Anda di halaman 1dari 5

Menurut Hikayat Hang Tuah ketokohan Hang Tuah banyak diperincikan

tentang kebolehannya mempertahankan Melaka menghadapi ancaman musuh.


Keagungan Hang Tuah jjuga dikaitkan dengan kebahagiaan dan kegemilangan negeri
Melaka. Peringkat kebesaran dan kejatuhan Melaka berhubung rapat dengan tokoh
Hang Tuah. Sewaktu kerajaan Melaka mula mencipta nama, kerajaan Majapahit sudah
wujud sebagai sebuah empayar yang besar. Melaka beruntung kerana dalam proses
membina kedudukan inilah ia dikurniakan seorang tokoh yang bernama Hang Tuah.
Sewaktu kerajaan Melaka mula mencipta nama, kerajaan Majapahit sudah wujud
sebagai sebuah empayar yang besar. Melaka beruntung kerana dalam proses membina
kedudukan inilah ia dikurniakan seorang tokoh yang bernama Hang Tuah. Kehadiran
Hang Tuah sebagai pembesar kerajaan, akhirnya daoat mengharumkan nama Melaka
sebagai pesaing utama kerajaan Majapahit. Menerusi Hikayat Hang Tuah dipaparkan
bagaimana Melaka dan Majapahit yang merupakan dua bangsa yang mewakili bangsa
Melayu dan Jawa bersaing sesama sendiri demi mempamerkan kejaguhan dan
keagungan bangsa masing masing.
Pengulangan istilah Melayu yang kerap mencerminkan jati diri Melayu yang teguh
pada diri Hang Tuah :
Maka Tun Tuah melompat menyalahkan tikam penjurit itu, seraya katanya.
Akulah hulubalang Raja Melaka, Syahdan akulah yang bernama Laksamana,
hulubalang pada Tanah Melayu

Jelaslah penampilan sedemikian dikaitkan dengan kerajaan dan bangsa yang


diwakilinya, iaitu Melaka dan Melayu yang dibandingkan dengan bangsa Jawa iaitu
Majapahit. Menurut Noriah Mohamaed (2000) apabila disebut Tuah ia melambangkan
manusia yang bertuah dalam meninggikan citra Melayu. Hang Tuah yang taat dan
patuh kepada raja, ditonjolkan pula dengan sifat sifat kepahlawannannya serta
sanggup berkorban demi bangsa dan negara. Perkara ini menjadikan Hang Tuah
seorang yang unggul dengan berjaya mengatasi segala cabaran dan dugaan yang
ditumpukan kepadanya. Jati diri Melayu Hang Tuah yang tinggi terhadap raja dan
kerajaan Melaka menambahkan lagi rasa dengki kepada Seri Betara Majapahit.

Tawaran yang disertai dengan menghadiahkan sebuah negeri dan beberapa orang
gundik ditolak oleh Hang Tuah. Hal ini membuktikan bahawa bangsa Mekayu yang
diwakili oleh Hang Tuah, tidak mudah dipujuk dengan kemewahan. Peristiwa ini dapat
dijadikan teladan bagi generasi kini yang sudah mula hilang budaya, hilang
kepercayaan sebagai bangsa Melayu. (A. Wahab Ali)
Di samping itu, peristiwa ini juga dapat memberi pengalaman pada keseluruhan
masyarakat Malaysia dan pemimpin [emimpin melayu khasnya yang jelas negitu
mudah menerima sogokkan dan mengamalkan rasuah.
Menerusi Hikayat Hang Tuah lebih banyak diperincikan tentang kebolehannya
mem[ertahankan Melaka menghadapi ancaman musuh. Pada bahagian Hikayat Hang
Tuah dinyatakan semasa meningkat dewasa Hang Tuah bersama sama sahabatnya
berjaya menghapuskan sekumpulan lanun. Kejayaan mereka menghapuskan kumpulan
lanun tersebut mendapat perhatian Bendahara yang merasa bangga dengan
keberanian lima bersaudara ini mempertaahankan keselamatan tanah air. Jelasnya
dengan semangat kebangsaan yang tertanam sejak dari kecil lagi dalam diri Hang Tuah
beserta empat sahabatnya, membuktikan kecintaan mereka pada bumi Melaka.
Ini Hikayat Hang Tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu sangat
sangat kebaktian kepada tuannya.

