Anda di halaman 1dari 5

ARTIKEL KONSEP :UNIT 6 MODEL PENDIDIKAN

INKLUSIF

KPK 3012 : PENDIDIKAN INKLUSIF (C)

NAMA : AHMAD AISAMUDDIN BIN HJ ALI

NO MATRIK D20192091746

PENSYARAH : DR KAMA BIN SHAFFEEI


Model Pendidikan Inklusif Luar Negara Dan Dalam
Negara

Pengenalan
Pendidikan Inklusif adalah merupakan satu cabang pendidikan yang menyediakan pelbagai jenis
pembelajaran yang bersesuaian terhadap murid berkeperluan khas samaada dari segi
penempatan,kaedah pengajaran dan sebagainya. Hal ini adalah kerana untuk mewujudkan suasana di
mana murid berkeperluan khas ini diberi hak pendidikan yang secukupnya sama seperti murid-murid
yang sebaya dengan mereka. Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan
yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama
dengan murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. (Haji Sabri Salleh.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan .1996)
Di dalam pendidikan inklusif terdapat dua cabang iaitu inklusif sepenuh masa dan separa
inklusif.Menurut Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlan Jantan (2003), pendidikan inklusif
sepenuh masa adalah bentuk pembelajaran di mana pelajar-pelajar dimasukkan di dan mengikuti
proses pembelajaran di kelas biasa. Pendidikan separa inklusif pula adalah satu bentuk program di
mana pelajar hanya di masukkan ke kelas biasa akan tetapi mereka akan mengikuti pembelajaran
tertentu sahaja di dalam kelas tersebut dan selebihnya mereka akan kembali mengikuti program di
kelas khas,
Di dalam pendidikan inklusif juga terdapat beberapa jenis model iaitu Model A, Model B, Model C,
Model D, Model E dan Model F yang berteraskan pendidikan inklusif mengikut kelas. Tidak
dilupakan juga terdapat model luar negara pendidikan inklusif yang juga berdasarkan dua dasar model
iaitu model inklusif penuh dan model inklusif separa.

Model A
Pelajar-pelajar yang berkeperluan khas ditempatkan di dalam kelas biasa dengan kurikulum
pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang sedia ada.Maksudnya di sini adalah murid berkeperluan
khas ini akan berlajar bersama-sama dengan murid-murid normal di dalam kelas arus perdana.
Pelajar-pelajar berkeperluan khas ini diberi hak dan kepentingan untuk menimba ilmu sama seperti
murid-murid yang lain meski pun mempunyai kekurangan . Kurikulum dan strategi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) boleh diubah bentuknya untuk tujuan memudahkan murid berkeperluan khas ini.
Akan tetapi perubahan ini tidak mengubah nilai asal atau objektif strategi pengajaran dan
pembelajaran yang asal. Oleh itu guru yang melaksana haruslah merangcang secara teliti bagaimana
untuk membuat murid berkeperluan khas ini dapat menyesuikan diri mereka berlajar di dalam suasana
pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Perhatian penuh harus diberikan kerana
berkemungkinan murid tersebut mempunyai kesulitan untuk melaksana proses pembelajaran yang
separa dengan murid-murid normal yang lain. Oleh itu perubahan perlu dilakukan untuk memudahkan
lagi kefahaman dan proses pembelajaran mereka.
Model B
Murid berkeperluan khas ditempatkan di dalam kelas aliran arus perdana secara sepenuh masa. Akan
tetapi mereka akan dipantau oleh pembimbing atau guru pembimbing dari semasa ke semasa untuk
meninjau prestasi mereka. Guru haruslah mendapatkan nasihat daripada pakar mengenai method
pendekatan yang betul yang digunakan terhadap murid berkeperluan khas ini. Oleh itu nasihat yang
diberikan dapat menjamin prestasi murid berkeperluan khas ini.

Model C (Separa Inklusif)


Penempatan murid berkeperluan khas ini di dalam kelas biasa hanyalah untuk bagi mata pelajaran
tertentu sahaja dan dalam kelas khas/bilik resos/pusat sumber. Penempatan ini adalah berpandukan
kemampuan murid berkeperluan khas tersebut. Sebagai contoh murid berkeperluan khas ini
berkeupayaan untuk berlajar matapelajaran pendidikan seni visual bercampur dengan murid aliran
arus perdana. Selepas pembelajaran tamat, mereka akan kembali di dalam kelas khas mereka.
Pendekatan ini adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada murid berkeperluan khas ini bahawa
mereka tidak disisihkan walaupun mereka mempunyai kekurangan. Hak pendidikan mereka juga turut
diberikan dengan sama rata mengikut kemampuan mereka di samping mereka juga diberi peluang
dapat berlajar bersama-sama dengan murid yang normal dan bercampur baik sesama mereka.

Model D
Model ini adalah di mana pelajar ditempatkan di Sekolah Khas dan Kelas Satellite di Sekolah Biasa.
Contohnya terdapat sekolah khas bagi murid kategori Disleksia, kategori pendengaran, kategori
penglihatan dan sebagainya. Guru yang melaksana haruslah mengetahui method pengajaran yang
bersesuaian bagi kategori murid-murid berkeperluan khas ini.

Model E
Model ini menempatkan murid berkeperluan khas ini di sekolah pendidikan khas sepenuh masa.
Diwujudkan dari prasekolah sehinggalah ke sekolah menengah. Pendekatan pengajaran adalah
berbeza dengan murid biasa dan ia adalah separa inklusif. Akan tetapi mereka tetap berlajar mengikut
kurikulum perdana
1. Prasekolah
Kemasukan haruslah daripada murid yang berumur 6 hinggalah 14 ke atas tahun yang
disahkan oleh pengamal perubatan yang mereka boleh mengurus diri mereka tanpa bantuan
daripada orang lain. Murid program pendidikan khas integrasi boleh berlajar kurikulum
kebangsaan atau kurikulum alternative.

2. Pelajaran Menengah.
Murid haruslah berumur 13 hinga 19 tahun ke atas dan disahkan oleh pengamal perubatan di
mana mereka boleh mengurus diri mereka tanpa bantuan daripada orang lain. Terdapat dua
jenis aliran di dalam pelajaran menengah iaitu akademik dan vokasional

Terdapat banyak lagi contoh sekolah-sekolah yang membuat pendekatan model E ini di negara kita.
Secara keseluruhannya tempoh murid berkeperluan khas rendah adalah selama enam tahun manakala
murid berkeperluan khas menengah pula adalah lima tahun. Kedua-dua peringkat ini dapat
memaksimumkan tempoh lanjut pembelajaran mereka selama dua tahun mengikut keperluan murid.
Oleh itu,peranan guru-guru adalah untuk sentiasa memantau dan mengurus prestasi murid dengan
sebaiknya.Wujudnya sistem melanjutkan tempoh pembelajaran mereka adalah untuk memberi masa
kepada murid berkeperluan khas ini agar mereka dapat faham atau menguasai sepenuhnya
pembelajaran yang diberikan. Guru-guru haruslah menmanfaatkan masa yang diberikan ini dengan
sebaik-baiknya.

Model F
Model ini menklasifikasikan di dalam menempatkan murid berkeperluan khas ini sepenuh masa di
rumah kediaman mereka sendiri. Hal ini adalah kerana murid tersebut tidak dapat mengurus diri
mereka sendiri tanpa bantuan daripada orang lain. Guru-guru pembimbing akan turun pergi ke rumah
murid tersebut untuk pembelajaran di rumah sahaja. Pembelajaran di rumah selalunya disertai dengan
kumpulan murid berkeperluan khas yang sama untuk mewujudkan satu komuniti di mana mereka
dapat berinteraksi sesama mereka untuk menyesuaikan diri dan menjadi sebagai latihan pemulihan
untuk mereka lebih berdikari dan biasa bergaul seperti orang biasa bersama-sama murid yang lain di
masa hadapan.

Model Luar Negara


Model luar negara pendidikan inklusif tetap juga sama dasarnya iaitu mempunyai dua iaitu model
inklusif penuh dan model inklusif separa. Model pendidikan inklusif luar negara seperti yang
dikemukakan oleh Brend Hardin dan Marie Hardin yang memberi nama salah satu model pendidikan
inklusif iaitu Inklusif terbalik iaitu (Reverse Inclusive) di mana murid berkeperluan khas bukannya
mengikuti program aliran perdana bersama murid-murid normal yang lain, sebaliknya murid-murid
aliran perdana menerima pembelajaran bersama-sama murid berkeperluan khas di dalam kelas
Progam Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
Di Indonesia terdapat model pendidikan inklusif iaitu model pendidikan inklusif morderat di mana ia
menggabungkan pendidikan bagi murid PPKI dengan aliran perdana.

Peranan Guru Dalam Perlaksanaan Model


Sepertimana yang dinanyatakan di dalam model, guru atau guru pembimbing haruslah sentiasa
memberikan perhatian penuh kepada murid berkeperluan khas ini. Fleksibiliti guru di dalam
mengubah method pengajaran dan pembelajaran untuk kemudahan murid berkeperluan khas ini
adalah penting. Guru juga haruslah mewujudkan suasana di mana murid berkeperluan khas ini mampu
menyesuaikan diri dalam bergaul di dalam kalangan murid pelajaran arus perdana. Dengan ini, ia
sekali gus dapat menghapuskan jurang diantara mereka. Selain itu, guru juga ini haruslah sentiasa
merujuk baik dengan pakar atau guru penasihat akan perkembangan murid berkeperluan khas ini agar
dapat menjamin perkembangan prestasi yang positif. Komunikasi antara guru dengan murid
berkeperluan khas ini juga penting. Interaksi yang baik sesama mereka dapat menaikkan lagi
semangat berlajar mereka di samping dapat memberi keselesaan kepada mereka untuk menuntut ilmu.
Sekali gus komitmen yang diberikan dapat memberi ruang kepada mereka untuk menambahbaik lagi
diri mereka di dalam pembelajaran di arus perdana. Oleh itu guru-guru juga haruslah sentiasa komited
untuk mengajar mereka meskipun kekurangan yang dimiliki menyukarkan pengajaran mereka
berbanding murid-murid normal. Guru haruslah sentiasa sabar di dalam mendidik murid berkeperluan
khas ini. Oleh kerana kekurangan yang dimiliki memberi kesukaran kepada mereka di dalam
mendidik, ini bukanlah menjadi penghalang buat mereka untuk menyampaikan ilmu kepada mereka.

Rumusan
Model-model yang telah dibuat dan diklasifikasikan adalah untuk memudahkan lagi proses
pembelajaran inklusif ini. Justeru model-model yang dibuat bukan sahaja menitikberatkan di dalam
memudahkan murid berkeperluan khas ini di dalam menuntut ilmu di arus perdana malah
mewujudkan situasi di mana mereka dapat memperbaiki diri atau menambah baik lagi diri mereka
menjadi berdikari atau lebih yakin di dalam menuntut ilmu mahu pun menjalankan kehidupan
seharian seperti biasa.
Pendidikan Inklusif menyediakan method pengajaran yang dapat membantu para guru untuk memilih
method yang sesuai untuk digunakan kepada murid-murid mereka. Pencapaian prestasi amatlah
penting buat murid berkeperluan khas ini, oleh itu pendidikan inklusif menekankan di mana
pemantauan guru dan bantuan tenaga pakar amatlah penting. Menjamin prestasi yang baik di dalam
pembelajaran, dapat memberi mesej kepada murid berkeperluan khas ini di mana mereka juga mampu
mencapai kejayaan yang lebih tinggi meski mempunyai serba kekurangan.
Didikan dan dorongan betul yang diberikan sejak awal lagi dapat membentuk murid berkeperluan
khas ini menjadi lebih terdidik dan lengkap keperluannya di dalam menambahbaik diri mereka untuk
berjaya di masa yang akan datang.Oleh itu, model-model pendidikan inklusif ini tidak kiralah model
yang dipraktikkan di dalam negara mahu pun di luar negara, perlaksanaan model adalah diperlukan
untuk menjadi rujukan buat guru-guru yang mendidik murid berkeperluan khas ini dengan method
pembelajaran yang tersusun dan berkesan.

Rujukan
Hishamudin Ahmad, Siti Rahaimah Alim Mohd Nazir Md Zabit, Kama Shaffeei,Faridah
Hanim Yahya, ‘’Unit 6 Model Pendidikan Inklusif : Luar Negara dan Dalam Negara, dlm
Pendidikan Inklusif Di Malaysia , hlm 105-120

Anda mungkin juga menyukai