Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN 4

PENULISAN LAPORAN PEMENTASAN

LAPORAN PEMENTASAN DRAMA TEATER DAN KANAK – KANAK.

Guru – guru pelatih Unit Q yang mengambil kursus elektif terbuka iaitu Drama Teater
dan Kanak – Kanak (DTKK 3113) dikehendaki untuk melakukan pementasan drama dan
kanak –kanak secara individu. Maka, guru – guru pelatih telah mempersembahkan drama
dan teater kanak – kanak yang bertajuk ‘Tiga Ekor Kambing Yang Berani’ di Dewan Seri
Tanjung. Sebelum membuat pementasan teater beberapa perancangan telah dilakukan
supaya persembahan drama dapat dilakukan dengan baik.

Perancangan yang pertama telah bermula daripada pemilihan skrip. Dimana, hanya
satu skrip sahaja dipilih untuk melakukan pementasan. Hal ini demikian kerana semua guru
pelatih perlu menguasai satu watak dan berlakon berdasarkan kepada keupayaan masing -
masing. Maka, skrip yang dihasilkan oleh seorang guru pelatih yang bernama Aisyah dipilih
untuk membuat lakonan drama dan teater kanak – kanak. Aisyah telah dijadikan sebagai
pengarah sepanjang mempersembahkan drama tersebut. Skrip tersebut mengandungi babk
pertama sehingga babak keenam. Semua watak adalah melibatkan watak haiwan sahaja
dan suasananya ialah di dalam hutan. Aisyah telah mengagihkan watak kepada semua guru
pelatih dengan skripnya sekali gus tanpa melengahkan masa. Jadi, semua guru pelatih telah
bermula untuk menghafal skrip yang disediakan oleh Pengarah.

Setelah itu, perbincangan mengenai persiapan dewan dan ‘props’ telah diadakan di
kelas. Dimana, Pengarah telah membahagikan tugas dewan kepada semua orang supaya
pementasan drama dapat dijalankan dengan secara sistematik. Pembahagian tugasan ini
merangkumi ajk media, ajk jemputan, ajk kordinator, dan sebagainya. Maka, masing –
masing memainkan peranan yang penting dalam menjayakan pementasan ini. ‘Props’ pula
disediakan oleh individu masing – masing mengikut watak yang diberikan oleh Pengarah.
Pada masa yang sama, guru – guru pelatih juga bertungkus – lumus dalam mencari bahan –
bahan yang diperlukan dalam mewujudkan suasana hutan. Selepas mengumpul semua
bahan guru pelatih telah melakukan raptai sehari sebelum pementasan drama dibawah
pimpinan pengarah. Raptai ini dijalankan untuk membantu guru –guru pelatih agar dapat
mengetahui tentang perjalanan cerita daripada peringkat permulaan hingga peringkat
keakhiran. Selain itu, raptai ini juga memberi peluang kepada ahli jawatankuasa untuk
menjalankan peranan mereka semasa pementasan drama dilaksanakan.
Apabila tiba hari pementasan, guru – guru pelatih telah bersedia dengan kostum dan
watak masing – masing. Dewan pula dipenuhi dengan warga Ipg Kampus Ipoh dan sangat
teruja untuk melihat pementasan pada hari tersebut. Ahli jawatankuasa jemputan telah
menjemput Dr. Nazri sebagai juri pada malam itu. Pementasan drama telah bermula setelah
ketibaan Dr. Nazri dan Encik Ismail bin Mohd Noh di Dewan Seri Tanjung. Sebelum
memulakan pementasan, pengarah telah mengalu – alukan kedatangan Dr. Nazri dan En.
Ismail dengan ucapan yang ringkas dan diberikan borang pemarkahan. Setelah itu,
pementasan telah bermula secara rasmi dengan Babak pertama oleh penglipur lara.

Pada pukul 9.00 malam, pementasan drama dan teater kanak – kanak berjaya
dilaksanakan dengan sempurna. Semua pelakon telah berkumpul dibawah pentas untuk
mendengar pendapat dan komen daripada juri iaitu Dr. Nazri mengenai pementasan. Antara
perkara yang diberi komen oleh beliau adalah dari segi pakaian dan ‘props’. Dimana,
pelakon –pelakon telah memakai pakaian yang bersesuaian dengan watak masing – masing.
Pada masa yang sama, tanduk untuk kambing juga dapat direka mengikut kreativiti sendiri.
Tuan juri terharu dengan kreativiti dan inovasi pelakon –pelakon.

Seterusnya, Dr. Nazri juga memuji tentang persediaan yang telah dibuat oleh para
pelakon. Persediaan tersebut meliputi pakaian, props, penyediaan dewan, jemputan juri dan
sebagainya. Beliau mengatakan bahawa pelakon – pelakon dapat mengaplikasikan perkara
– perkara yang dibelajar semasa membuat perancangan tersebut. Selain itu, tuan juri
memberi komen terhadap lakonan yang dibuat oleh semua guru pelatih. Menurut beliau,
semua pelatih dapat menguasai sesuatu watak dengan lebih mendalam. Mereka juga
mempunyai kebolehan dalam menukar suara, intonasi, dan bahasa tubuh semasa
melakonkan sesuatu watak. Tambahan pula beliau juga memuji semua pelakon mengenai
kerjasama yang ada pada diri sendiri dalam menjayakan pementasan tersebut. Jadi,
kesemua perkara yang disebut oleh tuan juri menyebabkan beliau tertarik dengan
pementasan pada hari tersebut.

Para pelakon berasa sangat gembira terhadap komen yang diberikan oleh tuan juri.
Maka, tibalah masa untuk juri jemputan meninggalkan dewan setelah memperoleh
cenderahati daripada En. Ismail. Penghargaan yang diberikan oleh tuan juri dapat
menyentuh perasaan semua pelakon kerana berusaha sedaya upaya untuk membuat
pementasan walaupun masing – masing terlalu sibuk dalam praktikum. Semua guru pelatih
terlalu bangga dengan diri sendiri diatas kerjasama yang diberikan sepanjang menjalankan
pementasan ini. Mereka juga memperoleh ilmu mengenai pementasan drama dan teater
kanak – kanak. Guru – guru pelatih mendapati bahawa permuafakatan merupakan satu
aspek yang paling penting dalam melaksanakan sesuatu agenda. Jadi, permuafakatan telah
membawa berkat sepanjang melaksanakan pementasan tersebut. Guru – guru pelatih telah
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu En. Ismail bin Mohd Noh diatas
tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan sepanjang kursus ini. Perkara – perkara yang
pelajari daripada beliau akan diaplikasikan apabila menjejak kaki ke sekolah setelah
memegang profesion keguruan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

______________________________

(KALAIVANI A/P BALASENDERAN)

Guru pelatih,

Kursus Drama dan Teater Kanak – Kanak.

Ipg Kampus Ipoh.


LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai