Anda di halaman 1dari 2

Pernyataan Sebelum PBS

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program yang

dilaksanakan oleh pihak Badan Pendidikan Guru melalui Institut Pendidikan Guru

Malaysia (IPGM). Semua guru pelatih dari semester 2 hingga semester 4 adalah

wajib untuk menjalani program ini di sekolah pilihan masing-masing. Oleh itu ,tempoh

masa untuk menjalani PBS adalah satu minggu. Semasa menjalani program ini, kami

dikehendaki pergi ke sebuah sekolah rendah untuk melaksanakan aktiviti dan

tugasan yang diberi. Saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan yang berkaitan

dengan perkara sekolah seperti iklim sekolah, ilmu sebagai seorang pendidik,

prasarana dan murid-murid di sekolah.


Pada 15 Ogos 2018 iaitu sebelum kami balik ke kampung untuk menjalani PBS,

semua guru pelatih PISMP JUN 2018 yang terdiri daripada kumpulan Bahasa Cina 1,

Bahasa Cina 2, TESL 1, TESL 2, Matematik dan Pendidikan Agama telah diberi

taklimat berkaitan dengan PBS di Bilik Seminar, Tingkat 1, Blok Pentadbiran, IPG

Kampus Batu Lintang. Fokus taklimat ini adalah untuk menyampaikan tentang

konsep PBS, objektif PBS, strategi pelaksanaan serta peranan dan tanggungjawab

guru pelatih. Kali ini merupakan kali kedua bagi kami menjalankan program ini.

Program ini bertujuan untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui

penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, kebudayaan,

sikap progrestif daan pengalaman nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat

di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). PBS ini penting untuk

memberi kefahaman awal kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dari

perspektif seorang guru.


Selain itu, PBS juga dapat memberi peluang kepada guru pelatih memahami

sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah

melalui pemerhatian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komunikasi

sekolah. Melalui PBS, guru pelatih dapat memahami bagaimana guru mengajar,

murid belajar dan pengurus sekolah mengurus serta mentadbir sekolah. Objektif

PBS ini dilaksanakan adalah untuk membolehkan guru pelatih memahami dan
menyesuaikaan diri dengan budaya sekolah. Guru pelatih juga dapat menghayati

kerjaya seorang guru memperolehi pengetahuan tentang pengurusan sekolah serta

strategi pengajaran dan pembelajaran. Selain dapat membina kemahiran berinteraksi

dengan murid, guru dan kakitangan sekolah, guru pelatih juga dapat membina sikap

positif terhadap profesion kegunan dan mendapat pendedahan awal tentang

pembelajaran murid.
Bagi PBS yang kedua ini, saya telah memilih SJK Chung Hua di bandar SIbu,

negeri Sarawak. Saya telah membuat persediaan lebih awal dengan menyusun

dokumen dan lampiran yang diperlukan serta memahami tugas yang perlu dijalankan

semasa PBS. PBS ini telah saya rancang dengan rapi supaya dapat berjalan dengan

lancar. Selain itu, saya juga menyediakan sebuah fail PBS untuk memudahkan saya

mengemaskini dokumen-dokumen yang dikumpul.


Dalam menjalankan PBS ini, terlebih dahulu saya telah membuat pemerhatian

terhadap kawasan sekeliling sekolah, kemudahan sekolah, cara guru mengajar dan

sikap murid. Saya juga menyediakan soalan temu bual kepada Guru Besar sekolah,

penolong kanan 1, guru-guru dan murid-murid. Manakala borang soal selidik juga

telah saya edarkan kepada guru-guru dan murid-murid. Tambahan pula borang

senarai semak juga disediakan untuk menyemak prasarana dan kemudahan yang

ada pada sekolah ini. Dengan ini, saya dapat mengumpul maklumat yang

secukupnya bagi saya menghasilkan portfolio PBS dan tugasan saya.


Secara kesimpulannya, PBS ini memberi persediaan awal bagi guru pelatih

untuk menyesuaikan diri di sekolah dan mendedahkan kefahaman kepada guru

pelatih tentang budaya sekolah. Pengalaman semasa PBS amat berguna bagi saya

kerana kematangan pemikiran saya telah ditingkatkan dan mendorong saya menjadi

seorang guru yang lebih profesional.

Anda mungkin juga menyukai