Anda di halaman 1dari 7

PENYELIDIKAN GUNAAN

KU M P U L A N 2 : K E T U A : S I T I N I RWA N A H

(Konsep , tujuan dan ciri ciri)

APAKAH PENYELIDIKAN GUNAAN ?


Penyelidikan ini berbentuk uji kaji ke atas material atau
barangan kegunaan manusia
Aspek yang ditekankan adalah:
1. Meningkatkan proses pengeluaran barangan
2. Meningkatkan produk yang sedia ada atau
menjalankan penyelidikan bagi tujuan pengubahsuaian
produk sedia ada kepada produk baru
3. kajian gunaan digunakan untuk mengatasi atau
menyelesaikan sesuatu masalah dengan segera yang
boleh digunakan oleh individu, kumpulan ataupun
organisasi bagi mengurangkan masalah sosial.

TUJUAN PENYELIDIKAN GUNAAN


Menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi ataupun
menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya
dalam bidang pendidikan.
Developmental Researchjuga merupakan sebahagian
daripada penyelidikan gunaan. Ianya berkaitan dengan
perkembangan
produk
yang
berkesan
untuk
kegunaannya dalam institusi pendidikan.

Contohnya, perkembangan reka bentuk kurikulum, garis,


panduan guru, bahan-bahan pembelajaran, sistem
pengurusan dan lain lain.

Topik bagi penyelidikan gunaan biasanya dipandu oleh


masalah semasa dalam pendidikan dan perkara yang menjadi
perhatian pembuat polisi.
Contoh penyelidikan gunaan
Menjalankan satu tinjauan (survey) terhadap guru sekolah
rendah dalam sistem persekolahan untuk mengenal pasti
kegemaran(preferences) dan pandangan berkaitan beberapa
program bacaan yang ada.
Tinjauan ini mungkin dijalankan oleh jawatankuasa kurikulum
atau pentadbiran sistem sekolah yang prihatin dengan
masalah memilih program bacaan atau bahan yang hendak
dibeli.
Keputusan tinjauan dapat memberi maklumat penting untuk
membuat keputusan pembelian bahan tersebut.

CIRI CIRI PENYELIDIKAN GUNAAN


1) Cuba untuk mengatasi sesuatu masalah yang dialami
dengan memberikan penyelesaian atau untuk
membaik pulih.
2) Maklumat yang diperoleh dari kajian itu digunakan
untuk membawa perubahan dalam masyarakat.
3) Skop kajiannya adalah lebih luas dari kajian asas.
4) Dilaksanakan berasaskan pada pencapaian satu-satu
matlamat atau tinjauan tertentu.
5) Kajian jenis ini selalunya ada penaja (Sponsor)
seperti kementerian, jabatan, organisasi
swasta,
awam, yayasan, universiti dan persatuan-persatuan
kerajaan atau bukan kerajaan.

1. Objektif kajian, pemboleh ubah dikaji serta


teknik mengumpul data adalah berdasarkan
pada kehendak penaja.
2. Kajian dijalankan berdasarkan pada masalah
yang benar-benar dihadapi pada ketika itu.
3. Penyelesaian atau jawapan yang ditemui dalam
penyelidikan akan digunakan selepas masalah
itu dikaji.
4. Dilaksanakan
untuk
memahami
masalah
semasa serta mencari kaedah baru untuk
menyelesaikan masalah.

BIBLIOGRAFI
Rosinah (2014) Penyelidikan Tindakan Kaedah dan
Penulisan . Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai