Anda di halaman 1dari 8

PENDAHULUAN

Mengapakah manusia diciptakan? Apakah tugas manusia di dalam


kehidupan ini? Inilah antara persoalan yang wajib dikemukakan oleh
setiap insan kepada dirinya dan difikirkan semasak-masaknya. Setiap
orang yang jahil, biar besar manapun kejahilannya, ia boleh diampun,
tetapi tidak bagi manusia yang jahil tentang rahsia kewujudannya,
matlamat kehidupannya serta tugas manusia dan dirinya di atas
permukaan bumi.
Satu keaiban besar bagi manusia yang dikurniakan akal dan
kehendak untuk hidup dalam keadaan alpa, hanya makan dan mengecapi
nikmat. Tidak memikirkan tempat kembali, tidak menyedari hakikat
dirinya dan bentuk peranannya di dalam kehidupan ini.
Antara tugas manusia sebagaimana dijelaskan oleh Allah :

Maksud firman Allah: Dan kami tidak mengutuskan seorang Rasul


sebelummu wahai Muhammad melainkan kami wahyukan kepadanya,
bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Aku,
oleh itu beribadatlah kamu kepadaku. (al Anbiya: 25)

Maksud firman Allah: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku. (az
Zariyat: 56)

Solat merupakan ibadah yang disyariatkan melalui nas yang qatie. Ibadat
yang disyariatkan oleh Allah telah ditentukan rupa bentuk serta waktu,
syarat-syarat, masa dan tempatnya. Semuanya secara prinsip adalah
taabbud atau mematuhi perintah Allah dan kita tidak dituntut mencaricari hikmah dan rahsianya sekalipun kita meyakini bahawa setiap perkara
yang disyariatkan mempunyai hikmah-hikmah tertentu yang hanya

diketahui oleh Allah. Kita hanya dijelaskan sebahagian darinya.


Mengetahuinya adalah satu kelebihan kerana ia boleh meningkatkan lagi
keyakinan kita dan boleh dijadikan satu hujah yang kukuh.
SOLAT DAN SAINS
Adakah pergerakkan solat atau rukun fiili ( Qiyam - berdiri tegak ,
Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua Sujud, Duduk Tahiyat Awal dan Duduk
Tahiyat Akhir) hanya sekadar pergerakkan yang dituntut tanpa ada apaapa kebaikan kepada badan manusia ?
Pernahkah kita sebagai umat Islam terfikir apakah kesan pada diri
kita dari segi fizikal dan mental apabila kita Qiyam (berdiri tegak), rukuk,
sujud, duduk antara dua sujud, duduk tahiyyat awal dan duduk tahiyyat
akhir apabila dilakukan semasa solat ?
Untuk mengetahui kebaikan solat dari sudut kacamata sains, kajian
saintifik seharusnya diadakan dan dikompilikasikan untuk membuktikan
dan mengesahkan bahawa solat sememangnya memberi manfaat dari
segi fizikal dan mental kepada yang mengerjakannya.
Sains adalah satu cabang ilmu yang dipelopori oleh ummat Islam
terutamanya ketika zaman kegemilangan kerajaan Islam Abbasiyyah yang
berpusat di Kota Baghdad dengan lahirnya saintis-saintis Islam seperti
Ibnu Hayyan, Al Kindi, Az Zahrawi, Ibnu Sina dan lain-lain lagi. Ketika
dunia barat masih dalam kegelapan ummat Islam telah menerokai bidang
sains perubatan, sains kimia, sains kejuruteraan dan sains astronomi
sehingga kota Baghdad muncul sebagai kota ilmu yang dikunjungi
penuntut ilmu dari timur dan barat. Jatuhnya khilafah Islamiyyah satu
persatu, penjajahan, perpecahan dan kelemahan ummat serta menipisnya
pegangan agama menjadikan kita semakin hari semakin ketinggalan
kepada dunia barat, termasuklah dalam bidang sains sehingga jadilah
sains satu khazanah bernilai yang hilang dari tangan umat Islam.
Sains dapat menerangkan kepada manusia bagaimana solat dapat
menyihatkan badan tetapi sains tidak dapat menjawab kenapa manusia

solat. Allah yang menjadikan manusia, Allah yang mewajibkan solat, maka
hanya Allah yang dapat menjawab persoalan kenapa dia berbuat
demikian.

SOLAT DAN RAHSIA TAKBIRATUL IHRAM


Kita dapat mengetahui kebenaran sabda Rasulullah s.a.w. pada
kisah awal. "Jika engkau berdiri untuk melaksanakan sembahyang maka
bertakbirlah." Semasa takbir Rasulullah s.a.w. mengangkat kedua
tangannya ke atas hingga separas dengan bahu (HR Bukhari dari Abdullah
bin Umar). Takbir ini dilakukan ketika hendak rukuk, dan ketika bangkit
dari rukuk.
Baginda pun mengangkat kedua tangannya semasa sujud. Apa
rahsianya? Pada saat kita mengangkat tangan separas bahu, maka secara
automatik kita membuka dada, memberikan aliran darah dari pembuluh
yang terdapat di lengan untuk dialirkan ke bagian otak bagi mengatur
keseimbangan tubuh.
Menurut Dr Faridah Al-Balusyi, Ketua bidang rawatan semulajadi di
Hospital Tentera di Bahrain, takbir sambil mengangkat kedua tangan
sampai ke atas pada saat memulakan solat sesungguhnya merupakan
pergerakan menegangkan otot dada ke atas. Oleh kerana itu, ketika
seorang bertakbir dalam solat lima kali dalam sehari, otot dada, sendi
bahu sehingga ke belakang serta otot kedua bahu akan menjadi kuat.
Kita perlu mengetahui bahawa pakar rawatan semulajadi
memperkenalkan latihan pergerakan seperti pergerakan solat kepada
orang sakit untuk menguatkan untuk menguatkan dan meluruskan
belakang dan ini sama dengan pergerakan takbir ketika solat. Mengangkat
kedua tangan dengan sejajar pada kedua bahu, mengarahkan dua telapak
tangan ke kiblat dan siku di sebelah, menjadikan dua tulang belikat yang

berada di belakang kembali sejajar dan rata. Dengan cara ini, kita dapat
melindungi bahu dan belakang dari bongkok.
Oleh itu , dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A
bahawasanya Rasulullah S.A.W mengangkat kedua tangannya dengan
lurus sehingga sejajar dengan bahu ketika mengangkat takbir. (Rujuk
hadis ini di dalam Sohih Bukhari & Sohih Muslim bab perihal solat Nabi)
Maksud mengangkat tangan dengan lurus : Kedua tangan direntangkan
dan jari-jemari diluruskan.
Walaupun kelihatan mudah, namun masih ramai yang kurang
menitikberatkan tentang hal ini ketika mendirikan solat. Mengangkat
kedua tangan dengan cara ini ketika takbir, sebenarnya amat baik untuk
melatih otot dan urat jari sesuai dengan tuntutan pekerjaan seharian yang
memerlukan penggunaan tangan. Sememangnya perkara ini tidak
seberapa jika hendak dibandingkan dengan saiz otot-otot yang lain
terdapat pada tubuh, namun mengulangi pergerakan ini berulang kali
dapat melancarkan perjalanan darah pada jari-jemari tangan.
SOLAT DAN RAHSIA RUKUK
Potongan hadis yang seterusnya berkenaan rahsia rukuk adalah
"Rukuklah dengan tenang yakni thoma'ninah." Ketika rukuk, Rasulullah
s.a.w. meletakkan kedua telapak tangan di atas lutut (HR Bukhari dari
Sa'ad bin Abi Waqqash). Rahsia yang terdapat dalam rukuk yang
dilakukan dengan tenang dapat merawat kelenturan tulang belakang yang
berisi sumsum tulang belakang (sebagai pusat saraf manusia). Rukuk juga
dapat memelihara kelenturan tuas sistem keringat yang terdapat di
belakang pinggang, paha dan betis belakang.
Rukuk didalam ibadah solat dimulai dengan takbir ( mengangkat
tangan sehingga teliga atau bahu ) sambil membaca Allahuakbar diikuti
dengan menundukkan badan sebanyak 90% darjah, tangan memegang
lutut dan ditekankan supaya anggota belakang badan lurus. Mata pula
tetap memandang ke arah tempat sujud atau pun kaki.

Ketika rukuk, kepala tidak boleh berada pada paras lebih tinggi atau
rendah daripada paras bahu. Pada masa yang sama, tulang belakang
perlu lurus dan rata. Tangan juga perlu dijarakkan dan diletakkan di lutut.
SUJUD DAN KAITAN DENGAN OTAK MANUSIA
Seorang pakar neurologi dari Amerika Syarikat telah memeluk Islam
disebabkan beberapa penemuan yang mengagumkan dalam
penyelidikannya mengenai otak manusia. Ketika melakukan kajian
tentang saluran darah yang membekalkan darah kepada otak manusia,
didapati beberapa saluran darah tidak mengalir darah, sedangkan fungsi
saluran darah adalah untuk darah mengalir bagi membolehkan makanan
dan oksigen dibekalkan kepada bahagian otak tersebut agar ia boleh
berfungsi dengan normal dan sempurna. Penelitian lanjutan yang
dilakukan , didapati darah tidak akan memasuki saluran darah berkenaan
melainkan ketika seseorang itu sujud dalam sembahyang. Kadar aliran
darah yang diperlukan hanyalah beberapa sukatan sahaja mengikut kadar
sembahyang fardhu yang telah ditentukan oleh Allah. Barang siapa yang
tidak mendirikan sembahyang, bererti otaknya tidak menerima bekalan
darah secukupnya untuk berfungsi secara normal. Lantas menjelaskan
kepada kita bahawa fitrah kejadian manusia adalah untuk menganut Islam
dan sujud menyembah Allah. Makhluk Allah yang bernama manusia,
tetapi tidak bersembahyang apatah lagi tidak beragama Islam, walaupun
akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya otak mereka tidak
mempunyai keupayaan untuk membezakan antara yang baik dan buruk.
Kadang-kadang mereka kehilangan pertimbangan untuk membuat
keputusan yang normal.

SOLAT DAN KELENTURAN TULANG BELAKANG


Dalam satu muktamar Mukjizat Perubatan dalam Al Quranul Karim
yang diadakan di Kaherah Mesir, 1405 H. Dihadiri oleh Rabitah Al-Alam
Islami, Persatuan Perubatan Islam Amerika, Persatuan Perubatan Islam
Kuwait dan Universiti Al Azhar sebagai tuan rumah. Dibentangkan satu

kajian tentang solat tarawikh serta pengaruhnya terhadap kelenturan


tulang belakang dan kemampuan kerja jantung. Penelitian ini dilakukan
terhadap 60 orang lelaki dan perempuan berumur 60 tahun ke atas yang
dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri dari mereka
yang terus menerus melakukan solat tarawikh sepanjang ramadhan tahun
1405H dan golongan kedua terdiri dari mereka yang tidak melakukannya.
Selesai Ramadhan, dilakukan ujian terhadap mereka untuk menentukan
kadar kelenturan tulang belakang dalam pelbagai situasi berbeza-beza
dan dilakukan ujian terhadap kemampuan kerja jantung mereka
menggunakan argometer. Hasilnya, ada perbezaan besar antara orangorang yang terus menerus mengerjakan solat tarawikh berbanding
dengan orang yang tidak mengerjakannya. Manfaat dapat dirasakan dari
segi kelenturan tulang belakang, pernafasan, kelenturan sendi-sendi dan
kemampuan kerja jantung.
SOLAT DAN KOMPOSISI BADAN
Kajian Pertama
Solat dapat mengurangkan lemak dalam badan . Rukuk yang
sempurna dalam melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi
buah pinggang.
Perbuatan membengkokkan jari kaki ketika sujud, duduk di antara
dua sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak
dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung.
SOLAT DAN SISTEM KARDIOVASKULAR
Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk
kesihatan jantung. Sesorang yang mengalami masalah tekanan darah
tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama
agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan
tekanan.

Kesimpulannya, solat merupakan satu ibadah khusus, penyembahan


seorang hamba kepada Allah yang telah menciptakannya. Diperintahkan
melaui nas yang qatie di dalam Al Quran. Sungguh ia satu anugerah
agung dari Tuhan Rabbul Jalil yang perintahnya bersesuaian dengan fitrah
kejadian dan naluri manusia. Tiada satu ruang untuk tidak
mengerjakannya dengan alasan yang direka-reka kerana Allah maha
mengetahui dengan apa yang diperintah dan apa yang dilarangnya.
Yang pasti solat adalah ibadat fardu pertama dalam syariat semua
anbia sejak Nabi pertama Adam AS sehinggalah peristiwa Israk Mikraj
apabila Allah SWT memerintah solat wajib lima waktu Subuh, Zuhur, Asar,
Maghrib dan Isyak ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ia
berkekalan sehingga hari ini yang diamalkan umat Islam di muka bumi ini.
Seperti dalam ajaran Islam, solat adalah tiang agama dan tanpanya
umat Islam tempang dari segi akidah tauhid sebagai pembuktian ketaatan
kepada Allah. Namun, suatu yang pasti setiap umat Islam yang
menunaikan solat sama ada solat wajib dan sunat, jika dilakukannya
dengan penuh khusyuk, akan dapat rasai ketenangan yang sukar dicari
atau dibandingkan dengan gerak kerja lain.

Tidak keterlaluan jika solat sebenarnya mempunyai seni tersendiri di


samping 1001 rahsia yang belum dirungkai sepenuhnya, kecuali kita
mengetahuinya sebagai ibadat diwajibkan ke atas setiap umat Islam.
Pastinya ada rahsia kerana ketenangan dapat dirasai apabila kita
mengerjakan solat dengan betul dan khusyuk.
Pergerakan solat yang kita lakukan sebenarnya membantu menjaga
kesihatan kita. Selain bersukan, amalan wajib ini sebenarnya membantu
melancarkan aliran darah dalam badan. Untuk sihat, kita tidak perlu
bersenam dan mengeluarkan peluh. Seperti saya, solat yang menjadi
tiang agama merupakan amalan sihat yang paling berkesan. Misalnya,
ketika kita sujud dan rukuk, ia sebenarnya satu senaman semula jadi.
Amalan ini paling mudah untuk dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai