Anda di halaman 1dari 6

Akhlak terhadap makhluk ciptaan Allah boleh

dilihat dari pelbagai sudut dan perbahasannya


sangat luas . Sediakan persembahan dalam
bentuk p.point tentang kepentingan Akhlak
terhadap sesama makhluk dan juga terhadap
persekitaran. Tugasan adalah individu .
Sediakan dan upload di sini .
Akhlak sesama makhluk
Akhlak dalam keluarga
Akhlak dalam keluarga pada prinsipnya terbahagi kepada beberapa bentuk. Pertama, akhlak
kepada orang tua. Kedua, akhlak kepada anak sebagai keturunan dari orang tua yang merupakan
bahagian daripada darah daging orang tua. Bentuk akhlak terhadap orang tua ialah dengan selalu
berbakti kepada keduanya, tidak membantah perkataannya, selalu mengerjakan apa yang
disuruh.
Sebagaimana dijelaskan dalam Al-qur’an surah Al-isra’ ayat 23, disurah tersebut kita
diperintahkan untuk selalu berbuat baik pada ibu dan bapak dengan perbuatan yang sebaik-
baiknya. Dan janganlah sekali-kali kita mengatakan “ah” kepada mereka dan ucapkanlah kepada
mereka perkataan yang mulia.
Akhlak kepada orang lain
Akhlak ini melibatkan akhlak terhadap orang lain. Akhlak ini turut melibatkan akhlak kepada
orang lain yang bukan sahaja yang seagama, malah kepada yang tidak seagama. Begitu juga
akhlak pemerintah kepada rakyatnya dan akhlak rakyat kepada pemimpinnya.
Bentuk-bentuk akhlak yang baik kepada manusia.
1. Husnuzhan.
Husnuzhan bererti prasangka, dugaan baik. Lawan kata husnuzhan adalah suuzhan yang berarti
berprasangka buruk terhadap seseorang. Kita haruslah berprasangka baik kepada orang lain bagi
mengelakkan pertelingkahan dan persengketaan. Hal ini penting khususnya seperti negara
Malaysia yang didiami oleh pelbagai latar belakang dan etnik, yang memerlukan persefahaman
yang tinggi. Oleh itu, setiap orang perlu berprasangka baik kepada orang lain.
2. Ta’awun
bererti tolong menolong, gotong royong, bantu membantu sesama manusia. Allah berfirman :
ِ ‫اونُ ْوا َعلَى ْالبِ ِّر َوالتَّ ْق َوى َوالَ تَ َعا َونُ ْوا َعلَى اإْل ِ ْث ِم َو ْال ُع ْد َو‬
‫ان‬ َ ‫… َوتَ َع‬
Artinya :”…dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan
jangan tolong menolong dalam mengerjakan dosa dan permusuhan …” (QS Al Maidah: 2)
Kita diperintahkan untuk saling tolong menolong dalam kebaikan misalnya saling membantu
orang lain yang sedang dalam kesusahan, dan janganlah tolong menolong dalam perbuatan dosa.
Akhlak terhadap persekitaran
Alam ialah segala yang ada di langit dan dibumi. Sebagai makhluk yang dilantik oleh Allah S.w.t
menjadi khalifah dimuka bumi ini, manusia bertanggungjawab memelihara dan menjaga alam.
Pada waktu yang sama, mereka juga perlu menghindarkan diri daripada melakukan aktiviti yang
boleh merosak dan mencemarkan alam.

ِ ْ‫فَ َسا َد فِي اأْل َر‬B‫ك ۖ َواَل تَب ِْغ ْال‬


‫ض ۖ إِ َّن هَّللا َ اَل‬ َ ‫ْي‬B‫ك ِم َن ال ُّد ْنيَا ۖ َوأَحْ ِس ْن َك َما أَحْ َس َن هَّللا ُ إَِل‬
َ َ‫صيب‬ َ ‫ك هَّللا ُ ال َّد‬
َ ‫ار اآْل ِخ َرةَ ۖ َواَل تَ ْن‬
ِ َ‫س ن‬ َ ‫َوا ْبتَ ِغ فِي َما آتَا‬
‫ين‬َ ‫ي ُِحبُّ ْال ُم ْف ِس ِد‬

Maksudnya :Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan)
negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan
berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan
janganlah kamu berbuat kerosakkan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-
orang yang berbuat kerosakkan.
KEPENTINGAN MEMELIHARA
ALAM SEKITAR
1) Sebagai tanda kewujudan dan kebesaran Allah Ta’ala.
2) Menunjukkan keagungan Allah Ta’ala yang menjadikan dan mentadbir alam ini tanpa
sebarang cacat cela.
3) Amat penting kepada manusia sebagai sumber makanan, minuman, tenaga dan alat
perhubungan.
4) Kita wajib memelihara alam sekitar agar keindahan dan kebersihanannya dapat dinikmati
oleh generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai