Anda di halaman 1dari 9

NO.

ANGKA GILIRAN : 2019072340108 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:PIMK3083

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS GAYA

BUKU JAWAPAN
UJIAN TERBUKA (OPEN BOOK TEST - OBT) : MEI 2021

PROGRAM PISMP
(Programme)
AMBILAN JUN 2019
(Intake)
SEMESTER 4
(Sem)
ANGKA GILIRAN 2019072340108
(Index Number )
NO.K/PENGENALAN 000118-12-2151
(Identity Card No.)
KOD KURSUS PIMK3083
(Course Code)
TAJUK KURSUS PENGAJIAN FIQH
(Course Title)
TARIKH 20 MEI 2021 ( KHAMIS) SESI PAGI (Morning) /
PEPERIKSAAN (Session)
(Examination Date) Tandakan ( / ) PETANG (Afternoon)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod
kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.

Untuk kegunaan pemeriksa sahaja

Bahagian / No Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 Jumlah


Soalan

Jumlah
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340108 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:PIMK3083

BAHAGIAN A :

1. Sebelum pergi kepada pecahan bagi kaedah ini, pengertian secara umum kaedah
ini ialah :

Al-umur adalah merupakan lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar
dari seseorang manusia sama ada melakukan atau meninggalkan merangkumi perbuatan
kata-kata atau niat. Manakala Al-maqosid pula berasal dari perkataan al-qosdu yang
bermaksud niat. Seterusnya dari segi kaedah ijmaliah pula ia bermaksud segala perbuatan
dan tingkah laku atau urusan niaga dan sebagainya adalah bersandarkan kepada niat. Secara
keseluruhannya kaedah ini membawa pengertian bahawa setiap perkara yang dilakukan oleh
mukallaf itu bergantung kepada niat atau tujuannya. Dalam erti kata yang lain, kaedah ini
menjelaskan bahawa setiap perkataan atau perbuatan yang dilakukan oleh mukallaf akan
dinilai berdasarkan niat dan tujuannya.

Di dalam kaedah Al-Umuru Bimaqasidiha ‫ األمور بمقاصدها‬ini, terdapat 8 pecahan


kaedah yang terhasil, antaranya ialah :

a) ‫عدم اشتراط النية في عبادة ال تكون عادة أو ال تلتبس‬:


Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana ibadah yang ia bukan jenis adat atau ia tidak akan
ada kesamaran dengan yang lain. Antara contoh dalam kehidupan kita ialah beriman kepada
Allah, mengenali Allah, takut dan mengharap kepada-Nya, membaca Al-Quran dan zikir
kerana bentuk amalan ini sudah pun berbeza dengan yang lain. Tetapi diwajibkan niat pada
membaca Al-Quran apabila dinazarkannya bagi membezakan fardhu dengan yang lain.

b) ‫ إشتراط التعيين فيما يلتبس دون غيره‬:


Disyaratkan ta’yin (menentu) dalam mana-mana amalan yang mempunyai persamaan
tetapi tidak disyaratkan ta’yin pada amalan yang tidak kesamaran dengan yang lain. Contoh
yang disyaratkan ta’yin ialah solat. Disyaratkan ta’yin dalam solat fardu kerana wujud
persamaan antara Zohor dan Asar dari segi perbuatan dan kaifiat, malah tidak dapat
dibezakan melainkan dengan ta’yin. Disyaratkan ta’yin bagi semua solat sunat yang bukan
mutlaq Contoh yang tidak diperlukan ta’yin : Taharah (bersuci), Haji dan Umrah
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340108 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:PIMK3083

c) ‫ما ال يشترط التعرض له جملة وتفصيال اذا عينه وأخطأ لم يضر‬:


Sesuatu amalan yang tidak disyaratkan ta’arrud baginya sama ada secara ringkas
mahupun terperinci, apabila dita’yinkannya dan tersalah ta’yin itu maka ia tidak
memudaratkan (tidak batal). Contohnya :
 Ta’yin tempat solat dan waktunya
 Ta’yin imam terhadap ma’mum dibelakangnya
 Seseorang yang solat pada waktu kabus tebal lalu niat ada’ (tunai) atau
qada’, tiba-tiba nyata tersalah ta’yin itu maka tidak batal solat tersebut

d) ‫ ما يشترط فيه التعيين فالخطأ فيه مبطل‬:


Amalan-amalan yang disyaratkan ta’yin, (jika) tersalah ta’yin maka ia membatalkan
amalan itu. Contoh :
Tersalah dari niat puasa kepada niat solat atau sebaliknya
Tersalah niat dari solat Zohor kepada Asar

e) ‫ ما يجب التعرض له جملة وال يشترط تعينه تفصيال إذا عينه وأخطأ ضر‬:
Amalan-amalan yang wajib dita’arrud baginya secara ringkas dan tidak disyaratkan
ta’yinnya secara terperinci apabila dita’yinkan dan tersalah maka ia menjadi mudarat
(batal). Seorang yang berniat sembahyang mengikut ‘Umar’, kemudian ternyata yang
diikutinya bukan ‘Umar’, maka tidak sah sembahyang itu. Seorang sembahyang
jenazah dengan berniat si ‘Zaid’, kemudian ternyata yang disembahyangkan itu adalah
‘Ali’, atau diniat lelaki tetapi sebaliknya perempuan maka terbatal sembahyang
jenazah itu jika tidak disebutkan mayat ini. Rakaat sembahyang tidak disyaratkan
ta’yin tetapi kalau diniat Zohor dengan 5 atau 3 rakaat, maka tidak sah solat itu.
Seorang berniat qadha’ sembahyang Zohor hari Isnin, sedangkan yang wajib dia
qadha’ ialah Zohor hari Selasa maka tidak memadai qadha’ tersebut. Pada malam
Isnin tetapi diniat puasa hari Selasa, maka puasa tersebut tidak sah.

f) ‫ النية في اليمين تخصص اللفظ العام وال تعمم الخاص‬:


 Niat dalam bersumpah boleh mengkhususkan lafaz yang umum, tetapi ia tidak boleh
mengumumkan lafaz yang khas.Contoh : Seorang berkata “Demi Allah aku tidak akan
bercakap dengan satu orang”, dan dia niatkan orang itu ialah ‘Umar’. Seorang berkata
“Demi Allah aku tidak minum air kerana dahaga”, maka tidak dianggap melanggar
sumpah kalau dia makan, kerana sumpahnya khusus kepada minum.
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340108 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:PIMK3083

g) ‫ مقاصد اللفظ على نية الالفظ إال في موضع واحد وهو اليمين عند القاضي‬:

Tujuan dan matlamat lafaz adalah dirujuk kepada niat orang yang berlafaz kecuali
satu masalah sahaja iaitu sumpah di hadapan hakim. Niat hakim tidak dikira mengikut
niat orang yang bersumpah.

h) ‫ العبرة في العقود للمقاصد والمعاني ال لاللفاظ والمعاني‬:


Yang diambil kira dalam masalah akad atau kontrak ialah tujuan dan matlamatnya,
bukan berdasarkan kepada lafaz dan kalimat-kalimat sahaja.
Kaedah ini menjelaskan kepada kita bahawa wujud khilaf fuqaha’ tentang masalah
akad dari aspek mana yang perlu diambil kira, apakah lafaz yang tersurat atau makna
yang tersirat.
Contoh :Apabila seorang berkata, “Aku beli dari engkau sehelai baju yang sifatnya
sekian-sekian dengan harga ini”, lalu dijawab oleh penjual, “Ya, aku jualkannya kepada
engkau”. Maka Imam Rafi’i dan Nawawi (Syaikhan) mentarjih bahawa akad itu dikira
jual beli berdasarkan lafaz. Tetapi Imam al-Subki berpendapat itu sebagai salam
kerana mengambil kira maknanya.
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340108 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:PIMK3083

2. Sebelum membahaskan mengenai isu tersebut, firman Allah SWT dalam Surah al-
Nur ayat ke-30 yang bermaksud :

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman


supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka yang demikian itu lebih suci bagi
mereka”. (Surah al-Nur: 30)

Ayat di atas adalah merupakan perintah daripada Allah SWT kepada Nabi
agar berpesan kepada orang-orang lelaki beriman supaya menundukan
pandangan mereka daripada wanita-wanita dan aurat-aurat yang tidak halal buat
mereka. Dan juga memelihara kemaluan mereka daripada perkara-perkara yang
diharamkan oleh Allah SWT seperti zina, liwat, mendedahkan aurat dan lain-lain.

Definisi aurat dari segi syara’ bermaksud semua anggota yang wajib ditutup
atau yang haram dilihat. Oleh itu, tidak dibenarkan di sisi hukum Syarak bagi
lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, (atau sebaliknya) melainkan
terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya. Oleh
hal yang demikian wujudnya pengecualian dalam isu merawat berlainan jantina
seperti kes rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam,
dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj
(kesukaran) atau kemudaratan sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh Syarak.
Justeru, boleh bagi seorang lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki.

Dalam isu ini , kaedah fiqh yang diguna pakai ialah "‫"الضرر يزال‬.
Pertama, hal ini bertepatan dengan kaedah ‫الضرورات تبيــح‬
‫ المحــظورات‬yang bermaksud “Mudarat mengharuskan yang haram” .

Hal ini jelas tiada khilaf dalam kalangan ulama berkenaan keharusan seorang
doktor melihat aurat pesakitnya ketika merawat, sekiranya ada keperluan
mendesak sebagaimana syarat-syarat yang telah digariskan oleh Syarak seperti
ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang tsiqah (terpercaya), tidak boleh
berdua-duaan yang berlainan jantina antara pesakit dan perawat dan lain-lain.
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340108 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:PIMK3083

Namun demikian, Kaedah ini juga mestilah diikat dengan kaedah yang lain

iaitu pecahan kaedah yang kedua ‫ الضرورات تقدر بقدرها‬yang bermaksud


“Mudarat (hanya diambil) cukup sekadar yang perlu sahaja” Seorang doktor
hanya boleh melihat aurat pesakitnya atau memegang atau lain-lain ketika ada
keperluan mendesak, bagi merawatnya serta menolak kemudaratan. Perbuatan
tersebut hanya dibenarkan setakat yang perlu sahaja dan tidak boleh lebih
daripada itu. Contohnya, sekiranya bagi merawat pesakit cukup dengan hanya
mendedahkan pehanya, maka tidak boleh membuka auratnya sehingga lebih
daripada itu atau sekiranya cukup dapat dikenalpasti sakitnya hanya dengan
memegangnya secara berlapik, maka tidak boleh memegangnya tanpa berlapik
dan lain-lain. Termasuk juga di dalam perkara ini ialah mengutamakan doktor
lelaki bagi pesakit lelaki, doktor perempuan bagi pesakit perempuan kerana ini
lebih selamat dan jauh daripada fitnah. Manakala ketika perlu melihat kepada
aurat pesakit perempuan utamakan dahulu doktor perempuan muslim, kemudian
barulah doktor perempuan bukan muslim, kemudian doktor lelaki muslim dan
akhir sekali barulah doktor lelaki bukan muslim. Dan kalau sekiranya tiada
keperluan dan cukup hanya dengan doktor perempuan muslim (bukan pakar),
tidak boleh menyingkap aurat pesakit perempuan tadi di hadapan doktor lelaki
sekalipun dia adalah doktor pakar (bagi sakit berkenaan).

Oleh hal yang demikian,berdasarkan Irsyad Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan,


merujuk kepada keputusan Persidangan Majma’ al-Fiqh al-Islami (IslamicFiqh
Academic) di Brunei Darussalam pada 21-27 Jun 1993 mengenai wanita yang
ingin mendapatkan rawatan perlu mengikut keutamaan berikut ;
 Doktor perempuan muslim pakar.
 Doktor perempuan bukan muslim pakar.
 Doktor lelaki muslim pakar.
 Doktor lelaki bukan muslim pakar.
Islam mengharuskan rawatan lelaki terhadap perempuan dan sebaliknya
dengan syarat-syarat seperti berikut ;

 Tidak bersendirian
 Menahan pandangan mata
 Menyentuh di tempat yang berkaitan
 Menyediakan doktor pakar mengikut jantina
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340108 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:PIMK3083

Berdasarkan analisis ini, hukum yang tercetus daripada kaedah fiqh ‫الضرر يزال‬ ialah

harus dalam melakukan perubatan yang mana membawa kepada kemudaratan dan
pecahan kaedah yang pertama tetap berpaksi atau berkait rapat dengan pecahan kaedah
kedua yang disebutkan sebelum ini.

Kesimpulannya, Sekiranya pesakit adalah seorang wanita, hukumnya harus


diberikan keutamaan terlebih dahulu kepada doktor wanita muslimah, kemudian kepada
doktor wanita kafir, kemudian kepada doktor lelaki muslim dan akhir sekali barulah
kepada doktor lelaki kafir. Hal ini kerana (keadaan terpaksa) melihat aurat daripada
jantina yang sama adalah lebih ringan (selamat). Daripada segi psikologi, seorang
pesakit wanita akan lebih senang dan berasa selamat sekiranya doktor yang akan
merawatnya adalah daripada jantina yang sama. Begitulah juga sebaliknya, jika pesakit
seorang lelaki. Hal ini kerana kita tidak dapat menafikan bahawa wanita akan lebih
mengetahui perkara-perkara berkaitan kewanitaan daripada lelaki dan lelaki akan lebih
mengetahui perkara-perkara berkaitan kelakian berbanding seorang wanita.

3. Tidak dijawab
4.

Perkara Takaful Insurans


Sumber Al-Quran dan Sunnah Perundangan dan Kawal-
selia
Akta Akta Takaful 1984 Akta Insuran
Akad Tabarru’ , Wakalah, Mudharabah, Waqaf Jual beli / Kontrak
Pelaburan Patuh syariah Terbuka : Tidak patuh
syariah
Sistem 1.Pengasingan dana yang jelas 1.Pengasingan dana yang
Perakaunan 2.Zakat diwajibkan jelas
3.Caruman diasingkan mengikut tabung 2.Zakat tidak diwajibkan
3.Premium tidak diasingkan
Perlindungan Dibenarkan syariah al-mal Terbuka / Tiada sekatan
Pengurusan Majlis Penasihat Syariah Tiada Majlis Penasihat
Syariah
Jaminan Perkongsian risiko sesama peserta Pemindahan risiko kepada
melalui tabarru’ syarikat melalui kontrak
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340108 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:PIMK3083

Keuntungan 1.Perkongsian antara pengendali dan 1.Hak milik syarikat


pesertaberasaskan Mudharabah. (20/80) 2.Surplus jika wujud – tidak
2.Surplus jika wujud - diagihkan diagih
Fi 1.Milik peserta / bukan milik syarikat 1. Milik syarikat sepenuhnya
2. Diagihkan ke dalam tabung
Kekurangan Pinjaman Qard al-hassan Tiada
Tabarru
Pendapatan 1.Fi Wakalah (ujrah) 1.Premium
syarikat 2.Perkongsian mudharabah pelaburan 2.Untung pelaburan
3.Denda Lewat (Surcaj)
Operasi Bebas daripada riba, gharar dan maisir Terlibat riba, gharar dan
maisir

Aqad utama insuran konvensional ialah jual beli dan ia bermasalah dari sudut syariah
walaupun dibenarkan undang-undang. Ini berbeza dengan Takaful yang menggunakan
samada aqad tabarru’ atau wakalah mahupun waqaf. Walaupun begitu, kedua-dua produk ini
memberikan perlindungan, jaminan, bantuan,ganti-rugi kepada pemegang polisi. Sekiranya
berlaku musibah yang berkaitan, maka pemegang polisi boleh mengharapkan kedua-duanya
memberikan bantuan dan jaminan yang dipersetujui semasa persetujuan kontrak. Kedua-
duanya juga adalah sah dari segi undang-undang dan dikawal selia dengan ketat oleh badan
yang bertanggungjawab.
Berdasarkan jadual di atas, dari segi asasnya insurans melibatkan persetujuan antara
orang yang dijamin (anda) dan syarikat insurans (yang akan menanggung risiko). Persetujuan
ini dikenali sebagai polisi, dan untuk anda menerima perlindungan sebagai pemegang polisi,
anda perlu membuat bayaran, juga dipanggil premium, kepada syarikat insurans yang
berkenaan.
Premium yang dibuat akan dilaburkan oleh syarikat insurans. Pemilihan untuk bagaimana
pelaburan tersebut dibuat dan ini mungkin melibatkan perniagaan yang tidak mematuhi prinsip
syariah, termasuk perniagaan yang mempunyai unsur perjudian, riba dan berisiko
tinggi/ketidaktentuan. Makanya jelas dari hal ini, operasi yang dijalankan antara insurans
dengan takaful adalah sangat berbeza kerana konsep yang dijalankan insurans konvensional
tidak patuh syariah.
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340108 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:PIMK3083

Selain itu, jaminan yang diberikan dari takaful dan juga insurans adalah berbeza
dimana perkongsian risiko sesama perserta melalui sistem tabarru’ dijalankan oleh Takaful.
Manakala pemindahan risiko kepada syarikat melalui kontrak adalah kaedah jaminan oleh
insurans konvensional. Dalam Takaful, Setiap kali para peserta membayar sumbangan atau
caruman bagi pelan Takaful mereka, sebahagian daripada jumlah sumbangan tersebut akan
disalurkan ke Dana Tabarru`. Dana ini akan digunakan untuk membayar pampasan kepada
peserta yang membuat tuntutan yang perlu dibayar. Sebahagian lagi sumbangan mereka
akan ditolak sebagai bayaran Caj Wakalah kepada pengendali Takaful kerana melaksanakan
tugas sebagai “Wakil” dalam menguruskan perkhidmatan yang tersedia di bawah pelan.
Kesimpulannya, cecara asalnya, wajib seseorang Muslim untuk berusaha meneliti dan
mencari sedaya syarikat takaful yang boleh memberi perlindungan harta kepadanya.
Namun begitu, sekiranya selepas segala usaha sudah dibuat dan ternyata tiada syarikat
takaful yang boleh mengambil tanggungjawab tersebut, maka dalam situasi sebegini
dibenarkan untuk mengambil insurans konvensional sehinggalah sampai satu tempoh wujud
syarikat takaful atau seumpamanya yang memberikan tawaran sebegitu. Hal ini menunjukkan
bahawa syariat Islam memberikan kemudahan (al-taysir) kepada umatnya dalam
melaksanakan ibadah serta menjalani kehidupan harian. Kemudahan tersebut berperanan
sebagai jalan keluar daripada sebarang kesukaran yang menimpa diri seseorang dalam
keadaaan yang tidak diduga.

Anda mungkin juga menyukai