Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN

Seni Khat mempunyai kedudukannya yang tersendiri bagi masyarakat Islam dan
tamadunnya. Bermula dari turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad
S.A.W, masyarakat Islam mula memberi perhatian yang khusus kepada bacaan dan
tulisan. Tulisan kemudiannya berkembang dari satu keadaan kepada keadaan yang
lebih baik; bukan sahaja boleh dibaca tetapi lebih jelas dan kemas, bersistematik
bahkan mampu menarik perhatian manusia lantaran keindahan gaya serta lengkokan
bentuk huruf-hurufnya.

MATLAMAT

Penubuhan persatuan Ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid


mengenai tulisan khat dan seni Islam.

OBJEKTIF

Memberikan pendedahan tentang jenis tulisan dan gaya khat dan jawi
Memberikan pendedahan teknik yang betul tentang kaedah asas penulisan khat
Menulis dan menghayati keindahan tulisan khat
Menyemai semangat cintakan seni khat dan jawi
Mencapai ketenangan jiwa melalui seni khat
Dengan menulis khat berterusan, secara automatik kita akan lebih mudah membaca
tulisan jawi dan Arab dan pastinya memudahkan kita membaca al-Quran
Mendidik diri kita dengan kesabaran, ketabahan dan ketekunan
Melatih diri dalam menghayati tulisan khat di tempat awam dan menyemai minat
mencintai khat dan jawi
Dengan menulis ayat al-Quran dan al-Hadith, kita akan menjiwai setiap amalan yang
kita buat dan seterusnya menghayati ibadah seharian yang akan menghasilkan
ketenangan jiwa yang begitu indah

MISI

Melahirkan murid yang celik jawi

VISI

Menjadi sebuah persatuan yang berketerampilan, berdaya maju dan memartabatkan


kesenian Islam ke peringkat yang lebih tinggi serta memperkasakan tulisan khat di
Era Globalisasi'

MOTO
Hargailah warisan bangsa dan agama kita

LOGO

Menggunakan tulisan khat nasakh dan huruf jawi sebagai simbol persatuan khat.
Huruf Pa Sin dan Kho dalam tulisan jawi sebagai ringkasan untuk perkataan
Persatuan Seni Khat .
Bingkai yang berwarna biru melambangkan simbol perpaduan hidup yang rukun
dan damai

SASARAN

Sasaran utama adalah untuk murid tahap 2 iaitu murid tahun 4,5 dan6.
Terbuka kepada semua kaum terutamanya yang beragama Islam.
Bilangan murid yang diperlukan tidak ditetapkan.
CARTA ORGANISASI
Senarai Tugas Ahli Jawatan Kuasa
Penaung
1. Penaung
Tuan Haji Bakhil Bin Kedekut
Kedua-dua jawatan ini tidak memainkan peranan yang aktif dalam pengendalian
persatuan, tetapi nasihat mereka akan diminta jika diperlukan.
Penaung di sekolah biasanya Guru Besar
Guru Penasihat
EN. Mohd Shariffuddin Bin Salleh
2. Guru Penasihat
Dilantik oleh sekolah untuk membimbing murid dalam persatuan
Mempunyai kuasa mutlak dalam merancang dan membatalkan sesuatu aktiviti yang
Pengerusi
dianjurkan oleh kelab.
Mohd Nuruddin Bin Yusuf
Guru penasihat perlu bersama-sama dengan ahli kelab semasa aktiviti dijalankan.

3. Pengerusi Naib Pengerusi


Sebagai pemimpin, memainkan peranan
Farah penting dalam sesebuah persatuan atau
Bin Mustafa
pertubuhan tersebut.
Bertanggungjawab menjayakan aktiviti persatuannya dan berperanan melaporkan
kepada Penaung atau Penasihat.
Mempengerusikan semua mesyuarat, menguruskan Bendahari
pembahagian tugas ahli-ahli
Setiausaha
jawatankuasa serta menyelaraskan semua tugas dan kegiatan persatuan.
Nasir Bin Wahab
Huwaidah Binti Mansor
N. Bendahari
4. Naib Pengerusi
Osman Bin Bakar
Membantu segala tugas Pengerusi.
Memangku tugas Pengerusi semasa ketiadaan beliau.

5. Setiausaha
AJK Kebajikan
Berkewajipan menyelaraskansemua
AJKkegiatan
Peralatandan projek yang dirancang.
AJK Jemputan
Bertanggungjawab dalam menyediakan minit, notis, agenda dan pelbagai laporan.
AJK Pertandingan
Menguruskan surat menyurat, sistem fail, buku, stok alatulis dan sebagainya.
Hadir dalam setiap mesyuarat untuk mencatat minit

6. Bendahari
Bertanggungjawab terhadap semua hal ehwal kewangan persatuan.
Menjaga dan memastikan wang persatuan hanya digunakan untuk perkara yang
berfaedah sahaja.
Memastikan perbelanjaan bagi sesuatu tidak melebihi anggaran yang telah diluluskan
oleh mesyuarat .
Mengutip yuran bulanan atau tahunan dari ahli.
Menyimpan buku penyata, buku wang keluar masuk dan buku wang tunai.

7. Ahli Jawatankuasa
Pemilihan ahli jawatankuasa biasanya dibuat dalam mesyuarat tahunan. Tugas
mereka antara lain:
Menghadiri semua mesyuarat persatuan.
Menerima dan melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang diberikan
kepada mereka.
Menyumbangkan idea, pendapat dan tenaga untuk menjayakan rancangan atau
projek yang telah ditetapkan oleh persatuan.
Bersama-sama bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah dipersetujui
dalam sesuatu mesyuarat.

8. Ahli Biasa
Menghadiri dan menyertai setiap program yang dilaksanakan oleh persatuan.

PERANCANGAN AKTIVITI

BULAN AKTIVITI

Minggu1 : Pendaftaran ahli kelab yang baru


JANUARI
Minggu 2 : Mesyuarat Agong kali pertama untuk melantik jawatankuasa

Minggu 1 : Mengadakan seminar atau taklimat mengenai sejarah Seni Khat


FEBRUARI Minggu 2 : Pengenalan kepada jenis-jenis tulisan khat (nasakh, thuluth, kufi
dan diwani).

Minggu 1 : Kelas Intensif penulisan khat nasakh kepada ahli


MAC
Minggu 2 : Mengadakan pertandingan menulis khat nasakh antara ahli.
Minggu 1 : Kelas intensif penulisan khat thuluth kepada ahli
Minggu 2 : Mengadakan pertandingan menulis khat thuluth antara ahli.
APRIL
Minggu 3 : kelas intensif penulisan khat kufi kepada ahli
Minggu 4 : mengadakan pertandingan menulis khat kufi antara ahli.

Minggu 1 : kelas insentif penulisan khat diwani kepada ahli


MEI
Minggu 2 : Pertandingan menulis khat diwani antara ahli.

Minggu 1 : Membuat mural khat di tempat yang disediakan oleh sekolah

JUN
Minggu 3 : Mesyuarat AJK induk- Membentangkan progres kerja masing-
masing

JULAI Minggu 1 dan 3 : Membaik pulih mural tulisan khat yang telah kabur/rosak.

Minggu 2 : Lawatan ke Muzium Seni Islam di Kuala Lumpur (belakang


Masjid Negara) dan Pusat Kesenian Islam di Shah Alam
OGOS
Minggu 4 : Membuat pemeran seni khat di sekolah

September Minggu 3: Mengadakan jamuan akhir tahun

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SENI KHAT


SEKOLAH KEBANGSAAN KERUAK
NAMA : Persatuan Seni Khat
ALAMAT : Sekolah Kebangsaan Keruak, 22000, Besut, Terengganu
MATLAMAT
Penubuhan persatuan Ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid
mengenai tulisan khat dan seni Islam.
OBJEKTIF
Memberikan pendedahan tentang jenis tulisan dan gaya khat dan jawi
Memberikan pendedahan teknik yang betul tentang kaedah asas penulisan khat
Menulis dan menghayati keindahan tulisan khat
Menyemai semangat cintakan seni khat dan jawi
Mencapai ketenangan jiwa melalui seni khat
Dengan menulis khat berterusan, secara automatik kita akan lebih mudah membaca
tulisan jawi dan Arab dan pastinya memudahkan kita membaca al-Quran
Mendidik diri kita dengan kesabaran, ketabahan dan ketekunan
Melatih diri dalam menghayati tulisan khat di tempat awam dan menyemai minat
mencintai khat dan jawi
Dengan menulis ayat al-Quran dan al-Hadith, kita akan menjiwai setiap amalan yang
kita buat dan seterusnya menghayati ibadah seharian yang akan menghasilkan
ketenangan jiwa yang begitu indah

Keahlian
Dikhaskan kepada murid tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6.
Terbuka kepada semua kaum terutama Islam.
Ahli kelab wajib menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.
Ahli kelab perlu melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh kelab.

