Anda di halaman 1dari 2

KELEBIHAN KAEDAH BERCERITA DALAM PENGAJARAN ADAB

Teknik Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan
perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa
dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian
agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi
kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan
peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak
menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah Pilih cerita yang sesuai dengan
umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran
yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan
murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita
dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau
lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan
dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

Aktiviti penutup pula guru boleh menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.
Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.
Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.

Tambahan pula, Kaedah bercerita sangat sesuai dijalankan untuk menyampaikan sesuatu
mesej. Cerita yang baik harus mempunyai permulaan, perkembangan dan penutup.
Seterusnya mengandungi nilai-nilai pengajaran yang baik dan harus dicontohi. Antara
perkara yang harus ditekankan dalam kaedah bercerita adalah cerita haru sesuai dengan
tahap kanak-kanak, menarik, berbantukan gambar dan menarik. Suara guru juga jendaklah
menarik, ada nada, dan menarik agar dapat murid dapat memberi sepebuh perhatian
kepada cerita.

Contoh bagi aktviti pendidikan Islam selain daripada bidang adab, guru boleh bercerita
tentang kejadian alam dan makhluk Allah. Guru boleh bersoal jawab bersoal jawab tentang
pencipta bagi makhluk haiwan, manusia dan tumbuhan.cerita tauladan juga boleh
diceritakan sebagai contoh, pengembala kambing yang jujur dengan Khalifah Umar Al-
Khattab. Selitkan nilai-nilai murni dalam cerita tersebut agar kanak-kanak dapat mengambil
iktibar daripada kisah tadi.
Kesimpulannya, terdapat banyak aspek yang boleh dipelajari oleh murid-murid dalam satu-satu
masa. Penggabungjalinan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, menulis dan membaca
yang berlaku ketika murid-murid mendengar atau membaca cerita dapat membantu mereka
menajamkan lagi kemahiran-kemahiran yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai