Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB NASYID

SEKOLAH KEBANGSAAN DATIN KHADIJAH KUALA KANGSAR


BAGI SESI 2019

PENDAHULUAN
Nasyid merupakan salah satu medium dakwah yang menjurus kepada paduan seni
suara, mesej dakwah melalui lirik, kaedah penyampaian yang berkesan dan antara syiar agama
yang penting terutama dalam konteks pendidikan. Melihat kepada pentingnya nasyid sebagai
salah satu medium pendidikan Islam dan dakwah, maka diperlukan satu bentuk pengurusan
yang teratur bagi membawa imej segar nasyid ini khusus kepada para murid dan masyarakat
secara amnya.

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Islam ada


menganjurkan Pertandingan Festival Nasyid bermula dari peringkat sekolah rendah hinggalah
ke peringkat menengah dan tinggi. Fokus pada kertas kerja ini adalah pada Penubuhan Kelab
Nasyid Peringkat Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah Kuala Kangsar Perak. Pihak pengurusan
nasyid sekolah ini merasakan perlu kepada pembaharuan dan kemaskini dari sudut pengurusan
dan kejurulatihan bagi memberi imej baharu, dan pandangan yang lebih jauh ke hadapan
terhadap potensi yang bakal dicungkil dari para murid dan guru yang terlibat dalam Kelab
Nasyid ini.

Ada pelbagai rentak lagu dan gaya dalam penyampaian nasyid. Irama tradisional padang
pasir yang melibatkan lagu Masri seperti seperti Bayati, Soba, Nahawan, Hijaz, Rast, Sikah,
Jiharkah atau unsur-unsur lagu Hijazi seperti Husaini, Mayyah, Banjakah, Rakbi dan Dukkah dan
lain-lain irama arab. Alunan Qasidah turut tersenarai sebagai pecahan seni nasyid dan yang
lebih moden adalah dengan irama nasyid gaya kontemporari. Selain itu, penggunaan perkusi
dalam membantu pembawaan irama nasyid turut sama memberi lebih warna-warni serta
kesegaran terhadap mesej atau isi penting daripada lirik lagu yang bersifat ilmu, dakwah dan
zikir.

Melihat kepada pentingnya pengurusan dan kejurulatihan nasyid di peringkat Sekolah


Kebangsaan Datin Khadijah ini, maka diharapakan kertas kerja ini boleh memberi sedikit
sebanyak gambaran tentang bagaimana perjalanan kelab nasyid ini terutama bagi sesi
persekolahan 2019.

OBJEKTIF
1. Menubuhkan Kelab Nasyid Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah Kuala Kangsar
2. Mengurus dan mengemaskini segala keperluan Kelab Nasyid bagi sesi persekolahan
2019
3. Mencari dana dan peruntukan untuk pengurusan dan kejurulatihan baru Kelab Nasyid
Sekolah
4. Membina keterampilan, mencorakkan sahsiah dan mengasah bakat seni di dalam
kalangan murid Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah
5. Melorongkan para murid yang terlibat kepada keluasan seni dan dakwah dalam islam
6. Meningkatkan prestasi pencapaian kumpulan nasyid sekolah terutama dalam
pertandingan festival nasyid anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia

VISI
1. Mewakili PPD Kuala Kangsar dalam Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Perak

1
2. Membawa ahli Kelan Nasyid ini sebagai peserta persembahan bagi acara atau program
yang sesuai di peringkat sekolah bahkan PPD Kuala Kangsar.
3. Membantu dalam pembentukan sahsiah dan bakat murid
MISI
1. Membina kembali sistem pengurusan Kelab Nasyid yang melibatkan kejurulatihan,
kelengkapan alatan perkusi, kelengkapan pakaian, sistem alatan audio dan visual,
kebajikan serta lain-lain yang dirasakan sesuai.
2. Melantik jurulatih luar yang berpengalaman untuk membantu aspek kejurulatihan
nasyid
3. Pemilihan murid melalui audisi dan Latihan secara intensif dan berterusan
4. Mengadakan persembahan pada majlis perhimpunan sekolah atau pada program lain
yang dirasakan sesuai sebagai antara langkah membina keyakinan diri.

NAMA KUMPULAN NASYID


Kumpulan nasyid Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah Kuala Kangsar akan
menggunakan nama “KHADIJAH” bersempena nama isteri Nabi Muhammad Saw, dan sesuai
dengan nama sekolah ini sendiri yang muridnya terdiri dari kalangan murid perempuan.

JURULATIH NASYID
Pihak pengurusan bercadang untuk melantik jurulatih luar yang berpengalaman dalam
bidang kejurulatihan nasyid. Kejurulatihan melibatkan aspek pembuatan lagu dan lirik, teknik
persembahan dan apa-apa saja yang berkaitan. Sedikit maklumat beliau :

Nama : Ustaz Mohd Fadhil Bin Mohd Sayuti


Pengalaman : - Jurulatih Utama Pasukan Nasyid JPN Kelantan Ke Festival Nasyid KPM
- Jurulatih Nasyid PUSPEN Perlop dan menjadi Johan Kebangsaan dalam
Karnival Anti Dadah Kebangsaan.
- Jurulatih Pasukan Polis Daerah Machang Kelantan.
- Bekas anggota kumpulan Nasyid amatur di Kuala Kangsar

Pihak pengurusan juga bercadang untuk diberikan saguhati atau imbuhan yang
bersesuaian kepada jurulatih yang akan dilantik ini mengikut kepada jumlah kehadiran latihan
dan tahap pencapaian. Setiap kali melepasi peringkat zon, daerah, negeri, dan kebangsaan akan
diberikan imbuhan bonus tambahan.

KEAHLIAN KELAB NASYID


1. Kelab Nasyid Khadijah ini akan terdiri dari sepuluh orang murid.
2. Bagi pertandingan Festival Nasyid, akan melibatkan tujuh orang peserta dan tiga lagi
adalah simpanan.

LATIHAN NASYID
1. Latihan akan dibincangkan bersama antara pihak pengurusan kelab (guru) dan pihak
jurulatih untuk melihat kesesuaian masa, dan keperluan kekerapan.
2. Latihan dicadangkan dibuat setelah tamat waktu persekolahan.
3. Setiap sesi latihan memakan lama masa antara satu hingga dua jam.

BELANJAWAN DAN KEPERLUAN


Bagi belanjawan dan keperluan sepanjang sesi 2019, yang melibatkan perkara berikut, :
 Set alatan perkusi nasyid
 Set pakaian persembahan nasyid

2
 Belanja makan minum dan kebajikan ahli nasyid
 Sistem audio tambahan
 Saguhati/imbuhan jurulatih nasyid
akan dijelaskan pada Lampiran A

PENUTUP
Pihak pengurusan Kelab Nasyid sangat berharap agar melalui penyediaan kertas kerja
ini, akan membantu pihak tuan/puan dalam menilai kesungguhan dan wawasan Kelab Nasyid
inin dalam usaha mengangkat martabat nasyid sebagai salah satu pintu ilmu, medium dakwah,
dan asahan sahsiah bagi para murid Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah Kuala Kangsar.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

(Ustazah Wan Hajar Bt Khairudin)


Guru Penyelaras Nasyid
Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah
Kuala Kangsar Perak

Dilihat oleh :

( )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah
Kuala Kangsar Perak

Disahkan oleh :

( )
Pengerusi
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah
Kuala Kangsar Perak

3
Lampiran A

ANGGARAN CADANGAN BELANJAWAN KELAB NASYID


SEKOLAH KEBANGSAAN DATIN KHADIJAH SESI 2019

BIL PERKARA HARGA PER UNIT/ JUMLAH


KUANTITI
1 SET LENGKAP PERKUSI NASYID 1 SET RM4000
Set Conga + single
Set Bongo + single stand
Djembe
Darbuka
Yanki (Hand Hammered Darbuka)
Set Bar Chimes (32)
Cajon
Shaker
Tambourine
2 SET LENGKAP PAKAIAN NASYID RM120 X 10 RM1200
a. Baju kurung
b. Tudung
c. Hiasan dan labuci
d. Kasut
3 BELANJA MAKAN MINUM DAN
KEBAJIKAN
a. Kudapan semasa latihan - RM2 x 10 orang - RM400
(anggaran 20 kali latihan) x 20 latihan
b. Belanja luar jangka - RM250 - RM250
4 SISTEM AUDIO TAMBAHAN
a. Mic - RM30 X 5 - RM150
5 SAGUHATI/IMBUHAN JURULATIH
a. Penciptaan lagu dan lirik,
Kehadiran latihan - RM100 X 20 - RM2000
b. Imbuhan Tambahan - RM1000 - RM1000
JUMLAH
KESELURUHAN RM9000

Anda mungkin juga menyukai