Guru Penasihat
Dilantik oleh pihak sekolah
Mempunyai kuasa mutlak dalam merancang dan membatalkan sesuatu aktiviti yang
dianjurkan oleh kelab.
Guru penasihat perlu bersama-sama dengan ahli kelab semasa aktiviti dijalankan.

Ahli Jawatankuasa
Dilantik semasa mesyuarat agong kali pertama.
Pemilihan dilakukan secara undian oleh setiap ahli kelab.
Ahli jawatankuasa wajib menghadirkan diri ketika perjumpaan dan aktiviti yang
dijalankan. Ketidakhadiran ahli jawatankuasa perlu disertakan dengan surat tunjuk
sebab.

Tanggungjawab Dan Hak Ahli


Mematuhi perintah-perintah dan disiplin Persatuan/Kelab.
Menjaga rahsia-rahsia dan memelihara nama baik Persatuan/Kelab.
4. Membayar yuran-yuran keahlian mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan
Persatuan/Kelab.
Berhak bersuara dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di
mesyuarat-mesyuarat Persatuan/Kelab.
Rujukan kami : SKK
Tarikh : 9 Januari 2017
Kepada;

Ahli Persatuan Seni Khat,


SK Keruak,
22000, Besut,
Terengganu.

Tuan,

MESYUARAT AGONG KALI PERTAMA DAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa meyuarat tersebut akan diadakan berdasarkan
ketetapan berikut;

Tarikh : 12 Januari 2017


Masa : 2.00 p.m. 4.00 p.m.
Tempat : Kelas 4 Cemerlang

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;


3.1 Perutusan Pengerusi
3.2 Pelantikan ahli jawatankuasa
3.3 Pembentangan draf aktiviti tahunan
3.4 Hal-hal lain
3.5 Penutup

Kehadiran dan kerjasama tuan diucapkan terima kasih.


Sekian.

Saya yang menurut perintah,

_______________________________
( MOHD SHARIFFUDDIN BIN SALLEH )
Guru Penasihat,
Persatuan Seni Khat SK Keruak,
22000, Besut, Terengganu.
Persatuan Seni Khat,
SK Keruak,
22000, Besut,
Terengganu.

__________________________________________________________________________

Ruj.Kami : SKK
Tarikh : 9 Januari
2017
Guru Besar
SK Keruak,
22000, Besut,
Terengganu.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN SENI KHAT

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya Mohd Shariffuddin Bin Salleh berdasarkan
Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U (A) 196, yang berkait dengan
Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Persatuan
Seni Khat, Sekolah Kebangsaan Keruak mulai 12 Januari 2017.

2. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut:

2.1 Draf perlembagaan


2.2 Draf Aktiviti Asas
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa

Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya yang menjalankan tugas,

______________________________
(MOHD SHARIFFUDDIN BIN SALLEH)
Guru Penasihat,,
Persatuan Seni Khat,
SK Keruak,
22000, Besut,
Terengganu.
Persatuan Seni Khat,
SK Keruak,
22000, Besut,
Terengganu.

_________________________________________________________________________

Ruj.Kami : SKK
Tarikh : 12 Januari 2017
Guru Penasihat,,
Persatuan Seni Khat,
SK Keruak,
22000, Besut,
Terengganu.

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN SENI KHAT

Dengan hormatnya surat tuan bertarikh 9 Januari 2017 adalah dirujuk.

Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4)
dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130,
Akta Pendidikan 1996 maka saya dengan sukacitanya meluluskan penubuhan Persatuan
Seni Khat, SK Keruak.

2. Sehubungan dengan itu bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat yang


telah diluluskan:

2.1 Draf perlembagaan


2.2 Draf Aktiviti Asas
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

_____________________________
(TUAN HAJI BAKHIL BIN KEDEKUT)
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Keruak,
Besut, Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai