Irshadiah Addiniah memperkenalkan
pengajian secara halakah dengan menawarkan mata pelajaran fekah, tasawuf,
tajuid, hadis, tafsir di samping bahasa Arab.
Ia kian berkembang dan pada tahun 1935 berpindah ke sebidang tanah wakaf
di suatu tempat yang dipanggil Hujung Matang (kini dikenali sebagai Batu 26,
Bagan Datoh) dengan hanya mempunyai 30 orang murid.
Sejarah perkembangan madrasah ini selari dengan rentak kehidupan Haji
Ghazali sendiri. Ia pernah ditutup seketika apabila Tanah Melayu dilanda
kemaraan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua kerana Allahyarham dan
keluarganya terpaksa lari ke Sungai Manik, Teluk Intan.
Namun setelah ia melewati masa silamnya, madrasah itu berubah wajah pada
tahun 1960 dengan mendapat bangunan baru yang dibina hasil dari kutipan
derma orang ramai serta kerjasama ahli Jawatankuasa yang dilantik daripada
golongan para pelajarnya. Sepuluh tahun kemudian, ia berubah lagi dengan
menampilkan nama baru iatu Sekolah Menengah Agama Irshadiah Persendirian.
Perubahan ini termasuklah menawarkan dwi-pembelajaran iaitu bahagian
arabiah yang diajar pada sesi pagi dan bahagian akademik di sebelah petang.
Pendidikan Arabiah diajar sehingga peringkat Sijil Tinggi Agama (Syahadah
Thanawi) dan diiktiraf oleh universiti-universiti Timur Tengah khususnya Al-
Azhar, Mesir. Manakala pendidikan akademik pula serupa dengan sistem
sekolah menengah kerajaan yang menyediakan pendidikan menengah rendah
hingga ke peringkat menengah atas yang diwujud berdasarkan daya usaha
Kesatuan Pelajar-pelajar Islam Perak (KPIP).
Sekolah ini terus maju sebagai salah sebuah pusat pengajian agama terulung di
Negeri Perak. Statistik tahun 1993 menunjukkan sekolah tersebut mempunyai
seramai 674 pelajar yang dikendalikan kira-kira 36 orang tenaga pengajar yang
mengajar 13 kelas sesi pagi dan petang. Kini, sekolah agama tersebut cukup
“diminati” pelajar dari segenap pelusuk negara termasuklah dari Brunei
Darussalam.
Pakar Rujuk
Sebagai seorang ulama yang berpandangan luas, Haji Ghazali sering menjadi
rujukan lain-lain ulama yang ingin mendapat fatwa berkaitan sesuatu masalah,
bahkan Jabatan Agama Islam Perak turut mengiktiraf Allahyarham sebagai
pakar rujuk untuk persoalan agama. Umpamanya pada tahun 1976, Haji
Ghazali dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Menilai Darjah Kealiman
Calon-calon Mufti Kerajaan Negeri Perak.
Namun sebelum itu, semasa pemerintahan Sultan Iskandar Syah Marhum
Kaddasallah (1918-1938) Sultan Perak ke-30 yang juga dikenali Sultan Alang
Iskandar, baginda pernah melantik Haji Ghazali menganggotai Ahli Mesyuarat
Ulama Perak yang jelas membuktikan keyakinan baginda terhadap kebolehan
dan kepakaran Allahyarham berkaitan dengan agama Islam.
Pendakwah
Dalam mengembangkan dakwah Islamiah, Haji Ghazali membahagikan gerak-
kerja pelaksanaan dakwah kepada dua jurusan. Pertama, dakwah khas yang
dipanggil khasah dan yang kedua dakwah am yang dikenali sebagai amnah. Pun
begitu bagi Allahyarham, khasah lebih diyakininya berpotensi melahirkan
masyarakat Islam moden berbanding amnah kerana ia menekankan pendidikan
yang bertubi kali.
Dalam hal ini, Allahyarham berpegang kepada falsafah tersendiri dalam
pelaksanaan dakwah. Katanya;
“Penuntut agama adalah umpama setandan buah kelapa, ada yang gugur
dibuat gulai untuk orang lain dan ada juga yang gugur dan bercambah. Yang
dibuat gulai itu menunjukkan kurang tersebar ilmunya manakala yang
bercambah pula bagi orang yang dapat menyebarkan ilmunya sehingga dapat
melahirkan para ilmuan.”
Sebenarnya, Haji Ghazali memiliki kemahiran dalam ilmu balaghah, mantik,
falakiah, tafsir, hadis dan fekah. Justeru itu, dia pernah ditawarkan sebagai
guru agama kepada Sultan Iskandar Shah dalam tahun 1935 tetapi menolak
secara terhormat kerana “anak kandung yang paling disayanginya” iaitu
Madrasah Irshadiah memerlukan bimbingan serta kepimpinannya tambahan
pula ia baru sahaja ditubuhkan.
Kemudian sekali lagi pada tahun 1964 dia ditawarkan jawatan Mufti Perak atas
restu Sultan Idris Shah II tetapi ditolaknya juga secara lembut kerana Sekolah
Agama Irshadiah perlukan komitmennya yang khusus demi perkembangan
seterusnya.
Kebangkitan Ulama Perak
Ketokohan Haji Ghazali ada terpahat dalam sejarah kebangkitan ulama Perak.
Nama beliau tergolong dalam Zaman Kedua, bermula selepas tahun 1918
hingga zaman pra-merdeka yang menyaksikan pada waktu itu sistem pengajian
pondok beransur-ansur lenyap dan digantikan dengan institusi Islam atau
madrasah.
Dalam era peralihan allahyarham bersama-sama dengan barisan ulama silam
seperti Ustaz Abu Bakar Baqir, Sheikh Junid Tola, Haji Abdul Samad Noh dan
lain-lain berganding bahu mewarnai perkembangan dakwah Islamiah di Perak.
Sejarah mencatatkan bahawa Haji Ghazali merupakan salah seorang pendiri
madrarah yang terawal di zaman tersebut di samping sebagai pendakwah dan
guru agama kepada sebilangan besar masyarakat Islam di Perak terutamanya
penduduk-penduduk di sekitar Bagan Datoh.
Bagi masyarakat Islam di Bagan Datoh serta sekitarnya, Allahyarham dikenali
sebagai pakar rujuk berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi oleh umat
Islam setempat. Kepakaran dan kemahiran tinggi dalam banyak bidang
mengenai Islam serta tekun dan sabar semasa menangani pelbagai karenah
masyarakat Islam yang inginkan khidmatnya, telah memantapkan keyakinan
dan kepercayaan penuh masyarakat tempatan terhadap allahyarham untuk
menyelesaikan sebarang persoalan yang berbangkit.
Keadaan ini telah meletakkan allahyarham sebagai seorang yang dihormati dan
disegani oleh segenap lapisan masyarakat Islam khususnya di Bagan Datoh.
Mereka bukan sahaja menghormati beliau sebagai ulama tetapi memandang
tinggi dan menyanjungi allahyarham sebagai pendakwah yang tidak mengenali
erti kepayahan, keperitan mahupun kegetiran malah sanggup berkorban apa
sahaja demi mengembangkan syiar Islam.
Atas sumbangan jasanya dalam penyebaran dakwah Islamiah, Haji Ghazali
telah dinobatkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Negeri Perak pada tahun 1990.
Kemuncak penganugerahan yang diperolehinya ialah Dato’ Paduka Mahkota
Perak (DPMP) daripada Sultan Perak yang membawa gelaran Dato’ pada 1992.
Sesungguhnya anugerah yang diterima hanyalah merupakan sekalung
penghargaan dan pengiktirafan masyarakat Islam di atas segala jasa dan
pengorbanan beliau setelah berjuang sepanjang hayat sebagai pendakwah yang
disegani walaupun pada hakikatnya allahyarham tidak meminta itu semua.
Namun begitu, pada tahun 1997 Dato’ Haji Ghazali telah menghembuskan nafas
terakhirnya ketika berusia 99 tahun di Bagan Datoh. Kepulangan allahyarham
ke sisi Allah s.w.t ibarat terpadamnya sebutir bintang gemerlapan yang
menyinari dakwah Islamiah di Perak Darul Ridzuan. Al-Fatihah buat
allahyarham. – Zabidin Hj Ismail
Rujukan:
Fatimah Abu Bakar, Hj.Ghazali Gigih Berdakwah (Berita Perak, Nov-Dis.1989)
Kertas Kerja : Sejarah Perak dalam Kebangkitan Ulama, (Jabatan Agama Islam
Perak,1983)
Zabidin Haji Ismail, Transkrip Biodata Penerima Anugerah Ma’al Hijrah 1414
Daerah Hilir Perak sempena Majlis Anugerah Maal Hijrah Peringkat Daerah Hilir
Perak pada 19 Ogos 1993

Anda mungkin juga menyukai