Perkatan Tuan dalam maksud petikan diatas dirujuk pada raja dan setiap rakyat yang
bergelar hamba mesti taat, patuh, setia pada rajanya. Raja berkedudukan sebagai
penguasa tertinggi dan menjadi lambing negara dan bangsa yag teragung. Dengan
berbakti pada negara dan bangsanya, seseorang hulubalang berbakti pada rajanya.
Walau bagaimanapun tanpa watak Raja Melaka, Hang Tuah tidak dapat diperlihatkan
dengan sebegaitu unggul dengan kebaktian kebaktian dan kesetiannya yang begitu
menajubkan.
Pada konteks zaman moden ini, perjuangan Hang Tuah dalam memperkukuhkan
keseyiaannya pada raja hanya mengundang cemuhan cemuhan yang mengkritik
kesetiaan seperti yang dipamerkan Hang Tuah. Pada zaman ini , keyakinan bangsa

Melayu pada diri sendiri amat rendah sehingga meninggalkan bangsa ini jauh
kebelakang dalam seala aspek. Bangsa melayu masih tercari cari acuan terbaik bagi
membentuk peribadi, keluarga dan masyarakat. Tugas sebagai seorang duta kerajaan
dijalankan oleh Hang Tuah dengan jayanya sehingga mengangkat maruah dan
martabat kerajaan Melaka di mata dunia. Kebijaksanaan Hang Tuah memperdayakan
orang orang Siam menjadikan jati diri Melayu yang dipegangnya dapat diserlahkan di
peringkat antarabangsa. Hang Tuah tidak mudah tunduk dan terikut ikut dengan adat
bangsa asing, tambahan pula jika sesuatu tindakan tersebut boleh mempamerkan
kebodohan diri sendiri seperti mana adat merangkak semasa mengadap raja Siam.
Ketika berada di negara Keling, Hang Tuah menunjukkan keperibadian Melayu yang
bersopan santun dan berbudi bahasa sehingga mengagumkan ketua negara
berkenaan. Sebenarnya apa yang lebih mengagumkan beliau adalah kepandaian Hang
Tuah dalam menuturkan bahasa Keling. Perkara ini merangsang Kisna Rayan untuk
mengetahui latar belakang Hang Tuah. Persoalannya adalah berkisar pada diri Hang
Tuah iaitu sama ada tokoh ini mempunyai darah peranakan Keling . sehubungan
dengan itu, Hang Tuah menegaskan bahawa Patik ini peranakan Melayu. Selanjutnya
jati diri Hang Tuah diiktiraf oleh Kisna Rayan, yang melantik tokoh ini sebagai wakil
kerajaan Keling ke negera China, sebagaimana yang dinyatakan dalam Hikayat Hang
Tuah :
Maka Kisna Rayan bertitah , Hai Bendahara, kita mengutuskan ke Benua
China siapa dapat kita suruhkan? Maka sembah Bendahara, Daulat Tuanku,
patik mohonkan ampun dan kurnia adapun daripada penglibatan patik,
mengutuskan ke benua China itu pekerjaan besar kerana araja itu raja besar.
Jikalau barang barang orang, jangankan bertemu raja itu dengan
menterinya pun tiada dapat. Maka titah Kisna Rayan, Hai Laksamana
dapatkah kita suruhkan ke benua China itu.

Pengiktirafan terhadap Hang Tuah bagi mengunjungi sebuah kerajaan besar seperti
China membuktikan bahawa tokoh Melayu itu bertaraf antarabangsa. Semasa berada di
China Hang Tuah mempamerkan banyak kecemerlangan dalam menjalankan tugasnya
sebagai

diplomat

di

saming

memperlihatkan

kebijaksanaannya.

Hang

Tuah

menggunakan alasan bahawa semua orang Keling yang menjadi pengiringnya tidak
boleh makan daging dan ikan. Oleh itu, mereka hanya makan sayur kangkung anpa

dipotong dan dikerat. Sehubungan itu, Hang Tuah berjaya melihat wajah maharaja
China yang duduk dalam mulut naga bersisisk emas. Jelasnya dengan jati diri Melayu
yang dimiliki dan dipamerkan oleh Hang Tuah, beliau daooat neletakkan kedudukan
bangsa Melayu yang lebih tinggi daripada bangsa bangsa lain.
Melalui jati diri Hang Tuah dalam memperlihatkan kesungguhannya menuntut ilmu
bahasa, ilmu pahlawanan dan ilmu agama menjadikan tokoh ini berjaya dengan
tugasnya sebagai diplomat. Penampilan sedemikian melambangkan jati idiri Melayu
yang mampu dihormati dan dikagumi oleh kuasa besar dunia ketika itu seperti Kerajaan
China, Majapahit dan Rom. Perkara ini antara kain menjelaskan kemampuan bangsa
Melayu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa bangsa lain
di dunia ini. Hanaya menerusi keyakinan diri, persatuan yang teguh dan tradisi ilmu
yang unggul dapat menjadikan cita cita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu
menjadi kenyataan.
Menerusi penelitian Hikayat Hang Tuah ternyata memiliki jati diri sebagai bangsa
Melayu yang terpuji. Sesungguhnya peribadi dan akhlak yang terpuji dimiliki oleh Hang
Tuah diharapkan dapat diteladani dan dicontohi oleh generasi sekarang. Jati diri Melayu
ini mencakupi sudut kepahlawanan, keimuan , peribadi dan akhlak yang mulia.
Tegasnya Hang Tuah mampu menempatkan dirinya sebagai seorang manusia Mleayu
yang bertaraf dunia dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Keunggulan Hang Tuah bukan setakat hebat di medan perang tetapi lebih
menyerlah sebagai seorang yang bijak dan fasih berkata kata semasa membuat
hubungan diplomatik. Kemuliaan dan ketinggian martabat sesebuah negara banyak
bergantung pada komitmen dan kejayaan mengatur tugas diplomatik. Hang Tuah
merupakan teladan wira bangsa Melayu. Kepadanya digantungkan cita cita, harapan
dan sebagai pencetus semangat kebangsaan Melayu.
Krisis moral yang dihadapi oleh masyarakat Melayu Malaysia [ada masa kini adalah
krisis jati diri. Ini kerana mereka tidak mengenal jati diri bangsa yang sebenarnya dan
tiadanya kesinambungan warisan nilai murni antara generasi dengan generasi
berikutnya. Hasil yang dikutip adalah gejala gejala negatif yang melemahkan tamadun

bangsa seperti kemerosotan akhlak dan hilangnya semangat cintakan negara. Inilah
barah yang menajdi wabak hasil daripada sifat individualistik untuk berlumba lumba
mengejar kemewahan yang diiktidarkan sebagai kemajuan diri dan bangsa. Krisis jati
diri dapat disembuhkan menerusi pemaparan warisan jati diri Melayu yang sebenar.
Pencitraan watak Hang Tuahn menerusi Hikayat Hang Tuah lebih cenderung
memaparkan keteguhan dan kekuatan bangsa Melayu menerusi jati dirinya. Oleh itu,
dalam bahagian akhir Hikayat Hang Tuah dinyatakan kata orang bahawa Hang Tuah
tidak mati dan kenyataan ini sejajar dengan ungkapan Takkan Melayu hilang di dunia.
Tegasnya kenyataan ini menunjukkan bangsa Melayu tidak akan ketinggalan atau
tercicir dalam menghadapi arus globalisasi dunia ketika ini. Sekiranya orang Melayu
masih berkeyakinan serta berpegang teguh dengan jati diri melayu Islam, mereka
akan menyerlah setanding dengan bangsa lain di dunia ini.

Anda mungkin juga menyukai