Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS DARUL AMAN

CADANGAN KERTAS KERJA PENUBUHAN

CINA LANGUAGE SOCIETY ( PERSATUAN BAHASA CINA)

Dengan Kerjasama : JPP IPGM KDA

Dibawah seliaan : HEP IPGM KDA.

1.0 Nama

Persatuan Persatuan Bahasa Cina( Cina Language Society)

2.0 Motto

Tidak berputus asa

3.0 Pengenalan

Persatuan ini ditubuhkan Pelajar(JPP),IPGMKDA, dan dengan di bawah usahasama seliaan


Jawatankuasa Jabatan Hal Perwakilan Ehwal Pelajar IPGMKDA.Seramai 21 orang guru pelatih
dari kursus PDPLI merupakan ahli dalam persatuan ini. Persatuan ini bertujuan untuk
memberikan peluang kepada guru-guru pelatih untuk melibatkan diri secara aktif dalam
menjayakan program-program yang telah dirancang. Disamping itu, persatuan ini juga mampu
memberikan pendedahan tentang kebudayaan dan kepercayaan kaum cina kepada semua ahli
persatuan dan warga IPGMKDA. Tujuan ini selaras dengan konsep satu Malaysia.

4.0 Rasional

Seperti yang diketahui umum, tugas seseorang guru tidak terhenti setakat mengajar di
dalam kelas, tetapi guru juga merupakan individu yang membentuk nilai,etika dan sahsiah
murid-murid di sekolah nanti.Program ini dapat memberikan semua guru pelatih satu peluang
untuk mengenal dan menghayati nilai-nilai tersebut terlebih dahulu. Persatuan ini dapat
mengeratkan hubungan dalam kalangan pelbagai kaum melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.Di samping itu,persatuan ini juga dapat menyediakan satu peluang untuk
merealisasikan aspirasi 1 Malaysia yang telah disyorkan oleh Perdana Menteri kita.Selain
itu,persatuan ini juga menyediakan satu platform bagi mengenal dan menghayati budaya dan
perayaan kaum lain.Ini secara tidak langsung dapat melahirkan rasa saling hormat di kalangan
guru-guru pelatih yang terdiri daripada pelbagai kaum di IPGMKDA.

5.0 Objektif Persatuan

Persatuan ini diadakan demi mencapai beberapa objektif iaitu:

5.1 Memenuhi hasrat 1 Malaysia

5.2 Mengeratkan silaturahim dalam kalangan guru-guru pelatih IPGMKDA

5.3 Memberi peluang kepada guru-guru pelatih berbangsa lain mengenali perayaan
dan kebudayaan agama cina

5.4 Mengasah bakat-bakat terpendam guru-guru pelatih dalam beberapa aktiviti

6.0 Ahli Jawatankuasa

( Rujuk Lampiran A )

7.0 Misi Persatuan

Membentuk sahsiah dan membantu mengamalkan kod etika profesion keguruan


disamping mengamalkan nilai-nilai murni.

8.0 Visi Persatuan

Bergerak secara satu pasukan ke arah mencapai kecemerlangan supaya menjadi seorang
bakal guru yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

9.0 Sasaran Ahli

Terbuka kepada semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darul
Aman dari semua opsyen.

10.0 Peranan Persatuan


Persatuan Bahasa cina akan melatih ahli-ahlinya untuk:

a) melibatkan secara aktif dalam aktiviti persatuan

b) membentuk sikap kerjasama dan semangat sepasukan

c) menguruskan aktiviti-aktiviti diluar waktu kuliah

d) membentuk sahsiah dan etika guru

e) menjadi kuat dari segi mental dan fizikal

f) meningkatkan kecerdasan jasmani,rohani,emosi dan intelek.

11.0 Pemilihan ahli Persatuan Bahasa Cina

Guru-guru pelatih yang ingin menjadi ahli persatuan mestilah:

a) guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darul Aman.

b) Berminat dan aktif dalam melibatkan diri dalam aktiviti persatuan

c) Bertanggungjawab

d) Sanggup berkhidmat secara sukarela

e) Boleh bekerjasama

12.0 Cadangan program atau aktiviti Persatuan Bahasa Cina

{BUAT KOTAK}

BIL AKTIVITI BULAN


1 Praktikal Bagi Permainan Catur Tradisional Cina Januari
2 Teknik Kekreatifan Dalam Penulisan Esei Bahasa Februari
Cina
3 Pengenalan Teori dan Teknik Pementasan Drama Mac
serta Pencungkilan Bakat Melalui Lakonan Drama
13.0 Carta Alir Kerja

{BUAT CARTA ANAK PANAH KE BAWAH}

1. Mengadakan perbincangan dan mesyuarat serta membentuk jawatankuasa.

2. Menyediakan kertas kerja dasar Mengemukakan kertas kerja kepada: -

i. Pensyarah

ii. Penasihat

iii. Ketua Jabatan Matematik

iv. Timbalan Pengarah

v. Pengarah

3. Menerima maklum balas dan pemurnian kertas kerja

4. Memohon kelulusan Pengarah

5. Lulus

6. Tidak lulus (anak panah kembali ke atas/mula semula)

7. Tindakan:

i. Menyediakan tentatif program.

ii. Membuat kertas kerja program atau aktiviti persatuan

iii. Menjalankan aktiviti

8. Post Mortem

9. Tamat
14.0 Penutup

Penubuhan Persatuan Bahasa Cina ini akan memberikan peluang kepada para pelajar
Institut Perguruan Darul Aman untuk menjadi seorang guru yang berkebolehan,
berkeyakinan serta mempunyai tahap pemikiran yang kritis dan dinamis.

Seandainya persatuan ini diluluskan, kami mohon kerjasama daripada pihak Tuan untuk
menyediakan sebuah bilik bagi mengadakan perbincangan dalam kalangan ahli dan bagi
memudahkan pengurusan persatuan ini berjalan dengan lancar.

Diharap Kertas Kerja Persatuan Bahasa Cina ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya
oleh pihak atasan Institut Perguruan Darul Aman demi mempertingkat mutu dan kualiti
seorang guru pelatih.
LAMPIRAN A

Jawatankuasa Persatuan Bahasa Cina

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darul Aman

Penaung

Y. Bhg. Datin Hajah Naimah binti Jaafar ( Pengarah IPGM KDA )

Pensyarah Penasihat

Pn. Hjh. Nor Azian Mohd darus

Pengerusi

Drs. Abdul Shukur Ahmad Shagir

Naib Pengerusi

Ym. Tuan Rosdan Tuan Muda

Setiausaha

Mohd Zabidi bin Saaidin

Naib Setiausaha

Akhmal bin Hashim

Bendahari

Sharifuddin bin Fuad

Ahli Jawatankuasa Kecil

Abdul Mutie bin Mahmud Syahmi bin Yusuf Muhammad Hamdan bin Mat Sehak Mohammad
Syazani bin Abdul Salam Muhammad Zaidi bin Hasan Basri Ahmad Saufi bin Hashim

Anda mungkin juga menyukai