Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : Keterampilan Diri Penjawat Awam Cermin Keperibadian Organisasi

Dalam kebanyakan situasi profesional mahupun sebaliknya, imej atau penampilan


seseorang boleh menjadi cara untuk menunjukkan kebolehpercayaan, kecekapan dan
bagaimana seseorang itu boleh disukai oleh orang yang bekerja di sekelilingnya. Imej
juga membantu untuk menentukan cara penerimaan orang lain terhadap seseorang
individu. Di mana realiti kehidupan pada masa ini, manusia seringkali menilai individu
yang baru dikenali melalui penampilan luaran mereka. Lumrah menjadi seorang
manusia adalah apabila kita sering mencari kesempurnaan, kecantikan dan kebaikan
seseorang hanya pada penampilan luaran mereka di mana ianya menjadi faktor utama
dalam menilai seseorang individu.
Perkara di atas dapat kita kaitkan dengan budaya kerja kelas pertama iaitu
Keterampilan Diri ataupun “Self-Skills”. Apa itu keterampilan diri? Keterampilan diri
boleh didefinisikan sebagai sifat keperibadian yang membina dan memelihara harga diri
apabila berdamping atau berinteraksi dengan orang lain untuk bersosial dengan cara
yang spesifik yang boleh diterima oleh masyarakat dan memungkinkan seseorang
bekerja secara efektif dengan orang lain. Dalam keterampilan diri ini, kita tidak hanya
melihat kepada satu segi. Bahkan kita melihat pada personaliti, penampilan, komunikasi
dan etika kerja.
Definisi penampilan diri ialah bagaimana seseorang menonjolkan diri mereka
melalui cara berpakaian, gaya atau gerak badan, kepintaran bersosial, percakapan dan
raut wajah, memetik daripada cenderawasih.blogspot (Ogos, 2010). Kajian oleh pakar-
pakar psikologi mendapati, “orang yang mempunyai penampilan menarik, mereka ini
memiliki keyakinan diri yang lebih tinggi, mempunyai sikap yang lebih optimis dan petah
berkata-kata berbanding mereka yang berlawanan sifatnya. Penampilan akan
mencerminkan sikap kita terhadap diri sendiri, orang lain, masa dan tugas yang kita
jalankan.”

Tiga konsep keterampilan diri yang perlu dijadikan dasar sebagai penjawat
awam ialah menghormati dan mengutamakan orang lain (Consideration for Others),
cara gaya yang betul (Correct Form), dan kebijaksanaan budi (Common Sense). Di
dalam setiap organisasi, pastinya sudah ada peraturan atau garis panduan yang harus
diikuti oleh setiap pekerja. Sebarang tugas yang kita lakukan, tidak kiralah sama ada
secara individu atau berkumpulan, kita perlulah menghormati dan mengutamakan orang
lain tapi tidaklah sehingga ianya memakan diri kita sendiri. Cara penggayaan kita dalam
sesuatu program atau majlis haruslah bertepatan, sebagai contoh, sebagai penjawat
awam, kita sudah sedia maklum garis panduan cara pemakaian yang meliputi 4
kategori utama (Rasmi, Rasmi dan Formal, Tidak Rasmi tetapi Formal, dan Separa
Rasmi). Pemakaian utama sebagai seorang penjawat awam ialah baju kurung bagi
perempuan dan berkemeja bagi lelaki serta memakai kasut bertutup.

1
Konsep ini juga boleh dikaitkan dengan Etiket. Definisi etiket ini sangat luas, di
antaranya ialah etiket merupakan peraturan pergaulan dan budi bahasa di mana ianya
berkait dengan adab tertib dalam sesuatu kelompok masyarakat atau pekerjaan dan
peraturan yang biasa dalam tingkah laku sosial. Di samping itu, etiket juga satu
ketetapan atau kod imej yang diterima dalam upacara seperti di dalam istana atau
dalam majlis formal atau masyarakat amnya. Akhir sekali, etiket didefinisikan juga
sebagai hukum – hukum lazim dalam sopan santun yang dipatuhi antara ahli-ahli dalam
profesion yang sama.

Selain itu, keterampilan diri juga berhubung kait dengan tatahias. Tatahias
bermaksud satu aspek pengurusan diri yang menitikberatkan tentang kekemasan,
kesempurnaan dan kesesuaian berpakaian dalam penampilan diri semasa urusan
rasmi atau di majlis. Aspek tatahias juga mementingkan hemah diri yang terdiri
daripada 6 perkara iaitu mesra, senyuman, berbudi bahasa, layanan, jasmani dan
rohani. Apabila kita mudah mesra dan memberikan senyuman kepada orang lain, kita
akan menjadi lebih berbudi bahasa dan akan memberikan layanan yang terbaik kerana
sifat tersebut akan meningkatkan kekuatan jasmani dan rohani kita.

Dalam menjaga keterampilan diri apabila bersosial, seseorang individu perlulah


mempamerkan wajah yang mesra dan sentiasa senyum kepada orang lain. Selain itu,
tunjukkan sifat peramah dengan memperkenalkan diri dan bersalam serta menunjukkan
minat terhadap individu yang ditemui. Perkara paling penting adalah kita perlu
mengingat nama orang yang kita baru kenali untuk menunjukkan bahawa kita memberi
perhatian dan menunjukkan minat terhadap individu terbabit di samping dapat
memperlihatkan keyakinan diri dan mewujudkan rasa selesa sesama sendiri.
Banyak pekeliling perkhidmatan tentang cara berpakaian yang dikeluarkan dan
wajib dipatuhi oleh semua penjawat awam, contohnya Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 1985, “Pakaian masa bekerja dan semasa menghadiri upacara rasmi
bagi pegawai-pegawai awam”. Antara pakaian ke pejabat yang perlu dipatuhi ialah
pakaian yang bersesuaian dengan jenis pekerjaan, pewangi yang ringan, kemas dan
terurus, kemampuan ekonomi diutamakan, kebersihan diri dititikberatkan dan lain-lain.
Natijahnya, seseorang penjawat awam itu perlulah menjaga keterampilan diri kerana
mereka adalah individu yang mewakili organisasi mereka di dalam mahupun di luar
kawasan, sejurus itu menjadikan mereka cerminan kepada imej organisasi masing-
masing. “Cara berpakaian juga mencerminkan kesungguhan ketika berurusan dengan
pelanggan. Cara berpakaian yang tidak sesuai dengan tugas yang hendak digalas
menunjukkan sikap tidak serius ketika melakukan sesuatu pekerjaan”, memetik
daripada akhbar Berita Harian, “Penampilan cermin keperibadian” (Dis 20, 2019). Dapat
kita lihat di sini, bahawa penampilan diri itu penting dalam mendapatkan keyakinan dan
kepercayaan sesuatu individu atau organisasi.

Anda mungkin juga menyukai