Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU

NAMA

: NANCY UBIN

NO MATRIK : IPGKG/DPLI-SR/BI (2)/2011/12/012 OPSYEN : DPLI-SR BAHASA INGGERIS (GROUP 2)

Aktiviti Tarikh & Masa Tempat

: Aktiviti Darat (Kembara) : 16 Januari 2013 (Rabu) & 2.00 petang : Kampung Malangang, Kiulu

Apabila mendapat tahu bahawa kami akan melalui jungle tracking semasa program Bina Insan Guru, saya tidak berasa begitu risau kerana sebelum ini saya pernah melalui pengalaman yang serupa. Namun, setiap aktiviti walaupun sama pasti memberi pengalaman yang berbeza. Kita tidak boleh menilai sesuatu tanpa melaluinya terlebih dahulu.

Semasa jungle tracking, kami dikehendaki mendaki bukit yang agak curam dan licin. Kami juga dikehendaki bergerak dalam satu kumpulan. Sekiranya, terpisah dengan rakan lain, kami harus menunggu terlebih dahulu. Ketika ini, semangat kerjasama dan tolong-menolong sangatlah penting supaya tidak ada perkara buruk yang berlaku. Walaupun kami belum mengenali dengan rapat rakan yang terlibat dengan aktiviti kembara ini kerana kami adalah daripada opsyen yang berlainan, namun kami dapat memberikan komitmen yang baik sama ada dalam bentuk bantuan mahupun komunikasi yang baik antara kami.

Di samping itu, sikap hormat-menghormati antara satu sama lain juga wujud apabila saling menerima arahan dan dapat mengikutnya dengan senang hati sekalipun rakan kita itu bukanlah ketua. Dalam situasi kehidupan sebenar pun, kita perlu mempunyai sifat hormatmenghormati ini supaya diri kita ini disenangi oleh masyarakat di sekeliling kita. Yang muda menghormati yang tua dan begitulah sebaliknya. Senario hormat-menghormati ini sangat dititikberatkan terutamanya apabila kita sebagai bakal guru yang akan mula bergaul dengan para guru yang sudah senior di sesebuah sekolah kelak.

Kesimpulannya, aktiviti kembara ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri terutamanya dari aspek belajar mengenai kehidupan dan aktiviti harian yang dilakukan oleh masyarakat kampung yang jauh dari kesesakan kota. Di sebalik semua keseronokan, kesusahan dan kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi terhadap diri saya sendiri dan saya dapat mengenalpasti kekurangan yang ada pada diri saya dan berusaha memperbaiki kekurangan itu. Pengalaman menjalani aktiviti kembara ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana ia banyak mengajar dan melatih diri saya untuk menjadi seorang guru dan pendidik yang berjiwa kental, cekal dan tabah dalam menjana transformasi pendidikan negara kita 1 Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai